Hari
ini sudah masuk hari ke 4 taska ‘Aaisyah ditutup akibat penularan chicken pox.
Tutup selama 2 minggu bukan satu perkara mudah bagi ibu bapa yang bekerja.
Perlu cari taska baru atau pengasuh baru atau minta bantuan saudara mara untuk
bantu menjaga.Tambah
merisaukan bagi ibubapa jika anak-anak jenis yang sukar untuk adapt dengan orang baru.
Alhamdulillah
setelah menimbang beberapa option, rezeki kami dapat pengasuh yang mak mertua
kenalkan sebelum ini. Pengasuh tersebut bersetuju untuk jaga ‘Aaisyah selama 2
minggu disebabkan ‘Aaisyah pun sudah 1tahun8bulan. Aku menghubunginya hari Ahad,
hari Isnin berjumpa sekejap selepas kerja untuk bincang keperluan yang
diperlukan dan aku menghantar ‘Aaisyah pada hari Selasa.
Sepanjang
hari Selasa itu rasa agak tak keruan. ‘Aaisyah OK ke. Tak nangis ke dia.
Pengasuh layan dengan baik ke..macam-macam dalam fikiran aku. Tepat sahaja 5.30
petang aku terus keluar dari ofis. Sampai di rumah mak mertua , aku letakkan
barang sekejap kemudian terus ke rumah pengasuh.
Sampai sahaja , aku memberi salam dan terus panggil nama ‘Aaisyah.Dia tersengih-sengih sahaja melihatku. Aku bertanya keadaan ‘Aaisyah sepanjang hari, pengasuh beri respon positif. ‘Aaisyah OK, makan OK , tak menangis. Alhamdulillah lega rasanya. Aku membawanya turun dan pulang. Dalam perjalanan ke rumah mak mertua ‘Aaisyah Nampak happy, siap tunjuk-tunjuk itu burung dan sebagainya.
Nampak
agak berbeza reaksi Aaisyah bila di taska dan pengasuh. Pengalaman sebegini
amat bernilai untuk masa akan datang jika aku perlukan pertimbangan untuk
memilih menghantar anak ke taska atau pengasuh.
Agaknya untuk adik ‘Aaisyah nanti, mahu dihantar ke mana ya…?
Hmm.