Siapa sangka kan, kalau dahulu setakat pandang-pandang, jeling-jeling, dan senyum-senyum
Aaaa...manisnya ukhuwwah~
Teringat akan perihal saya sejak kecil mengundang ke remaja. Saya bukanlah orang yang pandai berkawan. Bukan sombong, tapi saya rasa rimas bila melihat teman-teman sebaya yang punyai geng sendiri begitu obses. Kemana-mana pun dalam geng yang sama. Mungkin itu menjadi salah satu sebab yang amat kuat sehinggakan saya lebih suka bersendirian dalam urusan kehidupan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Mungkin juga pengaruh dari nasihat abah yang sentiasa menasihatkan kami adik-beradik agar berdikari, jangan bergantung pada orang lain dan yang paling saya tidak boleh lupa, jangan ikut-ikut kawan. Tarbiyah ala-ala askar gitu kerana abah pun bekas askar.
Mungkin dek peredaran zaman, di tambah lagi dengan persekitaran yang agak membimbangkan, abah lebih senang dan lebih percaya jika saya berjalan berseorangan daripada mengikut teman. Jika ingin mengikut teman, lebih panjang sedikit perlu bersoal jawab dengan abah. Jalan dengan siapa? Nak ke mana? Balik pukul berapa? Paling menghairankan, abah lebih percaya lagi jika saya menunggang motorsikal jika ingin kemana-mana, walaupun ke Kuala Lumpur secara bersendirian. Alhamdulillah, kepercayaan abah pada saya, saya tidak khianati.
Mahu diringkaskan cerita, saya tidak menikmati perasaan bagaimana manisnya berkawan. Ya lah, saya dahulu pun bukanlah pelajar yang menetap di asrama. Maka sehingga tamat persekolahan jugalah saya belum punyai teman akrab. (sebetulnya saya tidak pernah buka peluang untuk mempunyai teman akrab). Kerna bagi saya, semua adalah teman saya. Saya adili sama rata.
Sehinggalah saya melangkah setapak lagi ke pusat persediaan sebelum saya melanjutkan pelajaran ke sini. Tidak dinafikan, situasinya masih lagi sama seperti di bangku sekolah. Konsep geng-geng itu masih wujud. Dan saya masih seperti dibangku dahulu yang atas pagar. Saya berkawan dengan semua orang. Namun saya masih boleh bezakan yang mereka-mereka dari geng yang mana satu.
Namun...hijrah saya ke bumi sakura ini, membuatkan saya yang suka bersendiri itu lenyap ditelan masa dan tarbiyah di sini. Di sini baru saya kenal apa itu ukhuwwah. Bukan saya tidak pernah dengar apa itu 'ukhuwwah' di bangku sekolah. Tetapi mungkin hati tak terbuka, dan jiwa belum terusik.
Saya masih ingat lagi ketika pertama kali saya hadir ke program di sini iaitu Golden Week Gathering 2008 di Saitama. Jarak antara tempat saya, Yamaguchi dan Saitama(Tokyo) itu bukanlah satu jarak yang dekat. Jauhnya sahaja melebihi 1000km. Pada mulanya bimbang juga saya, di mana saya mahu menetap, sedangkan saya masih baru di sini. Ketika itu saya baru 3 bulan di Jepun. Senior saya di sini memberikan nombor untuk saya hubungi. Katanya saya boleh menumpang dirumahnya dan bergerak bersama-sama untuk ke program esoknya.
Subhanallah, pertama kali menjejak kaki ke bumi Tokyo yang ketika itu sangat baru bagi saya, Allah temukan saya dengan kakak-kakak yang sangat-sangat baik. Kami seperti sudah kenal lama. Malah saya tidak rasa kekok, mahupun segan. Perasaan saya selesa.
Dari situ, ukhuwwah sudah mula mendekati saya. Sedikit demi sedikit, saya membuka hati untuk itu.
Masa berganti masa berkadar langsung dengan tarbiyah berterusan. Alhamdulillah, saya semakin faham apa ukhuwwah yang sebenarnya.
" Ukhuwwah islamiah adalah hubungan hati yang di ikat dengan akidah kepada Allah. Maka hubungan yang bukan berlandaskan akidah islamiah itu bukan ukhuwwah "
Mungkin ramai yang pernah mendengar perkataan ukhuwwah.
Tapi, kita tidak tahu apa ukhuwwah yang sebenarnya. Ukhuwwah kah itu jika di dasari untuk kepentingan diri sendiri, demi keseronokan semata-mata? Bila luput kepentingan kita dalam hubungan itu maka kita akan tinggalkan teman kita begitu sahaja?
walaupun jarang sekali bertemu, walau jarak memisahkan, dan kadang-kadang belum pernah lagi kita bersua muka jangan hairan jika kita sudah jatuh cinta. Atas dasar akidah islamiah. Sudah pastinya sesama lelaki muslim dan sesama perempuan muslim.
-kami dahulu hanya pandang-pandang dan senyum-senyum sahaja-
Ukhuwwah itulah yang memaniskan tarbiyah kita, yang menguatkan langkah kita pada jalan Allah. Tanpa ukhuwwah, hati kita kering, jiwa kita kontang. Dan dengan ukhuwwah jugalah yang menggerakkan kaki untuk melangkah bertemu, walau jauh beribu batu, walau dengan beban yang terpikul..
kerna ukhuwwah dan cinta jugalah yang menggerakan saya ke sana~
salam..hai..awak ni girl ke boy?:)rase cam girl tapi nape name tok janggut??sory ya kalu saya agak lepas cakap tapi saya memang suke cakap terang terang..ape yang saya rase,saya cakap je..tambah tambah kalu ade perkara yang buat saya cam tertanya tanya..
ReplyDeleteso,bcause of that,saya tak mau ade kawan baik coz saya tahu ramai yang tak suke sikap saya cam tu..nanti asyk nak kena jaga hati je.. kawan saya ramai,cam cam golongan,tapi untuk berpuak-puak saya tak berapa suke cz nampak cam tak reti berdikari dan agak merimaskan..
lagipun,bile berpuak-puak ni,diorang lebih terdedah ke arah aktivity mengumpat dan hasut-menghasut..boleh rosak iman..
(saya tak tahu nak gune bahasa ape untuk panggil awak..kak tok janggut ke abang tok janggut??)
oo..cucu tok janggut rupenye..saya ingat ke tok janggut je..malu sendiri..
ReplyDeleteSalam ukhwah.
ReplyDeleteSemoga terus berjaya dalam usaha mengajak manusia ke arah kebaikan.
Ukhwah sememangnya manis jika persaudaraan yang dibina adalah dengan niat yang suci.
Penulisan dan pengisian yang bagus. Tahniah!