Pages

penyakit kita


Bismillahirrahmanirrahim,


Tidak pasti adakah semua orang pernah melalui penyakit ini.

Tapi saya pernah merasainya dan namun kini saya hairan sendiri.

***

Saya: " Dik, akak rasa apa kata buat jadual untuk contact your mad'u? Mungkin satu cara untuk elakkan terlupa nak mesej dan rapatkan hubungan dengan dia "

" Erm.. saya tak biasa sebab mungkin saya pun jarang dimesej oleh murobbi-murobbi saya "

Saya: ........ (speechless)

***

Bila saya kenang semula, memang ini situasi yang pelik. Bahkan saya juga pernah mengalami perasaan seperti adik itu. Jika diri tidak dapat mencapai itu dan ini, salahnya itu jatuh terus pada murobbi.

Astaghfirullah.

Bagaimana ya pada mereka yang tidak berada dalam tarbiyyah?

Jika mereka tersungkur mengalami kejatuhan, pada siapa mahu ditudingkan jari?

" Cikgu kat sekolah dulu tak ajar"

" Emak ayah tak pernah tunjuk "

Tidak bukan? Malah jarang sekali mendengar sebegini.

Muhasabah buat saya, adakah berada dalam tarbiyyah ini lesen untuk mengaitkan kekurangan diri kita itu terus pada murobbi atau teman seangkatan? Pernah atau tidak ya kita punya suatu perasaan yang menolak segala sangkaan dan mahu bangun dengan gagah mengatasi kekurangan diri?

Bagaimana pula dengan mereka yang masih boleh "survive" meskipun murobbi jauh beribu batu?
Alasan mereka lebih kuat untuk menyalahkan orang lain jika mereka lemah.

" Kami tak leh survive sebab murobbi takde depan mata, takde qudwah ".

Astaghfirullahal a'ziim.



Kebergantungan kita pada Allah atau pada murobbi?

mengkategori diri


Bismillahirrahmanirrahim,

Teringat saya tatkala seorang murobbiah menamatkan pengisiannya berkenaan 4 golongan dalam tajuk Dakwatuna dari Himpunan Risalah HAB.

Katanya,

" Sebelum kita menganalisa dan mengkategorikan mad'u dihadapan kita dalam kategori yang mana, seharusnya kita terlebih dahulu mengkategori diri kita berada dalam golongan yang mana. "

Ya, jarang sekali kita mahu mengkategori diri sendiri. Bahkan mengkategori dan menganalisa diri ternyata lebih susah berbanding mengkategori orang lain.

Bahkan,

pernah atau tidak kita bertanya pada diri sepanjang kita dalam jalan tarbiyyah ini.
Kita dari golongan mana?

Sama ada yang ikut sahaja tarbiyyah (ikut-ikut orang, bagai orang yang disuap),

atau kita ini adalah orang yang mahukan tarbiyyah?

Kerna perasaan dan tindakan kita pada dua hal ini pastinya berbeza.



Kita di mana ya?

all we need just ...focus !

Bismillahirrahmanirrahiim.

Pernah atau tidak kita mengalami kejadian sebegini,

" Ish, dah berapa jam aku study ni. Tak dapat masuk jugak! ".

Sambil pada waktu yang seharusnya kita menumpukan sepenuh perhatian kepada study kita, mata kerapkali menoleh pada skrin komputer, tangan gatal mahu mengklik tetikus, dan telinga disumbat "earphone" dengan muzik entah apa-apa, sedang mulut terkumat-kamit mendendangkan lagu pujaan.

Jika terjadi begini, jangan mengeluh jika sudah study berjam-jam lamanya pun.. masih tak dapat-dapat.

Benar, masa itu Allah yang punya.

Benar, masuk atau tidaknya apa yang kita "study"kan itu juga dari Allah.

Tapi bila mana yang dilakukan itu bersalahan dengan apa yang sepatutnya kita lakukan, mahu dituding ke manakah jari kita?

***

Seorang adik pernah mengadu pada saya, akan kesukarannya untuk memahami pelajaran ketika mengulangkaji.

" Adik dah baca semua, tapi masa exam tadi semua tak keluar. Bercelaru semuanya ".

Kepala tersengguk-sengguk sewaktu mengulangkaji, makan yang tidak tentu hala, tidur yang tidak mencukupi. Masakan mungkin beroleh fokus untuk study!

Ya, FOKUS.


Fokus bukan berkaitan dengan kuantiti, tapi pada pendapat saya ia berkaitan dengan kualiti. Sejauhmana dalam sejumlah masa tertentu, walaupun sesingkat waktu sekalipun jika fokus mengiringi, insyaAllah akan menghasilkan sesuatu.

Sepenuh tumpuan diberikan. Tidak terganggu dengan perkara-perkara lain.

Tidak wujud istilah sambil itu, sambil ini. Mungkin situasi berbeza bagi orang yang mempunyai keistimewaan "multi tasker", namun sejauhmana kita dapat memberi semaksima mungkin fokus, untuk menghasilkan sesuatu yang "superb" dan berkualiti?

***

Hal mengenai fokus ini saya pelajari dari bermain ping pong.

Pengalaman ulung, memang mengujakan. Jika sebelum ini, saya lebih berminat kepada permainan yang menggunakan kekuatan tenaga dan peratus kemantapan fizikal yang tinggi seperti bola keranjang, namun bila pertama kali saya bermain ping pong, saya gagal.

Walaupun zahirnya ping pong itu "sangat lembut" dan senang, namun tanpa sabar dan daya fokus yang tinggi, dan hanya berbekal pada tenaga sahaja.. kita gagal.

Dan jujur, berusaha untuk fokus, dan fokus itu juga satu cabaran.
Bermandi peluh juga bila bermain ping pong tempoh hari.

Begitu juga dalam permainan softball. Dapat memukul bola itu juga sudah cukup mencabar pada saya setelah beberapa kali gagal memukul.

Teringat kali pertama saya bermain softball dengan teman satu lab saya, bila mana saya masih gagal memukul bola.

Senpai saya berpesan,
" Hafiza, yoku bo-ru miru yo. "
( Hafizah, tengok betul-betul pada bola ye )

Saya ikuti nasihatnya, dan akhirnya.
Alhamdulillah, berjaya tamatkan satu pusingan. ^^V

***
Dan

Bukankan Allah menyuruh kita untuk khusyuk dalam solat? Menumpukan seluruh perhatian, seluruh anggota kita tatkala solat.

Dengan itu kita boleh menghasilkan sebaik-baik amal insyaAllah.

Belajarlah untuk FOKUS,

dan FOKUS.




Glosari:
senpai: senior