Pages

Sistem dan mentaliti

Bismillahirrahmanirrahiim,

Menulis setelah  9 bulan bekerja di industri automotif,
setelah  6 bulan mendirikan rumah tangga,
dan setelah sebulan setelah Allah mengambil bayi dalam kandungan.

Berubahnya fasa kehidupan memang mempengaruhi semangat, cara berfikir dan mungkin tak keterlaluan saya katakan ia mempengaruhi tujuan hidup kita diciptakan.

Melampau!
Tapi ini realiti.
Kerana sebahagian besar masa saya bersama mereka yang berkata-kata dan pening kepala  tentang aset dunia. Hanya sedikit masa sahaja bersama-sama dengan mereka yang soleh.

Tak perlu tuding jari.
Kerana fasa-fasa yang dilalui ini semacam suatu tapisan kepada apa-apa yang pernah dipelajari dan diimani dahulu.
Mungkin dahulu kita "baik", tapi baiknya kerana kita hanya bersandar pada manusia sekeliling. Bukan dengan DIA.
Dan bila kita dilepaskan dalam alam realiti, maka ketika itu kita diuji dimana letak Dia dalam diri.

Kadang-kadang terlalu rindu hendak kembali, tapi kekuatan itu sanga saya perlukan.
Mencari Tuhan pada ketika ini saya rasakan amat berharga berbanding dahulu. Dan nyata ia amat payah.
Dahulu mungkin kefuturan mereka-mereka yang sudah beralih masuk ke medan kerja menjadi bualan dan bayangan di alam pengajian. dan segalanya kini tidak mustahil untuk berlaku.

Dan kini,
yang diperlukan hanya yang ikhlas dan murni.
Taubat yang benar-benar murni,
doa yang benar-benar murni,
niat yang benar-benar murni.

Saya perlu kekuatan untuk mencari dan keluar dari kurungan menunggu.
Saya hanya perlu Dia untuk hadapi kehidupan ini, sebelum saya mengadukannya kepada insan seumpama saya juga disekeliling.
Saya perlu belajar untuk menerima hakikat dan takdir, juga berusaha untuk berubah dan memperbaiki keadaan. Bukan putus asa dan kecewa serta menyalahkan.