Bismillahirrahmanirrahim,
sekadar mencatit omelan kisah 28 haribulan lapan. Maafkan ana lama benar tidak memetik kekunci untuk menulis di ruang blog ini. Kini ana berada di tanah air. Mengatur masa untuk bersama keluarga dan menyelesaikan tugas sementelahan di Malaysia.
Kisahnya begini. Ini kisah 28 hari bulan lapan. Atau pendek katanya semalam.
Semalam, hari sabtu. Jadual ana bermula dari awal pagi, seawal jam 8. Abah hantar ana ke stesen komuter di Klang. Ana ada koryuu dengan kouhai 1nensei di AAJ pada jam 10.00 pagi. Masa menunggu komuter sangaaaat lama! Masa ana habis disitu. Tiba di AAJ pun giri2. Kebetulannya, masa sensei sebut nama ana, ana masuk pintu depan ADK 1. Terus sahaja sensei minta shoukaikan diri sendiri. =)
Ini pertama kali ana terlibat dalam koryuu dengan kouhai AAJ secara rasmi. Biasanya ana dengan teman-teman lain dah "serang" dulu adik-adik ni di ryou. Tapi sebab koryuu ni agak rasmi, mungkin hanashi lebih kepada perkara berkaitan akademik.
Menariknya kouryuu kali ni, ana rasa syukur sangat. Senpai-senpai lain yang datang dengan ana, alhamdulillah terasa kesepakatannya. Akademik bukanlah segalanya, tapi kehambaan kepada Allah itu yang utama. Terasa kasihan benar dengan kouhai-kouhai di AAJ ni. Sudahlah kelas dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Dalam tempoh 2 tahun, langsung tiada pengisian bercorak kerohanian yang di anjurkan pihak sekolah. Mungkin, satu kesimpulan ana boleh katakan. AAJ adalah satu tempat untuk men"jepun"kan pelajar!
-melainkan bagi yang benar-benar punyai kemahuan yang tinggi dan tidak mahu terbelenggu dengan kesibukan yang tidak kemana-mana-
Pengumuman untuk RPKJ batch 25,26,27,28...
kohai kita sekarang dah takde kelas sabtu ..... waaaaaaaaaaaaaaaaaa >.<
relax..relax =)
Selepas koryuu, ana ambil keputusan untuk shopping buku di Jalan Masjid India.
Turun je dari LRT, ana dah rasa rimas dah. Sesaknya masyaAllah!!
Ana terus berjalan ke Jalan Masjid India. Sepanjang perjalanan, jujur ana katakan, rungutan dan bebelan sambil kesal bergilir-gilir menempati hati. Mana tidaknya... realiti umat islam sekarang kan. Lebih-lebih lagi yang wanita.
Ana kasihan benar dengan wanita-wanita sekarang ni. Bukan sahaja dipermainkan musuh islam, bahkan menjadi boneka peniaga. Hotondo ana tengok yang bertudung, tapi...ehem2. Bertudung tapi pinkan untuk menampakkan sanggul. Kan ada hadis yang sebut Allah laknat wanita yang menampakkan sanggul seperti bonggol unta. Tak tahulah mereka belajar daripada mana. Sah, musuh islam sengaja nak mainkan. Yang haram... diperindahkan. Itu belum lagi baju-baju yang dijual sangat-sangatlah nipis..
Sedihnya ana..... T.T.
Sakit kepala ana! Alhamdulillah, lega sikit bila dapat masuk ke masjid. Rasa bagai tidak mahu keluar-keluar lagi. Tidak sanggup mahu hadapi kesesakan semacam tadi. Berlaga bahu dengan entah siapa-siapa.
Azan asar sudah lama berkumandang, doa ana moga yang sedang sibuk shopping, mahupun yang ada diluar masjid itu sudah solat. Yalah, Allah itu Maha Kuasa kan..?
Bukan setakat puting beliung yang menimpa bazaar ramadhan , Allah berkuasa nak buat apa sahaja.
p/s: 28hb = the peak of tarbiyyatul qalbi
turut merasa sedihnya..
ReplyDelete~Hotondo ana tengok yang bertudung, tapi...ehem2. Bertudung tapi pinkan untuk menampakkan sanggul. Kan ada hadis yang sebut Allah laknat wanita yang menampakkan sanggul seperti bonggol unta. Tak tahulah mereka belajar daripada mana.~
ReplyDeleteKemungkinannya mereka tidak tahu perihal hadith ini. Ramai juga sebenarnya yang masih tak tahu. Jadi, inilah kewajipan kita sebagai orang yang sudah tahu untuk menyampaikan pada yang tidak tahu. Alhamdulillah, kita teruskan berdoa semoga akhowat kita kembali mengenal Islam, yang sebenar-benarnya!
P/S: Saya salahkan mereka-mereka yang keluarkan "Busana Muslimah".