Pages

rememberance of isra' & mi'raj

rabu 27 rejab 1429h





alhamdulillah dengan kesempatan dan peluang yang Allah berikan ini dapat kita bertemu dengan satu hari di antara hari2 yang bersejarah dalam Islam. Isra' & mi'raj. Andainya dulu di Malaysia isra' & mi'raj ini disambut sebagai hari yang istimewa. Masing2 saling mengingatkan antara satu sama lain. Ceramah2 mahupun program2 berkaitan dengan isra' & mi'raj begitu banyak bagai "cendawan yang tumbuh selepas hujan". Tatkala hati ini merindukan suasana menyambut isra' dan mi'raj seperti di Malaysia dulu, Alhamdulillah masih ada sahabat2 yang mengingatkan dan menyarankan blog2 @ program yang dapat mengingatkan pada sambutan isra' & mi'raj ini..antaranya http://iniceritakita.wordpress.com/ . Memang benar kata orang..bila terasa kehilangan sesuatu..baru sibuk mencari2..bila isra' dan mi'raj seakan tiada kedengaran dibumi sakura ini, baru diri sibuk mencari2. Iringi kehilangan itu dengan pencarian..biar tak sepi dari diri..biar segar dalam ingatan..sebagai tanda hebatnya Tuhan!

resepi ikan kukus


resepi ikan kukus
isi ikan salmon
garam
serbuk lada hitam
halia (diracik halus)
bawang putih (di cincang)
cara membuat
campurkan semua bahan2 dan perapkan dengan ikan salmon. kukus selama 10 minit.
resepi ni memang ringkas dan sangat mudah..lebih2 lagi kalau perut dah mula berkeroncong. durasi memasak lauk ni hanya 10 minit..kapasiti untuk seorang

disoal? nak menjawab atau mengelak???

selasa 25 rejab 1429h

disoal? mengelak atau menjawab?
pernah ader pengalaman seperti ini? aku percaya setiap daripada kita akan ada pengalaman seperti ini. Disoal oleh nihonjin tentang islam. Kenapa tak boleh makan babi? Kenapa bertudung? Kenapa itu..kenapa ini..

Perkara yang selalu meresahkan kita selalunya datang apabila kita berasa ragu2 dengan diri kita sendiri. Sama ada tahu jawapan tapi tak yakin boleh nak jelaskan dalam nihongo ataupun fasih bercakap dalam nihongo tapi tak tahu jawapan..ataupun tak tahu jawapan dan tak tahu bagaimana nak menjelaskan..

Alhamdulillah waktu kat aaj dulu ada sahabat aku ni(may Allah bless him)dia ikhtiarkan untuk bagi tugasan kat kitorang. Tugasan tu berbentuk anketo yg terkandung 6 soalan yang kerap nihonjin tanya mengenai islam.

Walaupun bukan semua yang menghantar tugasan tu, tapi sedikit sebanyak menjadi "booster" antara kitorang semua. Bukan tak pernah terlintas dikepala yang nihonjin akan tanya soalan2 ni tapi bila difikir2kan dengan teliti adakah diri mampu & bersedia dengan islam warisan yang sedia ada atau pun masing2 dah benar2 faham dengan islam yang di anuti.

Alhamdulillah dengan bantuan Watanabe Sensei, sedikit sebanyak membantu kita untuk menjawab soalan2 yang bakal diutarakan kelak..

Di bawah ni dilmpirkan soalan serta cadangan jawapan daripada Watanabe Sensei..

1. どうしてムスリムの女性はスカーフをかぶっているのか?
コラーンのなかでアッラー(イスラム教の神様(かみさま))は「女性は体のある部分
を覆(おお)いなさい」と言っています。その体の部分をオーラ(Aura)といいます。
オーラは女の人だけではなく,男の人にもあります。男の人のオーラは“へそ”から
“ひざ”までの間で,女の人のオーラは顔,手,足以外の全(すべ)てです。
ですから,女の人は頭髪(かみ)をスカーフで覆(おお)うのです。
しかし,いつでもどんな人の前でもスカーフをかぶるわけではありません。ある人
たちの前ではスカーフを取ってもかまいません。それは“おじいさん”“お父さん”
“おじさん”“兄弟”“義理(ぎり)の父”“義理の息子”などです。こういう人たち
をメヘラム(Mehram)といいます。この人たちの前ではスカーフをかぶら
なくてもいいのです。メヘラムという人たちは結婚の相手とならない人たちです。

2.その間に、どうしてかぶっていない女性がいるのですか。
それは個人の信仰,解釈の違いです。

3.どうしてイスラム教徒は豚肉が食べられないですか
コラーンの中にはイスラム教徒が食べてはいけないものがはっきり書いてあります。
食べてはいけない物の一つが豚肉なのです。しかし,食べてはいけない物はそれだけ
ではありません。一般的に“肉を食べる動物や鳥”(肉食動物や鳥)は食べられませ
ん。その他の動物や鳥でも,死んだ動物や鳥の肉,また,動物に襲(おそ)われて死にそうな
動物や鳥の肉も食べられません。草食の動物や鳥も“とさつ”(殺す)の仕方が決め
られています。先ず,とさつ用のナイフはよく切れるものであること。切るときは,
「アッラーフアクバル」と唱(とな)えながら動物や鳥の頚動脈(けいどうみゃく)
を一気に切るのです。そして,食べる前に血抜(ちぬ)きをしなければなりません。

4.どうして男の人たちの名前はほとんどム八ンマドがつけているのですか?
ムハンマドというのはイスラム教の預言者(よげんしゃ)の名前です。親は,預言者に
近くなるようにと,男の子に預言者の名前をつけるのです。

5.ムハンマドはムスリムにとってどなた人ですか?
預言者はアッラーのメッセージを聴き,アッラーの教えを忠実(ちゅうじつ)に守った方です。
イスラム教徒の模範(もはん)となる方です。コラーンでは,預言者に従いなさい
と言っています。預言者のおっしゃったこと,行ったこと(これを記録したものを
ハディースといいますが)に私たちイスラム教徒は忠実に従おうと努力しています。

6.どうして女性と男性は簡単に触ることができないのか?
これもイスラム教の教えで,スカーフをするのと同じで,メヘラム以外の人と握手
したりすることができません。

~wallahu a'lam..jika mahukan petikan yang lebih lengkap lagi, boleh klik pada nama "jahagifu" dalam ruangan seangkatan dibahagian kanan...



jauh~

JAUH..
sepi..jiwaku sepi..
kerna kau tiada disisi..
sunyi..hatiku sunyi
tanpa kehadiranmu kasih..
doaku semoga dirimu bahagia.....
aku yang ini jauh
damba keampunanmu
khilaf antara kita
kan terlerai akhirnya
bersama kasih kita dan cinta
moga berbahagia
meniti harimu yang indah
setia kunanti tiba
saatnya kita kan bersua
doaku semoga dirimu sejahtera
aku yang ini jauh
damba keampunanmu
khilaf antara kita
kan terlerai akhirnya
bersama kasih kita dan cinta
jauh
kita terpisah
batasi jarak dan masa
dirimu tak pernah ku lupa
terus ku nanti setia
saat indah kita bersama

kudedikasikan lagu ini buat keluargaku tercinta, mak, abah, nurul, dikdah, izah & si cilik asyraf..sebagai tanda aku sentiasa rindukan saat2 bersama mu itu..tak lupa buat sahabatku yang tercinta SABARINA AZIZ yang kini berjihad di bumi anbiya Jordan..moga kau terus tabah menghadapi segala..walaupun kalian JAUH di mata..namun terasa dekat dalam kalbu senantiasa..doamu mengiringi langkahku..moga kita diberikan kesempatan untuk bertemu semula..andai bukan di sini..insyaAllah disyurga menanti~


cerita MIM ALIF SIN

aku punya satu teka-teki..

banyak2 benda..benda apa yang tak dapat dihentikan? shinkansen? evo? typhoo?
mungkin kau punyai 1001 jawapan..begitu juga aku. Tapi pada aku , dia adalah makhluk yang bernama MIM ALIF SIN..MASA

Dalam diam aku selalu berfikir tentang dia..bermonolog dengan dia..
"duhai masa,
sedar tak sedar genap sudah 4 bulan aku di nihon ni..sedar tak sedar sudah tamat zenki aku disini..sedar tak sedar umurku mencecah angka 20an..sedar tak sedar..sedar tak sedar..
aduh! cepatnya kau meninggalkanku. Andainya aku diberikan satu kuasa, untuk memiliki satu benda..akan ku pilih kau menjadi milikku. Biarkan aku yang menentukan gerak langkahmu..kelajuanmu..ku arahkan kau bergerak sesuka hatiku. Andainya aku inginkan masa silam kembali padaku, akan ku arahkan kau berbuat begitu. Andainya aku ingin memenuhimu dengan perkara yang membuat hatiku gembira, akan ku perlahankan kelajuanmu itu. Biar puas hatiku melakukan apa yang ku mahu. Andainya aku bosan kerna tiada apa yang ingin ku lakukan, akan ku arahkanmu berlalu selaju yang ku mahu..pasti girang hati dan nafsu batilku andai kau dapat ku miliki sebegitu.."

"Duhai masa,
yang itu hanya fantasi dan angan kosongku. Dan ku tahu ia takkan jadi kenyataan. Kerana kau dijadikan Allah. Kau milik Dia. Aku tiada kuasa untuk menentukan perjalanan kau kerana aku pun seperti kau juga. Harus tunduk sebagai hamba. Kau ditugaskan untuk terus berjalan..dan kau takkan berhenti walaupun aku atau sesiapa sahaja menginginkan kau berhenti . Sama ada aku akan berjalan, berlari seiring denganmu ataupun aku akan berhenti dan aku akan sendirian ditinggalkan. Benarlah kata Tuhan kita duhai masa..
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan
kebajikan. Serta berpesan2 dengan kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran" (Al-Asr:1-3)
Oh ruginya aku duhai masa..selama aku hidup didunia entah berapa banyak aku mengisi lompong kosongmu dengan mendurhakai Tuhan kita. Ku isikan dirimu dengan pelbagai keseronokan dunia yang ada. Kupenuhi hajat nafsu batilku. Betapa berdosanya aku duhai masa. Aku tenggelam dalam dosa dan noda dunia hingga aku terlupa yang kau terus berjalan. Kau terus berjalan menuju arah itu. Arah dimana semakin dekat ajalku. Arah dimana tibanya hari dunia ini akan hancur semuanya. Ah! aku lupa duhai masa. Aku lupa!
Bagaimana dapat aku jawab pada Rabb kita duhai masa? Sanggupkah aku untuk menjawab segala pertanyaanNya? Sanggupkah aku menjawab bahawa aku di dunia dulu lupa padaMu wahai Tuhanku. Kuisikan lompong masaku dengan mendurhakaiMu. Memenuhi kehendak nafsu batilku..Sanggupkah aku pada ketika itu duhai masa? Ataupun aku hanya terketar dan membisu cuma?"
Pada siapa yang harus aku pinta kalau tidak pada Dia yang menciptakan kau dan aku duhai masa. Pinta pada Dia berikan aku kesempatan, berikan aku kekuatan untuk kuisikanmu dengan taat pada Dia. Ingat pada Dia. Moga2 Dia redha padaku duhai masa..biar di masa aku dipersoal di hari muka, akan ku jawab dengan senyum dan ceria. .Bahawa aku telah tunaikan tugasku wahai Tuhan. Telah kuisikan masaku untuk menjadi hambaMu wahai Tuhan. Maka dengan itu kurniakanlah aku nikmat yang berkekalan..nikmat yang berpanjangan..

iinaa..habes shiken

alhamdulillah

試験終わった!!!いいなあ。。この気持ち。

tak sangka dah habis shiken..untuk kengkawan len yang masih ader shiken tu ganbattene..sekarang tengah plan apa nak wat tym cuti nanti. mungkin lebih kurang seminggu akan mendiam di yamaguchi..nak balik ube..tapi..tau2la kan senpai masih shiken lagi..



PERJALANAN SHIKENKU....

alhamdulillah..untuk minggu kimatsu ni aku hanya ada 3 shiken je. Bermula dengan suugaku pada hari rabu, Mikhova hari khamis ngan kagaku hari jumaat..disebabkan sebelum2 ni aku dah pernah lalui 3 shiken diluar musim kimatsu, alhamdulillah tym ni aku agak yoyu sikit la( yela tu )

disebabkan aku pun jenis yang malas nak studi..strategi hanya last2 minute. weekend sebelum nak kimatsu tu agak sibuk sikit. Tengok2 mana2 nota yang belum di hadam lagi..rensyu2 dalam buku..soalan kakomon. Aku rasa semua orang akan buat benda yang agak sama macam yang aku buat melainkan mereka2 yang genius..disebabkan dah habis shiken ni..rasanya memang seronok kalau aku dapat buat kansou tentang shiken yang aku dah lalui..suugaku, Mikhova, kagaku..

SUUGAKU : erm,shiken hari rabu..oleh sebab tu aku hanya mula shiken bengkyou hari selasa. Alhamdulillah agak best jugak sebab han`i bermula dari sekibun sahaja. Kalau kelas zam,naim ngan dena mungkin start dari mc Laurin..Nas punya kalo tak silap aku dari sekibun jugak. Kelas mula pukul 1250 tengahari. Masa pertama sensei terangkan balik ngan buat fukushuu..tambahkan mana2 yang kurang. Ajinamotokan mana2 yang kurang rasa. Fukushuu tu kejap je. Pastu sensei tanya bila nak buat shiken? Nak sugu buat ke..nak buat pukul 2.00 petang. Semangat aku yang tengah membara nak buat shiken masa tu mestilah nak sugu buat. Tapi hotondo nihonjin lain semua nak buat lambat2. Pelik aku. Masa tu memang aku agak "hot" sikit. Menenangkan diri selama 40 minit..memerhatikan gelagat dorang..sambil aku menanti shiken. Soalan shiken tu alhamdulillah ok. Cuma ada setengah2 part tu yang aku rasa yabai gak la. Sebab salah sendiri terlepas pandang dan tak fukushuu tajuk tu..pasrah je le..

MIKHOVA : ha..hari khamis ni shiken subjek favourite aku. Chirigaku @ Human Geography. Aku rasa agak teruk gak bila part suruh tandakan area2 dekat peta. Erm..keseluruhannya aku agak kurang puas hati sebab berlaku ke"careless"an masa ni walaupun soalan dan jawapan dalam eigo. Cuma yang pasti aku sangat2 minat ngan lecture Mikhova. Masa jugyou ni la buat aku banyak berfikir. Sbab bagi aku tak bole nak telan2 bulat2 apa yang Mikhova bagi. Contoh yang paling ketara bila Mikhova ceritakan tentang Adam & Eve yang termakan "apple of knowledge." Memang gelak guling2 kalau dengar. Pastu antara yang menarik minat aku bila Mikhova ceritakan keagungan Columbus sebagai pelayar. Nak je aku tanya tentang Ibn- Battuta. Tapi tak keluar pulak. Walau apapun aku memang enjoy jugyou Mikhova. Thanks Mrs Mikhova!

KAGAKU : haa!!! yang ni memang tak tau la nak komen apa. Memang soalan dia susah (sangat x pemalar avogadro) Tak pernah selama ni aku belajar kagaku yang ada minta perbandingan antara dua benda. Aku akui memang aku just studi kakomon untuk ni. Tapi bayangkanlah..nak buat kakomon tu pun ambik masa yang sangat panjang. Kalau untuk chuukan sebelum ni aku, zam ngan naim buat strategi bahagi2 soalan. Tapi strategi kali ni berbeza sikit. Masing2 fahamkan dulu kakomon. Aku dah cuba buat kakomon tu. Sehari suntuk tak berjawab semua. Bila bincang dengan sensei dekat kougakubu salon pun dah ambil masa 2jam setengah hanya untuk 3 soalan. Sebelum nak exam sensei cuma pesan.." naikkanlah heikin ten tu.."( versi melayu). Sebab apa?sebab heikin ten sebelum ni cuma 29% je. Paling tinggi dalam gakka aku pun 45% je. Em..pastu sensei pesan.."minna..AMARI kaninggu shinaide kudasai!". Aku fikir banyak kali ayat sensei tu..maknanya ok la kalau meniru pun kan? maa iika..tak baik meniru..Allah nampak ( kata2 masa budak2 dulu). Bila dapat kertas soalan..macam reaksi yang dapat aku tengok kat kelas. Bila aku dapat soalan tu..aku buat yang mana aku dapat buat. Alhamdulillah sehari sebelum tu dah bincang soalan dengan sensei..walaupun hanya satu soalan yang aku kira dapat jawab dengan baik..tu dah kira ok la aku rasa. Daripada tak berjawab langsung kertas tu..Nihonjin lain hotondo hantar awal. Sama ada memang tensai..tak pun akirameta! Sampaikan tak sampai setengah jam shiken dorang dah letak kepala atas meja=tido..erm..hebat benar soalan sensei ni..selalu aku tertanya2..sensei tak teringin ke nak tengok markah kitorang tinggi sikit. Tak pun paling kurang tak teringin ke nak maru2 kan kertas jawapan kitorang? Pelik2..Awat susah sangat soalan....alahai~

Erm..ni kimatsu pertama yang aku lalui dalam minggu kimatsu sepanjang aku belajar kat Yamadai ni. InsyaAllah aku tak lupa..agaknya inilah ujian pertama..tak pun langkah pertama sebelum aku teruskan lagi perjalanan aku kat yamadai ni..jishin o motte, mune o hatte, mukou ni ikou!!!!






resepi bingka labu kukus

gomen kat pencipta bingka..sepatutnya dibakar..tapi aku dah tukar konsep dier sebab aku masak guna suihanki ( periuk nasi )

bingka labu
labu 1 cawan(dibuang kulit dan direbus)
gula 1/2 cawan (kalo nak manis lagi pon tak pe)
butter/ marjerin 2 sudu
telur sebiji
susu 1 cawan
tepung 1 cawan (agak2la)

cara membuat
1) pukul telur, gula & marjerin sampai kembang.
2) campurkan labu & susu.
3) Masukkan tepung. Kacau hingga sebati..
4) Masukkan dalam suihanki ( periuk nasi). Masak dengan mode shiro kome.

Yeah!!!dah pun siap =)
~khas untuk mereka yang merindukan kuih2 melayu ngan buatan mak..sambil buat tu..kalo ingat kat emak..lagi sedap kot rasanya..hehe~

mercedes VS perdana V6?













KUALA TERENGGANU: Pembelian 14 kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Eksekutif yang kini digunakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri bukan bermaksud meminggirkan kereta nasional, sebaliknya ia bagi mengurangkan kos selenggara kereta yang digunakan sekarang yang agak tinggi.




petikan akhbar tu aku petik daripada Berita Harian bertarikh 21 Julai 2008. Apa dah jadi?


Kakitangan kerajaan sendiri meminggirkan kereta nasional untuk kegunaan rasmi. Dimana letaknya semangat patriotik yang dilaung2kan? Adakah mereka2 ini bagai ketam yang mengajar anaknya berjalan?

BIARKAN POLITIK DENGAN POLITIK

bukan isu politik yang aku hendak bangkitkan.Dan aku pun kurang gemar dengan senario politik sekarang. Tapi cuma mahu mengajak memandang dari sudut yang berbeza. Penggunaan Perdana V6 memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi? Apa maksudnya? Adakah semua ini bermaksud kereta keluaran negara kita mempunyai mutu yang rendah? Sehingga menteri sendiri tidak lagi mahu menggunakannya?
Tepuk dada tanya minda.. dan aku rasa seelok2nya kita tak perlu terus nak menuding jari pada mana2 pihak sama ada pihak kerajaan Terengganu ataupun pihak pengeluar kereta tempatan itu sendiri. Sebab aku rasa masing2 ada hak dan alasan..biarkanlah..biarkanlah si luncai terjun dengan labu2nya..

MUTU BARANGAN = PEMIKIRAN KITA?

Teringat aku pada kuliyyah Mikhova beberapa minggu yang lalu. Membandingkan gaya berfikir Eropah, Jepun dan negara2 kelas yang sedang membangun. Gaya pemikiran Eropah mahupun Jepun tak kurang bezanya. Buat sesuatu sehabis baik yang mungkin. Bagi mereka tiada istilah "ala~ kalau sudah rosak baiki ataupun gantikan sahaja!" . Lain benar rasanya dengan gaya pemikiran kita (dan aku tak terkecuali). Buat asalkan siap. Tidak peduli dengan kualiti! Kalau dalam keadaan aku sebagai pelajar sekarang , kalau aku tak pedulikan kualiti dalam shukudai @ kerja aku, rasanya mungkin kesan buruk tu tertimpa pada diri aku sendiri..mungkin sensei akan marah..mungkin juga aku akan dapat markah yang sikit..dan aku sendiri takkan puas hati dengan aku, sebab aku tak mampu berikan yang terbaik untuk diri sendiri..

TAPI..cuba kita fikir sejenak..andainya sikap negatif aku terbawa2 sampai aku berkerja mahupun berkeluarga. Kesan buruk tu bukan hanya tertimpa pada aku sendiri tapi mempengaruhi orang lain juga. Seandainya aku salah seorang jurutera yang bekerja di PROTON, mungkin aku salah seorang yang menyebabkan Perdana V6 yang ada tu cepat rosak..dari segi keluarga, tak terbayang rasanya kalau aku ala kadar dalam menyediakan keperluan rumah tangga. Masak asalkan masak, tak peduli menu..selera ahli keluarga. Kalau kemas rumah pun alah kadar..silap hari bulan haru biru keluarga aku!

PERUBAHAN DARI KITA..

“we’ve only got one life, and we’ve got to do the best with it. And you’ve got to find the right path, and when you do, you know it. I pray that you find the right path. Insha Allah. GOOD BYE, ASSALAMUALAIKUM!”

kata2 ini keluar dari mulut Cats Stevens @ Yusuf Islam tatkala dia baru memeluk islam. Kat situ dia nyatakan hidup kita hanya sekali. Dan untuk itu kita perlu buat yang terbaik. Sama ada gerak kerja kita, pemikiran kita, apatah lagi ibadah kita pada yang Maha Esa..

manusia ni fitrahnya sentiasa mahukan yang terbaik. tapi jangan kita lupa..bahagian "kiri" kita. Sentiasa menghasut diri kita untuk melakukan sesuatu yang buruk. Bertentangan dengan kehendak "kanan" kita. Nak mengalahkan bahagian kiri ni bukannya mudah. Perlukan kesungguhan..usaha yang berterusan. Janganlah kita mudah putus asa dan menyerah kalah. Buatlah yang terbaik. Kerna aku dan kau dilahirkan memang untuk menjadi yang terbaik..!

~renungan bersama untuk kau & aku..moga dapat kita perbaiki diri dalam kesempatan yang ada..kejarlah yang terbaik selagi terdaya..untuk hidup yang masih ada!~








mimpi tadi..

isnin 18 rejab 1429h

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..BISMILLAHI TAWAKKALTU A'LALLAH

sebentar tadi aku bermimpi..tiba2 mendapat panggilan dari emak..suaranya bernada sedih dan aku dapat tangkap kerisauan yang sedang bermain dalam fikiran emak.."JPA telefon tadi..kena bayar RM 20000 untuk tanggung pembelajaran fizah"kata emak. "ah! bagaimana ini.." getusku dalam hati. Selepas itu aku mula memikirkan. Bagaimana aku dapat membantu abah untuk membayar RM 20000 tu. Aku bertanya sahabatku..Sahabatku itu belajar atas tajaan Petronas. Katanya, "Petronas lagi teruk! kena bayar RM 36000. "sokka..jibunno shougakukin o tsukau.shouganaina.." aku bermonolog sendiri..

jam 6pagi...
aku terjaga..masya Allah..aku bermimpi rupanya!
ku buka mata..ku waraskan fikiran..ku pandang kiri dan kanan..
Alhamdulillah..
segala2nya masih percuma..Andainya aku perlu membayar walau dengan hanya sedetik syukur..belum tentu dapat kulakukan..apatah lagi untuk membayar selautan nikmat yang aku kecapi kini..

Hari ini bermula..dan dengan apa akan ku isikan masa2 yang mendatang hari ini, aku sendiri yang tentukan..moga hari ini lebih baik dari semalam..esok lebih baik dari hari ini...moga setiap masa dalam redhaya..ingat padaNya..syukur padaNya..

maafkan aku...

apakah ingin ku gelarkan padamu..?
teman? sahabat? kawan? teman?
argh! kau lebih daripada itu..
sebab kau saudaraku...

kadang2 aku terlupa..
aku bukan seorang sahaja..
andai ada tersilap kata..
hati lain akan terasa..

bukan sebab kau dan aku bermusuhan..
bukan juga sebab kita berbeza..
bukan sebab aku tak suka..
bukan sebab aku tak sayang..

sebabnya cuma satu..
sebab kau dan aku saudara..
hati saudara mana yang takkan terasa..
walauun hanya sekelumit cuma..

aku tak sesempurna habibullah..
kadang2 tersasar..kadang2 terleka..
ku pinta padamu ..
betulkan aku andai aku tersasar..
maafkan aku membuat luka dalam lubuk hatimu itu..

belajar sebab shiken??

jumaat 15 rejab1429h

teringat aku akan kata2 Emde Sensei dalam lecture terakhir Doitsu Go( german language) pagi tadi..membandingkan keadaan pembelajaran di universiti Jepun dengan sistem pembelajaran di koukousei (high school bandingan ini timbul memandangkan student Jepun yang tak berapa minat dengan jugyou Emde Sensei ..mungkin sebab ini jugyou yang terakhir,akhirnya sensei luahkan apa yang terpendam di hati dan buat sedikit perbandingan student nihonjin dengan student German..aku dan Nas yang bukan Nihonjin mahupun Germanese hanya berperanan jadi orang tengah..jadi pemerhati..dan sama2 berfikir dengan mengaitkan kata2 sensei dengan situasi di Malaysia sekarang..
Menurut Emde Sensei, student german ni dikoukosei dulu tak pentingkan sangat shiken i. Tapi, apa yang di utamakan hanyalah sekkyokutekini@ tidak semasa belajar, mahupun semasa menjalankan aktiviti di sekolah..dari situ kebolehan dan bakat seseorang di asah dan dinilai. Dan memang berbeza dengan nihonjin yang mana koukosei ni la "zaman derita" mereka semua. Masakan tidak, masa keseronokan di sekolah di habiskan dengan BELAJAR! BELAJAR! & BELAJAR! semata2 untuk nyuugaku shiken punya pasal!
disebabkan dah chantou benkyou gila2 dikoukosei dulu, dapatlah masuk U yang di idam2kan..tapi antara sikap mereka yang boleh kita perhatikan, bila dah masuk U ni, memang mereka semua relaks~ "zaman derita" dah berlalu agaknya..begitulah pada pendapat aku.

BELAJAR HANYA UNTUK SHIKEN?
"hujung minggu ni tak leh gi mana2..aku nak studilah.."
"ko dah bengkyou untuk exam?"
"ada kakomon tak? senang sikit nak studi.."
-perbualan di atas tu memang berlaku tiap kali menjelang musim nak shiken..masa tu lah library penuh, rumah2 yang riuh rendah di malam hari akan jadi sunyi, rumah2 yang gelap biasanya akan terang sebelum subuh..semua gara2 shiken..!

NILAI ILMU
aku bukan orang yang genius..aku hanya insan biasa seperti kau juga..dan aku antara orang yang takut jika tibanya musim shiken ni..yang akan terlintas dalam kepala waktu tu cuma kerisauan yang tak sudah2. Risau kalau2 nota2 tak habis dihadam lagi..soalan2 belum sempat habis di bedah lagi..argh!!!
Tapi..aku cemburu bila melihat mereka2 yang tidak bersusah2 belajar untuk shiken ni..hidup seperti biasa..yang minat dengan novel tu, masih akan tetap dengan novel..yang minat menulis masih akan terus menulis..bagaikan pada mereka shiken ni tiada apa yang perlu dirisaukan..tapi, bila keputusan keluar mereka antara orang yang terhebat! Masya Allah...
pada aku, MEREKA bukan malas..mereka bukan tak mahu berusaha..tapi sebab mereka faham..
Ilmu yang dipelajari bukan terhad untuk shiken sahaja..tapi lebih bernilai dari tu semua..Ilmu untuk dipelajari..difahami..dan di amalkan dalam hidup..dan itulah sebenarnya matlamat kita menuntut ilmu..
bukannya seperti aku "DAH HABIS PEKSA LUPA SEMUA!"..
Dan mereka mungkin tak berapa memandang akan nilai A atau MANTEN dan sewaktu dengannya..tapi pandangan mereka jauh ke hadapan..! mengaplikasikan ilmu yang dipelajari..kerana untuk berjaya di dunia perlukan ilmu..begitu juga jika inginkan kejayaan di akhirat..semuanya perlukan ilmu..dan nilai ilmu tu dinilai sama ada diamalkan atau tidak dalam hidup. Dengan ilmu lah kita ni berbeza dan tinggi darjatnya dari mereka yang tak berilmu..
"...dan hamba2 yang takutkan Allah itu adalah dari golongan mereka yang berilmu" (surah fatir:28)

tulisan diatas sebagi renungan..jauh sekali untuk aku membanding2kan,memperkecil2kan,cuma ingin berkongsi apa yang terlintas di fikiran..moga kesilapan dapat sama kita perbetulkan..moga2 kita dapat nikmat menjadi orang yang berilmu..dapat aplikasikan untuk manfaat sejagat..dapat juga sama2 kita kenal Tuhan yang Maha Hebat!

" aku bercita2 mahu hebat seperti cendikiawan islam dahulu"

adakah hari khamis masih hari yang bahagia untuk aku..?

khamis 14 rejab 1429h

adakah hari khamis masih ada bahagia untuk aku..?
kalau dulu ya..tapi mungkin tidak untuk kali ini. Apa fizah ni..? merepek apa ni..?

ANTARA KEHENDAK & KEPERLUAN
kalau dahulu hari khamis ni merupakan hari yang bahagia untuk aku..masakan tidak, untuk "hantu sayur" seperti aku , ketika inilah sayur2 di mpasaraya ARUK di jual dengan harga yang lebih murah berbanding biasa..kalau hari2 biasa seikat salad dijual dengan harga 198yen, hari khamis dijual pada harga 97yen..begitu juga dengan sesisir pisang..
dulu semasa aku mula2 menjejak kaki ke pasaraya ni pada hari khamis memang aku sangat2 gembira..sampaikan aku memborong 5 jenis sayur skaligus..sehingga terlupa kondisi diri yang masih bujang dan aku tak perlu pun sebenarnya nak beli sebanyak itu..! zam, naim dah masak sangat dengan perangai aku yang akan tersenyum sepanjang hari khamis lebih2 lagi lepas jugyou tanoue sensei yang tamat jam 1150 tgahari..

INSAF..
beberapa bulan selepas tu aku sedar, bukan begitu caranya untuk aku mengekspresikan minat pada sayur ni..Sayur yang dibeli tak sempat di masak dah rosak..buang duit! membazir! Erm..lepas tu aku masih lagi m encari cara bagaimana untuk menjadikan khamis tu sebagai hari yang menggembirakan..tapi bukan lagi dengan membeli..hanya cuci mata jer..( leh rensyuu nihongo gak)
Dan tadi entah kenapa aku cari bahan2 yang penting je..kalau mula2 dulu hampir sejam aku habiskan masa kat ARUK, selepas tu 30 minit, dan sekarang cuma 10 minit! Beli apa yang perlu je..aku pun tak kahwin lagi,bukan nak masak untuk satu family!
Erm, rasanya bolehlah relatekan cerita aku ni dalam hidup sehari2..kalau situasi aku ni sayur yang menjadi kehendak dan bukan keperluan..mungkin berlainan untuk orang lain..dan ini aku jadikan contoh untuk di jadikan renungan..mungkin kelakar rasanya bila sayur di jadikan cerita. Tapi itu yang berlaku setiap ketika bila kita kena memilih antara KEHENDAK & KEPERLUAN..

orang biasa..usaha kena luar biasa..!


"kak, macammana nak jadi sehebat mehmet alfateh tu ?"tanyaku pada kak aminah dalam kuliyyah onnline bertajuk sultan mehmet alfateh:syariatullah & sunnatullah.."erm, kalau nak jadi orang yang hebat, kita mestilah berusaha..berusaha secara luar biasa"jawab kak min..

Seusai aku mendengar kuliyyah malam tadi, lain benar semangat aku.."Aku ingin jadi seperti Mehmet AlFateh!" bisik hati kecilku..

Sultan Mehmet AlFateh..siapa tu? Nama yang telah disebut sejak zaman Rasullullah saw lagi..Baginda SAW bersabda keika menggali parit dalam perang Khandak

“..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tu. Tapi, semua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Antaranya, 5 kempen pada zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen pada zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen pada zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Dalam sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al-Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople atas wasiatnya sendiri. Bila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. MasyaAllah..hebat betul iman sahabat tu kan?

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapa Sultan Mehmet AlFatih ni? Hebat sangat ke beliau dan tentera-tenteranya sehingga dikatakan “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis yang rasullullah SAW sebutkan tadi?

Ni aku kongsikan cerita yang aku dapat dari kuliyyah online malam tadi dan rujukan dari blog http://www.iniceritakita.wordpress.com/


PENGENALAN
Beliau dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Akan tetapi, sejarah hidup beliau sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Beliau juga dikenali dengan gelaran Mehmet@Muhammad Al-Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Beliau menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Beliau merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Beliau mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat beliau mangkat akibat diracun.


PENDIDIKAN

Ha..part ni yang buat aku rasa Mehmet Alfateh ni memang sugoi sangat! Mana taknya, selain fasih bertutur dalam 7bahasa iaitu arabic, latin, greek, serbia, turki, parsi & hebrew.
Kalau dah hebat berperang, mestilah terer dalam ilmu2 peperangan, memanah & menunggang kuda. Tak cukup dengan tu, "sebaik2 pemimpin" ni mahir dalam ilmu pemerintahan dan dilantik menjadi khalifah sejak umur 12 tahun lagi! Masya Allah..


KEPERIBADIAN
Beliau ni tawadhu’ dan rendah diri orangnya. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, beliau membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama’-ulama’ dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja (cigau benor ngan pemimpin kita sekarang)
Beliau seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Beliau sangat cintakan ulama’ (kita?) dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.


STRATEGI PERANG MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, beliau mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Beliau juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Beliau mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Beliau membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople,beliau mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine berasa gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan takbir memecah kesunyian alam.


MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, beliau menghantar utusan kepada Raja Byzantine meminta beliau menyerah. KeenggananTapi sebab raja tu menolak, mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

MENARA BERGERAK..?

Seterusnya beliau mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantine.

KAPAL PERANG DARI GUNUNG?

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan beliau mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah. Beliau mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.


MELASTIK DINDING KOTA
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantine menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.



"SEBAIK2 PEMIMPIN"

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera beliau. Pada saat yang genting ini beliau telah berucap bagi menaikkan semula semangat tenteranya yang berbunyi,“Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera beliau mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

CONSTANTINOPLE DITAWAN!

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Beliau menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Beliau dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Beliau diberi gelaran “Al-Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.


*part ni wat aku kandou sangat2..masyaAllah..*
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Beliau memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Beliau sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


*beliau membebaskan constantinople pada umur awal 20-an. Andai kita renung kondisi kita sekarang ni..kita dimana?"

Ir. Norhafizah Ahmad Sahimi..

Rabu 13 Rejab 1429h

Yatta..! Alhamdulillah..akhirnya tamat jugak kelas kisou semina- yang aku tak berapa gemar..kalau sape2 yang ikut kisah aku mengadu pasal susah nak komunikasi ngan budak2 nihon ni semua disebabkan kelas kisou semina tu..tapi Alhamdulillah..hari ni tamat jugak..
Erm..kelas dah tamat, tu satu hal yang menggembirakan..(kana..) Tapi dalam kelas ni jugak lah banyak kali aku menilai, menghitung diri..bukan apa, masa buat kerja berkumpulan ni lah aku rasa terlalu kerdil nak dibandingkan dengan budak2 nihonjin ni..betapa semangat dan bersungguh2 betul dorang semua nak siapkan.. Lebih2 lagi kerja kumpulan kali ni memang nak melatih kitorang untuk jadi seorang "engineer". Aku masih ingat kerja pertama sekali yang dibuat secara berkumpulan ni adalah kerja mem"bungkai engine". Dari ri-ru (fishing reel) sampailah ke 4stroke engine, kitorang bunkai dan siapkan report untuk hasil kerja membungkai tu..nak kata taihen tu jauh sekali sebab aku memang pantang jumpa engine ni..bila dah dapat pegang sendiri tu, rasa banyak benda yang aku nak selidik, nak dalami dan tahu macammana dia boleh berfungsi..
Dah habis bungkai engine, kerja kali ni memang menguji kesabaran sikit..kalau untuk aku , bukan kena bersabar sebab nak siapkan tugasan tu susah, bersabar dengan karenah dorang..erm, tak pe lah..tu semua cerita lama..dan aku terima semua ni sebab datang dari kelemahan aku jugak..insya Allah aku akan perbaiki..
Yosh..dan hari ni..kitorang pamerkan kerja masing2..MasyaAllah..hebat semuanya..! Kebanyakan kumpulan buat projek yang ada kaitan dengan "ha guruma"=gear..memang rasa sugoi sangat bila ha guruma tu bergerak..kumpulan zam buat pasal kincir angin..kumpulan aku ngan naim buat pasal jam analog..memang kurushi nak buat ha guruma tu sebab memang nak kena kira betul2 bilangan gigi ha guruma tu..bukan setakat bilangan je, tapi bahan ha guruma pun kena ambil tahu jugak..kumpulan aku je dah berapa kali tukar bahan untuk buat ha guruma..guna kotak lah, kad..last2 guna kertas je..(gam sampai berapa lapis ntah)..tapi berdasarkan pemerhatian aku masa pameran projek tadi, aku buat kesimpulan bahawa bahan yang paling sesuai adalah kadbod yang memang khas untuk buat model projek..kalau guna bahan tu memang tekitou ha guruma tu dapat berputar dengan kanpeki..!
Dalam keperitan aku memendam rasa sepanjang jugyou ni banyak jugak ibrah yang aku boleh selami, perhalusi..moga aku tak putus asa, tak cepat melatah..tak mudah goyah..
Ganbarou Ir. Hafizah..!
"if you can dream it, you'll get it"

resepi ayam potong kecik2 12 ryou

bahan A:
ayam dipotong kecik2
serbuk kunyit
tepung gandum

bahan B:
cili kering
bawang besar
bawang putih
halia
serbuk kunyit
serbuk kari
daun limau purut/ daun kari
garam & gula

cara membuat:
1) untuk membuat ayam goreng goreng , campurkan ayam, garam, dan serbuk kunyit.gaulkan hingga sebati. campurkan dengan tepung gandum dn gorengkan sehingga masak
2) blender cili kering, bawang besar, bawang putih ngan halia (campurkan sekali)..
3) panaskan minyak, masukkan bahan yang diblender. bila dah naik bau, masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit. kalau kering, tambahkan sedikit air.
4) tambahkan gula dan garam ikut suka (dinasihatkan gula dalam kuantiti yang banyak)
5) bila dah cukup masak dan rasa sedap..(ikut suka) masukkan ayam di goreng tadi.
6) masukkan daun limau purut/ kari kacau sekejap n tutupkan api..

dekita....

iinaa..kokoni iru..


isnin 11 rejab 1429h

alhamdulillah..21hb julai ni dah masuk 4 bulan aku kat nihon ni..dah makin banyak perkara yang ditempuh, dan makin narete kita dengan suasana kat sini..

petang ni, hujan sedang turun dengan lebatnya..dalam suasana sehening ini aku tiba2 teringat senpai2 kat ube..mesti sama keadaan macam kitorang kat sini. "Battle of da brain" untuk kimatsu kali ni..

Suatu masa dulu, sebelum menjejakkan kaki di nihon, aku masih teringat lagi..bukan Yamaguchi yang menjadi pilihan tapi Ibaraki..kalau dulu aku seakan2 tertanya2 kenapa tak dapat Ibaraki tapi sekarang aku tahu jawapannya..sebab Ibaraki bukan untuk aku..dan Dia sediakan lebih baik, lebih daripada yang aku harapkan..

iinaa kokoni iru..bukan setakat keshiki yang memukau sukma, tapi ketulusan dan betapa baiknya senpai2 kat sini sangat mengharukan kitorang semua..hubungan senpai ngan kohai cukup2 erat..dan aku sayang dorang macam keluarga sendiri..(serius ni..) Jujur untuk aku katakan, sepanjang aku berada disini, aku jarang menderita teringat2 keluarga kat malaysia, tapi jangan salah anggap tau..bukan tak ingat..memang rindu kat family tapi tak de lah sampai menangis nak jumpa mak ngan abah macam masa duduk asrama dulu..

Disebabkan senpai2 tu family kitorang, tiap minggu kitorang "balik" rumah senpai..orang lain mungkin tertanya2 kenapa nak balik rumah senpai? buat apa kat rumah senpai? hanya kitorang je yang tahu nikmatnya bila dapat balik dan jumpa dengan sempai2 semua. Ala..kalau susah nak faham, anggaplah macam tiap minggu dapat jumpa mak, abah, ngan adik2 kat rumah..macam tu lah perasaan ktorang kat sini..

Senpai dah banyak berkorban..dah lah tiap minggu ambik ngan hantar kitorang balik yamaguchi..(thanx to ustad,teng n adib)kalau nak beli barang ke, nak jalan mana2 ke..semua nya senpai..alahai senpai~

bagi aku lah kan, paling best time dapat makan sama2 dengan senpai..memang tak kering gusi kalau tengok gelagat dorang..aku dok menahan ketawa je tengok dorang semua..

kalau petang2 tu main basket la..tuju selipar..best!

Walaupon dorang tak cakap yang dorang sayangkan kitorang, tapi dari apa yang kitorang dapat, yang kitorang rasa, ngan apa yang kitorang lihat..tu dah cukup membuktikan (tak tau la kalo senpai nak deny ni sume..hehe) banyak benda yang wat aku terharu dan insyaAllah wat aku makin bersyukur ada kat Yamaguchi ni..

いつでも私たちの良い関係が続けるのをいつも祈っています!

petang..


ahad 10 rejab 1429h.
Ya Allah..tenangnya aku rasa..
Tatkala kebosanan dan rasa tertekan menyelubungi diri, aku cuba mencari jalan keluar..Alhamdulillah, permandangan di luar runah ni pun cukup menenangkan bagi aku. Hebatnya kuasa Allah..baru terkesan di hati ni betapa cantiknya alam ni..
Teringat aku waktu kecil2 dulu betapa teringinnya aku tinggal di kawasan yang tenang, permai, kaya dengan alam semulajadi..Dapat lihat bukit-bukau, sawah padi.. Bila semuanya ada depan mata , mata ini bagai tak dapat melihat..hati ini bagai tak dapat menghayati, jauh sekali untuk mensyukuri..
Ya Allah, jadikan mata ini untuk melihat kebesaranMu, hati ini untuk menghayati ciptaanMu, lisan ini untuk zikr padaMu dan gerak anggota untuk menghmbakan diri padaMu..Maafkan aku hambaMu yang selalu lupa dan leka ini Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih

kat malaysia tak boleh..kat sini boleh?

kat Malaysia TAK BOLEH? kat sini BOLEH?

apa tu agaknya ye? mestilah berkaitan kat sini ada kat Malaysia takde...camtu ker?
違うよ!sebenarnya apa yang aku akan ceritakan nanti ni berkenaan sikap kita, menyalah gunakan kelebihan yang ada..erm, nampak macam isu serius jer...? mungkin tidak bagi sesetengah orang & mungkin ya..

situasi 1:
A: ko tengok nihonjin tu, pakai baju camtu kaler kuning, kasut dier kaler tu...bla2...

situasi 2:
B: sensei ni..ish..bla2...

2 situasi di atas ni mungkin sudah biasa berlaku dalam kehidupan sehari2an kita. Lebih2 lagi bila dapat belajar kat negara yang memang kalau kita cakap bahasa melayu pun dorang takkan faham..exp pada perkataan tertentu yang memang kena chuui kalau sebut depan nihonjin eg; mangkuk..cincin( pernah la jugak beberapa kali tercakap depan nihonjin & pastu kena pandang slack ngan dorang)tapi yang nak dihighlightkan kat sini sedar tak sedar dalam kita menggunakan kelebihan yang ada tu, kita menempah kecelakaan yang besar..iaitu "mengumpat & mengata" kalau kat Malaysia dulu mungkin dosa mengumpat dan mengata tu kurang sikit, kalo kat sini bertambah( nau'zubillah). teringat time skola dulu pernah belajar bab ni..izinkan untuk aku petik ayat2 Allah dri surah al-Hujurat:12
"wahai orang yang beriman! jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari2 kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu berasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang"

Rasanya kalau kita tengok ayat kat atas ni dah jelas rasanya larangan Allah kat mengumpat dan mengata..walaupun bukan dengan nihonjin, kadang2 benda tu jugak yang lazim kita lakukan sesama kita..Moga2 aku, kau dan kita semua untuk baiki diri..Moga2 dapat jauhkan diri dari kemurkaanNya dan dekat kita padaNya..

al kisahnya kenduri~



jumaat 4 julai 2008,


jumaat malam sabtu tu hari yang bahagia untuk senpai2 dan secara tak langsungnya bahagia untuk kitorang gak ! mana taknyer..lepas bape lama plan bila la nk wat kenduri untuk senpai2. malam tu je lah yang sesuai..kalo ikut cadangan nak wat esok malamnyer (sabtu malam ahad) dok mengenangkan lupang n md noor takde, n ader masalah tertentu, pastu di tukar ke jumaat malamnyer..TAPI..ada satu hal yang kitorang takutkan..takut kelam kabut time tu n timbul masalah yang tak tentu pasal..
mana tak nyer.. jumaat petang tu aku, dena ,zam n naim ader jikken yang entah sampai kul bape. Takkan nas sorang yang nak wat sumer? mau tak mahu, kitorang wat stratergi seminngu sebelum tu, hehe...( macam nak perang kan?) HA... inilah straterginya..!

tugas sebenarnya persiapan untuk tu sebenarnya bermula kalo tak silap aku seminggu sebelum tu. nas ngan dena beli barang ktrial. aku, zam n naim tak dapat nk balik ube gara2 ader kimatsu butsuri..erm, tugas2 tu makin rancak di jalankan tym minggu kenduri tu.. tapi serius wei, sejak pembentangan stratergi tu kitorang sume tak saba2 nak mulakan keje..tym tu tak tbayang kat kepala macammana sibukknya ari jumaat tu..tapi alhamdulillah, berkat sume dah plan awal2 n senpai2 pon byak bagi nasihat kat ktorang, sumernyer berjalan lancar....hasil keje sume, menu2 malam tu; ayam masak merah, nasi minyak, acar nanas, puding roti, epal n jajan2..best2. rasa penat hilang bila tym tengok sumer senpai2 makan ngan penuh selera..!

p/s:gomen kak hanny n kak fith sebab wat kenduri tym akak2 tak dapat nak datang..untuk kak hanny, thanx hantarkan sumbangkan kebab..bak kater akak "akak tak datang pon, kebab akak jadi pengganti"


hasrat yang terpendam..



10hb Julai 2008..khamis 7 rejab 1429h
ku lalui hari ini dengan tenang..barangkali kerna kelas hanya bermula sekitar jam 12.50 tengahari..jadi aku mempunyai masa yang lebih untuk mengurus diri sendiri..
dan kini aku ingin berkongsi apa yang terlintas dalam hati..
kelas kokusai kouryuu.. bermula pada jam 4.10 petang..topik seperti biasa, internalization..globalization..communication..& macam2 lagi tion..
maa..cuma kali ini sedikit istimewa. Dengan kehadiran sensei jemputan dari Tokyo yang kalau tak silap aku seorang penyanyi orkestra dan pernah menetap beberapa tahun lama di luar negara..
TAPI..
siapa dia bukan ini yang akan ku cerita..tapi apa yang terlintas di kepala ini yang akan ku kongsi sama..bila bercakap soal KOKUSAI KOURYUU ni, hati ni akan sentiasa bertanya..
aku hairan kenapa NIHONJIN bagaikan takut2 untuk mendekati GAIJIN seperti aku ni..
adakah kerna aku bertudung? xberkulit cerah seperti mereka? mungkin juga takut untuk speaking english?
bukan aku nak mencari salah..jauh lagi untuk menuduh..tapi cuma itu kelainan yang dapat aku perhatikan..Alhamdulillah aku dapat terima..cuma bagi aku, aku rasa mereka perlu DI AJAR supaya rasa sensitiviti itu ada dalam diri..mungkin bukan sekarang..yang aku pasti aku berharap suatu hari nanti mereka akan mengerti..
itu monolog pertama..yang ini kubawakan persoalan yang kedua..
saat Naim meluahkan pada sensei tentang kesukaran untuk berkrouyuu di sebabkan kelemahan berbahasa, aku tahu itu juga kelemahan aku yang paling utama..
sebagai pelajar aku tak nafikan keghairahan untuk bertanya, berkongsi idea, bergelak ketawa..
tapi itu semua sekadar hasrat yang terpendam..sekadar mampu terungkap di hati..
BAHASA..aku harap dengan masa yang ada dapat aku memahirkan diri..moga ada kekuatan untuk diri ini terus berusaha..insyaAllah masa masih ada..








resepi puding roti..


erm..entah kenapa semenjak datang nihon ni macam2 kuih aku teringin..antaranya PUDING ROTI..puas aku bereksperimen camner nk wat puding roti ni..sampaikan pada eksperimen yang kedua aku rasa nak muntah makan puding yang aku reka sendiri sebab tak pasal2 letak telur kat puding tu..bila aku renungkan balik macammana mak pernah buat dulu n berkat ilham dari Allah..resepi ni aku nak kongsi sama2..


PUDING ROTI


3keping roti

susu segar cair (kalo pekat nanti leh tambah air)

gula (ikut suka)

garam secubit (bg puding tu rasa lemak)

tepung gandum


CARA NAK BUAT


1) campurkan roti & susu pastu hancurkan dengan senduk (bese aku pakai tangan jer). Masukkan gula & garam secukup rasa. Pastu masukkan tepung..

2) masakkan puding tu dengan menggunakan suihanki ( periuk nasi elektrik) dengan mode shiroi kome..

hidupkan suis, dan tunggu sampai dengar bunyi macam time bunyi nasi dah masak.


はい! できた。。。。

作ってみましょう。。。

Kembara Nihon..

Alhamdulillah..tiada apa yang mampu aku ucapkan selain kalimat hamdalah itu..
Tiada apa yang mampu ku balas untuk nikmat dari Tuhanku yang sangat Pemurah..
Masih ku ingat lagi tika kedua kaki ku melangkah masuk ke dalam pesawat untuk terbang ke bumi di mana aku sedang berpijak ini..aku berniat tekad dan nekad..
bahawa akan ku tinggalkan kenangan semalam..membawa diriku jauh dari lembah kebodohan..
moga tiap langkahku, gerakku, tutur kataku, penglihatanku..agar dapat ku sumbangkan untuk jalan Tuhan..
semangat itu membara untuk sebulan dua..
tapi sekarang bagaimana???
adakah bulan ketiga ini mampu untuk aku pertahankan niatku seperti mana di bulan2 yang pertama dan kedua itu??
Memang betul dunia itu hanya persinggahan yang penuh dengan tipu daya..
Sedar tak sedar nikmat percuma dariNya tak pernah di ambil kira..yang melata di depan mata hanya keseronokan yang memperdaya..
shougakukin..kaimono..kereta..MOTO..kamera..handphone..pasokon..
andai difikirkan dan direnung2kan..apa lagi yang tak cukup untuk aku sekarang?
bila terkenang dulu2 masa kecik2 dulu betapa susahnya untuk mnikmati hidup sesenang begini..buat aku rasa sedih sekali..
saat aku dapat shougakukin untuk pertama kali selepas 3 bulan kat nihon ni..
aku jadi sesak dada..
memikirkan kewajipan dan harga yang harus di bayar untuk ini semua..
Ya Allah..mampukah aku..? Di kala aku merasakan belajar di sini kadangkala amat payah ..dikala aku merasakan ada baiknya aku belajar sahaja di Malaysia..dikala cuaca panas nihon yang berbeza dengan Malaysia..dan pada saat itu hati kiri mula membisik kata2 jahat untuk merintih..mengeluh..seakan menyesal mengapa diri ada di sini..
Tatkala diri tak di pedulikan rakan sekelas..kehadiran bagai tak di endah oleh orang sekeliling..keberadaan bagai makhluk pelik yang ber"kerubung" dalam masyarakat yang kebanyakan separuh telanjang..kadangkala ku akui sedikit sebanyak menguji iman ..
hanya mampu ku berdoa agar mampu bertahan..
"hidup aku baru bermula..dan aku takkan berhenti...!"

sushi jadi realiti..


tanggal 5hb julai 2008..
insya Allah aku tak lupa tarikh tu..pada hari ketika nas, dena, zam, mame, kak yati, ustad, n budak JAD bergembira meraikan tanabata sai kat yamadai..aku yang ketika itu sendirian bersama senpai2 yang lain lain pula kisahnya..mana tidaknya tragedi menyayat hati "mengidam" sushi berbulan lama kini menjadi realiti..ALHAMDULILLAH.. perancangan dan ketentuan Allah tu lebih sempurna..setelah kepingin hampir sepurnama lamanya..maka betullah pesan senpaiku dulu..di petik dari kata2 A Samad Said..insyaAllah aku tak akan lupa sampai bila2.."Segala yang dihasrat Tapi tak terdapat Adalah nikmat Yang paling padat"..sushi yang kelihatan di hadapan mata bagaikan nikmat yang tak terhingga..kebetulan pada saat itu perut "berkeroncong" memainkan lagu2 mahu minta di isi..sushi tamago, maguro hanba-gu, kani sushi, "kuih bom" mitai, melon..etc..ku santap dengan penuh nikmat..bagai derita kepingin begitu lama hilang sekelip mata..
jujur untuk aku katakan..aku belum pernah kepingin suatu benda sebegini hendaknya..dan bila mendapatnya belum pernah aku rasakan sebegini nikmatnya..
P/S; thanx senpai yang bawak n sama2 gi makan sushi malam tu..kalian cukup memahami..kpada NAS..gomen terpaksa dgar aku cakap "aku pas hati makan malam tadi" sampai berbelas kali kerana kau takkan faham perasaan aku ni..

"mengidam sushi" ....

takde perkataan lain yang dapat aku ungkapkan selain ~SUSHI HOSHIIIIIII............!~
kalo tak clap aku lah kan..aku "mengidam" ni dah dekat sebulan setengah gak la..
bayangkan...kalo satu2 benda tu yang kita nak sangat2 tapi tak dapat2...apa yang kita rasa?
macam tu lah perasaan aku selama ni...dan sampai sekarang aku memendam perasaan tu..sampai sekarang!
heran aku di uji dengan dugaan nafsu yang semacam ni...kalo sekarang ni lah kan, pantang di sebut SUSHI aku mesti rasa nak meradang..tak tau kenapa..
BERSABAR..BERSABAR..BERSABAR..
insya Allah akan tiba gak saat tu..tapi tak tahu bila....
AKU TUNGGU..TUNGGU..DAN TERUS MENUNGGU...