Pages

Syukur

Bismillahirrahmanirrahiim,

1. Az-Zumar:7
Allah tak perlukan kita pun. Seandainya kita "kafir" (menutup pintu hati dari kebenaran, buat-buat tak nampak, mengelak, berpatah balik ke belakang), Allah tidak rugi sedikit pun. Malahan Allah tidak redha untuk ke"kafir"an kita. Yang Allah redhai hanyalah syukur.

2. Surah Luqman
Perkara pertama yang Luqmanul Hakiim ajarkan kepada anaknya adalah syukur kepada Allah. Barangsiapa mempunyai rasa terima kasih pada Allah, rasa iman dan islam yang ada dalam diri itu sangat berharga, maka kita akan rasa diri kita sangat istimewa!
Kita akan mencari-cari apa kelebihan kita, apa potensi yang Allah kurniakan pada kita untuk berada dalam posisi paling dekat dengan Nya.

3. Kalau kita mencintai jalan ini kerana ukhuwwah, kerana akhawat, kerana bestnya ada ustaz itu dan ini, maka kita akan diuji dan akan kecewa.

Aargh!

Bismillahirrahmanirrahiim,

sebuah catatan yang  'tidak berguna' kali ini.

Aaaarrggghhh!!!!!

Ada perkara yang tidak lepas dalam hati.
Sudah tidak mampu tertahan lagi.

Kalau dulu sambil masak-masak, sambil naik basikal, sambil jalan kaki, sambil tunggu transport mesti akan telefon 'adik-adik'. Mesej ke.

Namun sekarang ...

Sedih tahu jadi penanam anggur di rumah ni.
Lebih-lebih lagi tanam anggur tatkala yang lain sedang bekerja keras untuk agamaNya.


Aaaarrggghhh!!!!!


p/s:
- adik-adik merancang untuk 'usrah' seterusnya 2hb ini. Sudah lama saya nantikan wooooooo .

Bina masjid


Bismillahirrahmanirrahiim,

baru saya faham,
kenapa bila membina rumah tangga (berkahwin) itu dinamakan membina masjid.

Masjid selalunya dikaitkan dengan tempat yang dimana kita melakukan pelbagai ibadah didalamnya. Melakukan solat di dalam masjid mendapat pahala berganda-ganda berbanding solat ditempat yang lain. Dan kita akan mendapat pahala walaupun sekadar duduk diam dan bertafakkur didalamnya.

Di dalam masjid itulah tersimpan tenang yang mendamaikan. Buat jiwa yang selalu dilanda keresahan apabila masalah dunia mencengkam jiwa, melangkah masuk ke dalam masjid ini ibarat suatu terapi.

Makanya, bertepatanlah seperti yang tertulis dalam doa masuk masjid yang mana maksudnya;
" Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatMu ".

Dengan melangkah masuk ke dalam masjid, kita memohon kepada Allah agar dibukakan pintu rahmat kepada kita.

Begitu juga dengan perkahwinan.

Sebuah rumah tangga (saya lebih suka menyebutnya sebagai baitul muslim ) itu umpama sebuah masjid. Sama seperti gambaran ataupun definisi yang saya tuliskan diatas, membina sebuah rumah tangga itu ibarat membina sebuah mahligai yang didalamnya bukan sahaja membuka pintu ketenangan dan rahmat, malah sebuah ladang pahala yang seluas-luasnya!

Masakan tidak, perkara yang haram dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang ajnabi, menjadi halal setelah akad nikah. Bukan soal yang haram menjadi halal sahaja, malah melakukannya juga mendapat pahala.
Kalau semasa bujang, mungkin tiada teman untuk menunaikan solat secara berjemaah. Namun, bila sudah berumah tangga, peluang bukan sekadar pada dapat solat jemaah namun pada ibadah-ibadah wajib, sunat dan harus yang lain.

Si suami bekerja mencari nafkah.
Si isteri memelihara diri dan memelihara maruah rumah tangga, menjaga anak-anak.

SubhanAllah.. banyak kan ganjarannya?

Mungkin tulisan diatas ini hanya satu gambaran atau perspektif yang menjawab persoalan yang berlegar dalam diri saya sendiri kenapa perkahwinan itu bagai membina sebuah masjid. Bukan bermakna tulisan ini mengajak pembaca untuk berkahwin secara membabi buta, sebaliknya seharusnya kita memandang sebuah perkahwinan ini sebagai suatu perkara yang serius. Lebih-lebih lagi kepada persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan bagaimana sebenarnya sesebuah institusi keluarga ini mempengaruhi masyarakat dan pembinaan ummah sejagat.

wAllahua'lam.

Alhamdulillah Allah untuk satu lagi hari buat saya hari ini =) 

Realiti 1

Bismillahirrahmanirrahiim,

alhamdulillah, Allah dengan kasih sayang yang super duper best sangat sangat masih memberikan kita kehidupan meskipun memang hambanya ini sangat super dahsyat kedurhakaannya.

selawat dan salam buat Rasulullah SAW, para sahabat dan yang super sabar merentas jalan ini.

***

Berada dalam alam realiti memang perasaannya sungguh real.
Dan saya mungkin tidaklah layak untuk mencoret lebih, dan catatan ini pun sekadar untuk nota diri sendiri.

Baru bergraduasi, tanpa kerja, tidak mempunyai lesen, dan tinggal bersama keluarga merupakan pakej lengkap  untuk bermalasan dan beralasan untuk tidak bergerak dan membebaskan diri setelah pulang ke tanah air.
Di sebalik mereka yang mencari alasan, tawaran untuk berjuang dijalan ini seperti titisan hujan yang lebat, tanpa henti di sini. Maka, dengan pakej yang lengakap (ataupun tidak lengkap) seperti diatas memungkinkan kita untuk menolak tawaran yang super duper dahsyat dan hebat ini.

Mungkin di tanah tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mengenal tarbiyah itu, mujahadah untuk ke usrah, untuk ke daurah mungkin sudah terlalu sinonim. Sebaliknya, ia terlalu lain dengan bumi realiti ini. Mungkin jika di zaman menjadi pelajar itu , mujahadah yang dipandang dahsyat adalah pada travel berbelas jam untuk ke tempat program. Ataupun perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk ini.
Namun, percayakah jika di bumi realiti ini, tidak perlu mujahadah berbelas jam sekalipun, mahupun mengeluarkan wang sebanding dengan di sana pun, jika diri kita kata tak nak...maka semua perkara boleh menjadi alasan untuk menolak.

Maka benarlah, ujian itu bukan pada perkara yang kita pandang besar kuantitinya.
tetapi juga pada yang kecil pada pandangan kita.

Mahu tidak mahu,
maka inilah tapisan yang pertama.

Selamat beramal!
Moga berjaya tertapis untuk layak ke peringkat seterusnya =)

Tidak sedar diri

Bismillahirrahmanirrahiim,

Teman rapatku, akhawat.
Jalan yang cuba aku rentasi, akan ku usahakan sama seperti mereka.
Berliqa', berprogram, dan bermacam wasilah.
Namun mungkin semakin lama ada rasa sirna.

Mana mungkin ukhuwwah kan basah bila mengharapkan buah ukhuwah dari manusia?
Masakan terlupa apa tujuan hidup ditengah-tengah diri sibuk merancang acara?
Dan.
Tidak malukah bila amalan privasi bersama Tuhan itu hanya tinggal lompong-lompong kosong?

Dakwah dan Tarbiyah bukan hanya soal yang enak-enak sahaja.
Dalamnya ada mujahadah.
Mujahadah itu namanya berjuang.
Dan berjuang itu namanya berkorban.

p/s:
- Ku dibacakan firman " bertemu dan berpisah kerana Dia ".