Pernah atau tidak kita mengalami kejadian sebegini,
" Ish, dah berapa jam aku study ni. Tak dapat masuk jugak! ".
Sambil pada waktu yang seharusnya kita menumpukan sepenuh perhatian kepada study kita, mata kerapkali menoleh pada skrin komputer, tangan gatal mahu mengklik tetikus, dan telinga disumbat "earphone" dengan muzik entah apa-apa, sedang mulut terkumat-kamit mendendangkan lagu pujaan.
Jika terjadi begini, jangan mengeluh jika sudah study berjam-jam lamanya pun.. masih tak dapat-dapat.
Benar, masa itu Allah yang punya.
Benar, masuk atau tidaknya apa yang kita "study"kan itu juga dari Allah.
Tapi bila mana yang dilakukan itu bersalahan dengan apa yang sepatutnya kita lakukan, mahu dituding ke manakah jari kita?
***
Seorang adik pernah mengadu pada saya, akan kesukarannya untuk memahami pelajaran ketika mengulangkaji.
" Adik dah baca semua, tapi masa exam tadi semua tak keluar. Bercelaru semuanya ".
Kepala tersengguk-sengguk sewaktu mengulangkaji, makan yang tidak tentu hala, tidur yang tidak mencukupi. Masakan mungkin beroleh fokus untuk study!
Ya, FOKUS.
Fokus bukan berkaitan dengan kuantiti, tapi pada pendapat saya ia berkaitan dengan kualiti. Sejauhmana dalam sejumlah masa tertentu, walaupun sesingkat waktu sekalipun jika fokus mengiringi, insyaAllah akan menghasilkan sesuatu.
Sepenuh tumpuan diberikan. Tidak terganggu dengan perkara-perkara lain.
Tidak wujud istilah sambil itu, sambil ini. Mungkin situasi berbeza bagi orang yang mempunyai keistimewaan "multi tasker", namun sejauhmana kita dapat memberi semaksima mungkin fokus, untuk menghasilkan sesuatu yang "superb" dan berkualiti?
***
Hal mengenai fokus ini saya pelajari dari bermain ping pong.
Pengalaman ulung, memang mengujakan. Jika sebelum ini, saya lebih berminat kepada permainan yang menggunakan kekuatan tenaga dan peratus kemantapan fizikal yang tinggi seperti bola keranjang, namun bila pertama kali saya bermain ping pong, saya gagal.
Walaupun zahirnya ping pong itu "sangat lembut" dan senang, namun tanpa sabar dan daya fokus yang tinggi, dan hanya berbekal pada tenaga sahaja.. kita gagal.
Dan jujur, berusaha untuk fokus, dan fokus itu juga satu cabaran.
Bermandi peluh juga bila bermain ping pong tempoh hari.
Begitu juga dalam permainan softball. Dapat memukul bola itu juga sudah cukup mencabar pada saya setelah beberapa kali gagal memukul.
Teringat kali pertama saya bermain softball dengan teman satu lab saya, bila mana saya masih gagal memukul bola.
Senpai saya berpesan,
" Hafiza, yoku bo-ru miru yo. "
( Hafizah, tengok betul-betul pada bola ye )
Saya ikuti nasihatnya, dan akhirnya.
Alhamdulillah, berjaya tamatkan satu pusingan. ^^V
***
Dan
Bukankan Allah menyuruh kita untuk khusyuk dalam solat? Menumpukan seluruh perhatian, seluruh anggota kita tatkala solat.
Dengan itu kita boleh menghasilkan sebaik-baik amal insyaAllah.
Belajarlah untuk FOKUS,
dan FOKUS.
Glosari:
senpai: senior
No comments:
Post a Comment