Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
Segala pujian bagi Allah yang masih memberi peluang pada diri ini , di sini. Bahkan saya tidak pernah tahu, hingga bila saya mampu menghirup dan menghembus nafas lagi. Dan yang paling menggentarkan bila mana urusan kita di muka bumi ini tidak pernah selesai.
Alhamdulillah, sejak bermula penggal baru persekolahan ini semacam memb
eri satu pengalaman yang berbeza berbanding sebelumnya. Tidak dinafikan, sebelum ini, ramai juga senpai yang sudah bergraduasi, namu Allah gantikan dengan lebih ramai dan lebih variasi.
Percayalah, ianya membuatkan saya (baca: kami) berfikir dari kaca mata yang berbeza.
Bagaimana untuk meleburkan diri dalam sebuah kelompok masyarakat yang punyai latar belakang dan pembawakan berbeza-beza. Subhanallah, pengalaman tarbiyah berharga yang Allah beri secara langsung.
Justeru, dengan ini ia seakan menguatkan dan memahamkan saya betapa pentingnya seorang daie itu memandang mad'u(masyarakat/orang sekeliling) dengan pandangan kasih sayang. Merasa kasih belas akan dahaganya tidak merasai suasana islam, membenci perbuatan tapi bukan pelakunya, dan bagaimana kasihnya kita untuk menarik dia agar tak jatuh ke dalam kebinasaan.
Kadangkala, tanpa sedar...bila kita 'terbiasa' dalam suasana aman yang 'islami', bergaul dengan mereka yang memahami bahasa kita..kita akan lebih mudah menghukum orang lain atas perlakuan atau kesalahan yang mereka lakukan.
Pernah kita fikir latar belakang mereka? Apa yang mereka hadapi dan..mungkin mereka belum menikmati kemanisan islam dan tarbiyyah itu sendiri. Kita pun seakan memandang serong dan mengenepikan mereka.
Percayalah, sikap itu sendiri yang akan menghalangi antara kita dan mereka. Malah makin membina satu perspektif yang kurang enak pada daie.
Susun kata-kata dan bergaullah mengikut tahap mereka. Kerna seorang budak kecil tidak akan bisa faham bahasa orang dewasa.
Sudah masanya kita masuk dan menyerap dalam masyarakat. Fahami latar belakang mereka sebelum menghukum(sedang kita tidak layak menghukum).
dan paling asas, tonjolkan akhlak mulia..semua pastikan suka. kan?
Selamat berjuang di medan masing-masing;)
Dengan syarat.. dalam hati ada taman (kasih sayang dan belas) .
No comments:
Post a Comment