Pages

'Aaisyah dijaga pengasuh

Bismillah,

 Hari ini sudah masuk hari ke 4 taska ‘Aaisyah ditutup akibat penularan chicken pox. Tutup selama 2 minggu bukan satu perkara mudah bagi ibu bapa yang bekerja. Perlu cari taska baru atau pengasuh baru atau minta bantuan saudara mara untuk bantu menjaga.Tambah merisaukan bagi ibubapa jika anak-anak jenis yang sukar untuk adapt dengan orang baru.

 Alhamdulillah setelah menimbang beberapa option, rezeki kami dapat pengasuh yang mak mertua kenalkan sebelum ini. Pengasuh tersebut bersetuju untuk jaga ‘Aaisyah selama 2 minggu disebabkan ‘Aaisyah pun sudah 1tahun8bulan. Aku menghubunginya hari Ahad, hari Isnin berjumpa sekejap selepas kerja untuk bincang keperluan yang diperlukan dan aku menghantar ‘Aaisyah pada hari Selasa.

 Sepanjang hari Selasa itu rasa agak tak keruan. ‘Aaisyah OK ke. Tak nangis ke dia. Pengasuh layan dengan baik ke..macam-macam dalam fikiran aku. Tepat sahaja 5.30 petang aku terus keluar dari ofis. Sampai di rumah mak mertua , aku letakkan barang sekejap kemudian terus ke rumah pengasuh.


Sampai sahaja , aku memberi salam dan terus panggil nama ‘Aaisyah.Dia tersengih-sengih sahaja melihatku. Aku bertanya keadaan ‘Aaisyah sepanjang hari, pengasuh beri respon positif. ‘Aaisyah OK, makan OK , tak menangis. Alhamdulillah lega rasanya. Aku membawanya turun dan pulang. Dalam perjalanan ke rumah mak mertua ‘Aaisyah Nampak happy, siap tunjuk-tunjuk itu burung dan sebagainya.

 Nampak agak berbeza reaksi Aaisyah bila di taska dan pengasuh. Pengalaman sebegini amat bernilai untuk masa akan datang jika aku perlukan pertimbangan untuk memilih menghantar anak ke taska atau pengasuh.


Agaknya untuk adik ‘Aaisyah nanti, mahu dihantar ke mana ya…?


Hmm.


Ms. Engineer

3.9.2012 

Masih aku ingat lagi saat itu tatkala hari pertama bekerja di Toyota Assembly Services Sdn. Bhd. 
Berbaju kemeja ungu, seluar slack coklat dan but "aki" coklat yang agak usang. 

Gelagat pekerja-pekerja disitu aku pandang satu-satu. 
Mataku tertarik pada pakaian seragam yang dipakai oleh pekerja pejabat wanita. 

Allah, pelihara diriku. 
Pelihara auratku. 
Tolong ya Allah. 

Usai tamat sesi menandatangani kontrak, sesi fotografi untuk kad pekerja, kakitangan dari HR yang mengendaliku sejak tadi meminta aku mengambil uniform sementara di bilik stor. 

Debar rasanya untuk memilih. Lebih-lebih lagi bila teringat pakaian-pakaian yang aku lihat pagi tadi. 

Bila aku lihat baju simpanan disitu aku nekad. 
Aku memilih baju yang paling besar.
Dengan alasan itu sahajalah yang "labuh". 

Lalu malamnya aku berhempas pulas "alter" baju seragam yang aku dapat siang tadi, 
Lega rasanya. 
Senyum lebar. 

InsyaAllah dengan gagah akan ku langkah. 
Tulisan "Toyota" dibahagian depan kiri baju itu benar-benar buat aku megah & segak. 

Selamat bertugas Ms. Engineer!


Sistem dan mentaliti

Bismillahirrahmanirrahiim,

Menulis setelah  9 bulan bekerja di industri automotif,
setelah  6 bulan mendirikan rumah tangga,
dan setelah sebulan setelah Allah mengambil bayi dalam kandungan.

Berubahnya fasa kehidupan memang mempengaruhi semangat, cara berfikir dan mungkin tak keterlaluan saya katakan ia mempengaruhi tujuan hidup kita diciptakan.

Melampau!
Tapi ini realiti.
Kerana sebahagian besar masa saya bersama mereka yang berkata-kata dan pening kepala  tentang aset dunia. Hanya sedikit masa sahaja bersama-sama dengan mereka yang soleh.

Tak perlu tuding jari.
Kerana fasa-fasa yang dilalui ini semacam suatu tapisan kepada apa-apa yang pernah dipelajari dan diimani dahulu.
Mungkin dahulu kita "baik", tapi baiknya kerana kita hanya bersandar pada manusia sekeliling. Bukan dengan DIA.
Dan bila kita dilepaskan dalam alam realiti, maka ketika itu kita diuji dimana letak Dia dalam diri.

Kadang-kadang terlalu rindu hendak kembali, tapi kekuatan itu sanga saya perlukan.
Mencari Tuhan pada ketika ini saya rasakan amat berharga berbanding dahulu. Dan nyata ia amat payah.
Dahulu mungkin kefuturan mereka-mereka yang sudah beralih masuk ke medan kerja menjadi bualan dan bayangan di alam pengajian. dan segalanya kini tidak mustahil untuk berlaku.

Dan kini,
yang diperlukan hanya yang ikhlas dan murni.
Taubat yang benar-benar murni,
doa yang benar-benar murni,
niat yang benar-benar murni.

Saya perlu kekuatan untuk mencari dan keluar dari kurungan menunggu.
Saya hanya perlu Dia untuk hadapi kehidupan ini, sebelum saya mengadukannya kepada insan seumpama saya juga disekeliling.
Saya perlu belajar untuk menerima hakikat dan takdir, juga berusaha untuk berubah dan memperbaiki keadaan. Bukan putus asa dan kecewa serta menyalahkan.

デンシャ - Densya - Train

Bismillahirrahmanirrahiim,

Menggamit memori.
Masa lampau yang berlalu pergi.

Teringat pada kesukaan dahulu.
Yang masih membekas dalam jiwa.
jadi penenang sesak dada,
jadi ubat melalui masa sakit,
jadi penawar bila rindu bertamu.

Densya.
Sangat istimewa.
Tidak ku ambil kira fizikalmu itu.
Panjang pendek,
Canggih mundur,
Mahal murah.

Tapi bezanya pada nilai masing-masing.

Densya membawakan padaku.
Tika sendiri, tika beramai.
Bila pandangan kaku, menjadi pandangan bermakna.
Dari jiwa kosong, menjadi jiwa yang berisi.
Dari putaran lagu-lagu omelan, menjadi lantunan kalimah Tuhan,
Dari borak kosong, menjadi kata-kata tadabbur.
Dari gelak yang berdekah-dekah, menjadi tangis yang bercucuran.

dan dalam densya aku menemui banyak peristiwa  yang membawa CINTA.
mengundang rindu.
sehingga bisa terbawa-bawa hingga menjadi tangis.

Tiada aku pinta agar berulang waktu,
cuma jangan sekali-kali aku pula yang lupa.
pada kenangan itu.
Bersama densya.





Hadithul Ifk

bismillahirrahmanirrahiim.

Air mata menitik-nitik sambil mulut masih berkumat kamit melantunkan ayat nan indah dari Surah An-Nur.

Mengenang betapa pedih dan perih hati Rasulullah SAW, Aishah sekeluarga apabila hadithul ifk ini tersebar pada waktu itu. Aishah ummul mu'minin itu dituduh mengadakan perbuatan yang terkutuk?! Apabila keadaan menjadi buntu, sedang fitnah terus berlarutan. Dan perkataan pun semakin hilang.. Rasulullah SAW cuma membalas ; "kita tunggu wahyu dari Allah".

Bukan tidak percaya, bila bukti tidak menyebelahi logik dan pemikiran manusia biasa. dan pada waktu inilah Allah menguji. Tawakkal sepenuhnya kepada Dia. Buat Aishah yang benar, bukan dia takut dengan tuduhan, dia memang benar-benar tidak melakukannya!

Dan Rasulullah SAW boleh sahaja menidakkan terus menerus mengatakan TIDAK. Tapi baginda tidak begitu. Tawakkal baginda tinggi melangit. Allah itu Maha Adil. Itu kepercayaannya yang tiada tara.


Allah ...

Biarlah, saat ini jadi saksi. Allah, tunjukkan yang benar itu benar dan kurniakan kami rezeki(mudah) untuk mengikutinya. Tunjukkanlah yang batil itu batil. Sehingga kami diberi rezeki untuk kuat menolaknya.

Allah,
ini benar tarbiyyah tentang cinta. Tarbiyah tentang syukur. Tarbiyyah tawakkal, tarbiyyah setia, dan tarbiyyah percaya.

Allah,
terima kasih ...
Kerana menjemputku ke jalan yang suci berbanding jalan-jalan mereka.




Amiin.

Ujian-test-テスト

Bismillahirrahmanirrahiim,

" Kamu tidak dibebankan melainkan pada perkara yang kamu mampu .. ".

Pada ketika hati yang semakin lunak, air mata yang semakin murah, dan jiwa menjadi selalu mengkoreksi diri.

Allah, beri kami kekuatan untuk bersangka baik denganMu, mengingatiMu, bersyukur denganMu dan bertawakkal sepenuhnya kepadaMu.

Allah, sedikit sahaja lagi mahu menuju ke situ.

Astaghfirullah..
- adakah sebab dosa2 kami yang tinggi menggunung?
- atau niat yangbelum benar2 murni?
- keredhaan mereka2 yang belum ku capaikan?



Allah,
-ajari dan tinggalkanlah kesan yang dalam pada diriku untuk sifat berterima kasih &syukur kepadaMu, kepada mak abah, dan kepada dia yang akan aku beri ketaatan selepas ini. Kerana mensyukuri makhluk itu juga wasilah mensyukuriMu.


Allah,
I dont have any word to say. Truely, speechless.
But only You know what is in my heart now.

Allah, help us to be strong to face all this test.

Allah..Allah..




Demi anak dan generasi

Bismillahirrahmanirrahiim,

Sila bersabar,
Sila mujahadah,
Jangan berhenti untuk memperbaiki diri.
Kerana engkau pemula generasi.

Sabar & Syukur

Di antara 2 jari, 
sangat rapat,
sangat erat.
Tiada jarak.

Begitulah aku,
memendam rasa yg dalam. 
Andai sabar dan syukur ku seerat dua jari itu.
Tiada gundah,tiada resah menghantuiku.

Beberapa catatan

Bismillahirrahmanirrahiim.

Beberapa catatan.

1. Berperang. Mungkin itu situasi yang paling tepat untuk situasi saya sekarang.
Setelah dalam tulisan, berbuat ini insyaAllah kerana Allah. Kini dalam proses pembersihan , adakah betul-betul ini keranaNya?Ternyata, dalam tempoh masa yang semakin berlalu seleps niat itu saya tatahkan... terlalu banyak debu lain yang menutupi.

Terima kasih Allah untuk ujian ini.
Biar satu persatu diselongkar, biar saya malu bila niat itu tak lagi suci. Itu mungkin cara yang terbaik untuk mendidik hati sekeras logam ini.

2. Saya benci, tapi saya perlu buat. Maka bila berhadapan dengan perkara yang saya benci ini, akan membuatkan saya merenung kembali asal usul kenapa saya mengambil pilihan jalan yang ini.
Sehingga saya boleh keluarkan kenyataan. "Saya tak mahu anak perempuan saya nanti jadi Engineer". Ops, yeah..its all about my career.

Kerjanya tak susah. Tapi saya rasa perih sebagai jiwa seorang perempuan.

Bila saya di beri cadangan untuk tidak bekerja, saya rasa mahu menjerit katakan "Ya".
Tapi saya juga perlu faham, mungkin belum masanya. Dan hidup saya, bukan untuk saya seorang.

3. Saya perlu beri peluang untuk saya sendiri mengenali diri saya. Selami dia. Terlalu lama rasanya  saya terbelenggu oleh perkara lain tanpa saya selami betul2.

dan kadang-kadang,
tenggelam di tengah lautan.

Dan kerana itulah; Usul 1 --> faham.




Cinta 4 musim : 1

Matahari sudah mula memancarkan sinar, aku masih duduk berteleku disitu. Wajahku sengaja aku arahkan menghadap ke tasik. Asyik rasanya melihat beberapa ekor angsa swan yang sedang bermain. Mengejar ke sana ke mari, dan ada pula yang enak melayan perasaan terapung di permukaan air sendirian.

Ah, begitu juga aku pada saat ini.  

Sengaja aku memejamkan mata, sambil merasai kehangatan cahaya matahari yang memancar. Tangan masih enak menggenggam kairo, dengan jaket tebal dan mafla melawan kedinginan suhu serendah 10 darjah celsius di musim haru ini. Angin yang sekali sekala berhembus, membuatkan aku semakin erat memeluk tubuh. Mata, terus aku pejamkan . Ada sesuatu yang sedang bermain-main dalam fikiran. Sehinggalah, tanpa aku sedari ada titisan hangat mengalir ke pipi.

***
Aku manusia biasa-biasa. Belajar di sekolah biasa, bukan berasrama penuh seperti teman-temanku yang lain. Alhamdulillah, keputusan SPM ku menunjukkan prestasi yang cemerlang mendorong aku mencuba nasib mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Tanpa sebab yang munasabah, hanya  kerana aku sukakan sebuah rancangan kartun klasik –DORAEMON- ; maka aku memilih Jepun sebagai destinasi untukku meneruskan pengajian menara gading.

Jantina sebagai seorang perempuan bukan menghalang aku untuk berlagak gaya persis  seperti  seorang  lelaki. Berbaju kemeja corak kotak-kotak, seluar jeans, berkasut but, tetapi  bertudung. Itu personality aku sejak di awal bangku sekolah menengah. Uniknya, aku begitu meminati motosikal. Barangkali mewarisi minat dan gaya ayahku yang meminati motosikal berkuasa tinggi, tempiasnya terkena kepada aku. Abah tidak menghalang, malah menggalakkan. Motosikal Yamaha 125z hadiah abah untuk ulangtahun ke 16, merupakan asset paling berharga dalam hidup aku pada saat itu.

Cinta kepada makhluk beroda dua itu mendorong aku untuk meneroka hal enjin, aksesori motosikal dan sebagainya. Oleh kerana minatku kepada motosikal inilah mendorong aku untuk meminati pelajaran Fizik, Matematik Tambahan dan seumpama dengannya.  Malah aku merupakan antara pelajar terbaik untuk subjek-subjek ini dan sering menjadi orang rujuk untuk teman-temanku di bangku sekolah. Oleh sebab itulah aku pun memilih jurusan kejuruteraan mekanikal untuk menyambung pengajianku di Jepun.

***
“Fiz, scolar bulan ni dah masuk. Kita gi shopping nak? Aku dengar Fuji Grand ada buat less sampai 70 % untuk Haru ni. “, Marlina teman serumah aku sejak di tahun satu. Sekarang sudah masuk penggal ke 4 untuk tahun kedua ku disini. Beerti, sudah dua tahun aku mendiam satu rumah dengannya. Hubungan kami agak rapat,meskipun personality kami berbeza.

Tangan aku berhenti seketika  menconteng sesuatu di sketch book. Pemandangan seorang perempuan duduk di atas sebuah bangku, di bawah teduhan pokok momiji yang sudah kemerah-merahan daunnya sedang aku lakarkan. Lakaranku hampir siap, Cuma menunggu untuk diwarnakan.  

“ Gomen Mar. Aku nak choukin ketat sikit bulan ni. Lagi sikit je lagi duit target aku untuk beli si CBR tu. Penat dah dia tunggu aku. Lagipun kau salah ajak orang la Mar. Aku bukan minat baju2 korang yang girlish tak hingat tu. Last-last nanti aku jugak yang jadi tukang angkat barang korang je “ , aku menolak memberi alasan. Benar, sudah hampir setahun aku mengikat perut demi si BCR merah yang diidam-idamkan. Ingin sekali aku meredah angin 4 musim dengan memecut si merah. Tiada istilah bermewah-mewah dan mahu berfesyen mengikut aliran. Masuk scholar bagiku hanya untuk menabung memiliki si merah. Itu pun selepas aku tolak jumlah yang aku hantarkan setiap bulan kepada emak dan abah di kampung.

“ Ye lah tu kau. Dah faham sangat dah. By the way, lukisan kau dah sampai musim keberapa? Masih Natsu ke? “, Mar menjeling sinis kepada ku.

“ Ade ke. Tu sangat meng’under estimate’ aku tuh. Dah masuk aki dah ! “ , aku memuncungkan bibir tanda protes.

“ Ye lah tu, bawaklah diri kau dengan cinta 4 musim tu “, balas Mar seakan-akan malas melayan.

Haru, Natsu, Aki, Fuyu.
Aku dan si merah!

***
“ Yatta ne! Dah siap untuk haru natsu aki fuyu.” , lukisan yang aku usahakan untuk beberapa minggu kini sudah selesai. Beberapa hari juga lukisan ini tertangguh akibat musim peperiksaan akhir semester.

Mar di sebelahku yang sibuk menginstall application ke iphone 5 barunya, sempat dia menyapaku.
“ Fiz, aku peliklah. Kenapa engkau ni suka sangat ye dengan 4 musim kat sini? Kalau kau gaya macam minah rempit ni nak beli moto sebesar mana pun aku takde la kisah sangat. Tapi,yang aku tak faham gaya macho tapi hati jiwang dengan 4 musim ni . Apa cerita? “. Bantal kecil empat segi yang ada pada Mar meluru kepada aku. Aku hanya diam jeda. Malas mahu membalas.

“ Entah Mar. Aku pun tak tahu. Tapi aku rasa, di celah-celah serabut dunia kat Nihon ni, bila aku hayati hidup dalam 4 musim yang berbeza ni buat aku rasa tenang. Kau cuba tengok. Langit waktu Natsu dan Aki, beza tau. Bunga-bunga musim Haru dengan Natsu pun beza. Buah-buahan pun beza. Malah, suasana manusianya pun berbeza. Memang something special lah!...

….lepas tu kan Mar. Aku rasa takjub la dengan 4 musim ni sebab dia buat aku sedar alam ni pun akan berubah dari semasa ke semasa. Tapi kan Mar, yang hairannya kenapa kita static macam ni je ye. Tak berubah-ubah macam alam ni pun? Nakal dan jahat aku dari dulu sampai sekarang sama je.. Bila masa aku nak ubah baik sikit ni? “. Aku menggumam sebentar dan nada suarku  makin perlahan.

“ Hish kau ni. Mula lah tu. Sejak bila kau ni mula fikir tentang nak ubah jadi baik ni? Aku rasa, asal kita  solat cukup, puasa cukup, dan emmm walaupun tutup aurat tu macam cukup-cukup makan je, aku rasa kita ok la kot. Dah cukup baik dah berbanding orang lain. Bukan ke tagline hidup kau tu ‘aku bukan kisah’ ke? “, Mar mengangkat bahu mengajuk gayaku. Aku yang melihatnya, hanya mampu tersenyum, tapi dalam hati penuh persoalan.

***
“ Arigatou gozaimashita!” , badanku sengaja aku bongkokkan sedkit tanda terima kasih kepada Sakuragi-san yang menguruskan hal pembelian motosikal idaman aku ini. Bertepatan dengan temu janji di emel, Sakuragi-san menyatakan motorku akan tiba di Shimonoseki Port  yang dihantar terus dari  Akita menerusi jalan laut hari ini.

Sejurus selepas kelibat Marx X yang dipandu oleh Sakuragi-san lenyap dari pandangan, tanpa berlengah aku segera menyarungkan topi keledar . Ibu jari kananku menekan suis start, tangan kiriku menarik clutch. Kaki kiri menekan gear 1 dan…

“ Bismillah..” tangan kananku memutar perlahan sambil aku menyeimbangi clutch ditangan kiri.

Setelah hampir setahun aku menunggu, aku kini dapat menunggangmu,  si merah!

***

Hampir 6 bulan masa berlalu, dan boleh aku katakan kitaran hidup aku masih sama. Setiap hari ulang alik ke sekolah, Cuma mungkin sudah masuk tahun ketiga ini jadual pengajian agak ketat sedikit. Pada masa inilah pelbagai subjek meliputi projek dan kerja-kerja bengkel sebagai praktikal turut menempati jadual aku sehari-hari. Namun, yang nyata setiap kali hujung minggu atau bila aku rasakan aku perlu menghirup udara ketenangan, memang akan aku luangkan masa untuk membawa si merah sambil menikmati pemandangan di sini yang bagiku cukup menenangkan. Maklumlah, aku bukan berada di kawasan Bandar besar seperti Tokyo, tapi hanya di kawasan yang boleh aku panggil kampung bernama, Yamaguchi. 

Hati Burung dan Cinta


Hadith hati burung….
Dari Abu Hurairoh radiyallahu’anhu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Akan masuk surga suatu kaum, hati mereka seperti hati burung” (HR. Muslim).

Maknanya adalah dalam merealisasikan tawakal.
Lantas seperti apa hati burung? Hal ini dijelaskan oleh hadits dari sahabat Umar bin khotob radiyallahu’anhu, bahwasannya beliau mendengar Rosulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Andaikan kalian tawakal kepada Allah dengan sebenarnya, niscaya Allah akan memberi rizki kepada kalian seperti memberi rizki kepada burung. Mereka pergi pagi hari dengan perut kosong dan pulang sore hari dengan perut kenyang” (shahih Tirmidzi, beliau berkata, ‘hadits hasan sohih)
Allah Ta’ala berfirman, “Hanya kepada Engkaulah kami beribadah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan” (Al-Fatihah : 5)

Hilangnya berbagai kebaikan, luputnya kita dari amal yang besar, buruknya ibadah kita – karena tidak hadirnya rasa cinta, harap dan takut – adalah karena masih jauhnya kita dari hakikat tawakal. Bahkan kegelisahan dan ketakutan yang menimpa sebagian kaum muslimin adalah dikarenakan belum hadirnya tawakal di dalam qalbunya.

“Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman” (Al-Maidah : 23) “Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya” (At-Tholaq : 3)

“Akan masuk surga dari umatku tujuh puluh ribu orang tanpa hisab….mereka adalah orang-orang yang tidak minta ruqyah, tidak menyandarkan kesialan kepada burung dan sejenisnya, tidak berobat dengan besi panas dan mereka bertawakal kepada Rabb mereka” (HR. Muslim)

“Dan bertawakallah kamu hanya kepada Allah, jika kamu benar-benar orang-orang beriman” (Al-Maidah :3) dalam ayat lain Allah Ta’ala berfirman, “Dan Musa berkata, ‘wahai kaumku ! apabila kamu beriman kepada Allah, maka bertawakallah kalian kepada-Nya jika kamu benar-benar orang muslim (berserah diri)” (Yunus : 84)

“Sungguh kita tidak bisa terlepas dari-Nya sekejap mata pun. Jika kita bersandar kepada diri sendiri, maka kita telah meyerahkan diri kita kepada kelemahan yang rendah dan serba kurang, khilaf dan kesalahan. Dan jika kita bersandar kepada orang lain maka kita telah mempercayakan diri kepada yang sama sekali tidak memiliki kemampuan untuk mendatangkan bahaya dan manfaat, serta tidak mampu mematikan dan menghidupkan serta membangkitkan dan mengumpulkan kembali”. Itulah nukilan dari perkataan Ibnul Qayim rahimahullah didalam kitabnya alfawaid.

CINTA
Aku bertanya pada alam semesta tentang arti “CINTA”, lalu satu demi satu mereka menjawab…


Bumi menjawab:
“CINTA adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan akan itu. Ia memang diinjak dan dihinakan, tetapi ia tak peduli. Pikir Cinta hanya memberi, dan itu sajalah inginnya.”


Air menjawab:
“CINTA adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih rasa kesukaan, kerelaan akan keterikatan, kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih yang luas sebagai naungan segala perasaan


Api menjawab:
“CINTA adalah panas yang membakar segala, ia memusnahkan untuk dapat hidup dan menyala. Demi merasakannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kedurhakaan.”


Angin menjawab:
“CINTA adalah hembusan yang menebar sayang tanpa tahu siapa tujuannya. Orang bilang ia buta, sebab itu inginnya. Ia tak terlihat, tapi tanpanya segala raga akan hampa.”


Langit menjawab:
“CINTA adalah luasan tanpa batas. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali bahwa cinta itu bahagia yang biru, atau derita kelam yang kelabu


Matahari menjawab:
“CINTA adalah hidup untuk memberi energi kehidupan dan cahaya harapan. Ia tak akan lelah memberi sampai ia padam dan mati.”


Pohon menjawab:
“CINTA adalah akar yang menopang segalanya. Ia tulus hingga tak perlu terlihat dan dikenal. Tapi ia terus memberi agar batang bahagia tetap kokoh abadi, berbuah dan berbunga indah.”


Gunung menjawab:
“CINTA adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu demikian tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah, Ia akan meleburkan sekelilingnya dengan lautan lava cemburu yang membara.”


Lalu, Aku bertanya pada CINTA:
“Wahai CINTA, apakah sebenarnya arti dirimu??”


CINTA menjawab:
“CINTA adalah engkau patuh terhadap-Nya, meski kau tak melihat-Nya. Engkau tidak mencium-Nya atau meraba-Nya, tapi engkau patuh karena engkau merasa akan hadir-Nya. Sebab CINTA bukan indera, tapi adalah rasa.”
“CINTA adalah engkau takut akan amarah-Nya, dan takut jika Ia meninggalkanmu. Takut jika Ia tak menyukaimu lagi. Lalu engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat dengannya, bahkan jika engkau harus menderita, atau yang lebih mengerikan dari itu.”
“CINTA adalah engkau menyimpan segala harapan pada-Nya dan tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selamanya. Cinta adalah engkau setia menjadi budak-Nya, yang engkau hidup untuk-Nya dan mati untuk kesukaan-Nya akan dirimu, hidup dan mati untuk Dia. Engkau berusaha sekerasnya agar engkau diakui, hanya sebagai budak, sebagai hamba.”
“Diatas segalanya, CINTA adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain, selain pada-Nya. Engkau rindu akan hadir-Nya dan melihat-Nya. Engkau suka apa yang Ia sukai dan benci apa yang Ia benci, engkau merasakan segala ada pada-Nya dan segala atas nama-Nya.”


Aku lantas bertanya pada CINTA:
“Bisakah aku merasakannya?”

Sambil berlaru CINTA menjawab:
“Selama engkau mengetahui hakikat penciptaanmu dan bersyukur dengan apa yang Dia beri, maka itu semua akan kau rasakan, percayalah padaku tambahnya….”
Aku pun Berteriak, “Wahai KAU SANG MAHA PECINTA terimalah cintaku yang sederhana ini, izinkanlah aku merasakan cintaMu yang Maha Indah…”

To her whom I love

Bismillahirrahmanirrahiim,

To akak,
2007, for the first time I met you;
you was a mother to be.
2012, now I'm with you;
you are a mother for the countless of "we".

Allah had granted you for me,
To let me feel what is the love that I've been heard for this 5 years.
To let me know and see the sensitiveness of this heart should be when we feeling Allah is near us.
To let me cry at the point I should cry,
and let me smile and laugh for your joke and naughtiness.

Being with you are bliss.

Allah, tight our knot until your jannah.
If she will entering it first, don't make her forgetting me.

Amiiin .

19.9.2012.


countdown

Bismillahirrahmanirrahiim,

Sedar tak sedar,
dalam kiraan saya hanya tinggal 100 hari untuk ke saat itu.

Jika mereka yang merencana program-program pun sudah siap perancangan khususnya bahagian teknikal, tetapi ini bukan melibatkan teknikal sahaja.



Astaghfirullahala'ziim.

O' Allah, guide us.
Please help us to purify our intention...




Khaulah Abrar's
Nusaybah Abrar's
Asma' Abrar's
Ibrahim Halil's.
29th Ramadhan 1433h

Beberapa quote.

Bismillahirrahmanirrahiim,

Hanya tinggal sehari ramadhan mahu meninggalkan.
Mood hari raya - 0%

Tidak kisah dengan kuih , baju atau ambil cuti.

Masih mengenang apa yang boleh dilakukan untuk mengisi ramadhan.

###

beberapa quote untuk hari ini.

1) Allah rindukan suara hati kesyukuran kita. Diberinya ujian kesusahan, kegagalan setelah beberapa ketika dan akhirnya dikurnia kejayaan pun untuk kebaikan kita. Untuk kita merasai betapa manisnya kejayaan. Dan menghadirkan rasa syukur kita.

Kerana dengan cara manusia di uji inilah manusia itu tunduk menyerah , dan rasa bersyukur bila berjaya.
Hanya orang-orang yang terpilih sahaja mampu bersyukur di waktu senang, mahupun payah.
Bersyukur dalam kesenangan. SubhanAllah.. sungguh payah. Hati manusia yang biasa-biasa akan lupa bila mendapat kesenangan dan kegembiraan.

Lantas terdetik dalam hati, aku sudah punya kegembiraan-kegembiraan ini. Maka apa perlu lagi aku aku peduli? Semuanya aku peroleh hasil titik peluh dan usaha aku.. Aduuuh manusia.


Bukan kerana aku, tapi kerana Dia. 2

Bismillahirrahmanirrahiim,

Ini bukan kisah mahu memburu cinta.
Tapi mahu mengubah dunia.
Mentajdid legasi.





Bukan kerana aku, tapi kerana Dia 1.

Bismillahirrahmanirrahiim,

Sahih.
Batil itu takkan selamanya menang.

Ketidak jujuran hanya gemilang ketika beraksi dihadapan manusia.
Hakikatnya,
meninggalkan luka dalam jiwa.

Entah mana datang perasaan,
menitip kata dengan nada kebaikan yang tiada jujur itu akhirnya membosankan.
Meskipun suatu ketika dulu enak meninggalkannya di "pos dinding".
Jika tulisan lahir dari ketidak jujuran,
Maka, ianya ibarat menyarung kepalsuan baru atas kepalsuan-kepalsuan yang ada.

Maka diri lebih suka dan seakan gembira jika menulis jujur.
Pada laman yang dia mampu berlaku jujur.
Bukan di tempat dimana diri di nilai melalui kebaikan atau kejahatan tulisan.
Mahupun senyum tangis pada sekeping gambar.

Benar, satu bukti dunia hanya permainan.

Kau tidak cukup mengenali aku,
jika hanya membaca tulisan aku.
Selagi belum duduk bersebelahan aku.
dan duduk berdiam lama dengan aku.

Yang sudah sedia murni niat kalian.
Teruskan langkah, agar pahala terus-terusan di raih.
Dan aku perlu berkata "nanti dulu".
Untuk aku jujur sebagai aku.



Hish, busuknya kita !

Bismillahirrahmanirrahiim,

Menyirap betul rasanya jika masuk ke tandas yang berbau.
Dan terlalu senang untuk menyalahkan orang yang masuk sebelum itu.

" Kenapalah tak bersihkan elok-elok. Hish. ", sambil mengomel seorang diri.

*** Ops ***

Tidak ada orang yang suka bau busuk, dan benda-benda busuk.
Betul tak?

Manusia.
Penuh dengan benda busuk.
Sama ada benda busuk yang tampak, atau tersembunyi.

Jika benda busuk yang tampak (najis, kotoran), bersihkan sahaja dengan air (dan detergen).
Tapi, untuk busuk yang tak nampak? Yang tersembunyi dalam diri?
Seperti sifat dengki, buruk sangka, tamak haloba..etc.
Susah kan, mahu bersihkan..?

Mmmm.

Refleksi.
Walaupun dari benda busuk.















al-Wafa

Bismillahirrahmanirrahiim,

rindukan al-wafa.

rindu.

Tapi kami jauh. Memang mungkin susah untuk menemukan 'ubat jumpa'.

InsyaAllah, cuba untuk gunakan 'ubat doa'.

Berkorban dan mengorbankan


Bismillahirrahmanirrahiim,

19/6/2012
Mr M bercerita tentang keadaan kesihatannya yang terjejas terutamanya di bahagian respirotori. Mukusnya mengandungi darah, dan rasa sakit semasa turun naik nafas.

Mmm.

Pekerjaan yang kita lakukan, kadang-kadang berisiko tinggi, bukan sekadar menjejaskan kesihatan, namun juga mengancam nyawa. Seperti Mr M, pada mulanya dia rasa baik-baik sahaja walaupun menghidu chlorine dan bermacam-macam lagi bahan kimia yang lain. Ternyata, semakin lama..dia merasakan kesan buruk pada kesihatan.

That is!
Bila mendengar cerita Mr M ini, saya merasakan bahawa tidak hairan atau tidak pelik jika manusia mati (sanggup mati) untuk tugas. Apatah lagi tugas yang disukai dan dicintai. Seperti jihad, bilamana suatu hari nanti ia membutuhkan kita mengorbankan nyawa di medan qital, kita akan serahkan. Mati syahid ini mati yang mulia. Kita boleh terima jika pekerjaan kita itu berisiko tinggi mengancam nyawa, mungkin kita rasa terjamin dengan adanya SOCSO, insurans kesihatan dan bermacam-macam lagi. Namun, adakah kita bersedia dan rela jika suatu hari nanti kita diminta berada di medan qital yang taruhannya adalah nyawa?

Mmm.

Suatu refleksi. Allah banyak menunjukkan saya, bahawa segala apa yang dituntut di jalan ini, bukanlah perkara yang bukan-bukan ataupun mustahil. Kerana, manusia itu sendiri sanggup mengorbankan dirinya. Cuma yang membezakan hanyalah matlamat untuk apa dia mengorbankan diri. 

The 3rd week

Bismillahirrahmanirrahiim..

baru 2 kali ulang alik bermotoran bawah panas matahari ke plant sana, balik rumah terus rasa longlai dan berat mulut?

voila!

Pagi tadi rasa semangat bukan main lepas diinject dengan mindset seorang "engineer" oleh senior.

Tengahari dah mula longlai bila perlu datakan semula file lama.

Petang dah rasa cuak bila bos besar dah mula tanyakan pasal saya kenapa tidak hadir meeting DPM.

Perjalanan baru sahaja nak bermula..!
Jibun, ganbare!!