Pages

tarik tali layang2


Kadang2, ada masa layang2 tidak suka di pegang erat.
cemburu memandang;
Burung terbang bebas,
Angin bertiup kencang,
Langit tinggi gemilang.
Semua mungkin bisa digapai;
dengan syarat
layang2 tidak di pegang.

Lalu lepaslah,
terbanglah layang2

rasa bahagia bila ditiup angin,
bangga bila terbang setanding burung angkasa,
lebih gah bila mampu menggapai awan.

bahagia layang2 itu kan sekejap.
tak lama lagi bakal dia melayang tak tentu arah.
lama2 rebah ke bumi.

sebelum tersungkur.
untung nasib jika tuan sudi menarik tali.
jika tidak sayang,
tentu takkan di tarik lagi.

dan akulah layang2 itu.

sempurna


Kadang2, aku terlampau sibuk merias zahir terbaik agar sempurna di mata manusia;
tanpa sedar aku sediakan HATI yang parah terluka untuk yang Maha Melihat.

cucutokjanggut,
kyusyuu, 11 Julai 2008.

Nota Kecil di Hujung Isya' 1


Dalam sebaris jemari yang ku susun di hujung Isyak
ada wudhu' yang menakung khusyuk
saat ku baca seraut peribadi
dengan serangkap bahasa walang
dan cinta samawi yang kian lama tergalang

Aku adalah kerdil munajat yang tempang
punya dada berdarah
dan hati yang tertarah.
Pimpinlah aku berjalan di langit syahadah
mencari rumah-Mu yang menghimpun barakah
tempat berteduh seisi jagat
paling indah
paling merahsiakan kejadian.

Saat kutuliskan serangkap hasrat
di sekeping nota munajat yang terkoyak, alangkah
antara hayat dan barzakh
adalah musafir rahsia yang singkat
menuju jalan tak beralamat
di kerajaan akhirat yang terlalu, terlalu mendekat

Rabb,
izinkan aku bermendung dari panas duniawi
di bawah teduh langit rahim-Mu

FAHD RAZY,
South Cicular Road, Dublin.
Mac 8, 2006.