Pages

Bismillah-Opick

Pertama kali aku mendengar lagu ini, aku mula tertanya2...

" Lagu apakah ini? Comel sungguh..."
Nyanyian Opick kali ini yang di iringi suara kanak2 comel menjadikan lagu ini sangat menarik, menenangkan hati.
Jom kita dengar..!

Ini sudah kali ketiga untuk pagi Jumaat ini aku ulang main video ini. Huhu... sudah semakin aku hafal liriknya...

" Bismillah di dalam hatiku tenang..lala.."

Ceritera cream puff


Ahad, 9 November 2008


Jam menunjukkan 8.30 malam.


Hujan masih renyai2 di luar. Aku menggigil kesejukan. Hampir sejam aku ' berjemur ' dalam kesejukan suhu serendah 10 darjah celcius petang tadi.


" Fuh.. . ni semua gara2 tunggu bas la ni.. "


Mataku berpinar2. Pandanganku kabur dan kepalaku berdenyut2. Ku letakkan tapak tangan ke atas dahi. Hangat.


" Demam ke aku ni ? "


Tanpa aku pedulikan suhu badanku yang makin meningkat, aku ambil sedikit masa untuk menjejaki Yahoo Mesennger ( YM ). Mana tahu ada pesanan2 ringkas buatku. Selepas YM, saifulislam.com. Selepas itu blogger dan berita harian.


" Aduh..! bosannya... "


Hatiku bermonolog sendiri. Tanganku mula terasa 'gatal' untuk membuka fail2 yang ku simpan dalam komputer. Sampailah tanganku menekan tetikus dan membuka satu fail. Tertera di situ ' cream puff '.


" Ha... cream puff. Kena buat ni. Mesti cuba malam ni jugak ! "


Bahan-bahan ( 10 biji )


100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur


Cara-cara


1) Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.


2) Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.


3) Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.


4) Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk.

Kemudian padamkan api.


5) Masukkan telur, kacau cepat-cepat


6) Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.


7) Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.


8) Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.


krim kastard


1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size) 1 sudu besar mentega


Cara-cara


1) Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.


2) Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.


3) Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.


4) Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.


UBAT DEMAM


" Ala... susu habis. Telur tinggal 2 biji je. Camne ni?"


Kerisauan mula menerjah diri. Sedia untuk berperang dengan senduk dan mangkuk. Tapi siaga telur dan susunya masih belum cukup. Ku gagahkan juga diri mengetuk pintu rumah temanku meminta ihsan telur dan susu. Tersenyum2 simpul aku melihat semua bahan2 cukup2 depan mata.

Akhirnya aku pun memulakan percubaanku membuat cream puff. Masakan di Jepun ini seleraku ini sudah bertambah ragam! Dengan bersungguh2 dan penuh perhatian aku cuba membuat cream puff ini. Satu2 cara aku teliti. Entah berapa kali aku berulang alik dari bilik ke dapur memastikan aku tak tersilap langkah. Maklumlah, ini percubaan yang pertama.


Hasilnya..

Cubaan pertama cream puff

Alhamdulillah. Menjadi! puas hati... hehe. Tidak perlulah aku menunggu lama selepas ini jika timbul keinginan untuk makan cream puff. Sedikit modal + kerajinan + bersungguh2 = cream puff

Aku letakkan kembali tapak tanganku pada dahi. Aik? demam dah kebah ?

Tak sangka tanpa ubat dan rehat, aku pulih dari demam. Dengan izin Allah, berbekalkan sedikit kegembiraan dan kepuasan, menjadi penawar.

Aku renung2kan ceritera cream puff ni dengan kehidupan yang aku lalui. Untuk mencapai sesuatu memang selalunya akan menempuhi jalan yang susah. Ada ujian yang akan menimpa di pertengahan jalan. Kadang2 ada ujian kesakitan. Sama ada kesakitan yang zahir mahupun di timpa sakit kemalasan. Minat juga menyumbang beberapa peratus dalam kejayaan apa yang ingin di capai.

Tentukan apa yang kau mahukan. Siap siagakan dirimu, jangan pedulikan kata orang, jangan pedulikan kesakitan yang akan kau hadapi. Teruskan langkah. Panjatkan tawakkalmu pada Ilahi.

p/s : entri ini aku tujukan buat kohai2 ( junior ) AAJ batch 26 yang baru sahaja menduduki EJU. Kami semua maklum kesusahan yang kau hadapi. Tapi jangan kau putus asa tau. Teruskan usaha!!








dari satu ke dua



" SELAMAT TINGGAL SATU "


Dua dekad ' satu ' mengiringi diri. Dari aku lahir kau disampingku. Sudah sampai masa untuk kau meninggalkan aku.


" Oo budak ni baru satu hari..."


" Eh, dah sebulan ( satu bulan ) ?..."


" Dah setahun dah budak ni, padanlah dah pandai jalan. Cakap pun dah petah..."


Itu mungkin cerita atau pendapat orang tentang diriku bila ' satu ' itu ada di sampingku. Terasa belum jauh lagi ku tinggalkan zaman itu. Terasa bagai semalam baru belajar bertatih dan berkata2, tapi sekarang aku sudah sama tinggi dan sama duduk dengan mereka yang dewasa.


AKU YANG DULU


Membesar dulu di kem lapangan askar. Membuatkan hati ini bercambah tunas keinginan untuk menjadi seorang perajurit. Bila memasuki zaman persekolahan, terasa seronok bila melihat guru2ku mengajar. Terus keinginan untuk menjadi seorang guru tersemat dalam hati. Bukan setakat itu, bila minat memasak menguasai diri, teringin pula hendak menjadi chef. Ah! ada2 saja aku ini. Sekejap itu , sekejap ini. Hehe..


Memang terasa waktu kecil dulu sentiasa ingin mencapai yang terbaik dan rasa seronok dengan apa yang di buat. Tapi aku akan buang jauh2 perkarayang aku tidak suka. Teringat aku ketika aku dalam darjah 4. Entah kenapa, aku cukup tidak minat pelajaran sains. Biasalah, untuk perkara2 yang mengundang rasa tidak minat ni akan ku tempatkan jauh ke belakang. Keputusan untuk pelajaran ini selalunya teruk. Paling baik pun setakat B. Paling biasa, C. Naik darjah 5, aku mula sukakan sains. Kalau tidak silap, dalam darjah 5 inilah aku pertama kali mendapat A dalam peperiksaan. Dari situ, minatku pada sains kian bertambah sehingga aku kini melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan sekarang.


Zaman kanak2. Penuh gembira. Tangisku ketika itu hanyalah jika keinginanku tidak dipenuhi. Tidak dapat mainan yang aku ingini misalnya. Di marahi emak, abah,dan kadang2 guru2ku. Tangisku jua pabila aku dalam kesakitan. Kesakitan akibat kecederaan yang zahir. Marahku pula datang pada bila2 masa. Tanpa mampu aku kawal. Kadang2 tidak sengaja juga marah pada emak, pada abah, pada kawan2, apatah lagi pada adik2.


Berlalulah zaman kanak2 yang aku kira penuh manis. Andai terselit duka pun aku kira tidak berbekas dalam hati. Andai terluka, hanya menangislah penawarnya.


AKU YANG REMAJA


Alhamdulillah, minatku untuk belajar tidak pernah padam. Rasa seronok ingin belajar itu masih terpasak dalam diri. Aku kira pada zaman remajaku ini, sifat girang keanak2an menghiasi diri. Aku berkawan dengan semua orang. Dari yang bertudung labuh yang tersipu2 hingga ke ' mat rempit' sekolah. Seronok berkongsi cerita dan belajar dengan semua tanpa aku 'kategori'kan mereka. Aku habiskan sebahagian besar masaku di sekolah berbanding masaku di rumah. Pergi ke sekolah pada awal pagi ketika matahari masih malas2 ingin menjelmakan diri. Pulangnya aku ketika matahari sudah menyembunyikan diri. Sangat sedikit masaku untuk keluarga. Huhu..


Perangai keanak2an masih tetap mengiringiku walaupun aku sudah berada dalam tingkatan 6. Kata2ku pada teman2 sekelasku ketika itu hanyalah


" Ala, aku kan budak2 lagi... "



Membuatkan aku terus menerus menganggap diriku masih anak kecil. Yang hidup sehari2nya hanyalah untuk bermain2. Langsung tidak ambil endah hidup sehari2. Mungkin juga masih kurang peduli perasaan teman2 lain. Sehinggalah pada suatu hari aku berkata dengan kata2 yang sama pada seorang temanku. Sambil mengukir senyuman yang mulus, temanku berkata...


" Enti, Nabi Muhammad SAW sukakan orang yang matang. Walaupun bukan matang dari rupa paras, tapi matang fikiran itu pun memadai....."


" Ooo ye... kiranya nabi sukakan orang yang matang la ye?..."


Kata2 itu insyaAllah masih berbekas dalam diri. ' MATANG '. Lain benar maksudnya dengan tua. Tak semestinya matang itu untuk mereka yang tua. Jika berwajah matang tapi tidak matang, itu bukan matang namanya.


MENJEJAK DEWASA


Baru celik erti matang. Keinginan menjadi seorang yang matang mula menerjah dalam diri. Sekolah menengah ku tinggalkan setelah hampir lima tahun aku di sana. Pengajianku dalam tingkatan 6 tidak sempat aku habiskan lantaran mendapat tawaran belajar di tempat lain. Namun dua tahun yang aku lalui semasa pengajianku dalam tempoh persediaan benar2 menguji. Pengalaman pertama kali menetap di hostel dan berjauhan dengan keluarga dalam tempoh masa yang agak lama. ( Seminggu aku kira lama pada saat itu ) Kalau dulu, barang milikku hanya milikku. Namun kini, aku tinggal bersama teman bilikku. Ada bahagian yang perlu aku kongsi. Rasa tidak puas hati kadang2 datang tanpa sedar. Namun masa yang berlalu membuatkan aku makin terdidik dengan kehidupan. Mulanya agak terkejut juga kerna tidak bisa mebiasakan diri dengan kondisi ini. Tambahan pula teman2 yang datang dari pelbagai tempat dan latar belakang. Bergaul, belajar dengan mereka membuatkan aku terasa hidupku semakin diwarnai. Semakin ceria walaupun adakalanya hati terluka, terasa.


Jika aku menangis pada saat ini tangisku bukan kerna perkara2 yang ringan. Tangisku bukan kerna kecederaan fizikal. Tapi kecederaan batin yang terhiris. Marah tidak perlukan aku mengangkat tangan atau sepak terajang seperti mana pernah aku buat pada zaman kecilku. Cukup marahku dalam hati. Cukup rasa marah dengan mimik muka dan kadangkala tutur bicara. Ketika ini yang penting aku kira adalah hati dan akal. Sejauh mana, akalku menilai dan hatiku menimbang tara. Kerna itu kemaafan itu cukup berharga.


Ini perjalanan sebuah kematangan. Jatuh bangunnya aku ketika ini sebagai pelajaran menempuh hidup.


AH! SUDAH 20


Semalam aku 19.

Hari ini aku bangun dan bernafas sebagai 20.

Tiada beza udara semalam dengan hari ini. Tapi aku hairan. Dua puluh tahun lepas aku hidup tanpa tahu kenapa aku di lahirkan. Tidak pernah mengambil tahu matlamat hidup sepanjang aku di usia lepas.


Rugi.


Rugi untuk 20 tahun.


Umurku meningkat dan ajalku makin dekat. Dunia hanya mainan. Bukan taman yang kekal.


Moga saat yang aku tempuhi ini penuh makna. Moga makin dekat pada yang menciptakan aku!




jengkel sama blogspot

Keghairahanku untuk menulis dalam Think Thanker ini sedikit terjejas.

Blogger.com bikin ribut !
Masalah timbul bila aku cuba menulis entri baru. Rasa payah sangat bila nak 'seiri' font, edit gambar dan sebagainya.
Baru2 ini pula temanku ada menyampaikan pesanan yang dia tidak bisa menulis komen dalam blogku. Makin menambah jengkelku pada blogger.com. Aku cuba sedaya yang mungkin untuk membolehkan blogku ini menerima komen daripada sesiapa yang membaca. Sayang sekali, entah apa silapnya, masih begitu juga.
wordpress VS blogger.com
Aku harap agar semua kembali seperti sedia kala sebelum aku ber'patah hati' dengan blogger.com. Sakit rasanya bila keinginan untuk menulis terganggu disebabkan masalah2 teknikan yang kecil seperti ini.

PASCA AUTUMN GATHERING 2008




" Dunia itu adalah perhiasan; dan sebaik2 perhiasan adalah wanita solehah "


Hadith pertama yang Kak Linda ungkapkan dalam ucapan alu2an merasmikan Autumn Gathering 2008 di Nagano. Kalau dulu aku seakan memandang enteng hadith ini yang selalu berkumandang di corong2 radio. Tapi entah kenapa kali ini terasa begitu menusuk sanubari. Menghitung diri yang terlalu jauh dari ' sebaik2 hiasan itu ', membuat aku terfikir adakah aku mampu menjadi salah satu hiasan terbaik itu?

[ NORHAFIZAH ] Peserta Autumn Gathering 2008

" MasyaAllah, you all boleh bayangkan tak, betapa rahmat Allah itu memayungi kita. Walaupun ada yang datang jauh dr nun utara Iwate, ke selatan Yamaguchi, tapi Allah gerakkan hati kita semua untuk datang bertemu di sini. Sebelum kita mulakan program kita hari ni, mari kita muhasabah balik apa niat kita semua dari sebelum kita bertolak sampai kaki kita menjejakkan kaki kita di sini. Siapa yang inginkan ilmu, insyaAllah itu yangakan dia dapat. Siapa yang ingin berukhuwwah, insyaAllh itu yang akan dia dapat. Tapi, jika niatnya Lillahi ta'ala, Allah sahaja yang Maha Tahu hikmah di sebaliknya..."


Aku pun turut berasa pelik kenapa hati aku ini menggerakkan tubuhku untuk datang ke sini. Sudah tentu rasa rindu untuk bertemu dengan teman2, selain ingin menambah saham ilmu dalam poket dada. Moga2 pertemuan "hati" ini kerana Allah ta'ala. InsyaAllah..


Dalam niat Lillahi ta'ala, ku selitkan jua perjalanan ke sini sebagai satu 旅行. Rugi seandainya aku yang jauh ini datang ke sini tetapi tidak memetakan Nagano ini sebagai salah satu tempat yang aku pernah jejaki di Nihon ni. Keindahan alam menyambutku ke sini. Tak terbayang perasaan kali pertama melihat 紅葉 ( kouyou ). Bukit- bukau yang berbalam-balam lantaran warna2 daun yang berlainan. Hijau, kuning, dan merah. Subhanallah.. indahnya. Bukat setakat itu, malah mata ini pertama kali melihat di hadapan kaca mata puncak gunung putih diliputi salju.

Panorama bukit- bukau sepanjang perjalanan

Perjalanan ke tempat program aku kira cukup mencabar. Bukannya apa, bayangkan tapak program terletak nun hampir ke puncak bukit. Perjalanan dari eki terdekat untuk ke sana sudah mengambil masa 45 minit. Kasihan bila melihat teman2 lain yang berkerut2 muka menahan loya. Habis satu bas beraromakan minyak cap kapak (( hehe... )).

Tema Autumn Gathering tahun ini ' al-mu'minah as-solehah '. Bagaimana menjadi mu'minah as-solehah untuk Tuhannya, untuk ibubapanya, untuk suaminya dan untuk masyarakatnya. Pengisian program daripada akhawwat2 AMIR yang sudah mendirikan baitul muslim ( berumahtangga ). Berbekalkan pengalaman dan resam hidup, akhawwat2 berkongsi bagaimana untuk menjadi al-mu'minah assolehah.

" Aduhai puteriku sayang... lala "


Program Autumn Gathering ni bukan hanya pengisian semata2 tau. Banyak aktiviti menarik. Yang paling tersemat di dada aktiviti Jungle Explorace dan Malam Kebudayaan. Sudah lama rasanya tidak memerah keringat berlari kerana kami saling bersaing sesama kumpulan untuk menentukan siapa yang pertama tiba ke check point. Kumpulanku bermula dengan baik dari awal. Sehinggalah tiba ke check point ketiga. Check point ' pocho-pocho '. Aku kira seluruh ahli kumpulanku akan membenci pocho2 sampai bila. Masakan tidak, kumpulanku mengulang sehingga 3 kali tarian pocho2 gara2 tidak seirama dan sekata. (( Benci pocho2 !!!!! hehe.. )). Elok2 tiba awal ke check point pocho2, akhir2 menjadi kumpulan terakhir yang meninggalkan check point itu.



" Jangan kecewa ya, tak semestinya yang terakhir itu selamanya akan jadi yang terakhir.."


Itulah pesan Kak Halimah selaku AJK yang menjaga check point pocho2 bila mana melihat muka kami kelat seribu tatkala meninggalkan check point itu. Langit bukan selalunya mendung. Alhamdulillah, kumpulan kami yang terakhir bergerak dari check point pocho2 tu, menjadi kumpulan pertama yang selamat tiba ke garisan penamat. Memang betul kata2 Kak Halimah, insyaAllah aku tak lupa sampai bila2.



Antara perkara lain yang buat aku bersyukur tidak terhingga adalah pabila aku dapat bertemu teman satu batch di sini. Bukan untuk ber'bangga' dengan batch sendiri, tapi teman2 inilah yang insyaAllah akan bersama2ku untuk menuju jalanNya. Kita doakan moga2 teman2 kita yang lain akan turut bersama kita untuk masa akan datang ya?


Batch 25 di Autumn Gathering 2008


( tiada dalam gambar; adi hiroshima, aishah yamanashi, nadzirah gifu,fiza gunma, zuraini saitama )

Yeay.. SUMAYYAH johan!!!

InsyaAllah. Moga2 pertemuan keranaNya membuahkan kemanisan ukhuwwah yang lazat selain daripada memasakkan dalam diri 'azam akbar' untuk menjadi mu'minah solehah. Moga bertemu lagi ya? InsyaAllah

P/S ; sentiasa mengingati kamu semua dalam doa rabithahku...