Pages

no title


Bismillahirrahmanirrahiim.
Dengan nama Allah yang penuh cinta dan kasih sayang.

Alhamdulillah, alhamdulillah,alhamdulillah

Hari ini sudah hari keempat saya di Johor.
Jika orang bertanya, untuk apa saya ke sini? Alasan saya mudah..

"lawat adik..belajar kat UTM".

Tapi itu dahulu pada cuti musim panas yang lalu. Tapi untuk kali yang kedua kunjungan saya di sini sempena cuti musim bunga ini, melawat adik itu pasti. Tapi tujuan yang utama itu berbeza.

" I wanna spend my time with akhawaat ".

Alhamdulillah, Allah make my dreams come true.
Malah lebih dari itu.

Sepanjang 4 hari ini, Allah temukan saya dengan berbagai-bagai manusia dan pelbagai situasi.
Apakah ada alasan untuk saya yang melihat untuk tidak berfikir dan mengambil pengajaran?

P.E.N.G.O.R.B.A.N.A.N

Saya lihat realiti akhawat disini. Mungkin mereka tidak merasa mereka berkorban kerna jarak sesama akhawat, malah jarak sesama mad'u hanya berlegar di sekeliling tampak. Mungkin juga mungkin juga jarak sesama mereka pun hanya sekangkang kera. Berbanding dengan Jepun, jarak kami jauh antara satu sama lain, mungkin mereka rasakan kami berkorban untuk bergerak ke satu tempat dengan satu tempat. huhu.

Tapi saya lihat sendiri.

Yang punya kereta dan bisa memandu, akan berkorban tenaga. Ambil orang, hantar orang. Ke sana, ke mari. Bahkan tanpa henti. Belum lagi melayan karenah sesama mereka...berkorban diri untuk sabar itu sebenarnya lebih payah. Berkorban wang, harta.. itu tidak usah dicerita laaa.

Saya kelilingi dunia untuk 4 hari ini!

Siapa kata tidak boleh kelilingi dunia dalam masa 4 hari...?

Saya kata boleh!

Saya jumpa akhawat-akhawat johor,

saya ketemu akhawat indonesia,

saya ketemu akhawat india.

hehe.

Different akhawat, with 1001 stories, 1001 joys, 1001 spirits and so on!

Jika di Jepun sekarang, "kosong". Akhawat sedang bertebaran ke sana ke mari. Ada yang berjaulah ke US, Korea, China, UK Eire , Spain...etc.

Saya dan satu dua orang sahaja yang memilih untuk ke tanah air. Terasa hati ingin pulang..ikutkan aja..huhu. Suka hati je.

" Allah, tsabbti quluubana a'la diinik ".
because.... you know Malaysia right? The place where their smiles are guineine. Lots of fooooods and stuffs are waiting. With my lovely abah, emak and adik2. Yang mana bisa menambat kaki dan hati untuk berseronok-seronok. Bebas dari pening-pening nak fikir pelbagai benda..

Astaghfirullah..no no no. You can't!

Saya teringin nak jadi student uni

Jujur untuk saya katakan. Terlalu ingin menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar universiti di Malaysia. Saya termimpi-mimpi..mesti saya enjoy dengan kelas saya. Faham perkataan lecturer, boleh angkat tangan dan bertanya sesuka hati, membuat group study, pembentangan dalam bahasa yang difahami...etc.

Makanya hari itu saya ikut adik ke kuliyahnya. Tapi tidak diizinkan Allah untuk menimba pengalaman merasai kuliyah di universiti Malaysia.

" Lecturer kata kelas takde hari ini ". Salah seorang yang barangkali ketua kelas itu memberitahu usai membaca mesej yang diterima di telefon bimbitnya. Alhamdulillah, walaubagaimanapun, sempat juga saya berkenalan dengan beberapa orang teman sekelas adik saya. Maaf ya kalian, " nice to meet all of you .." tapi saya tidak mampu mengingati kesemua nama kalian.

Ada rezeki jumpa lagi!

Geram di Perpustakaan

SShhh!

Saya "memceroboh" masuk tanpa kebenaran ke perpustakaan di sini.

Sejurus melangkah kaki masuk ke dalam bangunan yang saya kira setinggi 5 tingkat itu, saya benar-benar sungguh teruja!!!!!

Perpustakaan di sini sungguh besar. Penuh dengan bahan rujukan yang 2 thumbs up!

Saya melangkah kaki ke tingkat 2. Saya tidak pasti di situ ruangan untuk bahagian apa, tapi tatkala saya merapati rak buku paling hadapan ditingkat itu, saya terkesima.

Melihat deretan buku tafsir fi zilalil Quran sebanyak 6 jilid tersusun rapi. Bayangkan, selama ini hanya mendengar dari ustaz yang buku Tafsir fi zilal dalam bahasa arab ini 6 jilid , namun jika di terjemahkan menjadi lebih banyak dari itu. Dan sekarang, tafsir dalam bahasa arab itu ada di hadapan mata!

Saya ambil jilid pertama, dan saya buka lembaran awal.

" Muqaddimah fi zilalil Quran "

Down bila tidak dapat membaca dengan betul teksnya yang ditulis dalam bahasa arab itu. Berbekalkan ingatan saya pada nashkah softcopy terjemahan MZ dalam bahasa melayu dan pelajaran bahasa arab di sekolah menengah dahulu, saya baca sepintas lalu.

Sungguh, yang bahasa arab itu sebenarnya jika difahami..sangat masyuuk. ( Maaf, tidak tahu bagaimana untuk jelaskan dengan perkataan yang lebih mudah ).

Saya mengambil masa yang amat lama untuk membelek buku dari satu sudut, ke satu sudut.
Itu baru satu tingkat.

Buku-bukunya saaaaaaaaaaaaangat banyak!
Kamus-kamus, judul kita-kitab besar , buku-buku hebat yang selama ini hanya didengar dari mulut, kini semuanya nyata dihadapan mata!

Rasa mahu pindah universiti pun ada. Bukan mahu belajar, tapi mahu habiskan masa disitu sahaja.

Untungnya pelajar-pelajar di Malaysia,
untungnya pelajar-pelajar UTM,

subhanallah, untungnya antum-antum semua.

Kepada ikhwah akhawat, dan teman-teman yang lain juga..
Sila jelajah perpustakaan antum tau. Ana cemburu sama antum nih!

Haih!

Calling for biah solehah, living with akhawat everywhere you are and RI also (?)

Di perenggan atas tadi saya bercerita yang saya ketemu sama akhawat Indonesia kan.

Umurnya muda setahun dari saya ( but i'm still young ,k ..hehe ), saya ketemu dengannya tidak sampai beberapa lama, namun Allah mengajarkan sesuatu melalui dia.. yang cukup berharga buat saya.

Khusus buat saya,

umum buat antum ikhwah akhawat yang hidup kita dengan budaya bilik hitori-gurashi di Nihon itu.

Saya titipkan sebuah hadith yang dikongsi dair akhawat Indonesia itu;

Disebutkan dalam hadits, “Aku beritahukan bahwa ada suatu kaum dari umatku datang di hari kiamat dengan kebaikan seperti Gunung Tihamah yang putih, tetapi Allah menjadikannya seperti debu-debu yang beterbangan. Mereka adalah saudara-saudara kamu, dan kulitnya sama dengan kamu, melakukan ibadah malam seperti kamu. Tetapi mereka adalah kaum yang jika sendiri melanggar yang diharamkan Allah.” (HR Ibnu Majah)
Ketika berkongsi tadi, dari riak wajah akhawat itu..jelas kelihatan takutnya dia dengan futur, Lebih-lebih lagi ketika cuti sebegini. Dia yang dari Raub, sanggup ke bumi Johor ini.. semata-mata untuk bertemu akhawat. mengelakkan diri dari futur. Begitu juga akhawat India yang saya jumpa, yang sanggup balik hari dari Seremban-Johor. Ke sini untuk bertemu dengan akhawat, menghangatkan ukhuwah, walaupun sebenarnya antara saya dan mereka sebelum ini tidak pernah bertemu sama sekali. Tapi saat pertemuan kami sudah membina "taman" dalam hati.

Jiwang? Yes for this kind of love.. :)

Ukhuwah fillah abadan abada.. !

Wida'

Wida' itu jika diterjemahkan ke dalam bahasa melayu, maksudnya "selamat tinggal".

InsyaAllah malam ini saya akan bertolak pulang ke rumah. Berat untuk meninggalkan, namun bila menerima " call from my emak", saya harus pulang dahulu. Alhamdulillah, Allah kurniakan perjalanan yang bermakna untuk kunjungan kali ini. Memberi saya beberapa jawapan untuk beberapa persoalan, " Menjinakkan singa ini menjadi ...hurm, kucing barangkali", dan sebagainya.

Hubungan darah itu satu ikatan.

Tapi yang kekal dan bermakna itu adalah ikatan seakidah.

bertemu sesaat pun sudah boleh jatuh cinta! Wiiii..

Mahu minta diri dulu ya..afwan (maaf ) sudah lama tidak mencoret. Doakan saya untuk tidak berat berkongsi cerita.

Yang baik itu dari Allah, yang lemah itu..tuding ke saya, ya.

Tepi sebelum tu, nak promote satu cerita korea ni.

Antum di nihon...bila kita nak buat drama kita pulak?!



Assalamualaikum.
KTF,
Universiti Teknologi Malaysia.
1.3.2011


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. like this post..

    1)sgt setuju dgn "bestnya kalu faham apa yg lecturer ajar"

    2)pernah juga dengar perkongsian dari akhawat dari negara lain.. best dgr byk cerita dari mereka yang agak berlainan dgn keadaan ni nihon..sankou ni natta koto mo ippai aru

    3)oo ni ke hadis yg akak kongsi tu..

    hihi..

    ReplyDelete