Pages

Periuk Nasi Kita

Bismillahirrahmanirrahim,

 Saya kini berada dalam perjalan pulang ke Ube, Yamaguchi setelah berpergian selama 4 hari ke Tokyo untuk menghadiri temuduga biasiswa pengajian master saya tahun hadapan. Alhamdulillah, lega bila ianya selesai dan nampaknya saya perlu lebih serius untuk memikirkan 5 bulan yang berbaki ini. Persediaan untuk kemungkinan yang pasti iaitu graduasi dan pulang ke tanah air.

 Tatkala saya mendapat jemputan untuk menghadiri temuduga tersebut, terus saya mencari tiket untuk ke sana. Perjalanan dari Yamaguchi ke Tokyo bukannya dekat!

2 jam dengan kapal terbang.
6 jam setengah dengan Bullet Train.
14 jam dengan bas.

 Harga tiketnya sahaja pergi balik sudah bisa menampung tiket saya pulang ke Malaysia. Namun pada saat itu, hal-hal ini tidak saya endahkan.

 Namun, sebaliknya terjadi. Tatkala kita dipanggil untuk liqa, daurah, program, mesyuarat dan sebagainya...kerapkali kita terasa berat. Wallahua'lam pada masa itu ada halangan-halanan yang memungkinkan sukar untuk kita hadiri, namun bilamana ianya melibatkan periuk nasi, keseronokan kita, dengan senang hati kita memutuskan untuk pergi. Saya juga tidak terkecuali.

 Sedihnya.

Kerna kita sebenarnya lupa. Dakwah itu tidak perlukan kita. Tapi kita yang membutuhkannya. Allah bisa sahaja menggantikan kita dengan yang lain. Dan rezeki itu milik Allah. Sedang keseronokan dunia adalah sementara.

Buat hati-hati yang masih berat untuk berjuang seperti saya, kembalilah membersihkan diri. Kosongkan dari keuntungan dunia, sedangkan ikhwah akhwat diluar sana terus meluru laju berjuang.

 Dan kita masih dimana..?
Bismillahirrahmanirrahiim.. Alhamdulillah, tsumma alhamdulillah. Alhamdulillah atas ni'mat yang kita kecap. Alhamdulillah atas takdir Allah memilih dan menghidupkan kita. Alhamdulillah Allah, yang tak pernah jemu dengan hamba. Sentiasa memberikan yang paling terbaik, bersabar dengan kita yang entahkan ya atau tidak mengaku diri sebagai hamba. Alhamdulillah buat segala2nya yang Allah sendiri lebih mengetahui daripada diri kita sendiri. Alhamdulillah. p/s: kadang2 kita kita lebih terdorong untuk berbuat sesuatu yang akan mmbawa keuntungan pada periuk nasi kita. ish ish

Bila JEMU dan BORING berbicara


Boring , Jemu . 
Perasaan yang akan menerkam diri bila diiringi perbuatan "Selalu".

Jadi, salahkah "Selalu" itu?
Bukan Jemu atau Boring buat jahat tau.
Tapi buat baik pun.

Kalau yang jahat tu, tak pernah rasa Jemu.
Tak pernah rasa Boring.
Sebab SYAITAN tepuk tangan sokong dari belakang.
Walaupun diri sendiri rasa nak terjeluak!

"Selalu" tu tak salah.
Yang salah sebab diri tak ambil kisah.
Manusia itu nakkan yang lebih baik.
Nakkan perubahan yang membangun.
Itu fitrah.
Bila buat benda yang sama, setiap masa, setiap hari.
Memanglah rasa nak muntah.

Hurm.
Jangan nak bagi alasan. 
Buat baik pun salah, buat jahat lagilah salah.
Jadinya, tak payah buat apa-apa lah.

Salah baca, jadinya salah faham.
Fikir untuk berubah.
dan berubah.
kepada yang lebih baik.

Kalau hari ni makan nasi.
Esok makanlah mee.

Kalau hari ni setengah juzuk,
Esok setengah juzuk campur tadabbur.

Steps to grad 1: list to do 14th september.


Bismillahirrahmanirrahiim.

Oleh kerana sensei sibuk, zemi yang dijadualkan berlangsung jam 4 petang hari ini dibatalkan. Saya menunggu hingga menghampiri jam 6.00 petang, dan kelibat sensei masih belum kelihatan.
Kaecchauyo.

Alhamdulillah, jikken kekka hari ni lebih baik berbanding semalam. Yang semalam tu macam ape-ape entah. Baru sedar rupanya silap faham dengan arahan senpai. Hari saya dan senpai ubah setting pembasahan benang. Nak pastikan yang benang tu selari antara kedudukan tiub  dan bekalan air.
Tu lah kan, hidup ni sentiasa perlukan pembaharuan. Kalau sama je, biasanya akan ada kesilapan dan kalau kita tak berubah.. kita tak tahu pun yang kita ni tersilap.

2 minggu lagi insyaAllah ada presentation semasa zemi. Ni pun sedang berusaha nak dapatkan data yang cantik. Saya tanya-tanya senpai macammana nak tentukan Objektif Kajian?
Dia bagi hint dan minta saya fikir sendiri.
OK, insyaAllah..Allah..saya perlukan ilham dariMu.

Nampaknya saya perlu study lebih dalam. Sebab sebulan balik bercuti ke Malaysia dan mahu fahamkan balik apa yang saya sedang buat dalam eksperimen saya ni.
Saya kena jadi orang yang banyak tanya. Tapi nak kena mandiri untuk dapatkan idea sendiri.
Ni cara senpai saya didik saya. Huhu.

Ok lah, list to do for tonight and tomorrow.
1. Study untuk fahamkan eksperimen yang saya dah buat. Keluarkan Objektif Kajian.
2. Jika sempat malam ini mahu tengok-tengok buku Ryutai. Rindulah.
3. Tulis Curriculum Vitae, Isi borang-borang scholarship Jepun.
4. Study satu hadis dan satu kisah sahabat. 

Pheww..

wAllahua'lam.

p/s: saya sedang countdown sebenarnya. Tidak sabar mahu graduasi walaupun research saya baru je bermula. Sebab human sense kot yang nak tahu apa akan berlaku setelah saya bergraduasi. Hoho.Dalam masa yang sama doakan agar saya dapat menghargai hidup saya untuk 6 bulan sebelum graduasi. (hargai hidup untuk mati? patutnya setiap masa la kan???)


Diari: Tolonglah, camne ni.. phone mati!

Bismillahirrahmanirrahiim.

Astaghfirullah, bagai terasa mahu menepuk tangan ke dahi bila melihat bateri phone cuma berbaki 45%. Lupa mahu dicaskan, sekejap lagi dalam 15 minit sudah mahu bergerak keluar.

Haish..masa-masa macam ni lah nak lupa itu ini. Sementara aku menyiapkan diri, sempat aku cucuhkan plag charger. Biarlah sependek 2, 3 minit sekalipun. Asal cukup syarat berusaha mahu caskan bateri phone tu. Takdela rasa bersalah sangat nanti. Getus aku dalam hati.

Lebih kurang jam 2.45 petang aku keluar dari rumah. Sejak tiba ke Jepun, pagi semalam.. aku masih belum pulang ke Yamaguchi, home sweet home lah sangat(sedang homesick mode). Sekarang ini pun masih menagih belas ihsan akhawati di Osaka.

Plan hari ini mahu ke Masjid Kobe, dan selepas itu mahu bertemu umi tercinta di sekitar Kansai juga.
Maklumlah, patik berasal dari kampung penuh bendang, Yamaguchi. Bila travel di bandar bangunan tinggi dan keretapi laju ni, perlulah bergantung pada phone kan.

Memang ya, aku keluar jam 2.45 petang. Tapi singgah sebentar ke Family Mart untuk buat beberapa pembayaran. Jawabnya, naik densya jam 3 lebih la kan?

Destinasi 1, Masjid Kobe.
Kalau ikut route densya yang aku cari melalui phone tadi, perjalanan dari Nagase-Sannomiya(三宮: eki Masjid Kobe) ni , perjalanan ambil masa lebih kurang sejam jugak lah. Bila tansit di Tsuruhashi ke Sannomiya, phone tak boleh nak akses pulak. Ok, bermula disini.. aku try je ikut board dan 方面. Aku naiklah train yang menghala ke 宝塚.

Masa dalam train tu, aku ditegur seorang makcik Jepun.
" Minta maaf, boleh saya tanya tak kenapa muslimah (wanita muslim) tak boleh tunjukkan rambutnya? Sebab Allah suruh ke? ".

Serius, saya terkejut bila ditanya bertubi-tubi begitu. Setelah satu bulan penuh bercuti, memang kekok mahu menggunakan bahasa Jepun. Lalu saya beritahunya apa yang terlintas dalam fikiran saya pada waktu itu,
" Ya memang. Saya ikut apa Allah cakap dan ia tertulis dalam Quran ".

Makcik tadi tak puas hati. Dia kick-off jawapan saya,
" awak tak boleh cakap macam tu. Macam kami ni tak diajar tentang agama, tentang Allah. Macammana nak faham. Cuba awak tengok keliling awak sekarang. Perempuan-perempuan lain, orang-orang lain. Mereka sebenarnya tertarik dan nak tahu kenapa awak pakai macam ni. "

Saya dah mula berdebar-debar. Sedaya upaya saya cuba sembunyikan perasaan dan cuba untuk senyum sahaja. Dalam masa yang sama menyalahkan diri kenapalah susah sangat nak susun ayat bila kena tembak macam ni?

Selepas menghabiskan ayat-ayat terakhirnya, aku dan makcik membawa pandangan masing2. Aku membalas mesej-mesej yang datang bertubi-tubi di phone.. manakala makcik itu barangkali tertidur di sebelah.

Akhirnya, densya yang aku naiki itu tiba di destinasi akhir.
Rupa-rupanya aku salah densya!

Sementara jari ligat menyentuh skrin phone untuk mencari route baru, dalam kepalaku ligat berfikir apa sebenarnya ibrah atas semua ini? Dengan bateri phone yang nyawa-nyawa ikan, aku sediakan apa yang patut. Ambil gambar mesej umi tercinta berkaitan route ke rumahnya dari eki, salin nombor-nombor telefon yang patut aku hubungi di resit lama, dan salin route densya untuk aku pulang ke rumah.

" Bateri nak mati. Sesat2 naik densya. Jumpa pulak makcik yang meresahkan. Oh, apakah ini? "
Nafasku turun naik. Kerut seribu didahi.

Aku mulakan kembali perjalanan untuk ke masjid Kobe dengan route yang baru. Tiba di Sannomiya Eki, aku terus mencari lokasi masjid menerusi googlemap di phone. Alhamdulillah, sebelum bertolak tadi Allah beri ilham untuk copypaste alamat masjid tu.

Bateri masih lagi berbaki 5%. Phone ku hanya sempat berbakti separuh dari perjalanku ke masjid. Baki perjalanan yang lain sehingga tiba ke masjid hasil ilham Allah menerusi pertanyaanku pada seorang gadis yang sedang menunggu seseorang di sebuah simpang. Katanya, " awak jalan je terus. terus je. akan nampak masjid tu. Awak muslim kan? Nak pergi solat ye? " . Terima kasih kakak comel. Aku anggukkan kepala sambil ucapkan terima kasih. Ikut hati mahu sahaja jalan laju-laju.Cepat sampai.
Telaanku sebelum ini hanya untuk singgah sebentar di masjid ini, meleset sama sekali. Tiba disitu pun sudah terbenam matahari dan alhamdulillah..rupa-rupanya Allah beri kesempatan untuk aku berjamaah maghrib sekali di sini. Terima kasih Allah.

Setelah apa yang aku lalui sebentar tadi, yang terlintas dalam hatiku pada waktu itu adalah,
" perjalanan hari ini ada harganya, ada ibrahnya. Allah bukan jadikan sia-sia aku sesat densya dan jumpa makcik yang pertanyaannya sungguh melelahkan itu. Mungkin aku ini keterlaluan bergantung pada makhluk. Tiada phone, bukan tidak boleh hidup.

Fasal ditanya tentang kenapa perlu tutup kepala tu, kalau ikut logiknya itu soalan fundamental. Mulanya dalam diam mahu juga rasaya hati ini konfrontasi dengan makcik tu. Susah makcik nak faham sebab saya buat ni sebab iman. Entah, bab iman ni orang susah nak faham. Tapi patutnya aku ni lebih bijak macammana nak jawab soalan makcik tu. Bi hikmah la kak.. "

Hurm, berapa banyak soalan fundamental dalam hidup kita yang kita sendiri tak wonder. Contoh macam tudung ni, kenapa pakai? Kalau kita tak nampak Allah kenapa tetap pakai? Fukaaii!

Contoh soalan fundamental lain. Pernah tak tertanya-tanya kenapa kita ada atas muka bumi ni. Dalam berjuta-juta sperma yang nak masuk dalam ovum mak kita, kita je yang berjaya. Kenapa???

Memang sakit woo untuk fikir. Tapi memang sepatutnya fitrah manusia ni wonder untuk semua persoalan ni. Benda ni yang sepatutnya kita cari jawapannya. Kalau tak terfikir, dan kita rasa hidup kita sekarang ni ok je.. beware! ada something wrong.

Sedangkan bila kita buat math, kalau kita tak dapat jawapan pun kita tak puas hati. Inikan pulak kehidupan kita.

自然に浮かんでなかったら、自分の意思で疑問して。Kalau secara alami diri tidak merasa tertanya-tanya, maka kita wujudkanlah persoalan itu secara sedar.

***

Usai solat maghrib di masjid, aku teruskan perjalanan ke rumah umi tercinta. Maaf umi kerna menunggu lama untuk kunjungan sulungku. Jazakumullah khoir untuk nasi ayam yang superb buatan akhi, none-egg choco cake yang moist, dan cute maree lil Zubair yang kena buli dengan kakak tadi.

Hanya satu jam lebih aku berada di rumah umi tercinta. Jam menunjukkan mahu menjengah ke jam 9 malam. Aku minta diri, dan mahu pulang ke rumah tumpang akhawati. Phone masih tidak dapat digunakan, dan aku kira akhawati mesti menunggu-nunggu aku pulang sebegini lewat.

It was a long long journey.

Back to hadis ajaib.
" Semua perkara itu baik bagi seseorang mu'min. Bila diberi ni'mat dia bersyukur. Bila diuji dia sabar"

Thank you Allah for all of this.
Please make me strong.

p/s: i know u are tired reading this blabla entri. panjang pulak tu. Jom layan lagu  ni sat