Pages

Malam 7 Likur Katanya

Bismillahirrahmanirrahim.

Ampun maaf untuk tajuk diatas. Sekadar mengambil tema tipikal, jauh sekali untuk saya bercerita mengenai fadhilat atau cerita kayangan tentang tajuk ini.

Alkisahnya, saya ingin berkongsi tentang kisah ajaib. Entah. Mungkin sepanjang hidup saya, terlalu kerap hal ini berlaku. Boleh jadi setiap ketika sebenarnya. Cuma barangkali kondisi hati, iman, dan hidayah Allah pada waktu-waktu tertentu yang menyebabkan saya tidak merasainya.

Okke.

Pernah atau tidak, dalam hidup yang kita lalui, kita tidak merancang. Apatah lagi lain yang diminta, lain jadinya. Saya minta semoga diri saya dan kamu dijauhkan dari sikap mengeluh dan mengeluh, dan mengeluh.

Kerna saya semakin beriman, segala apa yang ditentukan/ditakdirkan Allah itu lebih baik kondisinya untuk kita paling hampir pada Allah.

Cerita ini berlaku malam tadi. Saat Allah pilih dan mudahkan jalan kami untuk bermalam di Masjid UIA pada malam ke 27! Keputusan yang dibuat hasil syura diatas lebuhraya selepas beberapa jam bergerak dari Klang-Gombak-Putrajaya. Dek malam pun semakin larut, kami ambil keputusan untuk tidak pulang terus ke rumah. Pusing-pusing juga kami mencari destinasi malam tadi dan berkali-kali juga bergerak diatas jalan yang sama. Tapi aturan Allah, tetap yang paling best kan? Jikalau kami cepat kami jumpai destinasi, ada kemungkinan saya dan adik akan terus pulang ke rumah dan akan terus tidur seperti hari-hari kebiasaan sehingga menjelang waktu sahur.

Tiba di Masjid UIA menjelang 1 pagi. Pada saat itu, saya terkenang-kenang akan ruh KONSISTEN 2 minggu lepas.. huhu. Rindu akhawaat maa..sob sob.

Masuk sahaja pintu masuk muslimah, begitu banyak sepatu yang berada disitu. Rak kasut pun tak cukup. Usai bertarawikh, kami naik ke tingkat 3. MasyaAllah! Serius! Saya belum pernah melihat sebilangan ramai manusia beriktikaf pada malam Ramadhan. Rasa macam duduk di dunia yang lain! Bayangkan, bukan sahaja melayu. Malah international betul. Yang berkulit hitam, yang muka iras2 wanita Palestin, China..dan banyak lagi. Dan, bukan orang dewasa je! kanak-kanak dan bayi2 pun ada sekali!

Waaaa....BEST sangat!! Terima kasih Allah!

dan malam yang meriah ini pun berjalan....sehinggalah tiba waktu bersahur.

Ha, waktu nilah yang agak ditunggu-tunggu. Kami memang langsung tak bawa bekalan makanan. Bila melihat kanak-kanak berlari mendapatkan kebab dan air kotak, terus kami meluru ikut arah dari mana kanak-kanak itu mngambil makan. Kami ingatkan ditingkat bawah, punyalah berlari-lari anak. Rupanya kat tingkat atas. Bila sampai tingkat atas. Waaa..kebab dah habis. Tapi ada seorang sister Arab ni cakap insyaAllah akan ada orang yang bawa naik kebab tu lagi insyaAllah. Jadi kami tunggu sebentar. Beberapa minit kemudian, sister yang bawa kebab dan air kotak tu pun sampai. Serius...tak sabar2 nak makan kebab. Tapi bukan kami je yang tunggu kebab tu , ramai lagi orang yang ada kat situ. Bila sampai turn kami, kebab tu tinggal dua je. So, ukhti kat sebelah saya cakap, " Its OK sis, this 2 for 5 ". So, 2 kebab akan dikongsi 5 orang sesama kami.

Kami turun ke bawah, dan jumpa ibu ukhti yang sudah menunggu dengan sebungkus mee goreng dan beberapa botol air. Alhamdulillah, kebab tu kan..sedap sangat! Seorang gigit sikit2, and thes pass it to another. Best sangat!

And then...berlakulah satu kejadian ajaib ni.

Masa kami best2 makan sahur 2 kebab untuk 6 orang (plus ibu ukhti), datang pulak seorang sister ni bawa dulang yang berisi tembikai.

dan kemudian ada diagihkan satu dulang nasi minyak dengan kurma daging kambing .

ada air teh susu panas.

Dalam masa yang sama datang lagi kebab-kebab jenis yang lain.

Waaaa..alhamdulillah Allah!

>.<

speechless, tak tau nak kata apa dah.

Sebab kadang-kadang kita ni terlalu risau tak dapat makananlah. Risau makanan sikit dan takut tak kenyanglah. Risau nanti lepas grad tak tahu nak kerja apa. Risau tak tahu dapat scholar ke tak. Risau dapat stay Jepun lagi atau kena balik.

Hoho.

Dapatkah selepas ramadhan ini kita beroleh hati yang lebih bersih? Iman yang lebih meningkat? Pemikiran yang menumpu pada Allah?

Jangan harap dapat bersangka baik dan bertawakkul penuh pada Allah kalau hati pun tak kita cuba bersihkan lagi. >.<

Of course la, biiznillah.

InsyaAllah.



Travelog Pemburu Cinta 1


Cinta,

ia bukan cinta pandang pertama.

Bahkan ia cinta yang telah lama mengikat.

diri.


Cuma,

barangkali kita lupa.

Mungkin pada dangkal fikiran kita.

Sesempit ruang dua biji mata yang melihat.

Sekelumit ruang gelombang dua telinga yang mendengar.

Dengan mata hati yang kian tumpul.

Kita jadi alpa,

hingga terputus cinta.


Namun,

bila habuk di jendela hati itu terkuis sedikit.

Sinar cahaya menerobos menerangi gelap kelam

ruang bernama hati.


Gegar, dan gegar.

Akan diri.

Bila tegak dibelakang , suara iman melaung

" Arrahmanir Rohiim "

Mengagungkan Pencinta segala Cinta.


Cinta siapa yang kuharap lagi ?

Jika dikumpulkan seluruh alam buana semesta,

Hanya sepersepuluh sifat rahmatnya.


Menagih kasih?

Ya, kasih ini yang perlu ku tagih.

sedang ku tahu ia tak mudah di raih.




Malam Barakah 3.

Raudhah 109.

20110803.