Pages

tapi, ruhnya tiada!


Bismillahirrahmanirrahiim...

Khamis lepas, alhamdulillah berpeluang untuk saya dan teman-teman sejaulah berjalan-jalan ambil angin mengelilingi sekitar bandar London. Tatkala saya yang sedang berjalan berlenggang kangkung, dan agak jauh ketinggalan dibelakang berbanding teman-teman yang lain ketika menyusuri St. James Park untuk ke Buckingham Palace, bahu saya terasa diusik seseorang...

" Fizah, macammana ni. Kita dah sampai London ni. Tapi I still takde perasaan. Macam rugi je.."

Saya mendengar dan mengangguk setuju. Kerna saya pun sebenarnya berfikir begitu. Jika niat untuk memijakkan kaki ke Tanah Great Britain ini semata-mata untuk menatap Big Ben, melihat askar di Buckingham Palace, dan bergambar kenangan di tengah-tengah bandar London, saya perolehi semua ini. Namun, saya dan teman masih tidak puas jika itulah niat kami ke sini!

Alhamdulillah, bumi Allah kan luas. Dan tujuan ke bumi Great Britain ini bukan sekadar mahu bergambar kenangan di dinding-dinding batu. Malah matlamatnya moga-moga bakal menggegarkan jiwa dan menggemparkan bumi Jepun tatkala kami kembali nanti.

dan saya pun berlari-lari anak ke hadapan, mengejar teman-teman. Sambil tersenyum melihat teman-teman yang sambil berjalan dan menghafal doa dari al-Quran. ( 3: 191 )

2 comments:

  1. Diari nih...........


    Lam kenal ya.... Mau dapat uang dari ngeblog, CUMA PASANG IKLAN. Baca Tips berikut :

    http://kandangtips.blogspot.com/2010/01/dapat-jutaan-rupiah-dari.html


    Moga sukses ya..

    ReplyDelete
  2. mahu gegarkan hati?

    mungkin saudari2 smua kena cuba pergi ke tempat2 yg luar dr kbiasaan plancong...cubalah ke kawasan kampung2/luar bandar, perhatikan bagaimana kehidupan orang2 tak bernasib baik...berbual2lah dgn kaum2 minoriti di ssuatu ngara itu..selami cara hidup dan cara mereka berasimilasi dlm khidupan di bumi org...kmudian cuba bandingkan dgn nikmat yg sdg kita kecapi skarang ini... bi idzinillah, ALLAH akan tunjukkan sesuatu yg luar dr jangkaan kita

    ReplyDelete