Pages

sampul hijau


Bismillahirrahmanirrahiim.

Kullu am, wa antum bikhair.

Alhamdulillah, hari ini hari ketiga raya. Baru hari ni si wira kelabu tu bergerak.

***
Pagi-pagi kami sudah bertolak ke kampung belah mak.
Selepas itu ke rumah jiran atuk sebelah rumah.
Selepas itu ke rumah makcik, yang terletak 10 minit dari rumah atuk.

Petangnya ke rumah jiran lot sebelah.

Malamnya ke rumah pakcik.

***

Masih berlegar dirumah saudara mara lagi. Bila teman saya mahu ajak baraan?

***
Kelainan.

" Am i too old to get any sampul hijau for this raya? " :p

Mungkin ana perlu menghitung untuk masa depan. Tiap kali berjumpa saudara mara, mesti mereka bertanya.

" Bila nak habis ? "

" Erm, setahun lebih lagi insyaAllah untuk ijazah ni. Tak tahulah insyaAllah kalau ada plan lain ".



p/s: raya yang banyak membuat ana menghhitung kedewasaan.
So Fizah, please act and think like an adult ok!

Macam-macam di hari raya


Bismillahirrahmanirrahiim.

Taqaballahu minna wa minkum.

Salam Aidilfitri ana ucapkan buat pembaca semua. Tahniah buat jiwa yang sudah bersih kembali kepada fitrah. Salam kemenangan buat kalian semua.

***

Cerita tentang kisah raya tahun ini. Hurm, perasaan semangat sangat nak raya sedikit sebanyak agak luntur. Barangkali kerna semakin menginjak dewasa.

Kot.

Baru faham, dulu sangat hairan melihat mak dan abah. Kadang-kadang mak dan abah tak beli baju raya untuk diri sendiri pun. Tapi semangat bila raikan anak-anak. Tahun ini, ana dah masuk geng dengan emak dan abah =).

***

Alhamdulillah, raya pertama tahun ini jatuh pada hari jumaat. tetamu datang pun selepas zuhur. Semalam, 'dayo' sampai tak putus-putus dari selepas zuhur, hingga ke pukul 6.30 petang.
Almaklumlah, ana balikpun setahun sekali. Bila tengok raya tahun ni, banyak juga perubahan.
Ada kekurangan, dan alhamdulillah ada penambahan juga. Bakal bertambah pun ada.

Wak Mail, abang abah ana sudah di jemput Ilahi. Begitu juga suami kepada sepupu ana, Kak Milia. Rasa simpati juga melihat Kak Milia yang sedang hamil, bersama-sama 3 orang anak lelakinya yang lain.

Penambahan pula, sepupu ana yang berkahwin tahun lepas sudah mendapat cahaya mata yang pertama. Begitu juga anak buah ana. Khabarnya sedang berpantang anak kedua. Wah, ana sudah berpangkat nenek tau ! =p

Anak buah ana ( anak kepada sepupu ), mengikat tali pertunangan beberapa bulan lepas. Tak tahu siapa lagi yang bakal masak nasi minyak lepas ni. Kadang-kadang sudah lama di negari orang ni, tidak sedar diri sudah semakin tua.

Kalau mahu dikira bilangan, barangkali tidak terhitung. Hehe... alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk bertemu saudara mara ana. Peluang emas sebegini sangat dinantikan, lebih-lebih lagi bila mahu berjumpa saudara-saudara sebaya ana. Maklumlah, masing-masing sudah berkerjaya dan sedang belajar, ini sahajalah peluang kami untuk berkumpul.

***

Raya kedua, atau hari ini.

Ana sekeluarga masih belum kemana. Cuma sempat berjalan sebentar ke rumah ayah saudara ana di belakang rumah.

Pagi tadi dari jam 8 pagi, dayo sudah mula berkunjung ke rumah ana. Anak jiran sebelah rumah.

Kemudian, makcik ana dari Pahang pun tiba. Nampaknya tahun ini tidak ada peluanglah ana nak berjumpa anak sulung makcik ana ( sepupu ana ) sekeluarga kerana tahun ini mereka beraya di Perak. Sudah beranak dua khabarnya. Terkejut ana bila melihat sepupu ana yang dahulu teman-teman ana masuk hutan, teman anamain mercun dan sebagainya, sudah besar panjang semuanya. Dua orang sudah bekerja, seorang sedang belajar di Politeknik Shah Alam, seorang lagi di UiTM Shah Alam.

Ternyata seronok raya ini bagi ana sebenarnya bila dapat berjumpa dengan saudara dan teman-teman. Ye lah kan, balik pun setahun sekali. Entah bila dapat berjumpa lagi.

***

Rindu?

Ya, ana sedang merindui banyak perkara dan ramai orang pada saat ini.

Ana nak sangat jumpa kawan-kawan yang mengenali ana. Tidak kira kenalan di sekolah rendah, di Hisamuddin Kg Jawa, di AAJ dan di Jepun sekalipun. Bila antum nak datang ye? Ana tunggu sangat-sangat.

dan,

ana rindu.....Allah.

***

Kemaafan.

Mungkin mudah pada waktu sekarang untuk melafazkan maaf.

Selamat hari raya, maaf zahir batin. Senang kan?

Ana tersentuh dengan perkataan " a'faaf " sebenanrnya.

A'faaf, bukan sekadar maaf. Tapi kemaafan yang tidak meninggalkan kesan dalam hati. Ditelan habis, hingga tak terluahkan.

Ana masih belajar untuk a'faaf. Kerna ana juga seorang yang mengharap a'faaf.

InsyaAllah, untuk yang pernah kenal ana...ana memaafkan antum semua. Moga-moga a'faaf, insyaAllah. Dan dari ana, ana pohon kemaafan lahir batin dari antum juga.

***

Akhir kalam, ana dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri. Maaf dipohon andai ada salah dan silap. Moga tidak terputus silaturrahiim kita, ya.

glosari;
- dayo: tetamu ( bahasa jawa )

p/s: maaf, ana tidak upload sebarang gambar di entri ini.

sampai akhir ini


sampai akhir ini,

terhasilkah a'faaf ?

berbuahkah taqwa ?

dapatkah menggapai pialaNya ?



bila-bila masa


Bismillahirahmanirrahiim,

Ramadhan kariim.

Semalam ana dapat mesej dari teman ana. Seorang akhwat BFG, yang dikenali sebagai Kak Raihana... telah kembali ke rahmatullah dalam kemalangan dari Shah Alam ke Kerteh.

Terkedu ...

Kenangan ana bersama Kak Rai, mungkin tidak sebanyak akhwaat lain. Tapi pada ana sendiri, tetap mencorak sesuatu yang akan ana kenang sampai bila-bila. Entah kenapa semalam tiba-tiba bayang Kak Raihana terlintas dalam fikiran ana. Esok paginya ana dapat berita sedih ni. Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun.

Benar, berita kematian itu pengajaran.

Tersentak! Bila ajal itu akan datang bila-bila masa. Tanpa kita tahu bila.
Malu dengan diri sendiri bila mana, diri masih indah berfikir dan berangan-angan tentang cita-cita dan harapan yang belum pasti.

Namun kematian itu semestinya pasti.

***

Berhenti, berhentilah bermain dengan hati. Terlalu banyak tugas yang menanti sebenarnya. Cuma diri sendiri yang kadang kala mahu lari, lebih enak memejamkan mata.

***

I've got a call from one of my kakak in Japan. Then, i've got a message from Tiqah. My sis, anis also pm me thru YM.

I miss you so much ok! T.T

ukhwah.. it's my strength.




yatta! minna atsumattayo =)

bismillahirrahmanirrahiim...

Alhamdulillah, yeay!

awatlah ana ni gembira sangat kan? Mana tak nya, alhamdulillah... adik ana yang no 2 dah pulang ke rumah untuk bercuti. Bermaksud, cukuplah korum adik-beradik kami =)

Dulu kalau masa kecik-kecik, selalu juga bertegang leher. Berebut itu lah, inilah. Itu tak kena, ini tak kena. Susah betul nak mengalah antara satu sama lain. Bila dah besar, rasa nak gelak je bila teringat balik kisah dulu. Bila dah cukup korum ni, senang sikit nak buat geng untuk sakat adik yang lain. Hehe...

till then,

selamat ber"ganbarou" untuk mengejar taqwa.

ramadhan kariim !