Pages

cikgu sekolah

Bismillahirrahmanirrahim...

Sejak akhir-akhir ini, kenangan-kenangan di bangku sekolah dahulu sentiasa menjengah di ingatan. Secara tak langsung ada juga wajah-wajah yang pernah menjadi teman sekelas, teman bergurau, teman bergaduh turut terlintas sama.

Sejuk hati yang amat bila rasa rindu kepada sekolah lama kembali berbunga-bunga. Rindu untuk melihat puteri-puterinya berjalan tertuduk-sipu, menjaga langkah, menjaga tudung labuh putih yang di pakai..takut-takut diterbangkan 'angin jahat' yang bertiup.

Rindu pula cucu bila teringat kembali di bangunan sekolah, tangganya di asingkan untuk pelajar perempuan dan lelaki. Tangga di belakang untuk pelajar perempuan, tangga hadapan untuk pelajar lelaki. Jika tersilap haribulan melanggar aturan, maka terpotonglah penalti =)!

Dalam kelas pula sudah menjadi semacam budaya, walaupun tidak termasuk dalam peraturan sekolah..untuk pelajar lelaki duduk memenuhi tempat hadapan. Pelajar perempuan duduk di belakang. Malah, ada juga kelas yang menetapkan pintu lelaki dan pintu perempuan.. alahai..bila cucu kenang kembali zaman-zaman sekolah dahulu..indahnya, bila ikhtilat (hubungan lelaki-perempuan terjaga).

Teringat kembali tatkala mendengar cerita Ustaz X menahan pelajar masuk ke sekolah pada hari cuti kerana hanya kerna pelajar tersebut tidak memakai pakaian yang sepatutnya seperti di sekolah. (bertudung pendek). Walaupun nadanya nampak tegas, tapi cucu sangat berterima kasih dengan Ustaz X itu.

Oh, sedar ataupun tidak, sudah 5 tahun cucu meninggalkan sekolah itu. Teman-teman cucu yang sebaya sekarang jika di Malaysia, kebanyakannya sudah tamat belajar. Ada yang sudah bekerja, ada juga yang sudah naik tangga! ( berwalimah ).

Tapi, bila melihat keadaan-keadaannya...ada sesuatu yang membuatkan cucu berfikir. Terfikir, di manakah silapnya, di manakah cacat-celanya...

untuk teman-teman saya yang sama sekolah dahulu...

kenapa ya, kita tidak mampu untuk sepertimana kita ketika bersekolah dahulu ya? Di mana silapnya, ye? Sekolahnya kah? Gurunya kah? Persekitaran kita kah? atau kita sendiri?

Apa agaknya yang mampu cucu lakukan?

Apa silapnya sehingga yang namanya 'sekolah agama' itu sendiri bukan penjamin keselamatan iman. Dimana letaknya pelajaran PSI ( pendidikan syariah islamiah ), PQS ( pendidikan quran sunnah ) dan banyak lagi subjek berbaur 'islamik' yang kita belajar dahulu. Seingat cucu, ramai sahaja yang dapat skor tinggi dalam peperiksaan untuk subjek-subjek semacam ini. Tapi kita sekarang ini di mana ya...?

" Ya Allah, selamatkanlah diriku, selamatkanlah teman-temanku. Kami diuji luar dan dalam, ya Allah. Tetapkan kami dalam iman, dalam keselamatan.."

Kadang-kadang tanpa sedar, teringin sekali untuk kembali ke sekolah, atau paling senangnya pulang nanti menjadi guru di sekolah. Mengajar bukan setakat mahu skor tinggi, tapi memperkenalkan Allah, menyemai iman, menyubur akhlak islami. Biar cucu bakal mengajar subjek fizik, matematik, ataupun sejarah sekalipun, semuanya moga dapat di kembalikan akarnya kepada mendekatkan diri kepada Allah.

Biar yang bakal bergraduasi nanti, menjadi rijal-rijal (pemuda-pemudi) yang kuat jiwa, yang sangat cinta Allah, yang tinggi nilai imannya. Menjadi bijak pandai yang akan menggunakan segala kepakaran dan kepandaian untuk kembalikan umat manusia kepada Allah.

" Ya Allah, selamatkan kami dari fitnah dunia. Kembalikan teman-teman cucu kepada pangkalnya ya Allah. Jangan biarkan kami tertipu dengan dunia ini ya Allah.."

p/s: silibus iman perlu disemak, diperbaharui. Sehingga bisa menjadi antibodi untuk yang bakal graduasi dari sekolah bertahan untuk mengharungi cubaan dan dugaan di luar sana.

3 comments:

  1. entah kenapa saikin cita2 nak jadi cikgu saya makin kuat.. xsalah kan kalau grad engineering tp jd cikgu.. daijyoubukana.. :) maybe sebab diri sendiri pun terasa yg perasaan "mula mencari" tu actually timbul time kt sekolah menengah kot ek.. usia "transition".. hurm..

    ReplyDelete
  2. terigt,ckgu kimia saya dlu slalu bg tazkirah 10mnt sblom abes kls... :)

    -nf-

    ReplyDelete
  3. waa..5 tahun dah!rindu time skola dlu..lg2 time f5..dgr ustaz shukor ajar PSI,ust najib ajar PQS,ustzh khairiah,ckg lin,ckg sarimah,ckg achmad dgn buku kck formula addmath..hehe..
    bile la dpt join reunion dgn korg sume..
    rindunyer~~

    ReplyDelete