Terasa mahu menempelkan sesuatu di sini. Erm, cerita kehidupan biasa, tetapi bagi cucu ia amat luar biasa.
Hati saya tersentuh pada seorang teman ini hanya kerana sebatang berus gigi.
Sebatang berus gigi pun bisa menyentuh hati?
Ya!.
TUMPANG SOLAT
Disebabkan jarak rumah cucu dan sekolah sedikit jauh berbanding rumah teman cucu yang terletak 100m dari sekolah, cucu lebih suka ke rumahnya lebih-lebih lagi bila tiba rehat tengahari. Tujuan utama yang hanyalah untuk menumpang solat, semakin lama membuahkan kemanisan persahabatan yang makin erat. Bersembang-sembang, berkongsi cerita dan selalu juga kami bergurau senda.
Perkenalan cucu dan teman yang seorang ini belum sampai setahun usianya. Tetapi entahlah, walaupun kami berlainan program, berlainan kursus, kenalpun baru sekejap namun teman cucu inilah yang mengesankan hati cucu.
Teringat cucu pada awal semester lalu, saat itu cucu masih segan-segan lagi dengannya. Masakan tidak, rasa tersipu-sipu malu untuk menumpang solat dan beristirehat seketika. Namun sebaliknya teman cucu ini menyambut dengan penuh ramah. Justeru hilang rasa segan dan gundah. Selepas dua, tiga kali cucu menumpang rehat tengahari dan solat di rumahnya, suatu hari sebelum cucu bersiap-sedia untuk mengambil wudhu', dia berkata;
" Fizah, aku dah belikan berus gigi untuk ko guna. Semua sorang satu, yang warna pink dengan oren tu dorang dah cop kot. Ko punya warna biru boleh?"
Hampir ternganga cucu mendengar kata-katanya. Subhanallah, tahukah dia yang dia telah melakukan sesuatu yang cucu tidak terbayang kebaikannya. Apa lagi yang lebih baik ketika ini selain seorang teman yang memudahkan urusan cucu untuk menjalani sunnah yang amat-amat dituntut sebelum berwudhu'. ( Sunnah bersiwak sebelum wudhu' ).
Seusai cucu berwudhu';
" Fizah, gunalah tuala muka yang aku gantung kat situ..", katanya sambil menuding ke arah tuala muka yang digantung pada penyangkut biru.
Subhanallah...
Hurm, tiada apa yang mampu di ucapkan. Sekadar ucapan jazakillah khairan kathira ( moga Allah membalas kepadamu dengan kebaikan yang banyak ) dari cucu.
Walaupun dengan hanya sebatang berus gigi, sehelai tuala muka, ia nampak ringan pada pandangan mata, tapi bisa menggoncang hati. Mungkin sebab cucu sendiri kurang rasa sensitif pada perkara-perkara yang nampak mudah, tapi benar-benar mengesankan. Ditambah lagi dengan keikhlasan yang datang dari hati, insyaAllah akan sampai juga ke hati.
p/s:
-jangan pandang remeh pada perkara-perkara yang kecil.
-dapat belajar teknik DF