Pages

berjuanglah wahai adikku...


" Hello.. assalamualaikum. Nurul.."
" Eh! Waalaikumussalam.. sape ni..?
" Kak fizah la... takkan tak cam suara kot? "
" Eh.. kakak! "
Sebaik sahaja menyambut panggilan telefon daripadaku, aku terdengar ada suara teresak- esak menangis. Suara tangis kecil adikku.
" Nurul tak percaya kakak telefon. Sedihnya..."
" Eh, kenapa pulak nak sedih2? Bukan akak buat apa2 pun.."
" Ye la kak... Nurul takut yang sebelum2 ni... tak yakin lah.."
Itulah adikku. Aku sudah jangka air matanya akan menitis malam ini. Berpuluh kali juga aku berfikir sama ada ingin menghubunginya atau tidak. Takut menganggu emosinya untuk menelaah pelajaran. Kerana adikku ini sedang menghadapi peperangan. Bersiap siaga untuk kertas terakhirnya esok Pendidikan Syariah Islamiyyah untuk peperiksaan SPM 2008.
Ketakutan yang melanda diri.
Berperang dengan keyakinan diri sendiri.
Aku tidak berniat untuk menganggu kosentrasi adikku ini. Cuma entah kenapa perasaan rindu yang melanda diri sukar rasanya untuk dibendung lagi. Lega rasanya bila dapat mendengar suara adik. Hatiku terusik bila mendengar esak tangisnya. Terasa bagai kami seirama memendam rindu. Rasa puas bila rindu itu berbalas.
Gambar2ku semasa momiji tidak lama dulu yang ku kirimkan pada keluargaku tempoh hari menjadi tatapannya. Tidak habis2 dia memuji gambarku dalam posisi duduk di atas dedaun gugur, di bawah pohon yang kuning daunnya. Bagaikan itu semangat untuknya meneruskan perjuangan yang bersisa.
" Nurul... oversea memanggil2 kau.."
Sengaja aku mengumpannya dengan kata2 berbisa. Moga2 bisa membakar api semangat yang aku kira makin malap di hembus angin keputus-asaan.
Moga Allah melapangkan hatinya dan hatiku untuk menerima ilmu. Di mudahkan dirinya dan diriku dalam tiap urusan kami.
" Nurul, harap kau tidak lupa pesan abah...
..........wahaiyyi' lana min amrina rasyada.."
Bi taufiq wannajah fil imtihan.

keluar kepompong

shah ezwan hashim : salam .. fiza. Dah tido ker?
norhafizah : lom lagi~
shah ezwan hashim : leka ak bace blog ko
norhafizah : time kasih~
shah ezwan hashim : ak pon nk wat blog ..tp x der yg menraik la
norhafizah : mmm
shah ezwan hashim : ak dok ari2 bosan jer
norhafizah : blog ni leh wat mcam diari
shah ezwan hashim : luahan isi hati
norhafizah : tapi yg pting msti minat nk mnulis la
shah ezwan hashim : ko pndi menulis la ....
norhafizah : mane ader.kalo ko cuba bukak blog2 yg aku letak link tu musti ko lg truja
shah ezwan hashim: ni lah hasilnye org kuat mmbace
norhafizah : mn ader
shah ezwan hashim : hehehe
norhafizah : dah makin kurang skang nih~
shah ezwan hashim : insaf juagk ak bace nukilan ko ....mcam bnyak benda yg ak alpa
norhafizah : skurang2nye ko masih dtengah msyrakat yg serumpun dan seagama
shah ezwan hashim :mmg la...
norhafizah : kalo baai aku ni..
norhafizah : lama dah tak dgar azan.. kcuali dr com
norhafizah : ada gak ni'mat yg hilang
norhafizah : dah tak heran kalo tengok arak2 n beer nih
shah ezwan hashim : yup
norhafizah : sbb kat cni bnda2 tu mcam air gas jek
shah ezwan hashim : tol2x
shah ezwan hashim : wlupn kot x srmpun dgr org seagama tp ...
shah ezwan hashim : aktiviti arian ko ....sgt dekat dgn agama
norhafizah : ptunjuk dr Allah...
shah ezwan hashim : ALHAMDULLILAH
shah ezwan hashim : dah habis 19 nak masuk 20
norhafizah : apa tu?
shah ezwan hashim :blog la~
norhafizah : bace sume ek
shah ezwan hashim : yup
norhafizah : ya Allah .. terharunyer aku

Shah Ezwan Hashim.
Teman sekelasku sewaktu aku di Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin, Klang. Alhamdulillah. Kini dia melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sarawak dalam bidang Kejuruteraan sivil.

Sudah sekian lama tidak berhubung dengannya, alhamdulillah malam tadi kami sama2 berbual di Yahoo Messenger. Bertanya khabar, berceloteh panjang ( baca : tak menang tangan menulis ) dan bertukar cerita. Aku di Jepun dan dia di Malaysia. Memandangkan temanku ini begitu berminat dengan bahasa Jepun, kadang2 terselit satu dua perkataan Bahasa Jepun dalam perbualan kami.

Alhamdulillah.

Aku fikirkan kembali kenapa aku ke Jepun, kenapa itu..kenapa ini.

Di sebalik percaturan Allah mengaturkan aku untuk menyambung pengajianku di sini, yang di luar kotak perancanganku ( kerna aku ini hamba.. Allah telah merancang sebaik2 perancangan ), tersembunyi hikmah yang aku fikirkan aku tidak akan kecapi ni'mat dan hikmah ini jika aku terus -menerus berada di tanah airku.

KELUAR KEPOMPONG

Sepertimana perbualanku dengan Shah Ezwan, aku menyelitkan rasa sedih kerana ni'mat yang aku kecap di Malaysia dahulu lama-kelamaan hilang.

Ni'mat mendengar azan langsung dari masjid atau surau.

Ma'siat melata. Arak yang di jual merata2, pakaian2 wanita di sini. Lama-kelamaan aku rasa lali. Rasa sebati.

Aku sampaikan rungutan2 itu pada temanku. Tapi nyata aku terlupa jika aku tidak ke sini, aku tidak tahu bagaimana keadaanku jika aku terus di Malaysia.

Adakah lebih baik?

Atau lebih buruk?

Aku sedikit terkejut bila mana temanku mengatakan yang kehidupanku dekat dengan agama.

Huh.. sedangkan aku sendiri terkial- kial untuk mencatur kehidupanku di sini. Begitu senangnya aku lalai dan alpa di sini . Aku selalu mengandaikan betapa beruntungnya dapat hidup di tengah masyarakat yang serumpun dan seagama. Rupa2nya kadangkala pemikiranku itu ada kurang betulnya.

Jika aku terus di situ ( baca : Malaysia ), aku tahu aku tidak akan nampak keadaan dari perspektif berbeza. Selama ini aku tidak sedar kepincangan pemimpin2nya, tidak sedar bahawa betapa rakyat ini di sogok dengan hedonisme ( hiburan ) yang melampau2. Dan paling ketara, agama hanyalah sebagai ritual dan hanya di bincangkan dalam soal cerai-berai, sumpah membela diri, fatwa2, dan sebagainya. Agama hanya diperlukan apabila merasakan hak sendiri terancam.

Alhamdulillah.. alhamdulillah..alhamdulillah

Aku keluar dari kepompong.

Melihat dunia lain yang lebih luas dengan pandangan besarnya kuasa Tuhan yang menciptakan! Bernafas dengan udara yang berbeza. Bebas dari sesak kehidupan di sana.

Jika aku boleh buat satu analogi.

Cuba kau letakkan buku atau helaian kertas yang mengandungi tulisan itu paling hampir dengan mata. Pasti kau tidak mampu untuk membacanya. Bukan sahaja tidak nampak, malah terasa rimas dan tidak selesa. Tetapi jika kau ambil sedikit jarak, jauhkan buku itu dari mata, pasti kau dapat membaca tulisan itu bukan?

Keluarlah dari kepompongmu itu.

Buka mata.

Buka minda.

Tingkatkanlah kesyukuranmu!

Hadiah buku buatku

Ketika di Malaysia, tempat yang paling membuatkan aku teruja ketika mengunjungi Pusat Beli Belah Mid Valley adalah MPH Book Store. Bernafas di situ terasa segar dengan aroma helaian kertas2 buku. Melihat susunan buku2 di rak menambahkan rasa ghairah dalam diri. Ghairah dengan buku. Ghairah dengan ilmu.

Setiap kali ke Mid Valley, tempat itu akan ku kunjungi. Bahagian pertama yang akan aku tuju pastinya bahagian novel2 Melayu. Kemudian bahagian buku2 agama, selepas itu selalunya aku akan berlegar2 di situ. Jika aku 'gatal tangan', aku akan membelek2 ensiklopedia yang aku tahu aku tidak mampu memilikinya.

BUKU

Aku pun tidak mengerti kenapa aku berasa begitu bahagia dan teruja bila mendapati ada susunan buku yang bertimbun di hadapan mata. Tidak kisahlah jika buku itu di dalam rak, bersepah di atas meja dan sebagainya.

Malah aku sangat teruja pabila aku mendapati adanya sebuah rak khas atau perpustakaan mini dalam mana2 rumah yang akan aku kunjungi. Ternyata, aku sangat menyukainya!

HADIAH BUKU UNTUKKU

Aku tidak tahu bila mana rahmat Allah ini datang melimpah ruah, teman2 dan orang yang aku sayang ( baca : akhawwat, sahabat ) menghadiahi aku buku. Antara buku yang pernah ku peroleh dalam tempoh setahun ini ;

1) La Tahzan " Jadilah Wanita Yang Berbahagia " - hadiah hari lahir-
2) Petua menjadi wanita solehah - hadiah hari lahir -
3) Azab bagi wanita - hadiah hari lahir -
4) Bagaimana menyentuh hati - pemberian Kak Awin tersayang sebelum aku terbang ke sini -
5) Sebuah buku nota dari Langkawi - hadiah hari lahir -
6) Surat-surat perempuan Johor
7) Bahasa Bumi

Jazakumullah ku ucapkan buat mereka semua. Sesungguhnya dengan izin Allah, kau meninggalkan kenangan dan ingatan padamu yang aku akan kenang sampai bila2.

p/s : kerinduan untuk mengunjungi MPH Store Mid Valley, pustaka mu'min... bukan hanya disebabkan adanya buku. Tapi pernah terpalit kenangan2 di sana. Doakan aku dapat berkunjung ke sana jika pulang ke Malaysia, ya?

Pagiku dengan al-Insan


Satu kelainan untuk pagi ini. Dengan izin Allah aku cuba mencari kelainan . Sekian lama sejak cuaca sejuk menjengah, aku begitu liat untuk bangun pagi. Sebelum ini, setiap kali bangun, pasti ada terselit sesal dalam hati.
" Ala.. bangun lambat lagi.."
Walaupun jam di telefon bimbit sudah ku laraskan. Tapi aku masih bangun lambat. Aku tidak pasti, adakah dalam tidak sedar aku tewas dengan Laknatullah, ataupun memang aku sengaja mahu bermalas-malasan.
Tapi malam tadi aku nekad. Bukan setakat jam di telefon bimbit aku laraskan, malahan jam loceng yang sudah lama tidak aku gunakan, aku laraskan juga. Sebagai persediaan. Sebagai ujian. Sampai bila aku tertewas untuk bangun lambat. Jika aku terlambat lagi, tahulah aku akan tahap ke'lut'an aku untuk bangun.
JAM 5.15
Alhamdulillah. Terbangun aku pada jam 5.15 pagi waktu Yamaguchi, Jepun. Tapi aku tidak bingkas bangun. Masih lagi mahu 'menenggelamkan' diri dalam futon yang hangat. Terasa masih lagi mahu bermalas2. Aku keluarkan tangan kananku dari futon dan ku capai tetikus. Aku klikkan pada senarai surah dari laman web Quran Explorer.
" Erm.. hari ni Surah al-Insan la.."
Surah al-Insan menjadi pilihan untuk aku tadabbur. Aku capai naskhah terjemahan al-Quran. Alunan suara Misyari-Rasyid yang enak aku hayati. Aku mulakan tadabbur sejurus bacaan al-Quran bermula....
" Bukankah pernah datang kepada manusia waktu dari masa yang ketika itu belum merupakan yang dapat disebut?..
Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur ( sperm + ovum ) yang Kami hendak mengujinya dengan perintah dan larangan. Kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.." ( Al-Insan 76: 1~2 )
Aku terdiam.
Lama..
Terasa makin lama dada makin sebak.
" Sungguh, kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur... ( Al-Insan 76: 3)
Aku teringat bait kata dari puisi karangan Fahd Razy yang aku baca semalam. Judulnya Perkarangan Maut 3. Entah berapa kali aku ulang baca bait ini..
Di sidang zulmat ini
kita adalah si bisu yang berpidato dengan Munkar dan Nakir
menterjemah
tafsi cinta dan pengabdian.
Segala persetiaan para arwah di Luhulmahfuz yang didustai
Entah kenapa tiba2 terpalit rasa malu dan takut yang amat. Mengenangkan janji2 pada Rabb yang telah dimateri ketika aku masih di alam ruh dulu.
" Sesungguhnya mereka itu mencintai kehidupan dunia dan meninggalkan hari yang berat ( hari akhirat ) di belakangnya..." ( Al-Insan 76: 27)
Teringat aku akan ayat Quran yang pernah aku baca. Tidak kuingat surah dan ayat yang mana. Tetapi mafhumnya lebih kurang begini. Ketika di akhirat nanti baru akan terasa bahawa singkatnya hidup di dunia. Sesingkat satu hari.
Aduhai sekejapnya dunia. Dunia yang menipu. Tapi aku seringkali hanyut dengannya.
Satu hari, aku buka pili air panas di bilik mandi, ( aku tidak tahu berapa suhunya kerana di rumahku tiada pelaras suhu ) aku tadahkan air panas ke baldi. Berasap-asap. Aku sengaja celupkan kaki ke dalamnya.
" Aduh!!! Panasnya..."
Aku sedar bahawa aku tidak mampu ( baca : selamanya tidak mampu ) untuk menahan kepanasan yang sebegitu. Apatah lagi api neraka. Tak terbayang rasa perit memakan buah Zaqqum yang panas, lagi berduri. Air dari timah yang di lebur, dari nanah yang panas mendidih. Seringan-ringan azab neraka bagi Abu Tholib adalah memakai terompah neraka yang bisa membuatkan otaknya mendidih.
" Ya Allah.. aku tidak mampu menghadapi nerakamu.."
Aku mahu jalanku lurus selamanya. Tapi aku tahu aku cepat lupa. Aku cepat leka. Hari ini aku katakan dunia itu hanya mainan. Takut2 satu hari nanti dunia itu tujuan. Na'uzubillah..
Wahai Tuhan Yang Maha Kuat, berikan aku kekuatan untuk bersabar mentaatimu. Pimpin aku agar tak jatuh dalam jurang nerakamu..
" Sungguh, ayat2 ini adalah peringatan, maka barangsiapa yang mengkehendaki ( kebaikan bagi dirinya ) tentu dia ambil jalan menuju TuhanNya..
Tetapi kamu tidak mampu (menempuh jalan itu ) kecuali apabila dikehendaki Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana. " ( Al-Insan 76:29~30 )
Aku bangun keluar dari futon seraya menunaikan kewajibanku yang lain.
Alhamdulillah..
Allah Maha Pengasih telah mulakan pagiku dengan al-Insan...

sesal malam semalam

Malam tadi tiba2 aku rasa tak gembira bila ketawa...
Kenapa aku ketawa?
Adakah aku sudah tempah tiket ke syurga ?
~monolog~

cerita kari

" Ish.. ni first time Dena masak kari. Dulu mana pernah masak benda2 nih.."
Dena berterus terang ketika kami menjamu hidangan makan malam. Hidangan malam ini agak 'simple' berbanding malam sebelum2 ini. Kari telur dan sayur campur. Walaupun ringkas, tapi fuh! cukup menyelerakan.
Tiba2 Zam pula menyampuk
" Aku kalau bab2 kari ni memang aku belum pernah cuba masak lagi.. Malas aku kalau nak kena guna santan ni.."
Aku cuma membalas dengan kata2 menyindir
" Ala Zam kalau camtu,belum boleh di iktiraf Jawa lagi la.."
Kata2ku disambut helaian tawa teman2 yang lain. Seperti biasa, tidak sah jika makan malam kami tidak diselangi senda gurau dan usik-mengusik antara satu sama lain.
CERITA ZAMAN DULU
Suatu hari..
" Mak, mak nak masak apa hari ni..?"
Seperti biasa aku bertanya pada mak apa menu makan tengah hari pada hari itu.
" Mak nak masak kari hari ni. Fizah masak ye ? "
Ish, kari ke?
" Ala mak.. kalau kari ni Fizah tak pandai la. Erm, tak reti. Nanti kang kalau Fizah masak, 'santan pecah'la, kuah cair la, ikan tu hancur la..."
Fuh, seribu satu alasan aku berikan jika aku diminta memasak kari ataupun masakan2 yang menggunakan santan.
Leceh. Banyak kerenah
" Masak ayam ni dengan santan cair. Nanti kalau ayam dengan kentang dah empuk, baru masukkan santan pekat.."
" Api tu jangan bukak kuat sangat. Kang santan tu pecah nanti..."
Itu antara pesanan mak (baca : peraturan) untuk masak makanan bersantan. Masakanyang bayak kerenah, yang aku fikirkan agak leceh, secara automatik keluar dari senarai makanan yang aku akan masak. Kerana prinsip memasak aku hanyalah ' dasar campak dan masak '.
ALKISAH TERINGIN MAKAN KARI
Bila dah belajar di Jepun ni, bila keinginan mahu makan kari itu makin menebal, mahu tak mahu terpaksa jugalah gagahkan diri untuk masak makanan yang dulunya aku tolak tepi.
Perkara pertama yang aku buat adalah, aku buang peraturan memasak kari yang mak aku aturkan.
Perkara kedua adalah menerapkan 'dasar campak dan masak ' untuk memasak kari.
" Maafkan Fizah mak.. hehe.."
BUKAN TIDAK MAHU
Bukan tidak mahu masak. Bukan tidak boleh masak. Cuma malas barangkali. Cara itu boleh dimudahkan, yang penting adalah hasilnya yang sama ataupun jika lebih bernasib baik hasilnya mungkin lebih baik dari yang asal. Santan kini aku gantikan dengan susu. Tiada lagi alasan leceh untuk mengasingkan santan pekat dan santan cair. Tiada lagi alasan takut santan pecah. Yang tinggal sekarang...
Nak buat atau tidak?
Nak makan atau tak nak?

Jiwa halus itu jiwa seni




Masuk penggal ke dua pengajianku di Yamaguchi University ini, aku mula sedar bahawa aku semakin bosan dengan satu macam bidang sahaja. Terasa kebolehanku makin tumpul, jiwaku makin keras membatu, dan mindaku hanya berfikir secara analitik semata2.

Kebetulan kami sebagai pelajar asing di universiti ada ditawarkan untuk mengikuti kelas shodou ( kaligrafi jepun ). Antara penyesalanku semasa di semester pertama adalah tidak merebut peluang mengikuti kelas ini atas alasan sibuk ( baca: malas untuk melibatkan diri dengan aktiviti luar akademik ). Walhal ini peluang yang begitu berharga bagi pelajar asing sepertiku untuk mempelajari budaya masyarakat Jepun sementara aku masih punyai ruang dan peluang aku di bumi ini. Selain " emas " segulung ijazah, insyaAllah aku percaya jika kita bijak mencari ruang dan peluang, akan banyak lagi nilai "emas" yang akan kita bawa pulang.

KELAS KHATJEPUN

Hasil tulisan dari kelas khat jepun ( shodou ). Yang berwarna oren itu kepunyaan senseiku.



Aku lebih gemar memanggil kelas ini sebagai kelas khat jepun. Ianya mengingatkan aku akan seni khat yang pernah aku pelajari dari sekolah rendah seawal usia 7 tahun lagi. Namun, setelah lebih kurang 5 tahun aku meninggalkan seni ini, perasaan ingin mempelajari seni tulisan ini semacam menguasai diri. Tanpa berfikir panjang, aku pun mengisi borang dan mengambil keputusan menyertai kelas shodou ( khat jepun )

Setiap hari khamis jam 4 petang aku mengayuh basikal menuju ke kelas shodou di sekolah. Cuaca yang semakin hari semakin sejuk dan gelap ini kadangkala menjadi satu cabaran yang besar kerana kelas ini biasanya tamat pada jam 5.40 petang iaitu tatkala mentari sudah lama terbenam. Walaupun kelas ini hanya disertai tidak sampai 10 orang pelajar, tapi bagi aku keseronokan bukanlah datang dari berapa ramai pelajar yang datang. Ketenangan, seni yang halus dan suasana yang tenteram yang aku perolehi ketka menghadiri kelas ini cukup bagiku sebagai suatu kepuasan yang tidak berbelah bahagi.

Ketenangan, ketelitian dan fokus

Antara perkara yang aku cukup titik beratkan semasa mempelajari khat jepun ini. Dimulakan dengan kalimah basmalah, aku mencelup berus ke dalam dakwat. Kemudian, tanganku dengan perlahan melakarkan contengan huruf kanji dan hiragana di atas sekeping kertas yang nipis sebesar kertas A4. Pernah sekali dalam suatu ketika, fikiranku kacau dan jiwaku tidak tenteram, habis tulisan yang ku buat semua tidak menjadi. Walaupun semudah menulis huruf kanji 十。

Benar, yang halus itulah jiwa yang seni.

Aku sangat tertarik dengan mereka yang punya kebolehan ini. Mempunyai jiwa yang halus, sehalus seni ini. Tidak kiralah dalam bidang apa sekalipun mereka berada, tapi punyai minat dan kebolehan dalam seni ini aku kira suatu bonus yang tidak ternilai harganya. Sejak aku menyambung pelajaran di Jepun ini, aku ketemu dengan ramai teman2 yang punyai jiwa2 yang halus ini. Ada yang minatnya ditumpahkan pada penulisan sastera, ( puisi, cerpen dsb ), menulis blog, dan yang paling terkesan dalam hati aku pabila ada antara temanku yang masih menulis seni khat ! ( temanku ini lah membakar kembali semangatku untuk kembali mempelajari seni tulisan. Kredit dan jazakallah ku ucapkan padamu ).

Seni menterjemah apa yang di rasa.

Aku kira ramai di kalangan temanku yang jenisnya pendiam seribu bahasa. Tapi bila berkarya, dialah ratu, dialah wira. Kadangkala mereka yang memiliki jiwa yang halus ini sukar untuk di fahami apa yang bermain dalam kotak fikirannya. Tetapi yang pasti, teman2ku yang semacam ini menterjemah apa yang di proses di minda, yang difahami di hati menjadi sebuah tulisan untuk tatapan. Kadangkala sarat dengan nasihat yang terlalu berharga. Butir kata yang keluar dari bibir mereka ini terselit seribu makna. Orang yang dilihat mempunyai fizikal yang sasa, hati yang membatu dari pandangan mata kasar, aku percaya dia adalah antara orang yang punyai jiwa yang paling lembut dan halus jika dia adalah ahli seni.

Ohh.. maaf ya. Entri aku kali agak kecelaruan di penghujungnya. Bermula dari seni khat, berakhir dari sastera dan tulisan. Tapi yang penting, apa yang aku ingin sampaikan, jiwa yang halus itu adalah jiwa yang seni. Tiada seni petanda jiwa yang mati.

Bukankah Islam suatu agama yang penuh seni? Al-Quran yang didalamnya terkandung kata2 yang sarat dengan nahu, balaghah dan berbagai kehebatan seni berbahasa yang terkandung di dalamnya. Malah, dakwah itu juga seni jika kena cara mendekati jiwa manusia.

P/S ; aku agak kritikal seandainya ada antara mereka yang memperkotak-katikkan sastera.
" sastera itu leceh, sastera itu putar belit ". Sebelum kau ingin berkata begitu, selak dulu wahyu tuhan!

Surat untuk adik 1



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Apa khabar adik2 akak yang kukasihi. Moga2 kau dan keluarga tercinta sentiasa dalam rahmat Allah. Diriku yang jauh disini sentiasa mendoakan kebaikan yang melimpah ruah buat emak, abah, dan adik2 akak yang tercinta.

Seusai perbualan kita malam tadi, entah kenapa hati akak ini bagai dibelenggu rasa resah yang teramat. Hati ini bagaikan mendesak jiwa zahir untuk bergerak menemui adik2 akak tersayang di kampung halaman. Akak tahu, sejak beberapa bulan ketiadaan akak disisi kalian, ternyata akan ada perubahan yang berlaku. Akak mengharapkan kepulangan akak nanti kesisi kalian bisa melihat perkembangan baik dari adik2 akak semua. Tapi ternyata, cita2 yang akak dambakan itu mungkin akan terhalang oleh jiwa2 kiri adik2 akak yang sedang meningkat remaja ini.

Akak tidak gusarkan adik2 kita 2 orang si comel tu. Tapi akak gusarkan dirimu dan kakak atasmu. Kau berdua akak anggap seperti kudup bunga yang bakal berkembang, ku doakan diri kau berdua mekar menjadi bunga di taman firdausi.

Kakak atasmu kini sedang berperang dengan tinta menghadapi peperiksaan. Mari kita sama2 doakan moga hatinya tenang dan terang menjawab soalan. Manakala kau kini berperang dengan dirimu sendiri untuk mengisi ruang masa senggangmu. Isilah masa senggangmu dengan perkara yang bermanfaat. Moga kau tidak menjadi dari golongan yang rugi.

Adikku yang amat ku sayang,

Mengenai resah yang melanda jiwaku ini, akak tidak tahu apakah ada penawarnya sekarang. Akak faham jiwa muda kini sedang bergejolak dalam dirimu. Darah muda yang hangat mengalir disegenap kapilari darahmu. Setiap langkah gerakmu, tingkah lakumu, kau iringi dengan jiwa muda yang membara. Mungkin akak tidak faham apa yang bermain di fikiranmu. Apatah lagi untuk memahami perasaanmu jua keinginanmu di kala kau meniti usia remajamu ini. Bila2 sahaja api jiwamu akan bergejolak menuntut kau menurutinya. Hingga kadangkala kau semacam hilang keupayaan menimbang tara. Memilih diantara kaca dan permata. Di kala kau memilih teman, semacam kau keliru untuk memilih si penjual minyak wangi ataupun si peniup bara api.

Leteran sayang emak, marah sayang abah, kau anggap seperti selumbar yang menambah bisa dalam hati.

Kata manis teman, pujuk rayu si kumbang, kau anggap seperti madu yang melegakan.

Kau sering mengatakan kau bosan di rumah, emak dan abah tidak memahami jiwamu, adik2mu menyusahkanmu. Ketahuilah itu semua bisikan jahat dari jiwa kiri kau. Jika kau ketahui kondisi akak mu ini yang setiap saat merindukan kau semua, yang setiap saat menjentik hatiku agar menggerakkan kakiku untuk pulang ke pangkuan. Betapa kau tidak mengetahui bahawa diri akak begitu menyesali masa lalu yang akak tidak manfaatkan untuk emak, abah, dan adik2 akak semua.

Andai keinginan kau tidak di persetujui, mudah sekali jiwamu membentak kasar walaupun pada emak dan abah. Mereka yang tidak sepakat dan tidak tunduk pada keinginanmu kau anggap itu musuhmu. Mereka2 yang angguk mengikut kehendakmu, kau jadikan teman setia dalam hati.

Duhai adik,

Akakmu ini amat risau andai kau yang akak anggap seperti kudup bunga yang ingin berkembang di ganggu oleh kumbang2 yang akan merosakkan dirimu. Akak harap moga kau berjaya membina duri memagari diri. Agar tak termakan diri oleh kumbang dek hanyut dibuai dunia indah ciptaan nafsumu. Walaupun dirimu sering dimainkan dengan kata cinta atas nama agama, atas nama Tuhan, akak berharap agar kau tidak mudah percaya. Jangan dimainkan nama Tuhan, jangan dimainkan nama agama. Kelak kau celaka ditimpa siksaanNya. Ketahuilah, yang halal bagi kita hanyalah seorang lelaki yang telah kita nikahi. Akak doakan moga kita sama2 dipertemukan dengan insan yang beriman, menjadi teman hidup meniti redha Allah di dunia. Akak harap moga dirimu dan diriku bisa bersabar untuk itu. Ketahuilah bahawa perjalananmu di alam remaja baru sahaja bermula. Banyak lagi ranjau yang akan kau lalui, banyak lagi dugaan yang bakal kau hadapi.

Adikku sayang,

Akak tidak tahu jika tutur lembut akakmu ini belum bisa mencairkan hatimu yang membungkam kaku. Tapi percayalah, akakmu ini menasihati kerna akakmu pernah berada di tempatmu sama seperti yang kau lalui sekarang. Ternyata jiwa remaja penuh ranjau yang ku tinggalkan tidak lama dahulu, pernah tercalit hitam atasnya. Akak berharap, kau tidak menuruti langkah yang sama seperti mana aku pernah tersasar dulu. Moga jalanmu di alam remaja lurus. Tanpa tercalit walau setitis noda hitam padanya.

Ku doakan agar kita bisa mekar menjadi kembang yang harum untuk emak dan abah. Moga kelahiran kita dibumi ini bisa menjadi hambanya yang taat dan diredhai.

Moga kau tabah menghadapi alam remajamu, ya?

Yang Benar,
Kakakmu....

21 November 2008,
Yamaguchi, Jepun.

saksi




Suatu hari, berlaku kejadian kemalangan antara CBR Honda 600 cc dengan Skyline NIssan. Nazrul, ( bukan nama sebenar ) pada waktu itu sedang berhenti menunggu isyarat lampu merah menyaksikan kejadian dari jendela MPV Alphardnya. Bukan Nazrul seorang, malah kejadian tragis ini ini turut disaksikan oleh Muniandy, si penjual kacang putih.


Nazrul ( bukan nama sebenar )

Muniandy, si penjual kacang putih

Katakanlah kita tidak berada di tempat kejadian, tetapi kita mendengar desas-desus mengenainya. Jika kita ingin mendapatkan cerita sebenar mengenai kejadian tersebut, pada siapakah yang perlu kita tanyakan?

Pilih salah satu, antara Nazrul ataupun Muniandy. Kedua2nya merupakan saksi kejadian.




Setuju?




APA ITU SAKSI?



Nampaknya aku kurang berminat untuk membicarakan berita yang menyayat hati itu. Cukuplah untuk aku nyatakan siapa ' saksi ' kejadian.



Kau mula mengerutkan kening tanda protes?


Sabar.. nanti dulu.



Kenapa Nazrul dan Muniandy boleh kau percayai sebagai saksi?



Kerana mereka melihat, mengetahui dan yakin mengenai kejadian tragis itu. Tetapi cukupkah sekadar tahu, yakin dan lihat? Adakah kita akan tahu kejadian sebenar jika mereka berdua tidak 'memberitahu ' kejadian itu? Pasti tidak bukan?



KALIMAH SAKSI



" Aku naik SAKSI bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Aku naik SAKSI bahawa Muhammad itu pesuruh Allah "



Kalimah diatas merupakan kalimah yang paling pokok untuk umat islam. Letaknya dalam tangga pertama rukun islam. Kenapa agaknya ya?



Ya, sebagai tanda kita percaya dan meyakini bahawa hanya tiada tuhan lain selain Allah. Dan Muhammad itu yang menyampaikan wahyu Allah buat seluruh umat.



Tapi, pernah atau tidak kita terfikir kenapa agaknya perkataan ' saksi ' digunakan dalam kalimah tersebut? Kenapa tidak perkataan percaya, yakin dan sebagainya digunakan dalam kalimah syahadah itu?



Sebagaimana ciri2 yang ada pada Nazrul dan Muniandy yang melihat kejadian itu, begitulah juga maksud saksi dalam kalimah ini. Selain kita mengetahui dan yakin bahawa Allah itu Rabb kita dan Muhammad itu Rasullullah, maksud 'saksi' itu tidak akan tertunai sekiranya kita tidak menyampaikan ni'mat Islam yang kita kecapi ini.



Dengan erti kata lain, jika kita mengatakan kita 'saksi', tetapi kita tidak menunaikan apa yang sepatutnya ada pada seorang 'saksi' itu, kita adalah seorang penipu, pendusta dan seumpamanya!!!



KENAPA PULA BEGITU?



Setiap hari, paling kurang 10 kali kita mengucap kalimah ini dalam solat kita sehari2. Tahukah kita maksud kalimah " Asyhadu.." ? Maksudnya aku ' sentiasa ' bersaksi.



Kenapa 'sentiasa' ?



Mengikut tatabahasa arab, perkataan ' Asyhadu ' merupakan fi'il mudhori' ( present tense ) yang bermaksud sentiasa, selalu dan berterusan. Kita selalu mengungkapkan bahawa kitalah sentiasa, dan selamanya 'saksi'. Tapi adakah niat kita, perbuatan kita, dan hidup kita setiap waktu ini adalah bertepata dengan apa yang kita ikrarkan?



Memang betul kita TAHU apa itu Islam.



Memang benar kita YAKIN dengan agama Allah yang kita anuti ini.



Tetapi apakah kita TONJOLKAN, SAMPAIKAN Islam ini?



Jangan ingat kita selamat dari azab Allah cukup dengan solat, puasa, baca Al-Quran, yakin dengan rukun iman yang enam, mengamalkan syariat untuk kepentingan peribadi contohnya dalam berkahwin, makan dan sebagainya.



Belum cukup tu, tak cukup!



Selagi kita tak menyampaikan islam yang kita tahu dan yakin, jangan dambakan jalan mudah ke syurga dan jangan fikir api neraka takkan membakar tubuh kita.



SAMPAIKAN DARI YANG MUDAH



Sampaikanlah ni'mat islam yang kita perolehi ini semudah senyuman manis pada orang lain.



Sampaikanlah ni'mat islam semudah kita berkongsi makanan sesama teman.



Sampaikanlah islam semudah mengajak teman untuk solat bila menjelang azan.



Dari perkara semudah itu islam itu dapat disampaikan. Melalui akhlak yang mulia dan amalan soleh. Semampunya kita dalam kondisi tempat kita berdiri sekarang. Jika sudah punyai kuasa nanti, sampaikanlah islam melalui pemerintahan.



Ingat apa yang kita lakukan sehari2. Lebih2 lagi perbuatan kita yang menyalahi ikrar penyaksian itu kita lakukan di hadapan orang lain terutamanya pada yang bukan muslim. Bukan sahaja mengundang dosa buat diri sendiri, malah yang lebih memalukan, ibarat mencarik kesucian agama islam.



HUJAH



Andai suatu hari nanti ketika berkumpulnya seluruh umat manusia dihadapan Allah untuk dihisab, manusia yang berdosa mahupun yang bukan muslim akan ditanya



" Mengapa kau tidak mengikuti perintah tuhanmu??? "


Maka mereka yang ditanya itu akan menjawab dengan jawapan yang menggetarkan setiap inci tubuh badan kita.


" Kerana hambaMu yang tahu tetapi tidak menyampaikan kepada kami.."


Maka pada hari itu siapa yang rugi?


Kita adalah orang yang rugi dan begitu celaka sekali lantaran tidak dapat melawan hujah mereka. Sudahlah dosa akibat kealpaan diri sendiri sudah menggunung, digandakan lagi dengan dosa2 mereka. MasyaAllah.... dimana ingin kita palingkan wajah kita dari Allah???






imaginasi


" Apa yang aku belajar nih..."
Aku merungut sendirian dalam hati ketika Goda Sensei mengajar untuk kelas Kikai Zairyou. Terkedip-kedip mataku untuk menelan bulat2 例題 ( soalan contoh ) yang sensei tunjukkan di hadapan. Aku palingkan muka ke arah teman sebelahku, Uki. Dia dengan muka selambanya terus menerus menyalin contoh soalan di hadapan. Ku palingkan wajahku ke arah belakang. Semua tekun tunduk menyalin.
" Lor.. takkan aku sorang yang tak faham? "
Seusai kelas, aku segera berjumpa Goda Sensei di hadapan. Hendak memulakan bicara pun aku kira satu perkara yang berat. Bagaikan ada seketul emas yang memenuhi ruang mulutku.
" Sensei.. saya tak faham soalan ni.."
Diam. Tiada balasan. Aku rasa pertanyaanku harus diperincikan.
" Sensei, saya tak fahamlah kenapa ni boleh jadi macam ni. Arah [ 101 ] ni arah yang mana satu? .."
Harap2 perincianku membantu. Lega. Akhirnya sensei menjawab soalanku. Dengan kapur yang masih di tangan, sensei pun melukis paksi X, Y, dan Z di papan hitam. Terkebil2 mataku memandang lukisan sensei. Paksi di lukis pada arah yang berbeza. Aku mula mengimaginasikan paksi itu dalam kepala. Menterjemahkannya supaya aku lebih mudah faham.
Sebelum aku dapat memahami rajah yang di lukis itu, tanpa sempat aku berkata nanti,sensei pun dengan sepantasnya menerangkan kepadaku. Aku hanya mengangguk2 kononya memberi isyarat bahawa aku faham penerangan sensei.
Akhirnya,
" Sensei, arigatou gozaimasu.."
Dengan senyuman yang kelat, aku pun berlalu keluar dari kelas. Dalam kepala masih lagi berlegar2 rajah yang belum dapat aku fahami lagi. Fuh, tahulah aku kelemahanku untuk berimaginasi.

terBALIK

Aku tertarik dengan satu rancangan televisyen yang aku tonton sebentar tadi. Dokumentari berkisar kisah kehidupan sebuah keluarga yang aku kira ter'balik' berbanding keluarga biasa.

Ayahnya tidak bekerja, seorang 'sura rumah' sepenuh masa. Menjaga makan pakai isteri dan anak2.

Ibu seorang pekerja pejabat yang aku kira menduduki jawatan eksekutif di sebuah syarikat di bandar Tokyo.

Mereka mempunyai dua orang anak perempuan. Usia mereka sekitar 9~ 10 tahun.

Ayahnya akan membuat rutin harian seperti seorang suri rumahtangga lakukan. Ke su-pa- ( supermarket ) setiap pagi membeli sayur2an, ikan dan daging. Selepas pulang ke rumah, beliau akan menyediakan juadah tengahari, menguruskan anak2 dan membersihkan rumah.

Si ibu sibuk bekerja seperti pekerja2 syarikat yang kita sedia lihat dalam televisyen. Hampir setiap hari bermesyuarat, pergi ke pejabat pada awal pagi dan pulang lewat ke rumah sekitar jam 11 malam.

Apa yang membuatkan aku terharu dan tertarik hati dengan rancangan ini ialah bagaimana kesibukan si ibu dan peranan si bapa sebagai 'sura rumah' ini pada pandangan mata anak2 mereka. Maklumlah, kanak2 ini belum bisa lagi untuk menipu dan apa yang lahir dari bibirnya adalah tulus dari hatinya yang jujur.

Satu ketika kedua2 anak permpuan ini di tanya oleh wartawan di hadapan ibu mereka,

Wartawan : Ayah buat apa sepanjang hari di rumah?
Anak 1 : Ayah uruskan makan pakai kami. Masak, kemas rumah, pergi ke su-pa-.
Anak 2 : Betul tu. Betsuni kami tak perlukan ibu pun untuk semua ni
( 別に母はいらないよ!)

Selepas mendengar kata2 pedas dari mulut anak2 itu, si ibu menoleh lantas berkata

Ibu : Janganlah cakap macamtu nak. Sedih ibu
(そんなに言わないで。。。)

Ketika iu tiada langsung riak kesal mahupun secebis kasihan yang terlukis diwajah anak2. Cuma,

Anak 1 : Tapi, dulu ibu pernah cakap yacin ( sewa ) rumah ni macammana nak bayar kalau
ibu tak kerja kan..

Si ibu tersenyum ketika itu. Mungkin sedikit lega kerna mendapat ' sokongan ' sebegitu rupa dari si anak.

Sebelum wartawan itu menanyakan soalan kepada anak, dia bertanya kepada si ibu

Wartawan : Awak rasa apa perasaan anak terhadap awak ?
Ibu : Entahlah, saya pun tak tahu apa perasaan mereka. Takut untuk saya bertanya


Tidak perlu rasanya untuk aku ulas panjang rancangan ini. Rasanya masing2 boleh fikirkan apa yang tersirat disebaliknya. Cuma aku terfikir, ibu bapa yang bermati-matian mencari wang memenuhi tuntutan materialistik atas dasar sayangkan anak2 hanya menumbuh benci dalam jiwa mereka.

Bukan duit yang anak mahukan. Tapi perhatian dan kasih sayang.



anti-sejuk

Aku menggigil kesejukan buat kesekian kali untuk malam ini. Hujan renyai2 menambahkan lagi ketepuan wap udara diluar yang sudahpun mencecah suhu di bawah 15 darjah celcius barangkali. Ulangkaji subjek matematik kuhentikan seketika lantaran aku semakin tidak dapat menumpukan fokus. Had fokusku ku kira2 30 minit. Lebih dari itu akan membuat fikiranku menerawang entah ke mana2.

" Nas, sejuknya malam ni.. menggigil2 lah badan aku..."
aduku pada Nas. Moga2 ada balasan simpatinya terhadapku.
" Eh, aku rasa takdelah sejuk mana malam ni.."
Nampaknya umpanku untuk mencari teman menggigil tidak mengena. Terpaksalah aku keseorangan melayan gigilan ku ini.
Aku antara mereka yang alah pada sejuk. Pada waktu2 musim luruh ini adalah waktu yang paling terseksa bagiku. Bukan setakat malam, pagi, tengahari malah petang sekalipun aku akan menggigil2 kesejukan. Suhu yang mencecah dibawah 20 darjah celcius cukup membuatku kelihatan seperti hantu bungkus. Saban hari berbungkus dengan selimut. Bak kata2 temanku juga, seperti orang baru lepas bersalin. Ke hulu kehilir dalam rumah dengan baju berlapis2, berstokin dan adakalanya mengenakan kain batik hanya mengundang tawa teman2.
Satu malam, aku dan teman2 yang lain bersama2 berjalan menuju ke tempat pembuangan sampah. Maklumlah, jika menunggu hari esok, takut2 tak terbangun nanti.
Masing2 berjalan lambat2. Bersembang, bertawa riang sambil berjalan. Aku yang kesejukan ketika itu hanya mampu memandang dengan badan yang terketar2.
Akhirnya, aku tidak mampu berjalan seiringan mereka. Lalu ku katakan,
" Wei, korang, aku gi dulu ye. Tak tahanlah. Sejuk sangat ni.."
Seusai melafazkan kata2 itu aku terus langkah seribu membuang sampah dan pulang terus menuju ke rumah. Di pertengahan jalan,
" Minna, osakini.. ( Aku pergi dulu ye..! ) "
Sambil ketawa melihat gelagatku, seorang dari temanku menjerit melaungkan kata2 ini
" Fizah, lari Fizah !!! Haha... "
Tanpa mempedulikan kata2 mereka, ku percepatkan langkahku. Sasaranku ketika itu hanyalah supaya segera sampai ke rumah. Aku bertarung dengan kesejukan yang membuatkan aku menderita.
Pernah sekali aku berkain batik ketika mahu membuang sampah. Nak lari, bimbang kain terlucut. Mahu berjalan lambat2, aku pula alah sejuk. Akhirnya, aku ambil jalan tengah. Tidak berlari, tidak berjalan lambat2. Sekadar berjalan laju persis orang berkimono mengejar densya. Seperti sebelumnya juga, aku menjadi buah ketawa teman2. Sehingga cerita aku yang alah pada sejuk ini tersebar ke tempat seniorku. Aduh! Malu aku... ( teringat gaya Zam berkata " Cek maluuu ! Eiuuu!!! )
" Fizah, bawak glove tak? "
" Lari Fizah, lari !! "
Kata2 itu yang akan menjadi modal teman2 dan seniorku jika melihat aku menggigil dan mula tidak keruan.
Sejuk.
Memang sejuk. Tapi mungkin itu hanya pada aku.
Asal suhu di bawah 20 darjah celcius akan menggerakkan sensor badanku untuk menggigil tak keruan. Merangsang reseptor sejuk di bawah kulit untuk memberi isyarat pada bulu roma agar meremang.
Fuh...! Sejuknya...
Sejuk.. sejuk.. sejuk..
Pernah suatu hari tatkala aku mengungkapkan " sejuk, sejuk " aku terfikir seandainya aku tukarkan perkataan sejuk ini kepada panas.
" Aduh, panas.. panas.. panas.."
Kelihatannya seperti sebuah rungutan bukan? Apa bezanya dengan sejuk, sejuk yang aku sebutkan berulang kali tadi?
Persoalan tentang kesyukuranku bersangkar dalam kepala.
Tahulah aku mengapa aku di tempatkan di Yamaguchi yang tidak sesejuk kawasan di atas sana. Aku pernah rasa hairan kenapa aku tidak terpilih untuk ke universiti pilihan pertama aku iaitu di Ibaraki. Apatah lagi ke pilihan ketiga aku iaitu di Touhoku. Kini baru aku semakin faham kenapa.
Kerna aku ini alah sejuk.
Jika aku ditempatkan di Ibaraki ataupun di Touhoku nanti, takut2 rungutanku semakin bertambah. Makin jauh aku dengan Dia.
Sejuk, sejuk, sejuk...
Doakan moga2 aku dapat menempuhi kesejukan ini.
Dan yang aku takuti saat ini adalah Musim Sejuk.
Jika sekarang mereka tidak sabar menanti bilakan tibanya salju dari langit. Dan aku adalah orang yang menanti sebuah ketakutan.

Bismillah-Opick

Pertama kali aku mendengar lagu ini, aku mula tertanya2...

" Lagu apakah ini? Comel sungguh..."
Nyanyian Opick kali ini yang di iringi suara kanak2 comel menjadikan lagu ini sangat menarik, menenangkan hati.
Jom kita dengar..!

video

Ini sudah kali ketiga untuk pagi Jumaat ini aku ulang main video ini. Huhu... sudah semakin aku hafal liriknya...

" Bismillah di dalam hatiku tenang..lala.."

Ceritera cream puff


Ahad, 9 November 2008


Jam menunjukkan 8.30 malam.


Hujan masih renyai2 di luar. Aku menggigil kesejukan. Hampir sejam aku ' berjemur ' dalam kesejukan suhu serendah 10 darjah celcius petang tadi.


" Fuh.. . ni semua gara2 tunggu bas la ni.. "


Mataku berpinar2. Pandanganku kabur dan kepalaku berdenyut2. Ku letakkan tapak tangan ke atas dahi. Hangat.


" Demam ke aku ni ? "


Tanpa aku pedulikan suhu badanku yang makin meningkat, aku ambil sedikit masa untuk menjejaki Yahoo Mesennger ( YM ). Mana tahu ada pesanan2 ringkas buatku. Selepas YM, saifulislam.com. Selepas itu blogger dan berita harian.


" Aduh..! bosannya... "


Hatiku bermonolog sendiri. Tanganku mula terasa 'gatal' untuk membuka fail2 yang ku simpan dalam komputer. Sampailah tanganku menekan tetikus dan membuka satu fail. Tertera di situ ' cream puff '.


" Ha... cream puff. Kena buat ni. Mesti cuba malam ni jugak ! "


Bahan-bahan ( 10 biji )


100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur


Cara-cara


1) Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.


2) Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.


3) Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.


4) Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk.

Kemudian padamkan api.


5) Masukkan telur, kacau cepat-cepat


6) Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.


7) Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.


8) Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.


krim kastard


1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200cc(1 cup) susu segar
1 biji telur (L size) 1 sudu besar mentega


Cara-cara


1) Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.


2) Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.


3) Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.


4) Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.


UBAT DEMAM


" Ala... susu habis. Telur tinggal 2 biji je. Camne ni?"


Kerisauan mula menerjah diri. Sedia untuk berperang dengan senduk dan mangkuk. Tapi siaga telur dan susunya masih belum cukup. Ku gagahkan juga diri mengetuk pintu rumah temanku meminta ihsan telur dan susu. Tersenyum2 simpul aku melihat semua bahan2 cukup2 depan mata.

Akhirnya aku pun memulakan percubaanku membuat cream puff. Masakan di Jepun ini seleraku ini sudah bertambah ragam! Dengan bersungguh2 dan penuh perhatian aku cuba membuat cream puff ini. Satu2 cara aku teliti. Entah berapa kali aku berulang alik dari bilik ke dapur memastikan aku tak tersilap langkah. Maklumlah, ini percubaan yang pertama.


Hasilnya..

Cubaan pertama cream puff

Alhamdulillah. Menjadi! puas hati... hehe. Tidak perlulah aku menunggu lama selepas ini jika timbul keinginan untuk makan cream puff. Sedikit modal + kerajinan + bersungguh2 = cream puff

Aku letakkan kembali tapak tanganku pada dahi. Aik? demam dah kebah ?

Tak sangka tanpa ubat dan rehat, aku pulih dari demam. Dengan izin Allah, berbekalkan sedikit kegembiraan dan kepuasan, menjadi penawar.

Aku renung2kan ceritera cream puff ni dengan kehidupan yang aku lalui. Untuk mencapai sesuatu memang selalunya akan menempuhi jalan yang susah. Ada ujian yang akan menimpa di pertengahan jalan. Kadang2 ada ujian kesakitan. Sama ada kesakitan yang zahir mahupun di timpa sakit kemalasan. Minat juga menyumbang beberapa peratus dalam kejayaan apa yang ingin di capai.

Tentukan apa yang kau mahukan. Siap siagakan dirimu, jangan pedulikan kata orang, jangan pedulikan kesakitan yang akan kau hadapi. Teruskan langkah. Panjatkan tawakkalmu pada Ilahi.

p/s : entri ini aku tujukan buat kohai2 ( junior ) AAJ batch 26 yang baru sahaja menduduki EJU. Kami semua maklum kesusahan yang kau hadapi. Tapi jangan kau putus asa tau. Teruskan usaha!!