Pages

maaf, saya bukan graduan mesir !


Bismillahirrahmanirrahiim,

Ramadhan Kariim.

Entri yang tiada kait mengait dengan perasaan marah, apatah lagi tidak puas hati. Ini amaran awal.

Ok lah, ana malas mahu berbasa-basi.. Meh ana nak ceritakan sesuatu.

***
Kelmarin, ana berhajat untuk mengunjungi sahabat lama ana, Sab di sekolah. Sab baru bergraduasi dari sebuah universiti di Jordan, mengambil kesempatan yang ada menjadi guru ganti di bekas sekolah kami. Ana buat keputusan untuk ke sekolah pun pada last-last minute...memang tiada persediaan langsung. Tambahan pula, Sab beritahu ana yang jadualnya penuh dari jam 10 hingga ke akhir masa. Pagi tu juga ana pecut menunggang motosikal. ( natsukashi sungguh! Dah lama tak bawa motor laju2 di highway... =)

Sampai sahaja di sekolah, ana terus hubungi Sab. Dia minta ana untuk ke bilik guru perempuan. Sampai sahaja disitu, ana hanya sempat bersalaman dengan Sab. Tak sempat nak bersembang pun. Cikgu-cikgu lain dah grab ana dulu. Tanya ana macam-macam tentang hidup di Jepun. Kasihan Sab, tak sempat kita nak borak lama kan..?

Kebetulan, pada hari itu...di adakan seminar untuk pelajar tingkatan 4 dan 6. Fasi-fasinya terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di al-Azhar, Mesir. Sab beritahu ana tadi yang teman-teman lama ana seperti Atin, Heerwan termasuklah junior-junior ana turut serta dalam program tu.

Apa lagi, bila habis sahaja urusan ana di bilik guru...terus ana ke dewan, tempat dimana seminar itu berlangsung. Ketika itu, junior ana Ahmad, sedang beri taklimat pembahagian kumpulan. Ana tengok seluruh dewan, sambil memetik kamera yang ana bawa. Entahlah, ana rasakan amat tenang. Lama betul tidak merasai suasana sebegini, masakan tidak sudah 5 tahun ana tinggalkan sekolah. Dunia tempat ana diami sekarang pun realitinya sudah tidak begitu, tapi alhamdulillah...ana syukur kerna Allah temukan ana dengan jalan ini. Jalan yang memperkenalkan ana pada tarbiyyah, pada ukhuwwah.

Ana cari kelibat Atin. Kami bersalaman, dan berpelukan. Atin kini belajar di al-azhar, Mesir. Sebelum ini dia menghabiskan Diploma Tahfiz dan Qiraat di Darul Quran. Ana nampak juga kelibat junior yang muda setahun dari ana. Lantas, teringat ketika itu zamannya yang menjadi "otai-otai" sekolah. Kelakar juga bila teringat otai sekolah ni. Gayanya sama. Tudung bulat serupa cendawan, yang potongannya hanya cukup-cukup makan. Dengan lengan baju yang tidak di ketip, dan selalunya otai ini akan memakai kasut sekolah "high-cut" berjenama all-star.
Tapi, bila ana tengok junior ana ini, alhamdulillah. Sudah berubah. Dengan jubah hitam, dan mengenakan tudung labuh berwarna coklat tua..alhamdulillah. Siapa tahu kan, hidayah Allah itu diturunkan kepada siapa?

Adik-adik tingkatan 4 dan 6 itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kelas. Ana sebagai tetamu yang tidak diundang, memilih untuk bersama-sama Atin. Kami duduk sekumpulan dengan adik-adik tingkatan 6 yang akan menduduki STAM. Ada juga adik2 itu yang masih mengenali ana. Benar, terasa diri sudah lanjut usia. Ana tidak ingat, generasi mana lagi yang sempat mengenali ana. Barangkali yang tingkatan 6 ini yang terakhir.

Atin dan teman-temannya lagi 2 orang, berkongsi mengenai pengalaman mereka di Mesir. Ana mendiamkan diri dan sekadar menjadi pendengar setia. Namun, tatkala dminta memperkenalkan diri rata-rata adik2 yang mendengar terkejut. Terkejut kerana ana bukanlah penuntut al-azhar, tapi Jepun. Ya, Jepun! Sedang menuntut tahun 3 dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Bidang dan tempat yang 180 darjah berbeza dari Atin dan teman-temannya yang lain.

Bila diminta berkongsi sepatah dua, ana hanya katakan dua perkara. Satu, sebagai bekas pelajar sekolah agama... kita pegang title tu ke mana-mana. Dua, cintai islam, dan cuba kuasai bahasa arab. Ana sendiri sebenarnya sungguh rindu dengan bahasa arab, dan ilmu-ilmu islam yang lain. Sekarang ini pun, ana belajar bahasa arab dari pembacaan al-Quran itu sendiri. Baca satu ayat, lihat terjemahan. Maksud kalimah mungkin ana tahu, tapi mana mungkin ana dapat kuasai nahu, sarah, balaghah tanpa belajar dengan cara yang sepatutnya. T.T

Tamat sahaja sesi perkongsian secara berkumpulan, ada adik-adik yang mendekati ana. Minta email dan nombor telefon secara personal. Ana tidak tahu apa persepsi adik-adik ni terhadap orang yang belajar bukan bahasa arab mahupun pengajian islam. Tapi ana harap yang adik-adik ni tidak pandang rendah bahasa arab dan pengajian islam. Ana sungguh tidak minat kalau ada yang beranggapan dan memandang rendah bahasa arab sebagai pilihan ke 2, ataupun bukan pilihan sendiri.

Pernah juga terlintas dalam fikiran sekarang untuk menukar bidang ke pengajian islam dan bahasa arab selepas ana bergraduasi nanti. Tapi entahlah, ana lihat situasi ana dahulu. Wallahua'lam.

"maaf, saya bukan graduan mesir!"

kalau bukan dengan apa yang dituntut, kami serupa dari pakaian dan penampilan pun tidak apa kan..?

kerna sebaik-baik pakaian, adalah taqwa =)

p/s: moga masih sempat mengejar taqwa. Ramadhan berbaki 6 hari lagi ..

omelan lagi @ 28hb Ogos 2010


Bismillahirrahmanirrahim,

sekadar mencatit omelan kisah 28 haribulan lapan. Maafkan ana lama benar tidak memetik kekunci untuk menulis di ruang blog ini. Kini ana berada di tanah air. Mengatur masa untuk bersama keluarga dan menyelesaikan tugas sementelahan di Malaysia.

Kisahnya begini. Ini kisah 28 hari bulan lapan. Atau pendek katanya semalam.

Semalam, hari sabtu. Jadual ana bermula dari awal pagi, seawal jam 8. Abah hantar ana ke stesen komuter di Klang. Ana ada koryuu dengan kouhai 1nensei di AAJ pada jam 10.00 pagi. Masa menunggu komuter sangaaaat lama! Masa ana habis disitu. Tiba di AAJ pun giri2. Kebetulannya, masa sensei sebut nama ana, ana masuk pintu depan ADK 1. Terus sahaja sensei minta shoukaikan diri sendiri. =)

Ini pertama kali ana terlibat dalam koryuu dengan kouhai AAJ secara rasmi. Biasanya ana dengan teman-teman lain dah "serang" dulu adik-adik ni di ryou. Tapi sebab koryuu ni agak rasmi, mungkin hanashi lebih kepada perkara berkaitan akademik.

Menariknya kouryuu kali ni, ana rasa syukur sangat. Senpai-senpai lain yang datang dengan ana, alhamdulillah terasa kesepakatannya. Akademik bukanlah segalanya, tapi kehambaan kepada Allah itu yang utama. Terasa kasihan benar dengan kouhai-kouhai di AAJ ni. Sudahlah kelas dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Dalam tempoh 2 tahun, langsung tiada pengisian bercorak kerohanian yang di anjurkan pihak sekolah. Mungkin, satu kesimpulan ana boleh katakan. AAJ adalah satu tempat untuk men"jepun"kan pelajar!
-melainkan bagi yang benar-benar punyai kemahuan yang tinggi dan tidak mahu terbelenggu dengan kesibukan yang tidak kemana-mana-

Pengumuman untuk RPKJ batch 25,26,27,28...
kohai kita sekarang dah takde kelas sabtu ..... waaaaaaaaaaaaaaaaaa >.<
relax..relax =)

Selepas koryuu, ana ambil keputusan untuk shopping buku di Jalan Masjid India.
Turun je dari LRT, ana dah rasa rimas dah. Sesaknya masyaAllah!!
Ana terus berjalan ke Jalan Masjid India. Sepanjang perjalanan, jujur ana katakan, rungutan dan bebelan sambil kesal bergilir-gilir menempati hati. Mana tidaknya... realiti umat islam sekarang kan. Lebih-lebih lagi yang wanita.

Ana kasihan benar dengan wanita-wanita sekarang ni. Bukan sahaja dipermainkan musuh islam, bahkan menjadi boneka peniaga. Hotondo ana tengok yang bertudung, tapi...ehem2. Bertudung tapi pinkan untuk menampakkan sanggul. Kan ada hadis yang sebut Allah laknat wanita yang menampakkan sanggul seperti bonggol unta. Tak tahulah mereka belajar daripada mana. Sah, musuh islam sengaja nak mainkan. Yang haram... diperindahkan. Itu belum lagi baju-baju yang dijual sangat-sangatlah nipis..

Sedihnya ana..... T.T.

Sakit kepala ana! Alhamdulillah, lega sikit bila dapat masuk ke masjid. Rasa bagai tidak mahu keluar-keluar lagi. Tidak sanggup mahu hadapi kesesakan semacam tadi. Berlaga bahu dengan entah siapa-siapa.

Azan asar sudah lama berkumandang, doa ana moga yang sedang sibuk shopping, mahupun yang ada diluar masjid itu sudah solat. Yalah, Allah itu Maha Kuasa kan..?
Bukan setakat puting beliung yang menimpa bazaar ramadhan , Allah berkuasa nak buat apa sahaja.

p/s: 28hb = the peak of tarbiyyatul qalbi

omelan jumaat



Bismillahirrahmanirrahiim..

First of all, Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah. I'm still breathing.
Allah sahaja yang maha mengetahui kondisi hambanya dan moga-moga nafas yang Allah beri ini menyedarkan kita yang masih ada peluang untuk kembali.

Barakallah lakuma pada teman sekolah ku.. al-akh muawwiz yang selamat diijab qabulkan dengan zaujahnya malam semalam. Subhanallah, moga misaqan ghaliza yang terpatri ini permulaan untuk membina baitul muslim insyaAllah. Ana doakan dari kejauhan bumi matahari terbit ini.

Buat ana dan teman-teman lain... mungkin kadang-kadang kita terfikir bilakah? akan sampaikah? dan macam-macam tentang walimah ni kan? Percayalah ... mari kita sama-sama siapkan diri kita. Oh, ana pun tuding jari pada diri sendiri dahulu. Berdoalah, dan sama-sama kita yakin moga Allah kurniakan pasangan dan zuriat yang akan mententeramkan hati dan jadi di kalangan hambanya yang bertaqwa.

***

Dari awal miggu ini sehingga khamis minggu hadapan, merupakan minggu "berjuang" seluruh insan bertuah di Yamaguchi University ini. Musim kimatsu -peperiksaan semester akhir- menghantui atmosfera di sini. Nak-nak lagi sekarang ni musim panas kan. Mushi-mushi, jimi-jimi.. memang penuh yang amat toshokan tu. Datang pagi sebelum exam, pergi toshokan dulu cop tempat.. lepas tu baru ke dewan exam. Malamnya pula, penuh juga. Sampai pakcik toshokan buat announcement untuk tutup, baru masing-masing nak gerak. Parkir basikal kat depan toshokan pun melimpah ruah. Pak cik guard pun tak kisah ;).

Teringat masa satu atau dua tahun lepas. Keadaannya seperti sekarang inilah. Menghadapi kimatsu shiken. Ana pula masa tu memang tak suka-kirai- dengan shiken. Selalu rasa mendou, kenapa nak kena susah-susahkan otak dan sebagainya.

Sampaikan satu hari, masa chatting dengan seorang kakak jauh nun utara jepun.. ana luahkan rasa tak puas hati;

ana: kak, ana peliklah kenapa susah-susah nak exam ni. Menyusahkan otak je. Semua orang jadi kelam kabut.
kakak: eh, kenapa pulak rasa macam tu? Akak rasa waktu-waktu macam inilah pergantungan kita dengan Allah itu lebih tinggi berbanding waktu-waktu yang lain.

Masa tu mungkin ana masih kurang faham.. masih belum lembut hati agaknya.

***

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. ana makin faham :)

Dapat menjawab dengan kanpeki atau dapat habiskan study semua benda bukanlah satu perkara yang paling menggembirakan. Yang paling menggembirakan adalah dapatkah kita merasai tarbiyyah yang Allah nak sampaikan..?

Sweet kan Allah ni.?

Tarbiyyah Allah tentang sabar, tentang sangka baik, tentang jangan putus asa..tentang pergantungan pada Allah juga .

Wiii.. Allah, tsabbit quubana a'la dinik. Allahumma yassirlana, umurana.

Ok lah.. ana minta diri dulu ya.
Pada teman-teman ana khususnya diseluruh jepun ni, jom kita ganbarimashou :). Tapi tawakkal tu letak pada awal usaha kita ya.! InsyaAllah, baru boleh booster.

Glosari:
-shiken: peperiksaan
-toshokan: perpustakaan
-mushi mushi, jimi jimi: menggambarkan rasa panas yang melekit




sesekali mencatat


penat,
kosong,
keliru,

cinta,
kasih,
ingat,

tahu tapi tak buat,
tak faham tapi tak tanya,
kecik tapi perasan besar,
lemah tapi perasan kuat.

oh, manusia.
oh, aku.

hidup di dunia ini kan ujian..?

sujud

عز فيها مسبح وتعالى

ظنها الجاهلون غلا على العبد

ولكن تحطم الأغلالا

خر فيها لساجد كل شيء

يرهب الكون قوله والفعالا

تثبت الوجه والجوارح في الأرض

ولكن تقلقل الأجبالا

تهدم الشرك والوساوس في النفس،

ولكن تشيد الأجيالا

في سكون، وللقلوب مسير

سخر الأرض رهبة وجلالا

هي لله، وحدته، فقرت

ومحت كل غاشم يتعالى

من وعاها: وعى السيادة في

الأرض جلالا، ورحمة، وجمالا([1])


Sujud itu menundukkan dahi, tetapi
Memualiakan dan meninggikan muslim yang bertasbih padaNya
Si jahil menyangkanya belenggu keatas hamba
tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu-belenggu itu
Padanya, semua makhluk akan tunduk kepada muslim yang sujud

Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
Wajah dan seluruh anggotanya melekat di bumi
Tetapi ia menggoncangkan gunung-ganang
Meruntuhkan syirik dan was-was di dalam diri,
tetapi ia juga membangunkan generasi-generasi
Dalam diam, kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya

Sujudnya hanya kepada Allah, ia mengesakanNya, lalu mantap dan kuat
Menghapuskan setiap penzalim yang sombong
Barangsiapa yang menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya.

(Abdul Wahab Azam, Majalah al-Muslimun. Tahun 1, ms 961)