Bismillahirrahmanirrahiim ...
Alhamdulillah, diberi kesempatan lagi untuk menagih kasih di hari Jumaat ni.
Terasa sangat lama saya tidak menulis, berkongsi perasaan dalam tulisan. Sengaja saya mahu berkongsi cerita semalam yang saya lalui.
Semalam, kelas saya bermula pada jam 10.20 pagi. Usai mengemas beg dan mengambil makan pagi.. terus saya mengayuh basikal. Masa sebelum kuliyah, berbaki 3 minit mungkin tatkala saya memasuki pagar sekolah.
Tiba-tiba ada seorang lelaki Jepun melambai saya dihadapan perpustakaan. Terus saya membrek dan dia menuju ke arah saya. Alhamdulillah, saya tiada perasaan cuak atau curiga pun pada ketika itu. Terus dia menanya kepada saya dimanakah letaknya "mosku" di sini? Kemudian dia bertanya , dimana kediaman Shariru-Kun?
Oh, Shariru-Kun @ Shahril itu kouhai saya.
Terus ingatan saya kembali pada emel yang dikirimkan kouhai saya sebelum ini. Dia terjumpa seorang lelaki Jepun yang memeluk islam di supa-. Alhamdulillah, oh..inilah orang yang dimaksudkan.
Dia memperkenalkan namanya sebagai Adam. Atau nama Jepunnya Nakamura. Mungkin berpangkat pakcik bagi saya, usianya mungkin lingkungan 30an atau 40an.
Rasa waku-waku saya ketika itu. JIka dihadapan saya itu seorang wanita, teringin sekali saya berjabat tangan dan berpelukan dengannya.
Ah, saya terpaksa bergegas dan meninggalkan pakcik tadi dihadapan perpustakaan. Janjinya pada saya untuk menanti saya pada jam 11.50 pagi nanti. Nampaknya pakcik itu terpaksa menunggu selama sejam setengah sebelum saya selesai kuliyah.
Oh, pakcik.. maafkan saya. Agak terlewat dari janji kita. Mungkin pukul 12.00 tengahari baru saya berjumpa dengannya di hadapan perpustakaan tadi. Disebabkan kouhai saya itu pada hari itu ada urusan lain.. jadi saya ambil keputusan untuk menunjukkan jalan kerumah kouhai.
Sambil mengayuh, ada juga kami berborak-borak. Saya paling terkesan dengan ayatnya yang ini..
" kita sesama muslim ini macam adik beradik kan? tak kisah kan kalau saya orang jepun dan awak orang Malaysia? "
Agak terkedu di situ.
***
Semalam tatkala saya blog-roll , saya klik pada page sambalterung. Saya tertarik pada sebaris ayatnya.. " mesti klik link ini. ". Benar-benar ayat psyco.. dan saya klik tanpa lengah.
What I've found there? Wow..masyaAllah.. !
dan yang paling saya teruja..bila mendengar lagu ini yang disertakan dalam blog tersebut. Dua lagu sebenarnya..satu dari Izzatul Islam bertajuk Kepadamu Jundullah. Dan satu lagi, lagu berbahasa arab. Mungkin judulnya نم في سلام
bila saya lihat dua-dua video ini dan lagu bahasa arab di atas.. saya terfikirkan sesuatu.
Kadangkala hairan bila saudara kita di Palestin tidak memekik meminta tolong pun pada orang islam di luar sana. JIka pada fikiran saya mereka mungkin lebih kasihan dengan kita sebenarnya. Yang termakan dengan umpan musuh-musuh islam. Lantas langsung tidak sedar dengan apa hakikat dunia sebenarnya.
Palestin, Gaza, Tebing Barat.. dan umat islam yang sedang berjihad di sana tidak perlukan kita pun. Mereka tidak rugi jika kita tidak ambil peduli.
Tapi.
Tidak gentarkah kita bila dipertanggungjawabkan di mahsyar nanti?
Gulp.
dan kata-kata Pakcik Adam tadi menerpa...
"..kitakan sesama islam bersaudara...".
No comments:
Post a Comment