Bismillahirrahmanirrahiim,
baru saya faham,
kenapa bila membina rumah tangga (berkahwin) itu dinamakan membina masjid.
Masjid selalunya dikaitkan dengan tempat yang dimana kita melakukan pelbagai ibadah didalamnya. Melakukan solat di dalam masjid mendapat pahala berganda-ganda berbanding solat ditempat yang lain. Dan kita akan mendapat pahala walaupun sekadar duduk diam dan bertafakkur didalamnya.
Di dalam masjid itulah tersimpan tenang yang mendamaikan. Buat jiwa yang selalu dilanda keresahan apabila masalah dunia mencengkam jiwa, melangkah masuk ke dalam masjid ini ibarat suatu terapi.
Makanya, bertepatanlah seperti yang tertulis dalam doa masuk masjid yang mana maksudnya;
" Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatMu ".
Dengan melangkah masuk ke dalam masjid, kita memohon kepada Allah agar dibukakan pintu rahmat kepada kita.
Begitu juga dengan perkahwinan.
Sebuah rumah tangga (saya lebih suka menyebutnya sebagai baitul muslim ) itu umpama sebuah masjid. Sama seperti gambaran ataupun definisi yang saya tuliskan diatas, membina sebuah rumah tangga itu ibarat membina sebuah mahligai yang didalamnya bukan sahaja membuka pintu ketenangan dan rahmat, malah sebuah ladang pahala yang seluas-luasnya!
Masakan tidak, perkara yang haram dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang ajnabi, menjadi halal setelah akad nikah. Bukan soal yang haram menjadi halal sahaja, malah melakukannya juga mendapat pahala.
Kalau semasa bujang, mungkin tiada teman untuk menunaikan solat secara berjemaah. Namun, bila sudah berumah tangga, peluang bukan sekadar pada dapat solat jemaah namun pada ibadah-ibadah wajib, sunat dan harus yang lain.
Si suami bekerja mencari nafkah.
Si isteri memelihara diri dan memelihara maruah rumah tangga, menjaga anak-anak.
SubhanAllah.. banyak kan ganjarannya?
Mungkin tulisan diatas ini hanya satu gambaran atau perspektif yang menjawab persoalan yang berlegar dalam diri saya sendiri kenapa perkahwinan itu bagai membina sebuah masjid. Bukan bermakna tulisan ini mengajak pembaca untuk berkahwin secara membabi buta, sebaliknya seharusnya kita memandang sebuah perkahwinan ini sebagai suatu perkara yang serius. Lebih-lebih lagi kepada persediaan sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan bagaimana sebenarnya sesebuah institusi keluarga ini mempengaruhi masyarakat dan pembinaan ummah sejagat.
wAllahua'lam.
Alhamdulillah Allah untuk satu lagi hari buat saya hari ini =) |
wohoo..
ReplyDeleteso when can i get sakura-themed wedding invitation card... weeee.
akak!!
ReplyDeletebunga kertas pun takpe je kan?