Pages

perlu


Bila rasa jadi berat,
seringan kapas bakal jadi seberat besi.

Ringan dunia itu letaknya di tangan;
Akhirat yang kekal tancapkan ke hati.

Susah benar mahu mencapai,
Dengan usaha sendiri tidak membantu,
Bahkan sebenarnya taqwa itu perlu.

Bila mengIlahkan Allah,
InsyaAllah,
hati tenang... takkan gundah.

p/s: ikuze!

hujan


Bismillahirrahmanirrahiim ..

Hari ini mungkin sudah masuk minggu ke berapa barangkali hujan lebat turun membasahi bumi Yamaguchi. Semalam, sewaktu saya menonton TV, terpapar amaran tentang hujan lebat dan tanah runtuh di Yamaguchi dan Fukuoka. Terus ingatan saya teralih pada Athiqah yang sedang dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Fukuoka. Saya mendail nombornya ..namun tidak diangkat. Mudah-mudahan selamat semuanya.

Hari ini seharian saya di sekolah. Kuliyah hari ini hanya pada waktu pertama, bermakna tamat pada jam 10.10 pagi. Hari ini saya berlalu dari kelas mungkin dengan 'kosong'. Kerja sekolah minggu lepas pun tidak saya hantar. Maaf, saya tidak faham. Sedangkan sejak awal kelas tadi lenguh juga tangan mencatit entah berapa banyak huruf dan nombor. Salin dan tidak sempat fikir. Jika fikir pun, tidak faham. Alahai...

Habis kuliyah, kerja rumah saya ada beberapa yang perlu di hantar. Hari rabu, hari khamis, dan jangan lupa hutang kerja sekolah tadi. Saya berniat untuk bertapa di perpustakaan sehari suntuk hari ini. Moga-moga Allah mudahkan.

Basikal saya yang sudah kemek dan berkarat meskipun usianya baru 2 tahun, saya kayuh perlahan-lahan menuju ke perpustakaan. Di hadapan saya , teman sekuliyahan saya berjalan berdua.

Selepas satu jam, mungkin dua, mungkin juga tiga jam saya bertapa di sana, hujan sudah mula lebat di luar. Sambil meregangkan leher, dan bersila diatas kerusi ..saya menjenguk ke luar.

'Ah. beruntungnya berdoa pada saat ini. Penuh rahmat tika hujan turun mencurah-curah. Bulan rejab pula '

Hujan menjadikan hati saya sedikit sejuk. Dan secara tidak langsung kenangan-kenangan bermain-main dalam kepala. Maklumlah, dengan ear-phone setia di telinga. Menambah lagi perasaan pada ketika itu.

'Seronoknya kalau waktu dulu saat hujan turun. Pasti saya akan basah lenjun bila pulang dari sekolah. Menelefon emak, dan menunggu sehingga emak datang dengan motorsikal. Dan pasti, baju hujan lusuh berwarna kuning akan ku pakai.

Mana mungkin saya lupa pada teman sekolah saya, Aina. Mungkin ketika itu kami di tingkatan 3. Dia dengan beraninya mahu mencuba eksperimen membuktikan kasut tidak basah dengan membalut kakinya beserta kasut dengan karung plastik. Aina memang berani! Dia bagai tidak rasa apa-apa walaupun mata-mata lain memandangnya dalam bas yang penuh sesak dengan penumpang. '

" Balik terus mandi . Basuh kepala sekali ", selalu mak dan abah berpesan sebegini. Tahu sahaja yang anaknya ini sangat tidak alah pada hujan , bahkan gerimis sekalipun.

' Ah, hujan-hujan begini saya teringat pada jaulah kami ke UK. Saat pertama kali sampai di bumi London. Jam 5 petang kami sampai Isra' menaiki bas double-decker berwarna merah. Hujan renyai-renyai pada saat itu, dan sungguh penerbangan selama 12 jam memang meletihkan! Ditambah lagi dengan jet-lag.

Kesian teman lain yang kelihatan sungguh penat dengan beg roda yang sarat. Malamnya perlu bertolak ke Gatwick, menanti penerbangan seawal jam 6.30 pagi ke Istanbul, Turkey! '

oh, hujan.

oh, kenangan.

Cerita semalam ...


Bismillahirrahmanirrahiim ...

Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi untuk menagih kasih di hari Jumaat ni.

Terasa sangat lama saya tidak menulis, berkongsi perasaan dalam tulisan. Sengaja saya mahu berkongsi cerita semalam yang saya lalui.

Semalam, kelas saya bermula pada jam 10.20 pagi. Usai mengemas beg dan mengambil makan pagi.. terus saya mengayuh basikal. Masa sebelum kuliyah, berbaki 3 minit mungkin tatkala saya memasuki pagar sekolah.

Tiba-tiba ada seorang lelaki Jepun melambai saya dihadapan perpustakaan. Terus saya membrek dan dia menuju ke arah saya. Alhamdulillah, saya tiada perasaan cuak atau curiga pun pada ketika itu. Terus dia menanya kepada saya dimanakah letaknya "mosku" di sini? Kemudian dia bertanya , dimana kediaman Shariru-Kun?

Oh, Shariru-Kun @ Shahril itu kouhai saya.

Terus ingatan saya kembali pada emel yang dikirimkan kouhai saya sebelum ini. Dia terjumpa seorang lelaki Jepun yang memeluk islam di supa-. Alhamdulillah, oh..inilah orang yang dimaksudkan.

Dia memperkenalkan namanya sebagai Adam. Atau nama Jepunnya Nakamura. Mungkin berpangkat pakcik bagi saya, usianya mungkin lingkungan 30an atau 40an.

Rasa waku-waku saya ketika itu. JIka dihadapan saya itu seorang wanita, teringin sekali saya berjabat tangan dan berpelukan dengannya.

Ah, saya terpaksa bergegas dan meninggalkan pakcik tadi dihadapan perpustakaan. Janjinya pada saya untuk menanti saya pada jam 11.50 pagi nanti. Nampaknya pakcik itu terpaksa menunggu selama sejam setengah sebelum saya selesai kuliyah.

Oh, pakcik.. maafkan saya. Agak terlewat dari janji kita. Mungkin pukul 12.00 tengahari baru saya berjumpa dengannya di hadapan perpustakaan tadi. Disebabkan kouhai saya itu pada hari itu ada urusan lain.. jadi saya ambil keputusan untuk menunjukkan jalan kerumah kouhai.

Sambil mengayuh, ada juga kami berborak-borak. Saya paling terkesan dengan ayatnya yang ini..

" kita sesama muslim ini macam adik beradik kan? tak kisah kan kalau saya orang jepun dan awak orang Malaysia? "

Agak terkedu di situ.

***
Semalam tatkala saya blog-roll , saya klik pada page sambalterung. Saya tertarik pada sebaris ayatnya.. " mesti klik link ini. ". Benar-benar ayat psyco.. dan saya klik tanpa lengah.

What I've found there? Wow..masyaAllah.. !

dan yang paling saya teruja..bila mendengar lagu ini yang disertakan dalam blog tersebut. Dua lagu sebenarnya..satu dari Izzatul Islam bertajuk Kepadamu Jundullah. Dan satu lagi, lagu berbahasa arab. Mungkin judulnya نم في سلام




bila saya lihat dua-dua video ini dan lagu bahasa arab di atas.. saya terfikirkan sesuatu.

Kadangkala hairan bila saudara kita di Palestin tidak memekik meminta tolong pun pada orang islam di luar sana. JIka pada fikiran saya mereka mungkin lebih kasihan dengan kita sebenarnya. Yang termakan dengan umpan musuh-musuh islam. Lantas langsung tidak sedar dengan apa hakikat dunia sebenarnya.

Palestin, Gaza, Tebing Barat.. dan umat islam yang sedang berjihad di sana tidak perlukan kita pun. Mereka tidak rugi jika kita tidak ambil peduli.

Tapi.

Tidak gentarkah kita bila dipertanggungjawabkan di mahsyar nanti?

Gulp.

dan kata-kata Pakcik Adam tadi menerpa...

"..kitakan sesama islam bersaudara...".

marah semalam

Bismillahirrahmanirrahiim...

diakui, semalam marah saya memuncak. Ya.. memuncak akibat serangan israel ke kapal yang tak berdosa itu.

lantas saya dengan waras berfikir...

marah saya biar betul2 bertempat...fikir, jangan tak fikir.

atas sebab apa saya terlalu marah semalam?
-erm, marah pasal serangan israel itulah.

serangan israel itu ke atas sape..?
-orang atas kapal..

baru sekarang kau nak marah dan sedih? yang selama ini hari2 yahudi laknatullah itu menyerang palestin tidak pula kau ambil endah..?
-erm...

kau ini marah atas dasar umat atau bangsa?
-ha? apa tu..

iyalah. lebih2 lagi atas kapal itu ada 12orang rakyat malaysia. mestilah kau terasa lebih2 kan?
-hurm..diakui perasaan itu ada.

lihat..sekarang kau ini marah dan sedih atas dasar bangsa atau ummah?
- ....

ketsuron;
- buat yang marah..yang bersemnagat..yang bercita-cita jihad.. , jangan berhenti. Cuma ambil masa dan renungkan sedikit sahaja.
Darah saudara kita di sana dijarah setiap masa .. sedang kita tak peduli.
dan kelakar juga (sambil menggelakkan diri sendiri ) bila kita ini akan naik semangat bila ada sesuatu yang berlaku. Sedangkan setiap masa kita dijajah.
- buat yang masih seronok2.. seronok2lah ya.. tunggu2lah untuk ditanya Allah nanti ya!

soredewa...

sangkaan kita



"Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia

mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya

dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan

mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku

dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia

mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang

kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam

keadaan berlari-lari anak."