Pages

初雪で、心が溶け

Bismillah..

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Di luar jendela toshokan sekarang, yuki sedang turun dengan lebatnya. Tadi, tika saya melangkah keluar dari apartmen tempat saya menginap, kelihatan seakan-akan hujan rintik-rintik sedang turun.

Bukan gerimisla.. yuki tengah turun ni.

Hatsu yuki da!

Saya yang begitu malas mahu berpatah balik ke bilik, mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke sekolah. Tanpa payung, dan kebetulan baju sejuk yang saya kenakan hari ini tiada penutup kepala.

Lama kelamaan yuki semakin lebat.. Saya hanya mampu mengecilkan mata dan menutup sebahagian muka dengan tangan sebelah kiri.

Sejuk.. tak terkata.

Alhamdulillah, Allah. Saya rasa sungguh terubat sekarang.

Allah Maha Tahu apa yang sedang saya lalui sekarang.

Gusarnya saya, bimbangnya saya, amat sedihnya saya.

Seakan-akan Allah menurunkan yuki untuk saya sebagai penawar.

Ada sesetengah perkara, saya tahu tidak akan selesai dengan kata-kata. Kerna itu saya tidak mengungkapkanya..

Erm, benarkah..?
Atau saya sendiri yang tidak mampu untuk mengungkapkan dengan kata-kata. Saya percaya pada bukti yang benar itu pada perbuatan atau peribadi. Tapi saya tahu, saya masih dalam tarbiyyah, banyak perkara yang saya buat silap, banyak perkara yang saya tersalah, iman juga turun naik.

Setiap manusia itu cara pandangnya berbeza, nak menanganinya juga sangat seni. Dan saya adalah antara orang yang masih tidak pandai untuk menangani manusia.

Allah knows best.
Banyak perkara yang perlu saya belajar, dan semestinya yang perlu dibaiki.

Saya tidak boleh senang-senang berkata kepada orang lain supaya bertindak mengikut pendapat saya, atau mengikut nasihat yang saya petik bulat-bulat dari buku.

Segalanya sangat funun.
Kerna dakwah yang berhubung kait dengan manusia itu juga sangat funun. Begitu juga dalam mengendalikan manusia.

Maaf jika ada yang sedang membaca tulisan saya ini pening dengan kandungannya.

Luahan perasaan, kerna saya lebih suka berbahasa dengan pena.

Allah, bantu saya ya Allah.
kerna Kau yang memegang hati hamba-hambaMu.

-rasa nak nangis puas2, depan skrin sekarang. Pandang kiri kanan, nihonjin penuh kat sini tengah guna pasokon. Nangis dalam hati je..-

begitulah cinta


1.

bismillah.

begitulah bagi yang bercinta.
pasti akan terasa,
terluka.

tanpa khilaf,
takkan wujud maaf.

tiada apa yang sempurna,
kerna kita sebahagian yang bakal melengkapkan.

redha meredhailah,
berlapang dadalah,
bersangka baiklah.

dengan itu kepuasan kan menghampar seluasnya.

kesa lah airmatamu.
cukup untuk menjadi penguat.
kerna kita perlu segera siap.

2.

bismillah.

ibtisam,
terima kasih untuk salam mula hubungan yang menceriakan.

langkah kita baru langkah pemula.
perjalanan kita masih jauh tak terjangka.

kerna nanti dipertengahan jalan mungkin kita di uji.

akan menangis,
akan menyalahkan,
dari sini kita belajar meredhakan.

kumpulkanlah bekal gembira dan ikhlas pemulamu.
kerna ia berguna untuk masa kusut dan lelahmu

soft spoken


Bismillahirrahmanirrahim.

Latar tempat, kelas D22.
Latar tempat, kelas kikai ensyu ( mechanical practice ).

Saya sedang asyik menggeserkan keratan kayu pada kertas pasir. Pada saat itu,saya seorang diri dibelakang .

1jam setengah yang sebelumnya, ada perbentangan hasil kerja kumpulan. Bosan juga ya..huhu. Afwan, terus terang saya katakan, kumpulan saya antara yang tidak menampakkan kemajuan. Komputer riba teman saya yang mengurus bahagian programming juga rosak. Habis data-data didalamnya hilang sekelip mata.

Sepanjang kuliyah ini berlangsung lebih sebulan lalu, jujur saya katakan, saya mengambil masa yang amat lama untuk melukis seizu (lukisan kejuruteraan) bagi design robot-hand. Ada saaja silap saya di mana-mana. Saya pelik, bagaimana TA ( teaching assistant ) yang menjaga kumpulan saya, begitu sabarnya dia. Tambahan pula pelajar asing seperti saya. Sungguh dia meladeni saya, berkata dengan kelajuan dan bahasa yang mudah saya fahami. Kadang-kadang saya pelik, kenapa dia sangat soft-spoken?

Saya terkesan dengan perkara itu tadi.

Kenapa dia sangat soft-spoken dan sangat menjaga tutur bahasanya, kenapa saya tidak?
Itu baru soft-spokennya dia sudah membuatkan saya terasa.
Kenapa saya masih tidak menjaga tutur-kata saya?

Saya tidak dapat bayangkan Rasulullah SAW itu orangnya bagaimana. Subhanallah..membaca sirahnya sahaja sudah membuat jatuh cinta. Bagaimanalah sahabat-sahabat yang dahulunya pernah bersua muka.

Rasulullah SAW bukan sahaja soft-spoken, tapi dia manusia yang Allah jadikan the best mankind ever.

Ok, that's another thing to ponder.

Jaga tutur percakapan.
Elakkan dari menyakiti hati orang.
Sabar, sabar dan sabar.

Kerna tarbiyyah itu dimana-mana.

Alhamdulillah ~ :)

pendidikan seks


Bismillahirrahmanirrahiim...

Saya merasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu berkenaan ini.
Wallahua'lam, saya tidak pasti sejauh mana isu ini hangat diperkatakan di Malaysia, akan tetapi yang menariknya, isu ini menjadi pilihan perbincangan dalam dua sesi usrah saya sepanjang minggu lepas.

Kenapa?

Lihat sahaja pada tajuknya. "Pendidikan Seks".

Saya kira, jika dahulu, orang melayu ini hendak menyebut perkataan " S*^# " pun sudah amat malu. Mungkin boleh dibayangkan bila mana seorang anak kecil bertanyakan kepada orang tuanya,

" Mak, S*&^ tu apa ?".

Isu ini mungkin nampak remeh bila pihak kerajaan membentangkan yang dalam pendidikan seks ini pelajar-pelajar seawal tahun satu itu akan di ajar tentang sistem reproduktif, kaedah mengelakkan hubungan seksual, dan sebagainya.

Eh, ni berita apa ni?

Menaip perkataan S#@* di komputer

Tinggalkan sebentar kandungan-kandungan pendidikan seks yang diterangkan pihak kerajaan tadi. Cuba lihat pada perkara paling asas, paling luar.

Apalah yang mampu difahami oleh seorang budak berusia 7 tahun tentang sistem reproduktif, mencegah hubungan seks, fantasi dan sebagainya. Apa hasil yang akan diperoleh selain meninggalkan tanda tanya dan ingin tahu yang tinggi di kalangan kanak-kanak itu tentang seks.

Bila tajuk "pendidikan seks" terpampang sebagai nama subjek. Perkara pertama yang akan di tanya.

" cikgu, s*(& tu apa ..? "
-agak-agak apa jawapan yang akan diberi?-

Sekarang zaman dah maju. Informasi itu di hujung jari. Saya punya seorang adik lelaki berusia 7 tahun sekarang. Baru 7 tahun, sudah pandai switch-onn komputer sendiri, dan sudah pandai melayari internet untuk bermain online game.

Boleh bayangkan atau tidak, jika adik saya ini menaip perkataan " s*&6 " pada browser, dan enter. Agak-agak anda la kan, apa perkara yang akan terpampang diskrin komputer?

Astaghfirullah.. ashraf!

***

Pihak kerajaan ini mengambil langkah mengajar pendidikan seks ini sebagai salah satu cara untuk membendung zina (maaf, saya tidak suka berdalih untuk menggunakan perkataan gejala sosial), buang anak, dan sebagainya. Lalu mengambil inisiatif mengajar pendidikan seks peda budak seawal usia 7 tahun.

Pasti ramai di luar sana yang menepuk dahi. Lihat sahaja komen yang terpapar di keratan akhbar tersebut. Semua negatif.

Tapi, saya juga tidak pasti jika ada di luar sana khususnya ibu bapa ynag tidak endah.
" Ala, kerajaan tau la apa yang dia nak buat. Baik apa pun keputusannya, baikla untuk kita .."

Hah?
Do you know that this is your responsibility to teach your children about this??
How dare you release this resposibility to school???

***

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.

Ibu ayah... ketahuilah inilah tanggungjawab nya untuk mendidik anak-anak kita tentang perkara ini. Kerana itulah islam, agama fitrah untuk seluruh manusia sudah mengajarkan hal yang sama sejak anak-anak itu kecil lagi.

Contohnya, mengasingkan tempat tidur anak-anak lekali dan perempuan sejak 7 tahun, menjaga aurat dan batas pergaulan walaupun dalam rumah. Adab meminta izin juga turut Allah ceritakan dalam surah an-nur ayat 58.

Ceritakan kepada anak-anak tentang menjaga aurat, menjaga akhlak, juga penerapan sifat malu dalam diri anak-anak itu sendiri. Kadang-kadang kita ini merasakan yang hal ini sangat remeh dan mensekularkan hal-hal ini sebagai " pelajaran yang ustazah ajar kat sekolah", namun ibu ayah.. inilah tanggungjawab kita. Masalah sosial yang berlaku di kalangan anak-anak kita ini...marilah kita renungkan puncanya yang dari rumah dan keluarga kita sendiri.

Hal ini sudah berlaku sejak zaman berzaman.

Pada tahun awal 1920-an, Hassan al Banna menyedari bahawa peranan institusi keluarga itu sendiri tidak mampu untuk membantu perkembangan anak-anak menjadi seorang muslim yang benar-benar muslim. Lalu dari sinilah sistem usrah itu di hidupkan. Dan dari "usrah" inilah diterapkan dan di didik tentang iman, menjadi seorang muslim yang menyerahkan dirinya hanya kepada Allah. Namun sayang, dalam keadaan sekarang, "usrah" itu kerap sekali disalah mengertikan dan menjadi sasaran mereka-mereka yang tidak faham, ataupun menjadi sasaran musuh-musuh islam untuk mencantasnya.


Bagaimana halnya jika ibu bapa itu sendiri yang tidak sedar, atau seakan tidak tahu betapa pentingnya mendidik anak-anak berkenaan hal ini ?

Berbalik juga kepada kita sebagai individu. Kita berusaha untuk kembali menjadi muslim yang sebenarnya. Menggali semula pengetahuan tentang islam yang kita jahili. Kadang-kadang kita ini jahil, tetapi sombong mahu belajar, apatah lagi memperbaiki diri. Akhirnya kita ini dipijak dan dijadikan sasaran musuh islam untuk menyerang kita luar dan dalam.

Pasti musuh-musuh islam sekarang sedang bertepuk tangan mendengar isu ini.

Kembalilah, kembalilah kepada Allah, dan taatlah kepada apa yang sudah Allah ajarkan melalui al-Quran, dan sunnah. Kadang-kadang kita ini terlalu sombong hendak mengikut undang-undang Allah, lantas, membuat undang-undang dan penilaian sendiri berdasarkan kedangkalan akal manusia. Habis caca-merba dunia di buatnya!

Maaf, jauh sekali untuk saya membebel-bebel, ataupun ter"provoke" tidak tentu hala.

Kerna isu ini punya hubungannya dengan kita, sebagai hamba Allah.

Allah, selamatkan kami dari dipimpin oleh pemimpin yang jahil ya Allah.
Selamatkan kami dari kemurkaanMu..




lagi-lagi masa


Bismillahirrahmanirrahiim.


Hujung minggu ini agak mencabar bagi saya sebenarnya.


1 eksperimen report, 1 assignment dan projek bertukang perlu disempurnakan dalam hujung minggu ini juga. Plan awal saya, terpaksa saya batalkan berdasarkan kemampuan saya ketika ini.Siang tadi sepatutnya saya akan ke kyusyu. Menziarahi dan bertemu lutut dengan mereka-mereka yang saya cinta. Apakan daya, sepanjang siang saya di hadapan monitor dan cuba untuk menyempurnakan semampunya eksperimen report yang perlu dihantar isnin nanti.


***


Kalau dahulu bolehlah report yang sejumlah itu tidak mempengaruhi apa-apa dalam kehidupan saya. Tunggu hendak dihantar, baru ingin disiapkan.


Kini berbeza.


Masa saya, bukan untuk saya seorang. Banyak orang yang perlu difikir, banyak hal yang perlu dipertimbangkan.


Dari merancang hari ini hendak buat apa, kepada jam ini hendak buat apa.

Berganda-ganda.


Alhamdulillah, inilah yang memaknakan kehidupan.

Saya juga masih sangat lemah, dan banyak lagi masa saya yang saya sia-siakan. Bisakah saya menjadi lebih baik dalam merancang masa?


Bak kata murobbi saya,

seharusnya kita ini "amin dan irad"

yang amanah dan bijak mengurus


***


Saat lepas ini, mahupun esok, ataupun lusa ataupun bila-bila yang datang, kita akan pergi meninggalkan dunia. Apakah yang kita lakukan sekarang ini "is worthy for the eternity lifeof akhirah?"


entah,

sebab kita tak tahu kan. Tapi adakah kita sedang bersedia dan bersungguh-sungguh mahu bersiap?


Sesungguh mananya kita hendak mengenal Tuhan, sebagaimana bersungguh-sungguhnya kita menghadap benda yang langsung tidak difahami semasa lecture di sekolah?


Bersegerakah kita menuntut ilmu hendak mengenal pencipta, sebagaimana bersegeranya kita bila nama kita dipanggil sensei?


No, no, no.


Dunia is not everlast.

I know that you know it.


Maaf, entri dengan bahasa merepek.

Syndrom mamai mungkin sedang menyerang.

Sudah melewati 1.30 pagi sekarang.


Assalamualaikum ...