Bismillah..
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Di luar jendela toshokan sekarang, yuki sedang turun dengan lebatnya. Tadi, tika saya melangkah keluar dari apartmen tempat saya menginap, kelihatan seakan-akan hujan rintik-rintik sedang turun.
Bukan gerimisla.. yuki tengah turun ni.
Hatsu yuki da!
Saya yang begitu malas mahu berpatah balik ke bilik, mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan ke sekolah. Tanpa payung, dan kebetulan baju sejuk yang saya kenakan hari ini tiada penutup kepala.
Lama kelamaan yuki semakin lebat.. Saya hanya mampu mengecilkan mata dan menutup sebahagian muka dengan tangan sebelah kiri.
Sejuk.. tak terkata.
Alhamdulillah, Allah. Saya rasa sungguh terubat sekarang.
Allah Maha Tahu apa yang sedang saya lalui sekarang.
Gusarnya saya, bimbangnya saya, amat sedihnya saya.
Seakan-akan Allah menurunkan yuki untuk saya sebagai penawar.
Ada sesetengah perkara, saya tahu tidak akan selesai dengan kata-kata. Kerna itu saya tidak mengungkapkanya..
Erm, benarkah..?
Atau saya sendiri yang tidak mampu untuk mengungkapkan dengan kata-kata. Saya percaya pada bukti yang benar itu pada perbuatan atau peribadi. Tapi saya tahu, saya masih dalam tarbiyyah, banyak perkara yang saya buat silap, banyak perkara yang saya tersalah, iman juga turun naik.
Setiap manusia itu cara pandangnya berbeza, nak menanganinya juga sangat seni. Dan saya adalah antara orang yang masih tidak pandai untuk menangani manusia.
Allah knows best.
Banyak perkara yang perlu saya belajar, dan semestinya yang perlu dibaiki.
Saya tidak boleh senang-senang berkata kepada orang lain supaya bertindak mengikut pendapat saya, atau mengikut nasihat yang saya petik bulat-bulat dari buku.
Segalanya sangat funun.
Kerna dakwah yang berhubung kait dengan manusia itu juga sangat funun. Begitu juga dalam mengendalikan manusia.
Maaf jika ada yang sedang membaca tulisan saya ini pening dengan kandungannya.
Luahan perasaan, kerna saya lebih suka berbahasa dengan pena.
Allah, bantu saya ya Allah.
kerna Kau yang memegang hati hamba-hambaMu.
-rasa nak nangis puas2, depan skrin sekarang. Pandang kiri kanan, nihonjin penuh kat sini tengah guna pasokon. Nangis dalam hati je..-
fiza chan,la tahzan.
ReplyDeletelike u said,Allah knows best...and we dont..
segala apa yg sudah terjadi/ditakdirkan,itu yg terbaik dari sisiNya.
sabar..dan pengharapan padaNya 100 percent,pengubat jiwaku di kala hati gundah gulana.
tarbiyyah..a never ending process..lets hold hands together..heading to mardhotillah.
iA.
dari insan dhaif 208.
fizah,
ReplyDeleteall the best. moga sentiasa tenang & senyum walau dlm suka & duka. aritu baru jumpa family fizah. happy sangat...dan macam biasa, makanan sangat sedap...heeeee
208: u jzkk..hehe
ReplyDeletekak lah: waaa..selamat dtg ke teratak kami. hehe..huhu, ni yg mcm homesick ni..
oh.sorry. terbuat fizah homesick pulak.balik jela sehari dua.ehehe...
ReplyDelete