Pages

antara garis harap dan sesal


Sempatkah aku berlari?
sedang waktu yang ada pun sudah begitu singkat.
Gerabaknya, gerabak yang terakhir,
namun aku tetap berlari.

Dengan lelehan air mata dan nafas yang tercungap-cungap.
dan aku yang berlari antara garis harap dan sesal.
masih sempatkah aku?
masih sempatkah aku?
masih sempatkah aku?

Baru tadi aku tersedar,
setelah sekian lama aku ralit meneguk haloba.
Selama perjalanan panjang ini aku begitu,
sedang mereka terus-terusan bekerja.
kerana mereka sangat yakin,
bahawa haloba dunia bukanlah nikmat sebenarnya.

entah berapa kali tanganku ditarik,
" hentilah kau dari meneguk haloba sementara , ikutlah kami ke destinasi yang pasti ",
sedihnya kerna aku membalas hanya dengan pandangan.

baru sebentar tadi,
haloba yang ku teguk terhambur,
kerna jiwa sudah tidak mampu lagi menakung.

dan layar kebenaran itu terbentang,
bagai menggugah-gugah bahu menyedarkan aku.
Aku,
sudah tidak mampu lagi menipu.

siren sudah berbunyi,
aku yang masih jauh ini,
ku kuatkan hati untuk berlari,
meskipun aku yang di antara garis harap dan sesal...

sempatkah aku ini?

umar 109
4.58 a.m.


4 comments:

  1. masyaAllah,,mantap~
    trnganga sayer bace...(^_^)

    ReplyDelete
  2. jazakillah ell..
    nak tanya, ni ell saidai ke?

    ReplyDelete
  3. haha..xlah kak..
    kEy.ell tu sbb sayer org kl..prkataan ngade sket..hee..

    blog akk,crius smart~
    byk entry akk wat ati sayer trsntuh...
    jazakillah kak..
    moge akk trus thabat d jln tarbiyah & dakwah ni..
    (^_^)

    ReplyDelete
  4. jazakillah khair ne~
    tak sabar nak jumpa ell kt fg nanti

    ReplyDelete