Pages

kau dibayar untuk itu


" Hello, assalamualaikum.."

Lebih kurang jam 11.00 malam tadi baru sebentar cucu menelefon keluarga di Malaysia. Jika dahulu hampir setiap malam kami akan bersua di alam maya. Alhamdulillah, manfaat yang diperoleh dari perkembangan teknologi. Mendekatkan kami walaupun secara lahir terpisah jauh beribu batu.

" Kakak tengah buat apa tu? "

Adik cucu bertanya. Barangkali dia terdengar sesuatu. Sebetulnya cucu sedang menyelak helaian-helaian nota sambil berhubung bersama keluarga.

" Oh, kakak tengah tengok nota sikit "

cucu menjelaskan.

" Sibuk ke sekarang? ", abah yang dari tadi mendengar cucu berbual dengan si adik bertanya pada cucu.

" Ala bah, nak kata sibuk pun memang macam ni lah selalu. Exam, kerja sekolah...",
bagai meluah perasaan pula cucu ni.

" Ha, itulah kerja kau yang dibayar tiap bulan tu..", spontan sahaja respon abah.

Cucu jeda lama.

4 comments:

  1. urm.. bayaran bulanan... kalau gitu.. banyaknya hutang kita dengan Allah kan.. :'(

    ReplyDelete
  2. huh tiqah..

    oksigen yang dok kita sebut tiap masa ni pon...

    ReplyDelete
  3. tulah yang tiqah maksudkan huhu~ x terbayar~ :) jazakillah fizah atas peringatan ni.. <3 <3 <3

    ReplyDelete
  4. maksud yang dalam untuk difikirkan.

    ReplyDelete