Pages

Kulit bawang

Bismillahirrahmanirrahiim.

" Awak, kalau akak ada rezeki stay dekat sini, doakan akak dapat mulakan hidup baru ", seorang marhaen meluahkan hasratnya kepada si rafiqah usai makan tengahari di shokudo.

" Apa yang ada pada akak sekarang, bagai bawang yang belum habis dikupas kulitnya. Jelik, kuno dan sifat-sifat lamanya masih tetap disitu. Dan jika saat itu tiba, akak mahu bersih dari kulit yang lama untuk hidup dengan kulit yang lebih cantik atau isinya yang sebenar ". Si rafiqah setia mendengar dan kedua-duanya meneruskan perjalanan menuju ke toshokan.


Namun si marhaen tetap mengharapkan agar apa yang ditakdirkan Allah selepas ini mampu dihadapi dalam kondisi dekat dengan Allah.


Penyedap hati


Glosari:
Shokudo: dewan makan
toshokan: perpustakaan.
rafiqah: teman seperjalanan

Abka

Bismillahirrahmanirrahiim ...

وَأَنَّهُ ۥ هُوَ أَضۡحَكَ وَأَبۡكَىٰ
Dan sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan ketawa dan  menangis (An-Najm 53:43)

Terima kasih Allah, 
yang berjaya menyentuh seketul "logam" yang bernama hati. 

Diari : 3 waktu.

Bismillahirrahmanirrahiim.


[Pagi]

1. Perhatikan perasaanmu kepada al-Quran, adakah kamu cenderung untuk mendekatinya, membacanya, mentadabbur dan cuba mengamalkannya? Yang mana lebih pantas antara jarimu mengklik kerana tidak sabar mahu membuka notification FB ataupun hatimu meronta-ronta tidak sabar mahu membaca kalamullah ?

2. Jika setiap saat, hati tidak diisi dengan ingatan kepada Allah, maka disaat itulah kejahatan mengisi ruang hatimu.

3. Jika disuatu saat ada lintasan dalam diri untuk mendekati Allah, usahakan untuk menyahut seruan lintasan itu. Kerana sejengkal kau cuba mendekati Dia, sehasta pula Dia mendapatkan kita.

4. Cinta dan kasih sayang Allah itu terus-menerus untuk kita, tidak pernah putus.
Tidak percaya? Kau masih hidup bukan??

[Tengahari]

1. Manusia sering memandang dosa silam seperti sudah terampun oleh Tuhan. Benarkah?
Sedang taubat belum tentu taubat nasuha, dan berulang kali bergelumang dengan dosa . Bisakah terampun? Dan Allah tidak pernah lupa, sedang kita tidak pernah tahu adakah dosa silam sudah benar-benar terpadam.

[Petang]

1. Antara " mahu berdikari yang-amat" dan "bodoh sombong" . Maknanya berbeza, tapi kesannya sama. 
Maka mungkin benar kata orang dulu-dulu; " Malu bertanya, sesat jalan".
Dan saya; " Malu bertanya, buang masa. Buang tenaga! " ...
              " Tapi ....." --> ini benar-benar penghalang yang sukar dilepasi.



Siri Naruhodo 1: Kenapa perlu baca tasbih kaffarah?

Bismillahirrahmanirrahiim ... 


Barangkali tasbih kaffarah ini sudah menjadi kelaziman bagi kita. Tasbih kaffarah juga terkandung dalam mathurat yang kita baca itu. Saya rasa  tertarik untuk kongsikan hadith tentang Tasbih Kaffarah ini. Semoga menambah pengetahuan, keimanan dan penghayatan kita insyaAllah. 


Glosari:
Naruhodo : ooo begitu! 
Rajah 1, Dah tahu, baru boleh senyum dan buat peace




***




1) Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: 

“Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau) melainkan diampunkan segala dosa yang telah dilakukan sepanjang dia berada dalam majlis itu”.[1]

2) Daripada Abu Barzah RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:



سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau). Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”.[2]

3) Daripada Abdullah bin Amr bin Al-As: Sesungguhnya baginda (SAW) telah berkata: “Suatu ucapan yang tidak diucapkan oleh seseorang apabila hendak bangun meninggalkan majlis sebanyak 3 kali melainkan dihapuskan dosa yang telah dilakukan dalamnya, dan tidak diucapkannya dalam suatu majlis yang baik dan majlis zikir melainkan ditutup dengan ucapan itu:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan Segala Puji BagiMu, tiada Tuhan melainkan Engkau, aku memohon keampunan dan taubat daripada Engkau).[3]

4) Daripada Ibnu Umar berkata: Bahawasanya Rasulullah SAW biasa menyebut sebelum meninggalkan suatu majlis sebanyak 100 kali:



رَبِّ اغْفِرْلِيْ وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الْغَفُوْرُ
(Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima Taubat dan Maha Pengampun).[4]

Huraian hadis:[5]
1- Yang dimaksudkan dengan ‘banyak salah dan silap’ ialah percakapan yang bercampur dengan maksud yang tidak jelas. Maksud yang didapati dalam hadis ini ialah percakapan yang tidak memberi manfaat untuk akhirat.
2- Disyariatkan untuk membaca doa ini setiap kali selepas selesai sesuatu majlis kerana ia boleh menghapuskan segala dosa yang telah dilakukan dalamnya. Akan tetapi, para ulama mengkhususkannya pada dosa kecil sahaja berdasarkan dalil yang didapati dari hadis-hadis yang lain.
3- Sesungguhnya Rasulullah SAW berdoa dengan doa ini sebagai pengajaran kepada umat baginda dan menambahkan pahala dan bukan kerana baginda telah melakukan suatu kesalahan dalam majlis.

Ulasan:

Sama ada untuk memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah atau Kaffarah Majlistidaklah begitu penting bagi saya. Umat Islam di Malaysia ini pun sudah biasa memanggil doa ini sebagai Tasbih Kaffarah.

Akan tetapi, masyarakat kita masih lagi belum menjadikan doa ini sebagai rutin dan amalan biasa apabila selesai atau menutup sesuatu majlis. Tidak seperti doa pembuka majlis sama ada dengan hanya membaca Basmalah, Surah Al-Fatihah atau doa-doa tertentu yang memang dimasukkan secara rasmi dalam agenda dan tentatif majlis.

Selain itu, kita juga perlu perluaskan amalan doa ini bukan sahaja dalam majlis-majlis rasmi atau mesyuarat yang diadakan di dalam suatu tempat yang tertutup tetapi juga di tempat-tempat yang terbuka seperti majlis perhimpunan dan sebagainya.

Para pendidik juga boleh mengambil contoh perbuatan Nabi SAW ini untuk diaplikasikan apabila selesai suatu pengajaran atau majlis ilmu di dalam bilik kelas, dewan kuliah dan sebagainya.

Biarlah majlis yang diadakan itu mendapat keampunan, keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT kerana kita telah memeliharanya dengan memulakan majlis dengan berdoa dan mengakhiri majlis juga dengan berdoa.

Baca Surah Al-Asr juga?

Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin diambil dari amalan para sahabat Nabi SAW ini:

At-Thabrani telah menyebutkan daripada Ubaidillah bin Hafs berkata: 

“Dua orang sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah melainkan salah seorang membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka saling memberi salam antara satu sama lain”.[6]

Sekian, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

[1] Direkodkan oleh Tarmizi (no. 3433), beliau berkata: Hadis Hasan Sahih.
[2] Direkodkan oleh Abu Daud (no. 4859) dan Al-Hakim Abu Abdillah dalam Al-Mustadrak daripada Aisyah RA, beliau berkata: Isnad Sahih.
[3] Direkodkan oleh Abu Daud (no. 4857).
[4] Direkodkan oleh Tarmizi (no. 3434).
[5] Lihat: Mustafa Al-Bugha dan lain-lain, Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyadhus Salihin, 1/568-569, Beirut: Muassasah Risalah (1996).
[6] Direkodkan oleh Baihaqi daripada Abu Huzaifah. Saya menukilkan terus dari At-Tafsir Al-Munir karangan Dr Wahbah Az-Zuhaily tentang kelebihan Surah Al-Asr.

Kenapa perlu alergi sama Mr. D ?



“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semsta alam” (QS. 21 : 107).

Misi keberadaan kita di dunia ini tiada lain kecuali menjadi rahmat bagi semesta alam. Rahmat dalam pengertian menebarkan kasih sayang dan memberikan manfaat yang sebesar-besarnya bagi masyarakat. Misi tersebut tak bisa tidak mengharuskan kita hidup dalam jalan dakwah. Mengapa? Sebab hanya dakwah yang membuat seorang muslim konsisten mengajak orang lain ke arah kebaikan dan kasih sayang. Sedang jalan selain dakwah adalah jalan yang penuh ketidakpastian dan keraguan untuk merealisasikan misi keberadaan manusia muslim tersebut. Jalan yang seringkali menggelincirkan seseorang kepada sikap egois dan hanya mementingkan diri sendiri.

Itulah sebabnya Allah mewajibkan setiap muslim berdakwah, agar mantap merealisasikan misi keberadaannya di muka bumi. Kewajiban tersebut bahkan sudah kita sandang sejak akil baligh.

“Hai anakku, dirikanlah sholat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)” (QS. 31 : 18).
Dakwah adalah jalan orang-orang yang mulia sepanjang masa. Saking mulianya jalan tersebut, Allah SWT sampai menyebutnya sebagai jalan “yang terbaik”. “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal shaleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” (QS. 41 : 33). Karena itu, amat ironis jika ada seorang muslim yang secara sadar meninggalkan jalan dakwah.


Persembahan pagi

Bismillahirrahmanirrahiim..

Ada persembahan istimewa pagi ini;
Titisan salji turun berkeping-keping.
Setiap satu terkandung tasbih dan doa.
Fitrahnya suci, dan mensucikan segala apa yang ada dipermukaan bumi.

Sedang aku,
hanya penonton persembahan mereka.
Jahillah aku jika tidak bersama tasbih dan syukur,
Keraslah hati ini jika tak tersentuh akan kehebatanNya..

Benarlah...ia hanya untuk yang beriman dan berfikir.
Bukan untuk yang hanya menang sorak, dan menjerit gembira.
Tapi dengan lompong kosong dalam hatinya.


Lewat pertemuan

Bismillahirrahmanirrahiim.

Beberapa "quote" yang terkesan lewat pertemuan saya dengan mereka.

1. " Jalan ini mengajar saya menghargai sesuatu, walaupun sesuatu itu kelihatan kecil pada pandangan kita.

Kerana Allah itu sangat menghargai manusia, walaupun manusia itu lebih-lebih lagi sangat kerdil lagi seni di sisiNya"

2. " Kita perlu memaafkan kekhilafan orang lain, kerana pada saat itu dia diuji dengan kekhilafan itu. Sedangkan Allah itu Maha Pemaaf dan Pengampun walaupun kita ini tidak pernah memenuhi tuntutan Allah keatas kita.

Tidak layak bagi kita menuntut orang lain agar berlaku baik menurut keinginan kita sedangkan kita sendiri tidak memenuhi tuntutanNya.."

3. " Fizah, sedangkan dalam solat pun ada thoma'ninah.. "

Bila yang tertulis untukku

Bismillahirrahmanirrahiim ...

Jazakunnallah buat adik-adikku semua,
Mungkin kakakmu ini menggagahkan diri untuk mengeraskan hati,
berlagak tenang,
cuba untuk tidak dipengaruhi perasaan..
lalu ku tertewas jua.

Doamu,
dan doaku ... antara kita, doa siapa kan terangkat,
Namun yang pasti, takdir Allah itu sentiasa memenangi.

Adik,
maafkan kakakmu ini.
Lewat perkenalan kita dahulu,
dan bertemunya kita dijalan ini...
Andai kata-kataku menyakiti hatimu,
Walaupun hanya sekadar sebuah tulisan..
jika ada jiwa yang terguria,
mohon maaf yang ku pohon.

Andai kau kini sebatang pokok,
berbuahlah dikau..dan berilah manusia merasai kemanisan dan keenakanmu.

Andai kau sebiji benih,
Berimpilah untuk menjadi pulau.

Terima kasih,
kerana bila bersama denganmu,
diriku ditarbiyahi Allah dari pelbagai aspek.
Sehingga menjadi diriku sekarang.

Dik, jazakunnallah khairan kathira..

Dakwah itu cinta


" ........ "

bajet cool dan macho.
tapi cair jugak.
huh.

When I facing it.

Deal with it.
Don't,
run from it.

Sometimes,
what is in our mind,
is bigger than the reality.

Orientasi

Bismillahirrahmanirrahiim.


" Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya kerana Allah ". 

Mengungkapnya?
-Yang ini pasti-

Memikirkannya?

Memahaminya?

Menghayatinya?

Menghidupkannya?

Gembirakah dengan hanya menjadi pemimik doa setiap hari , ibarat berbahasa dengan bahasa yang tidak difahami? Allah Yang Maha Sabar, bantulah hamba-hambaMu ini membetulkan orientasi kewujudan kami di bumi...

Better.



"Wahai Tuhanku, kepada Engkaulah aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan Yang Maha Rahim, Engkaulah Tuhannya orang-orang yang lemah dan Engkaulah tuhanku. Kepada siapa Engkau menyerahkan diriku? Kepada musuh yang akan menerkam aku atau kepada keluarga yang Engkau berikan kepadanya urusanku, tidak ada keberatan bagiku asalkan Engkau tidak marah kepadaku. Sedangkan afiat-Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya muka-Mu yang mulia yang menyinari langit dan menerangi segala yang gelap dan atas-Nyalah teratur segala urusan dunia dan akhirat. Dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahan-Mu atau dari Engkau turun atasku azab-Mu. Kepada Engkaulah aku adukan halku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau." -


Doa ar-Rasul SAW di Thaif setelah dihalau dan dibaling dengan batu sehingga luka-luka tubuh badannya.

Hati VS Akal

Bismillahirrahmanirrahiim.

Ada sesetengah perkara perlu menggunakan hati.
Ada sesetengah perkara, perlu menggunakan akal.

Tak boleh "layan" pakai akal dan "fikir" pakai hati.




p/s:
1. Please diri. Nak selesaikan benda ni gunakanlah akal dan kebijaksanaan. Bukannya perasaan. Tolak tepi rasa takut, malas, rasa mmmmm etc.
2. Mohon doanya ___m(=.=")m___

Surat Seorang Rijal Tanpa Hati


SURAT SEORANG RIJAL TANPA HATI


Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,

Assalamualaikum wbth,
Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja
lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya.


Akan tetapi hati
yang bersemangat, kuat & hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya. 

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.
Seringkali dia benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati. Jika bertemu dengan teman lamanya yang sudah
lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun
hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, " Jadilah
kalian begini & jadilah kalian begitu", serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatimya semakin keras & tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka.
Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya tetap
diam & tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya, ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.

Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran &berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, " Dia itu khusyuk nampaknya." Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli & tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca.

Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu. Saya tidak melebih-lebihkan atau
menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan
hati orang-orang lain?

Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja,hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.

Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan anda & anda teah mengambil janji setia
darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati? Apakah anda dapat membantu
menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?

Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Oleh
sebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah
sembuh.

Waalaikumussalam wbth

*****

JAWAPAN ISHAB KEPADA RIJAL TANPA HATI

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, 

Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu,
halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu.

Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka. Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian, tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat & jauhnya tujuan( matlamat hidup) membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar & engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu & memang itu yang sepatutnya berlaku.

Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan melaksanakannyakamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu & menentukan ubatnya.

Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir & menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab. Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orang yang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah. Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.

Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisan tentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan. Allah swt berfirman; 

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit & bumi, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal.” (Ali-Imran : 190)

Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois, terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya & menghidupkannya dari kematian. Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi orangorang yang sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasa dengan orang yang susah atau sedih.

Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguhsungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman &melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab & waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampai ke Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu. Allah swt berfirman; 

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.”  (Al-Maidah : 27)

Saudaramu, Hassan Al-Banna .

Deactivate

Bismillahirrahmanirrahiim.

Deactivatekanlah Facebook.
Deactivatekanlah Twitter.
Permanently or temporary?


" Alamak, susah la nak update kalau macam ni. ".

Deactivate lah segala benda yang kita rasa mengganggu dan membuang masa kita sekalipun. Tetap ada pro-cons nya. Kerana arus perkembangan mengalir deras disitu, dan kita pula yang salah guna.

Ingat, kuasa memilih itu ditangan kita.

News update itu bukan untuk kita scroll sampai bawah.
Bukan semua benda perlu di klik.

Kembali kepada niat.

dan ingat,
kuasa memilih ditangan kita.
Sama ada mahu yang fujuur-jalan kejahatan- atau jalan taqwa? ( Surah As-Syams : 8)



PAMY 2015: Episod 1


Obsesi dan imanku berpadu. Walau bukan aku yang merealisasikan, namun asasnya biar aku pancangkan!
***

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mendapat hidayah!

PAMY, akronim dari Persatuan Anak Muslim Yamaguchi. Nama asalnya, Persatuan Anak Malaysia Yamaguchi. Ditubuhkan pada Disember 2009 hasil semangat kesatuan penduduk Malaysia disini pada saat itu.

6 tahun sudah berlalu, nama PAMY sudah 3 tahun dinamai dengan makna yang baru. Dengan visi yang baru, dan matlamat baru. Hasil gelombang kesedaran yang mula ditiupkan dari sepasang suami isteri, Bro Solahuddin dan Kak Maryam. Suami isteri ini perintis ruhul jadid ( ruh baru ) dikalangan kami.

PAMY kini bukan sahaja menaungi rakyat yang bergelar warganegara Malaysia. Malah teman serumpun kami, Indonesia, Mesir, Bangladesh, Thailand dan seisi saudara muslim yang berada di sekitar Yamaguchi ini.

Malam ini, kami bermesyuarat tergempar. Akh Hamzah Asad mengetuai perbincangan. Hasil kaji selidik dan analisisnya tempoh hari dibentangkan. Di riak wajahnya, tergaris rasa risau yang amat walaupun disembunyikan disebalik senyuman ikhlas.

" Akh Khairul, minta enta setting pasokon dan projector. Ana akan bentangkan dengan slide.. ", ujar Akh Hamzah. Akh Khairul bergegas mengikut seperti yang disuruh.

Masing-masing sama ada ikhwah mahupun akhawat menanti dengan penuh debar. Usai kuliyah dan kenkyu, kami terus ke Tokiwa Kaigishutsu Kaikan untuk Meeting tergempar jam 6.00 petang. Kelihatan Akh Ikhwan masih dengan seragam kilang, dan Bro Solah yang kinj bekerja sebagai Pengurus Produktiviti di Ube Kousan juga turut serta. Ikhwah yang lain ada yang berkain pelekat, ciri kemelayuan yang masih pekat.

Dipisahkan dengan tabir tinggi dibelakang, kelihatan akhawat masih setia dalam saff. Ukht Suriana kelihatan bebisik-bisik membicangkan sesuatu dengan Ukht Anisa di sebelahnya, Ukht Faridatul juga tidak ketinggalan. Yang lain pun begitu, cuma Ukht Hafzan yang masih jeda sendiri dengan mushaf ditangan. Barangkali sedang tasmi' hafazan.

" Ikhwah akhawat yang ana kasihi sekalian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. ", Akh Hamzah memulakan bicaranya. Suasana kini mula sunyi. Masing- masing menumpukan perhatian kepadanya. Yang kedengaran, cuma helaian nota atau bunyi ketukan papan kekunci.

" .. sebelum ana meneruskan perbincangan, mari kita ekspresikan rasa syukur kita kepada Allah yang memberi kita hidayah berada di jalan ini. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW dan para sahabat yang bersusah payah merentas jalan ini. Ana mohon maaf pada antum semua kerana kelihatan tergesa-gesa memanggil antum semua untuk bermesyuarat malam ini... ",

" Teruskan akhi, kami menunggu dengan penuh debar hasil analisamu untuk kawasan Kyusyu dan Okinawa...", Akh Adnin menyatakan rasa tidak sabar mahu mendengar. Ikhwah akhawat yang lain juga kelihatan mengangguk-angguk tanda setuju.

Akh Hamzah menggerakkan tetikusnya. Skrin putih dihadapan mula menayangkan slide yang tertera carta pai dengan beberapa pecahan.

" Antum cuba lihat ini. Ini adalah hasil pengamatan dan tinjauan ana kepada bilangan umat islam dan jumlah penduduk disitu. Ana fokuskan analisa ana ini kepada pelajar universiti dan umat islam sahaja. Setelah ana survey, hasil mendapati bahawa 65% umat islam disitu masih belum mendapat sentuhan tarbiyyah. Begitu juga dengan pelajar- pelajar universiti disana. Hampir 45% dikalangan mereka belum didedahkan dengan apa itu islam... Ana rasa ini satu perkara yang besar! Masakan bilangan kita yang mencapai ratusan orang ini masih belum dapat merentas pulau dan membaw risalah ke sana..? ", nada Akh Hamzah mula perlahan. Ada getar dihujungnya.

" Akhi, ana cadangkan untuk kita lantik wakil ke Kyusyu dan Okinawa. Dan ana, volunteer untuk menjadi wakil ke Okinawa !", Akh Baim membalas dengan kata-kata dengan penuh semangat.

" Ana dan Akh Zam mahu ke Kyusyu!", Akh Amir dan Zam tidak mahu ketinggalan.

" Mabruk antum, pantas sungguh untuk fastabiqul khoiraat ". Akh Hamzah memuji.

"Klik Klik", bunyi mikrofon mahu dihidupkan. Tanda akhawat ada yang mahu bersuara. Walaupun tabir menghadangi dan tidak nampak antara satu sama lain, ia bukan penghalang untuk pihak akhawat memberi pandangan.

" Bismillah. Ana rasa, wakil2 yang antum volunteer tadi mungkin sesuainya untuk cater tarbiyah di sana. Untuk penyebaran islam dikalangan pelajar universiti, ana akan cuba hubungi pihak universiti disana melalui Islamic Center Yamaguchi untuk mengadakan pameran dan talk mengenai Islam di university masing-masing.. organisasi AJK pelaksana pun nanti ana akan cuba bentuk selepas ini.. ", Ukh Izzah mengujarkan pandangan bernas.

" Jazakumullah khair antum untuk cadangan2nya, agak-agak bila ye antum semua boleh siap susun dan update di Yahoo Group dan Fb ..? "

" InsyaAllah kami cuba sebelum tengah malam ni..dan ana akan minta zaujah ana setkan website baru untuk pameran islam diuniversiti tu.." , balas Akh Adnin yang sedang setia menaip sesuatu di pasokonnya.

" Shimekiri untuk susunan organisasi dan plan, sehingga sabtu ini. Bole ke..? "

" Boleh!, insyaAllah", hampir bergema kaigishutsu dengan suara kami itu.



<< bersambung >>

Glosari:
Akh: Akhi bermaksud saudara dalam bahasa arab
Ukht: Ukhti bermaksud saudari dalam bahasa arab.
Ana: saya dalam bahasa arab.
Antum: Kamu semua dalam bahasa arab.
Ikhwah: Saudara lelaki
Akhwat: Saudara perempuan.
Pasokon: Singkatan "personal computer" dalam bahasa jepun.
Kenkyu: Makmal, lab
Fastabiqul Khairaat: Berebut mengejar kebaikan
Shimekiri: Tarikh tutup


Punca Utama

Bismillahirrahmanirrahiim.

Menggelarkan diri sebagai orang yang ikut tarbiyyah?

Cuba muhasabah semula, sepanjang berada dijalan tarbiyyah ini adakah kita berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya?

Dari segi pemikiran, pemakaian, pergaulan, adab, sehinggalah cara menguruskan kehidupan.
Jika ini semua berubah kepada yang lebih baik, alhamdulillah =).

Tetapi, ada satu bahagian yang tidak dapat dilihat dan hanya kita dan Allah yang mengetahui.
Bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting dalam pentarbiyahan dan paling sukar untuk dicapai.

Iaitu hati.

***

Semakin melewati tarbiyyah ini, cuba muhasabah kembali ... adakah hati kita ini masih hidup dan masih punya perasaan dahaga inginkan perubahan yang lebih baik? Atau sekarang hanya hati menjadi sekadar peng"ikut flow" yang paling tegar?

Kerna yang menghalang diri merasai nikmat tarbiyyah ini , adalah apabila diri sendiri yang tidak mahu atau rasa tidak perlu melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.

Lantas, adakah lagi harga tarbiyyah pada diri kita?

***

Jahiliyyah semakin deras, dakwah perlu menderu laju.
Jika du'atnya kering bekalan dipertengahan, masihkah bisa bertahan?

Yuk kembali "membasahkan" diri dengan tarbiyyah dan berlari kencang sepantas buroq merentasi jalan ini.


Tentang Nilai

Bismillahirrahmanirrahiim.

Alhamdulillah, Allah memulangkan nyawa selepas dipegangNya selama beberapa jam malam tadi. 
Dibangunkan untuk melewati sisa usia hari ini, di Hari Jumaat.. Penghulu Segala Hari =)

Hari ini saya cenderung mahu menulis tentang nilai.
Ya, nilai.. dan apakah itu nilai ?

Cara pandang seseorang pada sesuatu nilai itu berbeza.
Bukan semua orang merasai satu-satu perkara atau jumlah atau kuantiti itu sama pada nilai.
Yang membezakan antara satu sama lain, mungkin terkait dengan keperluan pada masa itu, mungkin juga bergantung kepada "rasa" seseorang itu juga. 

Dan betapa "abstrak"nya sudut pandang nilai ini, kita semua mengetahui. 
Tetapi, betapa cantiknya Allah mengajarkan kita nilai yang patut kita beri pandang sesuatu perkara atas dunia ini. Sebagai contoh, masa !

***


Bayangkan, situasi ini. 
Anda sedang keluarkan 2 keping 10 000 yen ( 2 x RM 400 )dari sampul. Dan anda sedang sibuk menunggu giliran di mesin ATM untuk urusan memasukkan wang itu kedalam akaun. Di kiri mesin ATM itu ada sebuah shreddar, dan disebabkan anda rasa sampul itu tak berguna buat anda, anda berhasrat untuk melupuskan sampul tersebut. 

Wang dan sampul berada ditangan kiri. Dengan selambanya anda memasukkan sampul itu kedalam shredder. Namun, sejurus selepas itu anda mendapati cuma satu keping wang 10 000 yen yang tinggal di tangan kiri. Penat rasanya menyeluk poket, mencari-cari dilantai. 

Nyata, 10 000 yen itu 99.999% berkemungkinan sudah anda lupuskan sekali bersama sampul itu ke dalam shredder. 

10 000yen, kalau pada saya untuk saat ini, nilainya sangat besar! Lebih-lebih lagi di saat menghitung hari bilalah lagi biasiswa mahu masuk ... 

Rasa macam kecuaian yang melampau!

***

Tidak pasti anda cukup tergugah ataupun tidak dengan contoh diatas. 

Tapi, apa yang saya ingin utarakan hanyalah ... kadangkala kita tidak sedar sesuatu itu sangat besar nilainya, sehinggalah ia hilang. Dan lebih mencemaskan bila nilai itu hilang akibat kecuaian kita yang tidak menjaga dan menghargainya. 

Untuk 2 bulan setengah yang mendatang ini , saya sendiri tidak mampu memberitahu apakah nilai yang mampu saya berikan sebelum saya ucapkan "bye bye".

Dan masa kurang satu bulan sebelum menghantar tesis, saya perlu gugah diri untuk pandangnya sebagai satu tempoh yang nilainya berpremium tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. 

Kecuaian/kelekaan/kebejatan saya dalam penggunaan masa dan peluang yang ada ini , mungkin akan menyebabkan saya -kelam kabut, cuak, resa ... dan sebagainya - di akhir-akhir waktu nanti. 

" Antara dua nikmat yang paling mudah diambil ringan oleh manusia ialah nikmat lapang dan sihat " (al-hadith)

Mohon doanya ya, agar saya ini bisa menghargai setiap momen-momen ( yang mungkin terakhir ) disini .


Dan kini ...

Bismillahirrahmanirrahiim ...

Terasa apa yang ada pada diri ini perlu dibahagikan.

Perasaan dan perhatian.
Nilai sensitiviti.
Cara mengatasinya.

Setiap satunya berlainan, tidak boleh pukul rata.

Mahu tentukan ikut prioriti?
Susahnya benda ni ..

Bismillah tawakkalna a'lAllah.
Terima kasih Allah, terasa aliran adrelina saya semakin meningkat.

Rajah 1 : banyak aliran keluar. Aliran masuknya dimana? (Tanya sama Allah ;) )

Noktah Bidayah

Bismillahirrahmanirrahiim.

Tidak mudah untuk memulakan Noktah Bidayah (titik permulaan).
Fasa ini sangat penting.
Walau dalam apa jua situasi.

Mengambil masa untuk berfikir dengan dalam, untuk menenangkan perasaan, mendraf perjalanan, mengambil nafas dan memasakkan langkah pemula.

" Get set ... Go!! "




p/s: tidak mudah memulakan penulisan tesis ini.

Yes, I'm Mutiah!

Bismillahirrahmanirrahiim.

Alhamdulillah, rasa terisi jiwa (dan perut juga! ;) ) bila Allah mengizinkan kami sesama onna tachi untuk duduk bertadarus dan tazkirah tadi. Kami tadarrus Surah Az-Zumar dan sedikit Surah Mu'min. SubhanAllah, banyak sangat dekat situ point yang kita boleh muhasabah. Rasa macam nak tercabut jantung, segan sebab terasa diperli Allah, malu dan sebagainya . Tazkirah kami tadi berlegar mengenai syukur, dan pertanyaan kepada diri sendiri. Adakah kita ini sedar dan syukur kepada Allah yang Maha Mencipta?

Selesai sesi tadarrus dan tazkirah, ada seorang antara kami yang berkongsi mengenai kisah sahabiah.
Kisah Muti'ah.
Bila adik itu mula bercerita tentang Muti'ah, ada beberapa pasang mata dan suara-suara usikan yang ditujukan pada saya.

Saya rasa tersipu-sipu.
Namun, jauh dalam hati lebih kepada rasa kagum yang amat.

***

Mungkin kamu akan hairan kenapa mereka memandang saya, dan saya pula sangat perasan untuk tersipu-sipu. Kerana, nama saya Muti'ah.

Ya, Muti'ah itu bukan nama sebenar dan ia nama panggilan saya di Jepun ini.
Hadiah nama ini saya minta dari seorang murobbiah kerana saya cemburu dengan Hafizah-Hafizah lain yang sudah memperoleh nama di belakang. Masakan tidak, dikalangan kami sahaja ada beberapa orang yang bernama "Hafizah". Bila nama Hafizah dipanggil, secara automatiknya kami akan menyahut serentak. Kelakar juga membayangkan perkara ini.

Ada Fiza Wafa', Fiza Syifa', Fiza Humaira' dan saya Fiza Muti'ah.

Muti'ah ini maksudnya orang yang taat.
Dan baru saya tahu yang Muti'ah ini nama seorang sahabiah pertama yang akan masuk syurga disebabkan ketaatannya kepada suaminya.

Saya masih tidak tahu mengapa nama ini dipilih untuk saya.
Tapi saya berdoa moga-moga saya dapat menjejaki Saidatina Muti'ah ini.

Amiin.

Mahu tahu mengenai Muti'ah ini?
Cuba awak google-google.
Klik sini pun takpe.