Bismillahirrahmanirrahim..
Wah, nampaknya saya masih sempat berbasa-basi. Walaupun dalam hati, Allah sahaja yang Maha Tahu. Akal berputar ligat memikir bagaimana harus saya susun waktu saya. Hati saya berkira-kira bagaimana mahu melaksanakan tanggungjawab saya dengan sepenuh hati. Kanan saya menyokong, kiri saya pula menarik. Alahai diri...
Sempat lagi saya mencoret kata di celah2 fikir.
Telekung putih itu aku cabut,
adakah sudah tamat hubungan aku denganNya?
tadi bukan main lagi aku meminta,
mata terpejam-pejam
bersungguh-sungguh menjemput khusyuk masuk,
wilayah yang tenang aku jejak
selepas berhempas dengan lelah dunia;
telekung putih itu aku cabut,
adakah tandanya aku tiada lagi hubungan denganNya?
maka aku boleh sesuka hati...
mengikut nafsu,
mengikut haloba.
kalau begitu aku yang tertipu,
dan aku yang berdusta.
Hubungan aku denganNya...
bukan disaat aku memakai telekung putih itu,
bukan juga antara takbir dan salamku,
dan tamat selepas itu...
setiap denyut nadi,
nafas yang turun naik,
selama itulah hubungan itu ada.
dan tertipulah aku,
dan kamu,
jika Dia dan aku,
ku anggap terhad dengan telekung putih cuma.
Salam.
ReplyDeletemak aih..cair aku membacanya kakak..huhu...