Pages

melangkah ke suasana baru

-magnet saya-

Bismillahirrahmanirrahiim..

Apa khabar semua?
Saya jawab: Alhamdulillah,luar biasa, Allahu akbar!

Moga hari ini lebih baik dan lebih bersemangat berbanding semalam dan hari-hari lepas.
Jika masih belum memasang niat dan cita-cita serta merangka kerja, moga tak terlewat walaupun sudah jam 10.24 pagi ketika ini. ;)

Hari ini masuk hari keempat secara rasminya sejak saya masuk ke kenkyu ini.
Alhamdulillah, setelah menempuh tiga tahun pembelajaran dari April 2008 hingga April 2011, saya dapat menjejakkan kaki ke tahun empat sebagai kenkyu-sei.



Kenkyu yang menjadi pilihan saya, 応用熱研究室 (ouyo netsu kenkyu shitsu: Applied Heat Laboratory) dan alhamdulillah, saya disini sekarang.

Untuk fasa sekarang, alhamdulillah tema sudah dipilih dan sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan gambaran kasar tentang tema kenkyu yang dibuat. Kenkyu bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Buat masa ini, masih belum ada sebarang perbincangan atau jadual jikken mahupun zemi. Atashi shidaini kimeru yo! (Terpulang pada saya untuk menguruskannya)

InsyaAllah, nak pasang azam baru lah:
1) Menjadi orang yang bertummuhaat. termotivasi, tak gentar cabaran
2) Seronok dengan kenkyu, buat penuh minat, dan serapkan kepakaran&pengetahuan diri
3) Sambung master.

yosh.

Bismillah tawakkalna a'lAllah.

glosari:
kenkyu: makmal kajian
kenkyu-sei: pelajar makmal
jikken: eksperimen

1 comment:

  1. waaaa....sugoi sugoi (ntah sesuai ke x)..

    guna arablah,

    bittaufiq wan najah!
    ana uhibbuki fillah..
    Allah ma'aaki,
    al 'amal mustamir ilal jannah!
    inshaAllah...

    ReplyDelete