Pages

sekadar coretan

Aku tidak berniat untuk mencoretkan seuatu yang berat di sini. Sekadar singgah sebentar, mengambil sehela dua nafas untuk ku coretkan sesuatu buat THINK THANKER ini.

Hari ini hari Jumaat.. Moga2 dapat kita rebut keberkatan yang di janjikan dalam " saiyyidul ayyam " ini.

Kerja sekolah 線形代数 masih berbaki tiga solan besar yang belum dapat ku selesaikan.

ところで、

Tak sabar rasanya menunggu petang ini. Petang ini seusai waktu persekolahan, insyaAllah aku akan terus ke Gifu. Menetap semalam di sana dan esok aku, Nad dan Kak Fatin akan ke Autumn Gathering di Nagano. Tak sabar ingin berjumpa teman2 di sana!!! \( ^o^)/.. Satu perkara yang paling aku gembira dan membuat hatiku tenang bila mana dapat berjumpa teman2 dek kerana kita semua ini terikat dengan " Ta'liful Qalb " ( Ikatan Hati ).

Beg, buku2, bentou... perlu aku siapkan segera ni. Harap2 tak " kelam kelibut" mengejar densya nanti.

RESENSI " Mengemis Di Kota Larangan "

"Mengemis di kota larangan.."

MENGEMIS DI KOTA LARANGAN


Ini buku yang akan ku kupas untuk ruangan resensi kali ini. Buku yang menghimpunkan 15 buah cerpen terpilih adalah hasil karya penulis muda yang menuntut di luar negara di bawah naungan Grup Karyawan Luar Negara (GLKN). Pertama kali pabila aku mengetahui karya2nya adalah hasil tulisan penulis2 muda yang berbakat besar ini, aku terus tertarik hati dan terus memesannya melalui seniorku yang juga merupakan salah seorang penulis yang bernaung di bawah GLKN. Aku terpana seketika bila melihat penulis2nya hanya dalam lingkungan umurku juga. Huhu.. di mana aku ? Bila agaknya akan aku berkarya seperti kalian..?

" MENCERAKINKAN KALBU "

Hasil tulisan Adibah Abdullah ini benar2 menyentuh hatiku. Jujur aku katakan aku benar2 terasa dengan hasil karyanya yang membuatkan aku mula tertanya2 apa seharusnya aku lakukan sebagai pelajar tajaan kerajaan yang belajar di luar negara. Andai aku bisa memetik secenis daripada tulisan Adibah itu...

".... wang rakyat sekian banyak mengongkosi masa tiga hingga lima tahun untuk mengecap udara sejuk dan sesekali bermain salji

.... Peluang keilmuan yang luas dengan sistem yang meraikan keterbukaan fikiran tersia-sia

.... Tidak sedikit yang masih kaget berinteraksi dengan warga tempatan apatah lagi berhujah dalam bahasa merekayang nampaknya hanya di kuasai untuk memahami celoteh pensyarah dan menjawab peperiksaan !

.... masa di habiskan untuk bersuka ria, tenggelam dalam lopak sempit pelajar sebangsa..."

Fuh! tulisanmu ini Adibah, benar2 menjentik hatiku. Duit ku habis untuk apa? Masaku di sini? Kesempatan dan peluang yang ada... adakah aku rebut? Memang tulisan ini menjadi ruang untukku mengkoreksi diri... Moga kesempatan yang ada kita akan rebut sebaiknya di bumi Allah yang berbeda ini.

" HADIAH DARI LANGIT "

Hasil karya Emil Azhar ini benar2 menginsafkan. Bagaimana satu hari nanti seorang yang tiada kepercayaannya kepada Tuhan bertanyakan kepadamu kenapa kau perlu pada Tuhan? Adakah bisa aku atau kau menjawab soalan itu ?

..apakah itu Tuhan?

sesingkat soalan itu, namun bisa menggetarkan hatimu, menggegarkan jiwamu. Baru kan tahu setakat mana ukuran iman dan islam dalam jiwa sendiri!

Perjalanan mencari siapakah Tuhan yang sebenarnya menitipi perjalanan karya ini. Bahasanya mudah dan ringkas. Persis tulisan diari harian. Mungkin kerna cerpen ini di sunting berdasarkan blog tulisan Emil sendiri. Menurutnya lagi dalam karyanya ini, moga hasil tulisannya, " Hadiah Dari Langit " ini menjadi pedoman untuk mereka yang tercari2 hidayahNya.

Untuk ruangan ini, ku rasakan cukuplah untuk ku ulas 2 karya daripada 15 karya di sini. Andai di ikutkan rasa hati, inginku ulas satu2. Apakan daya, kekangan masa dan upaya membataskan. Tapi percayalah! buku ini memberi hasil yang lumayan. Selain menambah ilmu, dapat juga membayangkan bagaimana berada di negara lain seperti UK, Amerika dan Sudan lantaran penulis2nya belajar di serata pojok dunia. Jika berkesempatan, moga2 kau akan turut membaca buku ini ya?

kerana manisnya epal








Kerana manisnya epal.... judul cerpen KOMSAS Tingkatan 5 di sekolahku dahulu. Masih ku ingat bagaimana Faisal Tehrani itu benar2 membuatkan aku terliur membayangkan manisnya epal2 di kebun. Dan hari ini, aku menikmati sepuas-puasnya. Yang lebih membuatku gembira, aku bertemu sama teman dari Indonesia. Sylvia namanya. Waduh2 senang sekali aku denganmu Sylvia. Kebetulannya kita serumpun dan seagama. Ya kan?

manisnya epal....



teman2 dari pelbagai negara

aku dan Sylvia

~ seusai kembali dari ringgo gari, nakao ringgo en~










hulurkan tanganmu ukhti..

~monolog seusai membaca hasil tulisan seorang akhawat..~

akhawat yang ana kasihi..

ya, perjuangan kita masih jauh.. dan ini permulaan untuk sesuatu yang hakiki..

ana tak mampu keseorangan meniti jalan ini ukthi..

ana tak mahu kecundang jatuh di pertengahan

ataupun tersasar jauh dari landasan..

ana perlukan akhawat kesayangan ana ini..

tolong sambut tangan ana di sini..

aku turut sakit..


Aku dapat rasakan sesuatu.

Suasananya tak seceria dulu...

Kau tetap bergelak ketawa, namun ada yang tak kena seakan terlukis jelas pada wajahmu..

" Bila sakit satu anggota, sakitlah seluruhnya..."

hanya itu yang mampu aku coretkan......

Sejak aku tahu kawanku yang seorang ini ( dia ni satu tempat belajar denganku, sama kursus, jiran rumahku) menghidapi suatu penyakit, aku terasa aku juga turut jadi tak keruan. Rasa resah. Setia kali tatkala aku bersua muka dengannya, tak kiralah sama ada ingin ke kelas atau di waktu makan, perkara pertama yang akan ku ajukan padanya..

" z**, ok tak...? "

Aku kira itu sahajalah pertanyaanku padanya sepanjang minggu ini. Aku seakan tiada daya ingin menanyakan perkara yang lain. Masa mula2 aku tahu dia diserang penyakitnya pun bukan dari mulutnya sendiri. Aku tahupun melalui sahabatku yang lain. Jika kau membaca entri ini Z**, ketahuilah kau aku menyesal kerana tidak dapat membantu di malam kau diserang penyakit itu lantaran aku tidur awal malam itu. Sedikit rasa " marah " terpalit bila kau memberitahu yang "jauh" berbanding kami yang "dekat" ini.

Sakit.. Ah!! aku gantikan sebagai ujian...

Setakat ni aku kira, orang2 yang rapat denganku di timpa ujian kesakitan. Termasuk abah.. termasuk seorang temanku ini ( jika dia masih membaca tulisanku ini,ku doakan moga sihat sejahtera ) dan kali ini.. Z**.

suatu hari seorang senpaiku tiba2 berkata dengan nada bergurau... tapi kata2 nya amat menyentuh rasa..

" ala.. jangan risaulah dengan sakit si Z** tu, sakit tu pun akan hapuskan dosa2 kecil dier..."

seorang senpai lain menambah..

..... tu pon kalau dier redha..."

Oh!!! redha kuncinya.. kadangkala aku cemburu dengan mereka yang di timpa kesakitan ini. Kerana kesakitan itu menghapuskan dosa2 kecil. Membuatkan kau sentiasa ingat akan Tuhan yang meciptakan sakitmu.. Yang penting sabar sahabatku.. sabar.

Moga tak mengeluh dan resah gelisah dengan ujian ini ya..?

Moga aku turut sama tsabat ( tetap hati ) untuk mendoakan kesejahteraanmu teman2ku..

kenapa aku menulis..?


" wa..!! tak kira. tak kira!! nak tulis jugak!!! " jeritku dalam hati

" sabar2..sabar fizah, nak menulis kena tahu apa yang nak ditulis, untuk siapa dan kenapa kau menulis..", pujuk diriku yang sebelah lagi. Entah kenapa yang si sebelah ni (tak tahu ni belah kanan atau kiri ) bila datang semangat aku nak menulis, mesti di suruhnya untuk berfikir dua tiga kali. Akhirnya, bila aku ikutkan sangat si sebelah ni, hilang minat aku nak menulis. Malas, terputus idea.. Ah!! macam2 lagi halangan nak berkongsi rasa.

BALIK PADA PANGKAL

Maka pulanglah aku ke pangkal dan dasarnya. Balik semula berfikir, merenung dan muhasabah kembali kenapa aku menulis. Andai di banding tulisan aku dengan orang lain, aku rasa tiadalah manapun hebatnya. Bagai melukut di tepi gantang kata orang.

Balik pada prinsip..

Sabda Nabi Muhammad SAW

"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat..."

Oh! Begitu.. Aku semakin hilang punca bila aku lupa tujuan aku menulis. Untuk menyampaikan. Walaupun aku kira aku bukanlah berbakat sangat dalam menulis ni. Tapi sekurang2nya ada sesuatu yang ingin ku sampaikan. Mungkin yang tulus dari hati itu akan menyentuh hati2 yang membaca. Siapa yang tahu kan?

Aku sentiasa ingat ini...

Kadang2 untuk sampai ke satu destinasi, tidak hanya bergantung kepada bas dan teksi. Ada masa, mungkin boleh berjalan kaki. Ada masa, mungkin shinkansen terpaksa digunakan. Begitu juga menulis ni. Untuk menyampaikan hasrat hati, yang terpendam barangkali, ilmu2.. dan yang utama sekali wahyu dari Allah ini, bukan semua mampu aku keluarkan melalui lisanku. Ada masa, minda, hati dan tanganku yang akan bergerak mencoretkan tulisan.

AKU BEBAS MENULIS ???

Memang.. memang andai di ikutkan hati yang tidak tahu berfikir dan bertimbang rasa ni, akan ku coretkan segala2 yang aku mahu. Memang bebas untuk aku coretkan apa sahaja. Ilmu, coretan, luahan rasa. Menggunakan gaya bahasa yang aku suka. Selepas itu berpuas hati kerana luahanku di baca, apa yang terpendam diluahkan dan lepas sudah apa yang membungkam dalam hati.

Tapi tunggu.. tunggu...

Lupakah aku pada apa yang aku baca setiap hari..?

.......sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untukMu, Tuhan semesta alam.."

Maknanya, apa yang aku tulis, apa yang aku luahkan, dan apa yang aku coretkan, akan tetap tercatat dalam hitungan buku catatan amalanku. Hendak menulis... ada adab yang perlu di jaga. Kadang2 ada hati yang akan terasa dengan setakat membaca tulisanmu, fizah. Cukup sudah dosa dan silapmu yang lahir dari anggotamu yang lain, jangan kau libatkan sekali dalam karyamu ini.

ORANG KATA

Pernah satu ketika ada pesanan yang tertulis,

.... syahdunyer entry2 dalam blog ni.."

Betul juga kan? bila aku putarkan kembali apa yang aku sertakan dalam entryku, rata2 semua yang sedih2. Yang bisa menjuraikan air mata. Rasanya jarang atau tak pernah sekali aku sertakan entry yang bisa membuatkan kau ketawa. Huhu.. rasa2nya aku ini bagaimana orangnya ya?

Entahlah...

Apa yang aku tulis di laman ini hampir 90 % hatiku turut sama ku sertakan sekali. Mungkin itu salah satu sebab kenapa kebanyakan entry2 nya syahdu2 belaka. Cara aku membaca entry2 ini mungkin akan berbeza dengan cara kau membacanya.. Moga2 apa yang aku rasa dan cara aku membaca tulisanku ini turut selari dengan hati dan nada kau tatkala membaca entry2 di lamanku ini.

Moga aku terus tsabat dalam menulis. Tetap tujuan. Menyampaikan kerana Tuhan. Berkongsi apa yang Dia kurniakan. Aku hanya pendamba yang dambakan redhaMu.. wahai Tuhanku...

p/s : maafkan aku kerna entry kali ini cuma sekadar luahan hati. sekadar muhasabah diri. Moga2 selepas ini aku akan terus bersemangat untuk menulis, berkongsi rasa dan yang paling utama kalam wahyu dari Allah...

resepi yakimeshi - nasi goreng jepun-





Ada kelas pukul 12.50 ni. Nak makan, tapi takde mood nak masak. Erm.. lamanya tak makan yakimeshi kat daifuku..


Cari, punya cari, punya cari.. jumpa jugak resepi YAKIMESHI ni.


Jom try.. sedap tau..!!



BAHAN-BAHAN

Semangkuk nasi putih
1/4 biji bawang besar
1/2 biji capsicum @ pimang
seketul kiub ayam
lada sulah @ koushou
minyak
Sebiji telur

CARA MEMBUAT

1) Panaskan minyak, masukkan nasi, bawang, capsicum. Kacau hingga sebati.
2) Hancurkan kiub ayam, masukkan dalam kuali. Kacau hingga sekata.
3) Masukkan lada sulah. Kacau sampai rata. Pastu masukkan pecahkan sebiji telur dan masukkan dalam kuali.
4) Pastikan rasanya.
5) Dekita...! : )

Di nasihatkan untuk tidak memasukkan garam di sebabkan rasa kiub dan koushou dah cukup masin. Jika masih tawar, barulah chousei dengan garam dsb



kitaran bodoh

PERHATIAN!



entri kali ini menuntut kau agar membayangkannya semasa membaca. Jika tidak, mungkin sukar untuk kau mengalami sndiri perasaan itu...









Tersebut satu kisah di sebuah kampung nelayan. Letaknya sangat hampir di persisiran pantai. Pantai yang pasirnya putih. Lihat pula ke lautnya. Airnya biru. Seluas mata memandang.




Alihkan pula pandanganmu ke arah sebuah rumah di persisiran. Seorang pak cik yang tua lingkungan 50an sedang duduk berehat di pangkin. Sambil tangannya membelek2 pukat yang di jemur. Barangkali ada mana2 bahagian yang koyak fikirnya. Ku namakan saja pak cik itu Pak Tam. Sebuah teko berisi teh panas yang masih berasap. Disebelahnya ubi rebus bersama kelapa parut. Pak Tam ambil satu ubi itu, dicicahnya pada kelapa parut. Aduh!!! Enaknya.. meliurkan sungguh! Pak Tam baring di pangkin. Penangan berbisa dari ubi rebus dan angin sepoi2 bahasa membuatkan Pak Tam ingin terlena memejam mata.




Tiba-tiba...




" Assalamualaikum..! Tam! ", seorang pak cik tua datang. Pak Mat namanya.




" Waalaikumussalam..! Yo Mat. Ko ni aku baru nak relax kejap. Kacau daun betullah! ", jawab Pak Tam.




" Yela2, aku balik dulu la!.." dengus Pak Mat. Muncung bibirnya. Marah kerana kehadirannya yang tak diundang tak di sambut pula.




" Alah2.. Dah tua berjanggut pon nak merajuk lagi. Tu, dipangan ubinya.." gurau Pak Tam




Wajah Pak Mat kembali bercahaya. Di pulunnya ubi rebus dengan kelapa parut. Kecap2 bunyinya.




" Ko datang ni nape, Mat? Ade pape kabo ke..? ", tanya Pak Tam.




" Saje datang. Nak ziarah ko la Tam. Nak ke laut pon masih belom sesuai. Angin masih kuat kat laut tu. Silap2 kalo pergi jugak ke laut tu, balik jadi arwah nanti.."..




" Ader ke ke situ pulak..! ", ngomel Pak Tam. Kurang gemar dengan kata2 Pak Mat tadi.




" Sementara duduk ni kan Tam.. apa kata kita plan camner nak bagi hidup kita senang sikit. Asyik2 nelayan ni kerjanya sama. Dapat duit pon tak seberapa. cukup2 bagi anak bini kita makan je la.... ", luah Pak Mat sambil membawa pandangannya ke laut.




" Aku rasa setakat ni takde lah segkek sangat hidup. Takde lah sampai tak makan. Setakat duit untuk dapur tu berasap dengan duit belanja anak aku sekolah tu bolehlah..." balas Pak Tam.




" Aku ingat nak carik duit lebih la Tam.. buat tambah2..."




" Ha..camner tu Mat ? ..." tanya Pak Tam dengan penuh rasa ingin tahu.




" Macam ni.. Aku cadangkan kita pergi ke laut yang lebih dalam lagi. Lebih jauh lebih dalam..."




" Tak bahaya ke ? Buat apa nak pegi jauh2.? "




" Lagi jauh, laut kan lagi dalam. Banyak la dapat ikan Tam oii! Apelah ko ni..! " bentak Pak Mat. Tak sangka begitu dungu Pak Tam. Yang senang pun tak dapat nak fikir!




" o0o OK. Pastu kalau dah banyak ikan...nak buat apa?"




" Kita juallah Tam. Banyak yang kita jual, banyak lah duit yang kita dapat. Duit tu kita guna lah buat beli pukat yang baru, perahu yang lebih besar.... " jawab Pak Mat sambil memejamkan mata. Membayangkan hasil yang akan di peroleh.



" Oh macam tu ye Mat.. Aku sambung pulak cerita kau. Lepas kita beli pukat yang baru, kita beli perahu yang lebih besar, kita upah la banyak pekerja.. kan Mat? Ringan sikit beban kita nanti..."



" Tak sangka.. bijak pulak kawan aku sorang ni. Pekerja dah banyak Mat... tentu hasil kita pun akan lebih banyak. Sebab lebih ramai yang akan keluar untuk pukat ikan2 kat laut tu. Memang untung besar Tam.. Untung kita! "



" Ye lah tu...."



" Aku dah rasa bau2 duit la kat sini. Rumah kita akan jadi lebih besar. Anak kita pun gembira, isteri kita pun lagilah Tam. Kalau dulu mungkin semayang dua tapi lepas ni mana tahu boleh sampai ke sini.." angan Pak Mat sambil menunjuk arah siku. " Bahagia kita Tam..." tambahnya lagi..



" Mat, kau rasa, aku yang tengah duduk berbaring atas pangkin ni, kena pulak dengan ubi rebus ni, dangin sepoi2 bahasa pulak tu... tak bahagia..? " Pak Tam mula menunjukkan belang geniusnya.

" Panjang sangat jalan kau tu. Habis2 nak kejar benda yang sama jugak kan..? Macam duduk2 kat sini... Hati tenang. Tak payah risau2 nak fikir banyak benda.", Pak Tam melontarkan kata2 yang ' menyerang ' Pak Mat. Bertalu2 seperti bunyi das meriam ketika portugis menyerang Melaka.

REZEKI OOO REZEKI

Perkara inilah yang sering kita jadikan alasan untuk menyibukan diri dengan urusan dunia. Lebih2 lagi untuk yang sudah bekerja. Makan, pakai, tempat tinggal, semua sudah serba cukup. Apa lagi kehendak hati yang mahu di penuhi

tiang

Di ceritakan di sebuah tempat, ( aku namakan sebagai Kampung Pinang Sebatang) terdapat sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ayah dan seorang anak lelaki yang sedang meningkat remaja. Tiada ibu ( mungkin meninggal dunia, mungkin si ayah bercerai hidup dengan isterinya, mungkin juga.... ah, kau namakan sendiri sahaja alasannya).

Si anak yang sedang meningkat remaja ini punyai sifat @ fiil yang sama seperti remaja lain. Suka keluar malam. Malas belajar. Tidak melaksanakan tuntutan Allah. ( banyak sekali kesalahan yang dia lakukan sehingga kau bisa sekali meletakkan apa kesalahan yang kau suka )

Darah muda mengalir hangat dalam salur darah dan segenap kapilari darah si anak. Syaitan2 menjadi teman rapat yang akrab. Cakap Tuhan dan cakap si ayah dibelakangkan. Berbuih sudah mulut si ayah menasihatkan si anak ini. Doanya pada Tuhan juga tak pernah putus. Tak pernah lekang dari bibir si ayah memohon doa agar anaknya di beri petunjuk. Petunjuk yang lurus.

Maka pada suatu hari si ayah berbuat satu fiil yang pelik. Si ayah memaku sebatang paku di tiang rumah. Sehari. Dua hari. Dan hari2 seterusnya, si ayah tetap setia memaku paku ke tiang. Mula2 si anak tidak mempedulikan. Lama kelamaan si anak kehairanan. Kenapa si ayah melakukan perkara yang pada akalnya sangat bodoh dan sia2? Memaku pada tiang sehingga penuh dan berkarat jadinya.

Bertanyalah si anak pada ayahnya dengan penuh biadap dan seperti tidak pernah cukup di ajar. Wahai ayah, kenapa kau melakukan suatu perkara yang bodoh? Memaku paku tanpa tujuan sehingga penuh paku di tiang dan berkarat jadinya.

Dengan penuh kasih sayang dan bening air mukanya si ayah berkata. Nak, dengarlah kata ayahmu ini. Ayah memaku ke tiang ini bukan dengan tujuan yang kosong.Tiap kali ayah dapati anak lakukan kesalahan dan dosa, ayah pakukan sebatang paku padanya. Setiap kali nak, setiap kali. Sehingga penuh paku di dinding jadinya. Lihat ke tiang itu nak. Tiang itu buruk jadinya.Karat2 memenuhi segenap tiang. Itulah hatimu anak. Tiap dosa dan kesalahan yang kau buat akan terpasak dalam lubuk hati. Sekian kali kau ulangi, makin banyak paku yang terpasak dlam hatimu, anak. Dan dosa2 semalam yang kau buat, menjadi karat dalam hati.

Si anak terduduk mendengar kata si ayah. Baru tersedar dari lena dunia nafsunya akan apa yang dia telah perbuat selama ini. Wahai ayah, bagaimana dapat aku bersihkan karat dalm hatiku ini duhai ayah?

Senang saja nak. Kau minta ampunlah pada Tuhan. Tinggalkan apa yang kau lakukan. Selepas kau bertaubat dan kau tinggalkan kejahatan yang kau perbuat, kau cabutlah paku itu dari tiang.Satu-satu...

Kali ini si anak menurut kata si ayah. Dia pohon ampun pada Tuhan, pohon ampun pada ayah, kemudian ditinggalkan segala kejahatan yang pernah dia perbuat. Dicabutnya satu paku untuk setiap kesalahan. Satu hari, dua hari dan berterusan sehingga habis paku di tiang. Namun si anak tak berpuas hati.

Paku sudah tiada tapi karatnya masih ada. Tiang itu masih tetap buruk. Tak cantik seperti asalnya. Si ayah pun berkata. Nak, dosa yang kau lakukan akan tetap berbekas dalam diri. Kau sudah cabut paku dosa dari hati. Tapi kesan karat dosa akan tetap ada...Berderaianlah air mata si anak. Sungguh2 dia menyesali apa yang telah dia lakukan...

Dosa... menjadi karat dalam diri. Bertaubat, pohon ampun dan maaf... bisa sekali menghapuskan dosa, tapi kesan zahirnya tetap ada. Aku menasihati diriku, agar diriku bersabar , agar jauhkan diri dari menjadi berDOSA...

analogi washoku



"Aduh!!! Laparnye... nak masak apa ni??? " monologku dalam hati.

Dahiku berkerut dan tanganku menerkap erat ke perut menahan lapar.

"Patutlah. Dah pukul 2.30. Padanlah ko lapar sangat wahai perut..", aku bermonolog lagi.

Mataku menjeling ke arah jam. Telingaku tidak sanggup lagi menahan. Terasa bingit dengan jeritan dan keroncongan si perut yang minta segera di isi.

Nasi semalam masih lagi berbaki. Alhamdulillah, masih elok. Masih bisa dimakan. Aku segera membuka peti sejuk dan meneliti di segenap ceruk rak. Mencari apa2 sahaja yang bisa di jadikan hidangan dalam masa sesingkat yang mungkin. Mataku tertumpu pada sebuah botol kuning di atas penjuru rak. Baru aku teringat cuka sushi yang aku beli lebih sebulan yang lalu. Tertutup rapat. Belum terusik lagi. Idea untuk hidangan tengahari segera menerpa. Ku teliti pula ke sudut lain. Alhamdulillah, miso shiru segera masih ada.

Urpp.. Alhamdulillah. Tak sangka sushi tamago dan semangkuk miso shiru aku santap penuh selera.

" Dah murtad melayu agaknya aku ni.." bisik hati kecilku.


BENCINYA PADA MAKANAN JEPUN!

Aku teringat ketika di Malaysia dahulu. Cukup pantang aku bila dengar makanan jepun. Macam2 yang terbayang di fikiran ketika itu. Nattou yang sangat busuk, sashimi yang menggelikan! Sampaikan aku sangat risau. Apelah agaknya yang aku akan makan di sana. Mesti kurus melidi badanku nanti.

Satu hari ketika mencuba set bentou Jepun di Malaysia buat kali pertama, memang makanan Jepun tak menepati selera. Langsung!

Menghabiskan nasi Jepun membuatkan aku terseksa. Minum miso shiru dengan mengepit hidung. Ala2 gaya P.Ramlee dalam Nujum Pak Belalang. Alahai makanan Jepun.. Sampai begitu sekali benci aku pada kau.

YANG SEBENARNYA

Yang sebenarnya hal ini membuatkan aku terfikir apa yang aku lalui sekarang. Dulu benci, tak suka. Sekarang suka, rasa nak buat dan tak kisah.

Itu yang dapat aku analogikan dari kisah makanan Jepun yang aku bencikan dulu.

Tapi sekarang makanan Jepun itulah yang aku gemari. Malah jujur untuk aku katakan bahawa beras jepun lebih sedap berbanding beras siam.

Begitu juga dengan kehidupan yang aku dan kau lalui sekarang. Khususnya bagi mereka yang menetap d luar negara. Kalau dulu perasaan benci dan meluat dsb menguasai diri bila melihat, terjumpa, terserempak atau terbuat. Contoh paling senang majalah pronografi, orang2 yang "seksa", orang yang menonggak minuman keras di sana sini. Sekarang dah lali dah. Dalam diri kadang2 dah boleh terasa hati berkata, " Ala, biaselah.. depa kan kafir.. Lantak pi hang lah".

Astaghfirullah.. begitu sekali nikmat itu di tarik untuk rasa sensatif pada dosa dan noda? Bukankah itu tandanya hati makin gelap?

Mungkin ada segelintir yang masih " tiada rasa bersalah" dan sensitif dengan semua ini. " Itu dorang yang buat.. Yang penting bukan aku..", katanya.

Memang.. memang kita tak minum arak, tak baca majalah tu, tak menyeksa orang dengan pakaian "seksa" tu, tapi cuba tengok pada diri kita. Ada apa2 perubahan?

Solat kita, tingkah laku kita, pergaulan kita, adab2 kita...

Solat.. masih sempurnakah 5 waktu sehari semalam yang wajib itu?

Pergaulan... lelaki dan perempuan...masih kita jaga batasan?

Hidup kita sehari2.. adakah Allah masih yang utama?

TUHAN DI MALAYSIA DAN JEPUN

Teringat aku pesan Dr. Roslinda semasa di AAJ dulu...

" Kita hidup di luar negara ni, mesti pegang satu perkara. Allah sentiasa melihat kita. Menitipi tiap gerak langkah kita. Setiap inchi perbuatan kita. InsyaAllah jika itu yang kita pegang.. kita takkan terkandas... "

Tuhan kita di Malaysia, Tuhan kita di Jepun tetap sama. Tetap SATU!

Sangat salah dan silap jika terlintas di fikiran mahupun sudah di terjemah sebagai perbuatan, bahawa perbuatan2 yang dihukumkan dosa di Malaysia dulu berubah hukumnya bila berpijak di tanah Allah yang lain.

Di waktu hening satu petiga malam... ku renung kembali. Hilang entah ke mana. Sekurang2nya jika terlena itu satu ibadah mengisi waktu itu, bagaimana pula jika ketika itu aku sedang meng" hibur " kan diri? Ketawa ria dan bersenda sesama? Di mana aku dan kau ketika itu? Di mana???

Aku ketandusan menghabiskan ayat2 akhir ini...

Moga menjadi peringatan buat diriku yang sering lupa dan alpa...









aku robot???

AKU CUMA PUNYA 3 SOALAN

  • Dari mana aku dan kau datang ?
  • Untuk apa aku dan kau di ciptakan ?
  • Ke mana aku dan kau akan dikembalikan ?

video

KERINDUAN YANG TERPENDAM


"kak , Nurul sedih sangat akak nak fly ke Jepun..."

"eh, kenapa pulak macam tu? Nurul tak suka ke akak dapat belajar ke Jepun? " balasku.

"Bukan macam tu kak. Cuba akak fikir, bila kaki akak melangkah keluar dari rumah ni untuk ke Jepun, tu tandanya mungkin setakat ni sahaja akak jadi 'penghuni' rumah ni", katanya dengan tersedu-sedan menahan kesedihan.

"Nanti bila akak dah habis belajar pun, akak akan kerja. Mungkin dah tak duduk dengan kitorang lagi. Pastu andaikata kakak kahwin pun, nanti mesti akak duduk asing kan? "

Tiba2 aku terkenang kembali dialog bersama adikku, Nurul kira2 seminggu sebelum aku ke Jepun. Pemergianku sepatutnya merupakan suatu kegembiraan. Tapi entah mengapa kesedihan lebih menyelubungi suasana. Adik2ku termenung, dan ada yang suatu ketika kesedihan teramat sehingga mengalir airmata. Pada pihak diriku mungkin aku sekadar bersedih kerana akan berpisah dan tidak dapat berjumpa sepanjang pemergianku ke Jepun nanti. Nyata adik2ku berfikir melampaui apa yang aku jangka.

TERINGAT MEREKA

Entah kenapa sejak dua tiga hari ini hatiku gusar sekali. Lambaian2 kenangan bersama ahli keluarga seakan menguis2 kotak ingatan. Emosi menjadi kurang terkawal. Kadang2 aku "hilang ayat" dan menjadi sedih amat sangat bila mendengar suara abah dan emak dari telefon.

"Hello, fizah.. fizah.. ada kat situ lagi tak? Hello...hello? ", emak mengandaikan gangguan pada talian.

"Fizah, cakap kuat sikit...", suara abah pula yang mengambil alih.

Bukan suara terputus. Tapi aku yang tak dapat menahan rasa sedih yang amat sangat. Ingin berkata-kata, tapi risau seandainya sedu-sedanku didengari emak dan abah. Selama ni aku bisa bercakap di talian dengan nada gembira, girang dan terasa begitu teruja untuk menceritakan pengalaman2 baruku di sini. Tapi entah kenapa kali ini perasaan sedih pula yang menyelubungi.

KEMBALILAH, DUHAI MASA LALU!

Bila terkenang kembali waktu yang sudah berlalu, baru aku terasa betapa aku telah sia2kan waktu dulu. Waktu aku menjadi pelajar sekolah menengah dahulu, hampir 6 tahun aku kira, jarang sekali aku menghabiskan masa dengan keluarga. Walaupun aku bukanlah pelajar yang menetap di asrama, namun tiada beza aku dengan mereka. Keluar rumah seawal jam 6.20 pagi dan pulang pada waktu maghrib. Keadaan berulang setiap hari. Hari sabtu dan ahad aku habiskan dengan menghadiri kelas tuisyen. Pendek kata masaku dengan keluarga sangat terbatas. Tak tersempat rasanya untuk mengungkapkan rasa sayang pada mak, abah, dan adik2.

KUATNYA NALURI SEORANG IBU

Teringat aku saat di AAJ dulu...

" Hello, fizah.. Fizah sihat tak?" suatu hari emak bertanya di telefon.

" Eh, sihat je mak. Macam biasa je. Kenapa mak? ", aku membalas dalam nada kehairanan.

" Takdelah, mak risau dengan Fizah. Mak dapat dapat rasa Fizah tak sihat." balas emak.

" Fizah sihat. Mak jangan risau ye.."

Namun, selang beberapa jam selepas itu, aku mula rasa sejuk dan badanku menjadi lemah tak berdaya. Aku demam! Subhanallah.. kuatnya naluri emak. Emak dapat rasa aku demam sebelum aku demam. Ya Allah, naluri apakah itu? Yang Kau kurniakan pada seorang ibu?

" Fizah, mak rasa tak sedap hati.. asyik ternampak bayang Fizah je", kata emak dalam telefon.

Ku rasakan ada titis jernih mengalir dari mata. Ya Allah, betapa hanya Kau yang Maha Tahu betapa aku rindu dengan emak..

" Ye mak. Fizah asyik teringat mak sejak dua tiga hari ni.." balasku dengan nada yang sedih.

KINI SENDIRI...

Saat aku di dalam kesusahan, hatiku berasa gusar, pasti aku teringat mak, abah dan adik2. Menghadapi dugaan hidup bersendirian membuatkan aku rindu untuk berada di samping mereka. Teringat dahulu saat bersama mereka, hidupku hanya gelak dan ketawa, menangis dan merajuk bila di marahi emak dan abah, berkomplot dengan adikku untuk mengenakan adikku yang lain. Pernah suatu ketika aku menghadapi satu ujian yang betul2 menguji, emak dan adik2 yang jadi sasaranku meluahkan kesedihan. Menyandarkan harapan.

Tapi kini segalanya sendiri. Alhamdulillah masih ada Kau di sampingku.
Dan dugaan2 yang mendatang kini mengajarku erti hidup. Mendidikku menjadi insan yang lebih dewasa. Kalau dulu masalahku mungkin bergaduh dengan adik disebabkan adik merampas "jajan" ku. Kalau dulu masalah ku mungkin aku di marahi kerana sering endah tak endah nasihat emak dan abah. Kalau dulu masalahku mungkin kerana aku suka pergi ke rumah kawan hingga ke lewat petang.

Tapi sekarang masalahku.. Bukan masalah aku kira. Aku gantikan sebagai DUGAAN.
Kalau sekarang dugaanku lebih kepada hubunganku dengan insan lain. Kawan2 contohnya. Bukan masalahku sendiri. Masalah mereka secara tidak langsung tempiasnya akan terkena padaku. Dan aku berperang dengan diri sendiri untuk menghadapi nafsu dan noda duniawi.

Sudah masanya untuk aku jadi lebih matang. Segalanya di luahkan pada Yang Esa, tapi bukan segalanya pada emak dan abah. Bukan untuk membelakangkan. Cuma tidak mahu menambah beban. Cukuplah beban yang pernah aku timpakan dulu.Cuma doa dan restu dari emak dan abah yang aku dambakan.

" dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu..

..... Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang Engkau tidak punyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati kedua-duanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu. Kemudian hanya kepadaKu tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" ( Surah Luqman :14~15 )

Kasih ibu hingga ke syurga. Kasih bapa membawa bahagia. Subhanallah betapa " berkuasanya" kasih sayang ibu bapa. Sehinggakan kasih sayang mereka sahaja yang bisa mencorakkan kepercayaan seorang anak itu. Sama ada muslim, majusi, nasrani dan mungkin juga menjadi seseorang yang sesat dari jalan Tuhan!

" Ya Allah ampunkanlah dosa2ku dan kedua ibu bapa kami dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak kecilku..." Ameen ya Rabbal 'alamin...













you kill me!


"Statiknya air akan merosakkannya, statiknya pemuda ( dengan banyaknya masa lapang dia) akan membunuh dirinya" -pepatah arab-

Astaghfirullahal 'azim.. keadaan yang di takuti terjadi akan terjadi. Akan ku duga ini juga yang akan berlaku.

Malam yang kelam.. pukul 11 malam barangkali. Aku menjadi hilang punca. Rasa tertekan makin menyesakkan dada. Bukan tiada kerja yang perlu dibuat, disiapkan. Tapi entah kenapa perasaan "mahu" itu tiada. Membelek-belek shukudai eigo. Alhamdulillah..sudah siap. Tapi shukudai kizai dan zairiki masih menanti.

Melihat ke senarai Yahoo Mesenger. Siapa yang akan menjadi mangsaku kali ini. Ah..! Rata2 semuanya sibuk sekali. Akhir2 blog juga jadi wadah curahan.

PEMBUNUH DAN TERBUNUH

Pembunuhnya adalah masa lapangku.

Yang terbunuhnya adalah aku.

Kouki ni merupakan saat yang mencabar bagi aku. Walaupun youyuu orang kata dengan paling banyak pun 2 kelas sehari, ini menjadi titik kelemahanku. Jadual harianku turut terganggu. Bangun pun lambat2. Sentiasa memanjakan diri. Aduh! tak produktif langsung! Masa senggang terbentang depan mata. Tapi diri ini masih belum bijak untuk mengurusnya.

Ya Allah.. bantulah diri ini agar tak menjadi dari golongan yang rugi..

mengemis kasih

zain bikha.. yusuf islam.. native deen.. dawud warnsby..

siapa yang tak kenal dengan penasyid2 antarabangsa di atas. pembawaannya ringkas dan mudah. lirik2nya menyentuh hati jiwa2 yang mendengar..

erm... rasanya macam dah lama tak mendengar lagu2 tempatan. teringin pula untuk cuba mendengar kembali lagu raihan..

ku cari2 lagu2 raihan dalam playlist. mendengar satu persatu lagu yang ada..



akhirnya..



lagu ini yang menyentuh hati.. terasa sayu bila mendengarnya..



MENGEMIS KASIH



Tuhan dulu pernah aku menagih simpati

Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah.. aku di lorong gelita

Luka hati yang berdarah

Kini jadi kian parah



Semalam sudah sampai ke penghujungnya

Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu

Tak ingin lagi ku ulang kembali

Gerak dosa yang menghiris hati



Tuhan dosaku menggunung tinggi

Tapi rahmatMu melangit luas

Harga selautan syukurku

Hanyalah setitis nikmatMu di bumi



Tuhan walau taubat sering ku mungkir

Namun pengampunanMu tak pernah bertepi

Bila selangkah ku rapat padaMu

Seribu langkah Kau rapat padaKu



Tuhan dosaku menggunung tinggi

Tapi rahmatMu melangit luas

Harga selautan syukurku

hanyalah setitis nikmatMu di bumi



Allah..Allah..Allah..Ya Allah

RESENSI " Aku Terima Nikahnya " ( Revisited )

Alhamdulillah. Tamat sudah aku membaca buku hasil tulisan Ustaz Hasrizal ataupun aku lebih suka menggelarkannya " Haji Google ". Dan insyaAllah aku akan kongsikan bersama hasil pembacaanku dan mungkin aku akan turut menyertakan sedikit sebanyak ulasan bersama idea2 yang sesuai dengan situasi kita sekarang.

BUKAN KERANA NAMA

Bagi mereka yang pertama kali melihat tajuk buku ini, " Aku Terima Nikahnya " mungkin berpendapat buku ini hanya sesuai untuk di baca sebagai persediaan berumah tangga. Aku juga seperti kau dahulu. Akan tetapi, setelah membaca dari muka ke muka, aku begitu tertarik dengan kandungan buku ini yang bukan sahaja menyentuh soal nikah kahwin semata-mata. Akan tetapi ustaz turut sama menyelongkar dan menyelami masalah2 yang wujud di kalangan anak muda dan masalah keluarga.

BUKU INI UNTUK KITA

Aku begitu tertarik dengan kata2 ustaz, jika kita ingin berumah tangga, jangan fikir hingga ke pelamin, tapi fikirlah hingga ke lampin! Aku rasakan ustaz amat memahami jiwa muda kita yang pada usia ini memiliki perasaan ingin mencintai dan dicintai. Namun begitu, perasaan ini haruslah dikawal dan disalurkan pada jalan yang betul agar tak memakan diri di masa hadapan. Lebih2 lagi perasaan yang tak terkawal ini akan mengundang kita kepada kemurkaan Allah.. Nauzubillah..

CINTA VS cinta

Melihat kepada situasi sekarang aku dapati ramai antara kita ini yang sudah bepasangan di luar pernikahan. Ustaz turut sama menyatakan rasa pelik mengapa remaja2 sekarang ini kemaruk bercinta. CINTA VS cinta. 2 perkara yang berbeza untuk perkataan yang sama. Jangan tertipu dengan perasaan kita sendiri yang menyatakan cinta itu adalah perasaan dua insan yang saling menyayangi. Jangan katakan itu cinta kerana cinta yang sebenar datang dengan perasaan tanggungjawab dan disertai perasaan rela untuk memberi.
Wahai sahabat.. betul atau tidak jika dikatakan perasaan yang wujud dalam diri itu sebenarnya cuma perasaan yang ingin menuntut perhatian dan ingin memberi perhatian. Cinta hanya di namakan cinta jika disusuli dengan perasaan tanggungjawab iaitu langkah menuju ke alam perkahwinan. Ingat sahabat2.. bila dirimu mabuk dengan percintaan, hitunglah diri kita dengan Allah. Ingat sahabat.. tiap kali duduk berdua2an di tempat2 sunyi, ada mata yang memandang. Dan tiap sentuhan pada lelaki @ wanita yang bukan mahrammu itu, ada api yang akan menyusuli di neraka nanti. Nauzubillah.. Seorang ibu melahirkan anak yang suci dengan keadaan sakit yang tak tertanggung. Adakah tangan2 kita ini yang bakal menconteng dosa dan noda pada diri kita dan orang lain? Astagfirullahalazim..

J.E.M.U

Bagi yang sudah mengalami "cerai-talak" dalam bercinta, aku percaya, kau punyai 1001 macam pengalaman dalam jatuh dan putus cinta. Bulan2 pertama mungkin semuanya manis2 belaka. Bila menjelang pertengahan masa, keretakan2 mula jelas ketara. Pada saat2 itulah akan timbulnya semacam alasan untuk menjauhkan diri dari pasangan. Alasan2 seperti " Saya ingin menumpukan perhatian dalam belajar" atau " Saya rasakan apa yang kita lakukan ini salah.. saya mahu mendekatkan diri pada Tuhan", hanya boleh di tafsirkan dengan satu perkataan iaitu JEMU!.. Jika pekara ini berlaku di dalam perkahwinan, masing2 akan sedaya upaya melayari badai. Ada masa perkahwinan itu dilalui dengan rasa cinta. Ada kalanya tanggungjawab mengambil peranan. Tapi hal ini berlaku di luar perkahwinan yang sah lagi halal. Maka tiada jalan keluar lain melainkan memutuskan hubungan.

PERLU KE ?

Pesan ustaz, jika diri merancang untuk tidak mendirikan rumah tangga dalam masa 1 @ 2 tahun lagi, jangan gatal2 ingin memulakan hubungan. Bagi yang sudah lama berhubung di luar pernikahan yang sah, jangan tangguh2 untuk ke gerbang perkahwinan. Larikanlah dirimu dari kemurkaan Yang Esa.

PERSEDIAAN KITA

Pada pendapat aku, pada waktu sekarang eloklah kita mengayakan ilmu dalam dada. Bukan setakat ilmu yang menjurus ke arah berumah tangga. Tapi persediaan diri sendiri. Cukupkan mana yang tidak cukup. Bak kata orang kampungku "touch up" mana yang masih lompong. Perbaiki diri, ibadah kita dan sedaya upaya menghiasi diri dengan akhlak mulia. Ustaz turut menekankan bagi kaum adam untuk mendalami syariat agama. Termasuklah fiqh wanita. Selain melengkapkan diri dengan ilmu agama, jangan lupakan untuk menambahkan ilmu untuk bekomunikasi. Antara buku yang di cadangkan adalah "Mens are from Mass, Women are from Venus".

Sama2lah kita salurkan kasih sayang pada jalan yang betul. Kasih sayang yang terutama buat Dia Yang Maha Esa. Untuk kedua emak dan abah jangan sekali2 kita lupa. Jika diri merasa resah dan gelisah dengan hubungan yang mengundang kemurkaanya, usahakanlah untuk sama2 meleraikan dan membina hubungan yang di redhainya..

"Rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata ayyuni waj'alna lil muttaqina imama"

" Ya Allah , kurniakanlah bagi kami kesejukan dan kejernihan mata dan hati, pada isteri dan anak2 kami. Dan jadikanlah kami ini imam bagi orang2 bertaqwa.Amin..."

alhamdulillah.. sudah ber "graduasi"

"ALLAHUAKBAR.. ALLAHU AKBAR.. ALLAHUAKBAR.. WALILLAHIL HAMD..."

Alhamdulillah.. ku buka mataku di pagi Syawwal dengan kesyukuran. Segala puji bagi Allah yang menghidupkanku selepas mematikanku dan kepadanya kami kembali.

Alhamdulillah.. hari ini hari bergraduasi.. Graduasi syawwal. Setelah sebulan menahan lapar dan dahaga , indera turut sama "berpuasa", mendekatkan diri pada Dia, hari ini tibalah masa kita berhari raya.

Alhamdulillah.. pada hari graduasi ini aku tidak keseorangan. Kehadiran teman2 sangat menggembirakan. Bersemangat untuk turut sama menyediakan juadah2 hari raya meskipun kelas berakhir hampir jam 6 petang. Dalam diam aku terasa geli hati saat masing2 bersemangat ingin bertakbir tapi tercari2 lirik2 takbir. Youtube, imeem, berbagai page di buka.. akhirnya bertakbir dengan apa yang terlintas dalam kepala.. InsyaAllah.. untuk raya yang akan datang kita akan perbaiki lagi hari raya kita..janji ya semua?

Alhamdulillah.. Terima kasih kepada senpai2 yang sanggup turun menziarahi kohai2 di sini.. Walaupun tanpa mak, abah, dan keluarga di sisi, sekurang2 nya kehadiran kalian amat bererti..

Kepada Rabbul Izzati..

Alhamdulillah..aku panjatkan kerana menawarkan aku untuk berkursus di Madrasah Ramadhan ini.. moga2 tempoh sebulan kursusku tempoh hari dapat menjadi bekal untuk aku meniti 11 bulan yang menanti.. Moga2 aku dapat diterima sebagai pelajar Madrasah Ramadhan untuk musim akan datang..

Cucutokjanggut,

Dibawah mentari 1 Syawwal 1429h

bayang2 pun sujud...tapi kita?


"dan apakah mereka tidak memerhatikan suatu benda yang di ciptakan Allah, bayang2nya berbolak-balik ke kanan dan ke kiri dalam keadaan sujud kepada Allah, dan mereka (bersikap) rendah hati...

Dan segala apa yang ada di langit dan di bumi hanya bersujud kepada Allah yaitu semua makhluk brgerak (bernyawa) dan juga para malaikat. dan mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri...."

surah an-nahl : 48~49

[ bayang- bayangku sujud pada penciptanya.. Tapi adakah jasad dan hati ini benar- benar sujud padaNya...?]