Bismillahirrahmanirrahiim,
Saya rasakan ada getar dari poket beg. Menandakan isyarat mesej atau panggilan masuk. Punat bulat Iphone 3gs usang itu aku sentuh. Ada satu mesej dari naqibah rupanya.
"Assalamualaikum wbt.
Antunna, iA usrah esok mlm kat rumah xxxxx pukul 8.15 malam..."
Aku jeda sebentar sambil berbisik dalam hati, "Kat mana pulak rumah xxxxxxx "
Lalu aku membalas mesej ukhti itu;
" Hait iA. Jzkk kak.. btw, bole akk bgtau alamat atau landmark rumah xxxx?"
Tidak lama selepas itu, mesej darinya masuk beserta alamat tempat usrah kami nanti.
Tanganku terus mencapai tetikus , dan jari jemari pantas menaip alamat di Google Maps.
"Enter"!
Beberapa ketika, road map terpapar di skrin. Tangan menggaru kepala yang tidak gatal. Aduh, jauh juga ya!
=== Biar tidak beroda empat, walau hanya beroda dua. Kuatkan tekad, dan pacukan saja!===
Emak kelihatan sibuk menggoreng jemput-jemput. Risau tidak sempat untuk aku santap sebelum ke usrah malam ini. Jemput-jemput yang panas-panas itu aku makan perlahan-lahan sebagai alas perut.
Selesai solat jemaah bersama keluarga, beg usang T90 yang aku beli beberapa tahun lalu aku siapkan. Aku isikan dengan alQuran, nota, sebotol air kosong, iphone, dan dompet.
Selepas menyalami emak dan abah,
"mak, abah .. fizah pergi dulu!".
"Hati-hati".
Ok.
Helmet putih ala kepala kura-kura yang sebetulnya milik adik aku pakai. Ibu jari kanan mula menekan suis. Menunggu enjin panas sambil mulut kumat kamit berdoa. Kaki kiri menekan gear 1. Tangan kanan memulas, si buroq roda dua ini mula bergerak.
Destinasi malam ini, taman syurga!
*********
Ku lihat semua ahli usrahku sudah tiba, bahkan sedang bersiap-siap untuk solat isya'. Jam menunjukkan pukul 8.35 malam. Aduh, lewat lagi. Jika tidak sesat di jalan dan hampir 3 kali berpusing di roundabout yang sama, pasti tidak lewat begini!
" Afwan..fza lewat sampai. Sesat-sesat tadi. Berulang-ulang pusing tempat sama. Alhamdulillah jumpa lepas call xxxx . Jzkk xxxx ".
Mereka menyambut dengan senyum, memyalami dan memelukku dengan erat. Seminggu tak jumpa, rasa sebegini rindu.
Kami solat dan tidak lama selepas itu, usrah bermula.
*******
" ok lah, kalau takde pape kita tutup majlis dengan tasbih kaffarah dan surah al-asr ".
Masing-masing mula berkemas dan begitu juga aku.
" Fizah balik macammana ni? Dah lewat. Jauh kan dari Klang ke sini..."
Aku senyum, berfikir sebentar.
" entahnya. fikir pergi je. balik langsung tak fikir..", masing-masing ketawa kecil.
" Fiza, jom balik rumah ana! Tapi fiza kena eskot kitorang la yg naik kereta.." .
" ok je, jzkk u all".
Bukan tidak mahu memandu roda empat. Kerana tidak tahu dan tidak punya lesen juga.
Bukan tidak mahu memilih bas atau KTM, tapi ia sangat membazir masa.! Bayangkan dari Klang ke Shah Alam mengambil masa 2 jam??????
Dan apa yang ada, aku cuba kerahkan.
Walaupun dengan buroq beroda dua ini.
Jika perlu laju, lajukan.
Jika perlu menyelit, selitlah.
Jika perlu memotong, potonglah.
Moga Allah pelihara.
Aku tak mahu mati sia-sia.
bersambung.
berhati-hati di jalan raya
ReplyDeletewaaa hebat.. :')
ReplyDeletekiwo tsukete akak! >.<
ganbarou lillahi taala~<3 :')