Pages

Resensi : laskar pelangi




Alhamdulillah, hari ini baru khatam menonton filem Laskar Pelangi melalui youtube.com. Aku sekerat jalan membaca novel Laskar Pelangi yang masih tersimpan dalam computer riba. Apakan daya, memandangkan aku fikir aku perlukan masa yang panjang sebelum dapat menamatkan bacaannya, jadi aku memilih untuk menonton filemnya sahaja.


Memang benar telaanku, yang Laskar Pelangi yang asal, iaitu dalam bentuk novel lebih penuh dan berisi berbanding jika di filemkan. Namun sekalung tahniah aku ucapkan kerana Laskar Pelangi sedikit sebanyak ‘merealisasikan’ impianku untuk melihat bagaimana sekolah yang mengajar anak muridnya untuk terus membuat praktikal dengan alam. Tanpa perlu di hujani dengan formula2 yang tidak di fahami di kelas.


Sejujurnya perasaan terkesan itu datang bertimpa2 bila mana mengenangkan akan diriku yang begitu sukar untuk menghayati apa yang berada di sekeliling dan mengaitkannya secara langsung dengan pembelajaranku dalam kuliah. Aku benar2 kalah dengan kanak-kanak Laskar Pelangi yang miskin di Belitong itu. Kalahnya aku kerana gagal untuk merealitikan ilmu.


Maka benarlah pepatah yang selalu di sebut2 sejak aku di bangku sekolah rendah dahulu.


“ Ilmu tanpa amal, bagai pokok tanpa buahnya “


Aku rasakan, semakin banyak formula2 yang menjengah di kepala, semakin jauh aku dari alam realiti. Semakin sempit duniaku dari dunia luar yang maha luas. Rasa kagum menonton watak Lintang yang bersusah payah merentas perjalanan berpuluh kilometer, menunggu buaya melintas di pertengahan jalan, dan meredah panas dan hujan semasa perjalanan.


Bilamana aku melihat bagaimana nilai2 islam amat2 dititik beratkan dalam pendidikan di SD Muhammadiyah. Yang mana, solat jamaah di realitikan di sekolah. Guru menceritakan dengan penuh penghayatan sejarah agung Perang Badar,balasan2 yang ditimpakan atas kaum Nabi Nuh yang ingkar.


Bilamana iman jadi tunjang hidup, yang mana visinya untuk mendidik individu yang mulia akhlaknya, masih adakah lagi wujud sekolah seperti SD Muhammadiyah dalam cerita Laskar Pelangi ini di dunia realiti?


Moga aku tidak terus mengimpi, mungkin aku yang harus jadi pemula.


4 comments:

  1. baru tgk sampai part 2. tp sgt menarik. Malaysia dh tak buat filem2 mcm ni. Kalau Malaysia banyakkan filem adaptasi dr novel kan bagus. Cerita2 dari novel menarik. Ini tidak, yg banyaknya, cerita hantu dan cerita lawak bodoh.

    ReplyDelete
  2. bukunya pn saya xpnah bc. mana nak dpt di korea ni? hehe

    ReplyDelete
  3. erm, ana pun takde buku laskar pelangi tu. Tapi ana download dari internet je.. Tak pun, beli dekat ujana ilmu secara online pun boleh je

    ReplyDelete