Pages

kejutan budaya tahun 2

" Fuh...habis pun kelas hari ini"


Rasa gelojak hati sudah tidak sabar menuntut kaki agar segera melangkah pulang. Tangan cepat2 menulis, membetulkan kesalahan pada kertas jawapan sebelum di hantar semula ke bilik Kinoshita Sensei. Jam di tangan menunjukkan pukul 4 petang.


Aku kira, dalam seminggu dua kebelakangan ini, aku terkena kejutan budaya tahun dua. Walaupun sudah dua bulan aku menapak sebagai pelajar tahun dua, baru seminggu dua ini kehangatannya aku rasa.Dan hari ini, di kelas Zairyou Rikigaku ( Subjek Material Dinamik ) adalah kemuncak perasaanku. Ditambah lagi dengan isi kuliyyah sensei yang agak sukar sejak minggu lalu . Makin menambah resah dan beban secara tidak langsung. Biasanya jika tamat waktu kuliyyah, berbondong2 teman yang menghantar latihan yang dibuat dalam kelas. Lain pula dengan kali ini dan minggu lepas. Jika ada pun yang menghantar, hanyalah seorang dua. Entahlah. Aku pun masih terkulat2 untuk menghadam satu2 apa yang sensei sampaikan. Wah, beruntungnya teman2 Jepunku yang dapat faham terus bicara sensei.


Seminggu dua ini juga jam biologiku seakan tidak serasi dengan perubahan yang berlaku. Maklum sahajalah, musim panas baru menjengah. Kadangkala hujan, siang kadang2 panas, kadang2 mendung. Seingatku sudah 2 malam berturut2 hujan. Cabaran bagiku kerana ,masuk sahaja musim panas, bermakna akan ada perubahan waktu siang yang panjang, dan waktu malam yang pendek. Waktu subuh pula masuk sekitar jam 3.20 pagi. Isyak pula lambat, masuk hampir2 jam 9.00 malam.


Teruja? Memang mengujakan. Subhanallah. Di tangan Dia mengatur perjalanan waktu dan masa. Siang dan malam. Malangnya khilafku yang sangat alah pada kantuk. Mataku berair menahan kantuk seawal jam 10.00 malam. Kerja sekolah pula masih menimbun. Lebih mencemaskan jika aku tertidur awal di waktu esoknya ada peperiksaan. Mata terpejam tanpa dipinta sedang aku masih belum mengasah senjata. Alhamdulillah, kelas di semester ini tidak terlalu padat. Waktu senggang antara dua kuliyyah itulah baru kelam kabut mahu mengulangkaji. Alahai aku ini~

Yang bertanda merah itulah jadual peperiksaan pertengahan semesterku di sepanjang bulan Jun ini. Malah aku percaya, teman2 di serata Jepun juga begitu. Ada yang sedang bersiap siaga, ada pula yang sedang berperang hebat menghadapi peperiksaan. Moga semua tidak patah semangat dan putus asa ya?

Yosh! Ganbaruze..

Siapa tahu jika senpai2 ku bakal tertawa membaca entriku kali ini. Kerna ini hanyalah salam perkenalan untuk kesibukan belajar di Jepun. Tahun dua hanyalah fasa memanaskan enjin. Tahulah kau wahai diri, betapa perlu kau memecut dan mengah di tahun 3 nanti.

p/s: sabar2...ini lah namanya ni'mat belajar. =>



2 comments:

  1. salam saudari

    ganbatte ne~
    kat sini saya ada tinggal satu lg exam...isnin ni...wkatu exam jugak kitorg ni

    gudluck again!

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam wbt,

    terima kasih saudara KA. Saudara pun ganbatte kudasai juge~

    Wa~ makin banyak kotoba yang saudara tahu...mesti ramai sensei yang mengajar kan?

    ReplyDelete