Pages

gelintar


Bismillahirrahmanirrahiim,

Dosa,

yang menggoncang,
meresahkan,

seketul darah bernama hati.

Sampai bila,

mahu enak bersandiwara,
kerna pantulan cahaya makin kelam,
dan suram.


Allah..
bantu hamba,
jadi kuat.

Tajarrud


Bismillahirrahmanirrahiim..

Kisah setahun yang lepas, tatkala darah muda dan semangat berdakwah sedang membuak-buak dalam hati.

Saya pernah ditanya oleh seorang akhawat 2 tahun lebih tua dari saya pada saat itu, apakah yang saya inginkan dalam tarbiyyah dan dakwah ini?

" Kak.. fiza nak jadi seorang yang tajarrud ".

Akhawat itu tidak menjawab banyak, namun hanya membalas..
" Tajarrud...bukan senang mahu tajarrud "

Saya yang ketika itu sedikit hairan. Mana tidaknya, perkataan tajarrud pada ketika itu benar-benar mengetuk-ngetuk hati saya, ingin melakukan segalanya kerana dakwah. Semangat itu datang sejurus saya mendengar "talk" dari seorang murobbi.

Saya berazam langsung mahu tajarrud, menundukkan perasaan dan segalanya untuk dakwah semata-mata...hanya kerana mendengar sekali "talk".

Namun, saya gagal tanpa saya sedar. Sedar-sedar perkataan tajarrud pun sudah jarang saya dengari, apakah mahu ditanya lagi apakah tajarrud itu maih berbaki dalam jiwa saya?

-Anda pun tahu jawapannya kan...?

***

Selepas beberapa lama, alhamdulillah Allah masih memilih saya untuk menghirup udara tarbiyah. Semakin lama jalan ini dirasakan semakin susah. Syukur kepada Allah yang Maha Penyayang untuk nikmat ini..

Untuk tsabat dan konsisten pada jalan ini bukan sesuatu yang mudah. Menumpukan seluruh hidup untuk menjadi hamba Allah seluruhnya dan menunaikan tanggungjawab khalifah, menjadi impian bagi seluruh manusia dibumi (sepatutnya).

Aaaah, kadangkala saya ini juga resah memikirkan turun naik diri, melawan godaan dari luar dan dalam. Dan, Allah juga yang Maha Menguatkan.

Buat kesekian kali, saya bertanya kepada murobbi.
" Macammana ya untuk tajarrud dan obses dengan dakwah ...? "

Murobbi saya menjawab,
" Tajarrud itu perlukan kefahaman..tanpa kefahaman, tajarrud itu takkan terjadi. Dan itu bukan tajarrud. Hendak tajarrud juga perlukan cinta.."

Jika dahulu ketika masih belum matang, saya ingat saya faham apa itu tajarrud. Dan yang paling lucu sekali bila saya menyangka yang saya sedang tajarrud pada saat itu, namun ianya bukan semudah yang disangka.

Datangkan dahulu ilmu, kemudian faham, kemudian iman dan yakin.
Sulamkan dengan cinta. Lillah.

Moga tajarrud itu hadir.. dan saya serta kita semua peroleh tajarrud dan obses dengan dakwah.
Hanya kerana Allah Taala.

wAllahua'lam...