Pages

kerna dirimu begitu berharga


Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Suasana sungguh hening ketika ini. Kedengaran di corong radio lagu Asma Allah dendangan Sami Yusuf diputarkan oleh DJ bertugas. Halwa telinga yang menjadi kegemaran ana sejak ana di tahun 1 lagi.

Kereta wira kelabu yang sedang dipandu abah terus memecut memecah sunyi sepertiga akhir malam. Sekali sekala ana ambil kesempatan bersembang dengan abah yang sejak tadi begitu asyik memandu di sebelah. Kesan kafein dari teh susu yang ana minum tadi mula menunjukkan kesan sampingan. Kantuk yang menyerang sudah mula reda. Kurang juga kadar ana menguap.

Perjalanan menaiki bas dari Skudai, Johor ke Klang mengambil masa lebih kurang 5 jam. Entah kenapa kali ini ana tidak dapat tidur lena dalam bas. Walhal sebelum ini, ana akan tidur lena. Sehinggakan tidak sedar dari mula perjalanan hingga tiba ke destinasi akhir. Kedudukan kepala dan kaki semasa berada dalam bas tadi kurang selesa, menyebabkan ana tidak lena melelapkan mata.

Kurang 10 minit sebelum sampai ke rumah, kelihatan sebuah lori sampai berhenti di bahu jalan. Beberapa orang pekerja, yang pada telaan ana warga Bangladesh sedang sibuk mengutip timbunan bungkusan plastik sampah.

" Ish, baru pukul 2.00 pagi. Awalnya dorang kerja ! ", ana hanya bermonolog dalam hati. Tidak larat rasanya mahu berceloteh panjang. Sendi-sendi terasa sakit sekarang.

Melihat kepada pekerja-pekerja tadi, membuatkan ana termenung sekejap.

-Sekecil manapun kita, namun keberadaan kita amat bermakna.

Ya, walaupun kita mungkin hanyalah sekadar seorang cleaner, apatah lagi seorang pemotong ranting, bahkan hanyalah seorang tukang kutip sampah. Kehadiran kita amat bermakna.

Waaah...

Ambil contoh mudah. Sebatang gigi semata-mata, mungkin nampak tidak bernilai dan tidak menampakkan fungsinya sekalipun.Namun, dalam barisan gigi yang terletak dirahang kita, ketiadaan sebatang gigi pun sudah cukup menampakkan celanya.

Gigi rongak! Haha..

***

Contoh lain, sebuah binaan.

Sebuah binaan terbina dari susunan batu-bata. Sebuah batu-bata mungkin tidak melambangkan apa-apa. Kalau berada ditengah jalan, akan diketepikan kerana menganggu perjalanan. Tetapi, sebuah bangunan yang tinggi melangit sekalipun, jika tidak ada asas batu bata, tidak jadi juga.

Robohla jawabnya.

Begitulah, kita.

***

Ana sering merasakan yang ana ini bukanlah siapa-siapa. Bagai melukut di tepi gantang. Ada atau tiada mungkin tidak menjejaskan. Pemikiran yang semacam ini mempengaruhi ana untuk tidak mengambil endah pada diri sendiri. Apatah lagi untuk meghargai diri.

Itu pemikiran lapuk ana dahulu.

Teringat ana akan refleksi seorang akhwat yang belajar di UK tempoh hari. Semasa kami membuat sesi perkongsian. Sebelum 'terjebak' dengan medan dakwah, dia sendiri merasakan dirinya bukanlah siapa-siapa. Apatah lagi semasa baru menjadi adik-adik yang baru kenal tarbiyyah.

" Dulu ana selalu cakap dengan kakak-kakak. Ana ni kecik je dalam medan tarbiyyah ni. Ada ke, takde ke, sama je... "

Bila masa berlalu, dan akhwat itu merasakan kematangannya bertambah... dia mula menghargai diri. Bahawa dia ingin menjadi batu bata kepada binaan Ustaziyatul Alam (islam as the world order).

Memikirkan kata-kata akhwat ini membuatkan ana berfikir, dengan islam, tarbiyyah dan dakwah, kita yang dari tiada apa-apa ini menjadi aset berharga.

Dengan syarat komited!

Dush! terkena batang hidung diri sendiri.

Sekecil manapun peranan kita dalam sesebuah organisasi, tapi keberadaan kita amat penting.
Misalnya, semasa menjalankan sesebuah program. Mungkin peranan seorang penceramah itu sahaja yang dilihat menonjol. Bagaimana jika tiada siapa yang menjadi AJK kebersihan, tukang masak, runner dan sebagainya. Patah kaki juga barangkali.

***

Alhamdulillah , kini sudah tiba diperkarangan rumah. Kelihatan emak keluar membuka pintu, menyambut kepulangan abah dan ana.

Terkenang-kenang lori sampah dan pekerja-pekerja yang sedang bekerja awal-awal pagi begini. Alhamdulillah, bersih bahu jalan kampung ana. Tiada timbunan sampah di bahu jalan.

" Terima kasih pakcik-pakcik yang kutipkan sampah "...

kerna dirimu begitu berharga.

Opps,

dan diriku juga.


1 comment: