Bismillahirrahmanirrahiim...
Saya merasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu berkenaan ini.
Wallahua'lam, saya tidak pasti sejauh mana isu ini hangat diperkatakan di Malaysia, akan tetapi yang menariknya, isu ini menjadi pilihan perbincangan dalam dua sesi usrah saya sepanjang minggu lepas.
Kenapa?
Lihat sahaja pada tajuknya. "Pendidikan Seks".
Saya kira, jika dahulu, orang melayu ini hendak menyebut perkataan " S*^# " pun sudah amat malu. Mungkin boleh dibayangkan bila mana seorang anak kecil bertanyakan kepada orang tuanya,
" Mak, S*&^ tu apa ?".
Isu ini mungkin nampak remeh bila pihak kerajaan membentangkan yang dalam pendidikan seks ini pelajar-pelajar seawal tahun satu itu akan di ajar tentang sistem reproduktif, kaedah mengelakkan hubungan seksual, dan sebagainya.
Eh, ni berita apa ni?
Menaip perkataan S#@* di komputer
Tinggalkan sebentar kandungan-kandungan pendidikan seks yang diterangkan pihak kerajaan tadi. Cuba lihat pada perkara paling asas, paling luar.
Apalah yang mampu difahami oleh seorang budak berusia 7 tahun tentang sistem reproduktif, mencegah hubungan seks, fantasi dan sebagainya. Apa hasil yang akan diperoleh selain meninggalkan tanda tanya dan ingin tahu yang tinggi di kalangan kanak-kanak itu tentang seks.
Bila tajuk "pendidikan seks" terpampang sebagai nama subjek. Perkara pertama yang akan di tanya.
" cikgu, s*(& tu apa ..? "
-agak-agak apa jawapan yang akan diberi?-
Sekarang zaman dah maju. Informasi itu di hujung jari. Saya punya seorang adik lelaki berusia 7 tahun sekarang. Baru 7 tahun, sudah pandai switch-onn komputer sendiri, dan sudah pandai melayari internet untuk bermain online game.
Boleh bayangkan atau tidak, jika adik saya ini menaip perkataan " s*&6 " pada browser, dan enter. Agak-agak anda la kan, apa perkara yang akan terpampang diskrin komputer?
Astaghfirullah.. ashraf!
***
Pihak kerajaan ini mengambil langkah mengajar pendidikan seks ini sebagai salah satu cara untuk membendung zina (maaf, saya tidak suka berdalih untuk menggunakan perkataan gejala sosial), buang anak, dan sebagainya. Lalu mengambil inisiatif mengajar pendidikan seks peda budak seawal usia 7 tahun.
Pasti ramai di luar sana yang menepuk dahi. Lihat sahaja komen yang terpapar di keratan akhbar tersebut. Semua negatif.
Tapi, saya juga tidak pasti jika ada di luar sana khususnya ibu bapa ynag tidak endah.
" Ala, kerajaan tau la apa yang dia nak buat. Baik apa pun keputusannya, baikla untuk kita .."
Hah?
Do you know that this is your responsibility to teach your children about this??
How dare you release this resposibility to school???
***
Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah.
Ibu ayah... ketahuilah inilah tanggungjawab nya untuk mendidik anak-anak kita tentang perkara ini. Kerana itulah islam, agama fitrah untuk seluruh manusia sudah mengajarkan hal yang sama sejak anak-anak itu kecil lagi.
Contohnya, mengasingkan tempat tidur anak-anak lekali dan perempuan sejak 7 tahun, menjaga aurat dan batas pergaulan walaupun dalam rumah. Adab meminta izin juga turut Allah ceritakan dalam surah an-nur ayat 58.
Ceritakan kepada anak-anak tentang menjaga aurat, menjaga akhlak, juga penerapan sifat malu dalam diri anak-anak itu sendiri. Kadang-kadang kita ini merasakan yang hal ini sangat remeh dan mensekularkan hal-hal ini sebagai " pelajaran yang ustazah ajar kat sekolah", namun ibu ayah.. inilah tanggungjawab kita. Masalah sosial yang berlaku di kalangan anak-anak kita ini...marilah kita renungkan puncanya yang dari rumah dan keluarga kita sendiri.
Hal ini sudah berlaku sejak zaman berzaman.
Pada tahun awal 1920-an, Hassan al Banna menyedari bahawa peranan institusi keluarga itu sendiri tidak mampu untuk membantu perkembangan anak-anak menjadi seorang muslim yang benar-benar muslim. Lalu dari sinilah sistem usrah itu di hidupkan. Dan dari "usrah" inilah diterapkan dan di didik tentang iman, menjadi seorang muslim yang menyerahkan dirinya hanya kepada Allah. Namun sayang, dalam keadaan sekarang, "usrah" itu kerap sekali disalah mengertikan dan menjadi sasaran mereka-mereka yang tidak faham, ataupun menjadi sasaran musuh-musuh islam untuk mencantasnya.
Bagaimana halnya jika ibu bapa itu sendiri yang tidak sedar, atau seakan tidak tahu betapa pentingnya mendidik anak-anak berkenaan hal ini ?
Berbalik juga kepada kita sebagai individu. Kita berusaha untuk kembali menjadi muslim yang sebenarnya. Menggali semula pengetahuan tentang islam yang kita jahili. Kadang-kadang kita ini jahil, tetapi sombong mahu belajar, apatah lagi memperbaiki diri. Akhirnya kita ini dipijak dan dijadikan sasaran musuh islam untuk menyerang kita luar dan dalam.
Pasti musuh-musuh islam sekarang sedang bertepuk tangan mendengar isu ini.
Kembalilah, kembalilah kepada Allah, dan taatlah kepada apa yang sudah Allah ajarkan melalui al-Quran, dan sunnah. Kadang-kadang kita ini terlalu sombong hendak mengikut undang-undang Allah, lantas, membuat undang-undang dan penilaian sendiri berdasarkan kedangkalan akal manusia. Habis caca-merba dunia di buatnya!
Maaf, jauh sekali untuk saya membebel-bebel, ataupun ter"provoke" tidak tentu hala.
Kerna isu ini punya hubungannya dengan kita, sebagai hamba Allah.
Allah, selamatkan kami dari dipimpin oleh pemimpin yang jahil ya Allah.
Selamatkan kami dari kemurkaanMu..
yes, absolutely!!
ReplyDelete[saya suka 4 ayat yang hujung tu...]
may Allah bless kita semua...
APA YG PERLU HANYALAH TUKAR NAMA PENDIDIKAN SEKS KEPADA SESUATU YANG BUNYINYA LEBIH SESUAI.. MUNGKIN PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN GENDER ATAU APA2 SAHAJA...TANYA LAH KEPADA PAKAR...
ReplyDelete