Bismillahirrahmanirrahiim.
Taqaballahu minna wa minkum.
Salam Aidilfitri ana ucapkan buat pembaca semua. Tahniah buat jiwa yang sudah bersih kembali kepada fitrah. Salam kemenangan buat kalian semua.
***
Cerita tentang kisah raya tahun ini. Hurm, perasaan semangat sangat nak raya sedikit sebanyak agak luntur. Barangkali kerna semakin menginjak dewasa.
Kot.
Baru faham, dulu sangat hairan melihat mak dan abah. Kadang-kadang mak dan abah tak beli baju raya untuk diri sendiri pun. Tapi semangat bila raikan anak-anak. Tahun ini, ana dah masuk geng dengan emak dan abah =).
***
Alhamdulillah, raya pertama tahun ini jatuh pada hari jumaat. tetamu datang pun selepas zuhur. Semalam, 'dayo' sampai tak putus-putus dari selepas zuhur, hingga ke pukul 6.30 petang.
Almaklumlah, ana balikpun setahun sekali. Bila tengok raya tahun ni, banyak juga perubahan.
Ada kekurangan, dan alhamdulillah ada penambahan juga. Bakal bertambah pun ada.
Wak Mail, abang abah ana sudah di jemput Ilahi. Begitu juga suami kepada sepupu ana, Kak Milia. Rasa simpati juga melihat Kak Milia yang sedang hamil, bersama-sama 3 orang anak lelakinya yang lain.
Penambahan pula, sepupu ana yang berkahwin tahun lepas sudah mendapat cahaya mata yang pertama. Begitu juga anak buah ana. Khabarnya sedang berpantang anak kedua. Wah, ana sudah berpangkat nenek tau ! =p
Anak buah ana ( anak kepada sepupu ), mengikat tali pertunangan beberapa bulan lepas. Tak tahu siapa lagi yang bakal masak nasi minyak lepas ni. Kadang-kadang sudah lama di negari orang ni, tidak sedar diri sudah semakin tua.
Kalau mahu dikira bilangan, barangkali tidak terhitung. Hehe... alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk bertemu saudara mara ana. Peluang emas sebegini sangat dinantikan, lebih-lebih lagi bila mahu berjumpa saudara-saudara sebaya ana. Maklumlah, masing-masing sudah berkerjaya dan sedang belajar, ini sahajalah peluang kami untuk berkumpul.
***
Raya kedua, atau hari ini.
Ana sekeluarga masih belum kemana. Cuma sempat berjalan sebentar ke rumah ayah saudara ana di belakang rumah.
Pagi tadi dari jam 8 pagi, dayo sudah mula berkunjung ke rumah ana. Anak jiran sebelah rumah.
Kemudian, makcik ana dari Pahang pun tiba. Nampaknya tahun ini tidak ada peluanglah ana nak berjumpa anak sulung makcik ana ( sepupu ana ) sekeluarga kerana tahun ini mereka beraya di Perak. Sudah beranak dua khabarnya. Terkejut ana bila melihat sepupu ana yang dahulu teman-teman ana masuk hutan, teman anamain mercun dan sebagainya, sudah besar panjang semuanya. Dua orang sudah bekerja, seorang sedang belajar di Politeknik Shah Alam, seorang lagi di UiTM Shah Alam.
Ternyata seronok raya ini bagi ana sebenarnya bila dapat berjumpa dengan saudara dan teman-teman. Ye lah kan, balik pun setahun sekali. Entah bila dapat berjumpa lagi.
***
Rindu?
Ya, ana sedang merindui banyak perkara dan ramai orang pada saat ini.
Ana nak sangat jumpa kawan-kawan yang mengenali ana. Tidak kira kenalan di sekolah rendah, di Hisamuddin Kg Jawa, di AAJ dan di Jepun sekalipun. Bila antum nak datang ye? Ana tunggu sangat-sangat.
dan,
ana rindu.....Allah.
***
Kemaafan.
Mungkin mudah pada waktu sekarang untuk melafazkan maaf.
Selamat hari raya, maaf zahir batin. Senang kan?
Ana tersentuh dengan perkataan " a'faaf " sebenanrnya.
A'faaf, bukan sekadar maaf. Tapi kemaafan yang tidak meninggalkan kesan dalam hati. Ditelan habis, hingga tak terluahkan.
Ana masih belajar untuk a'faaf. Kerna ana juga seorang yang mengharap a'faaf.
InsyaAllah, untuk yang pernah kenal ana...ana memaafkan antum semua. Moga-moga a'faaf, insyaAllah. Dan dari ana, ana pohon kemaafan lahir batin dari antum juga.
***
Akhir kalam, ana dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aildilfitri. Maaf dipohon andai ada salah dan silap. Moga tidak terputus silaturrahiim kita, ya.
glosari;
- dayo: tetamu ( bahasa jawa )
p/s: maaf, ana tidak upload sebarang gambar di entri ini.