Pages

Tentang Nilai

Bismillahirrahmanirrahiim.

Alhamdulillah, Allah memulangkan nyawa selepas dipegangNya selama beberapa jam malam tadi. 
Dibangunkan untuk melewati sisa usia hari ini, di Hari Jumaat.. Penghulu Segala Hari =)

Hari ini saya cenderung mahu menulis tentang nilai.
Ya, nilai.. dan apakah itu nilai ?

Cara pandang seseorang pada sesuatu nilai itu berbeza.
Bukan semua orang merasai satu-satu perkara atau jumlah atau kuantiti itu sama pada nilai.
Yang membezakan antara satu sama lain, mungkin terkait dengan keperluan pada masa itu, mungkin juga bergantung kepada "rasa" seseorang itu juga. 

Dan betapa "abstrak"nya sudut pandang nilai ini, kita semua mengetahui. 
Tetapi, betapa cantiknya Allah mengajarkan kita nilai yang patut kita beri pandang sesuatu perkara atas dunia ini. Sebagai contoh, masa !

***


Bayangkan, situasi ini. 
Anda sedang keluarkan 2 keping 10 000 yen ( 2 x RM 400 )dari sampul. Dan anda sedang sibuk menunggu giliran di mesin ATM untuk urusan memasukkan wang itu kedalam akaun. Di kiri mesin ATM itu ada sebuah shreddar, dan disebabkan anda rasa sampul itu tak berguna buat anda, anda berhasrat untuk melupuskan sampul tersebut. 

Wang dan sampul berada ditangan kiri. Dengan selambanya anda memasukkan sampul itu kedalam shredder. Namun, sejurus selepas itu anda mendapati cuma satu keping wang 10 000 yen yang tinggal di tangan kiri. Penat rasanya menyeluk poket, mencari-cari dilantai. 

Nyata, 10 000 yen itu 99.999% berkemungkinan sudah anda lupuskan sekali bersama sampul itu ke dalam shredder. 

10 000yen, kalau pada saya untuk saat ini, nilainya sangat besar! Lebih-lebih lagi di saat menghitung hari bilalah lagi biasiswa mahu masuk ... 

Rasa macam kecuaian yang melampau!

***

Tidak pasti anda cukup tergugah ataupun tidak dengan contoh diatas. 

Tapi, apa yang saya ingin utarakan hanyalah ... kadangkala kita tidak sedar sesuatu itu sangat besar nilainya, sehinggalah ia hilang. Dan lebih mencemaskan bila nilai itu hilang akibat kecuaian kita yang tidak menjaga dan menghargainya. 

Untuk 2 bulan setengah yang mendatang ini , saya sendiri tidak mampu memberitahu apakah nilai yang mampu saya berikan sebelum saya ucapkan "bye bye".

Dan masa kurang satu bulan sebelum menghantar tesis, saya perlu gugah diri untuk pandangnya sebagai satu tempoh yang nilainya berpremium tinggi untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. 

Kecuaian/kelekaan/kebejatan saya dalam penggunaan masa dan peluang yang ada ini , mungkin akan menyebabkan saya -kelam kabut, cuak, resa ... dan sebagainya - di akhir-akhir waktu nanti. 

" Antara dua nikmat yang paling mudah diambil ringan oleh manusia ialah nikmat lapang dan sihat " (al-hadith)

Mohon doanya ya, agar saya ini bisa menghargai setiap momen-momen ( yang mungkin terakhir ) disini .


No comments:

Post a Comment