Pages

cinta


Bismillahirrahmanirrahiim

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

Menjelang sehari sebelum saya akan pulang bercuti ke Malaysia.
Pemandangan di luar rumah ini putih seluruhnya. Dan bulan 12 rabiul awal terang benderang dikaki langit.

Teringat saya akan suatu kisah bila mana seorang sahabat berjumpa Rasulullah SAW bahawa dia mencintai sahabatnya. Rasulullah SAW bertanya padanya, sudahkah dia menyatakan perasaannya kepada sahabat yang dicintai itu?

Cinta..bukan sekadar perasaan kan. Kerna apa? Kerna manusia itu tidak akan tahu apa yang tersirat apa yang berada dalam hati. Kerna itu cinta itu perlu dinyatakan..

Ops, saya bukaaaaaaaan berkata tentang "cinta terlarang" yang disalah faham itu. No no no. Never never never ever.

***

Alhamdulillah, kini mungkin sudah mencecah beberapa tahun saya mengenali akhwat-akhwat yang bersama-sama memimpin saya di jalan ini. Bila dapat berjumpa, rasa sungguh bahagia. Bila tidak berjumpa, rasa bagai ada didepan mata kerna wajah mereka tersemat dalam doa rabithah tapi rindu juga... ;)

***

Buat akhawaat, alhamdulillah asykuru ilallah dapat mengenali antunna di dunia ini. Kore kara, watashitachi no sekinan ga motto motto omotaku natte iku kara,minna to isshouni sasaeatte insyaAllah maeni susumeyou.

Iman, ukhwah dan strategi kita. 3 perkara yang insyaallah kita sama-sama pelihara dan tingkatkan jom..

Buat masa-masa yang genting ini, ada yang sedang berusaha menghabiskan menulis tesis, presentasi terakhir dan yang sedang memerah fikiran merancang aktiviti untuk cuti ini..moga Allah berkati urusannya ya.

***

p/s: takutnya nak balik Malaysia..
もっと恋愛について書きたいけど、まあいいか。やめる。。





ajarkan aku cinta!


Alhamdulillah...dengan nama Allah yang Maha Rahman dan Rahim. Memberi peluang untuk saya hidup hari ini. Biarpun....Allah yang Maha Tahu jeleknya (perbuatan, amal, niat, perhambaan ... etc) hambanya ini.

Saya membaca satu artikel dari senarai-senarai yang terpapar dalam muka depan FB saya.
Artikel tentang "lapan pelajaran penting".

Baca satu-satu, seakan-akan "men-dush dush" ke diri saya. Terbayang je saya menggenggam penumbuk dan melepaskan tumbukan sekuatnya pada pintu oshire (rak baju) dalam rumah ni. Sebagai tanda tensionnya saya dengan kejahatan dalam diri.

Baca pelajaran pertama, ianya tentang cinta.

Sungguh..ia membuatkan saya tertanya-tanya.
Ya Allah, apakah kecintaan saya sekarang?
-saya buntu seketika.

Tapi tak lama selepas itu, gerak hati saya seakan memberi jawapan.
-*&*&%% (maaf, jauh sekali dari nama orang)

T.T

malunya..!

Ya Allah, ajarkan hambamu yang tidak tahu erti cinta ini..
Ajarkan aku untuk mencintaimu..mencintai apa yang engkau cinta.
dan ajarkan aku bagaimana untuk aku bisa dicintai.

............cinta.