Pages

PAMY 2015: Episod 1


Obsesi dan imanku berpadu. Walau bukan aku yang merealisasikan, namun asasnya biar aku pancangkan!
***

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mendapat hidayah!

PAMY, akronim dari Persatuan Anak Muslim Yamaguchi. Nama asalnya, Persatuan Anak Malaysia Yamaguchi. Ditubuhkan pada Disember 2009 hasil semangat kesatuan penduduk Malaysia disini pada saat itu.

6 tahun sudah berlalu, nama PAMY sudah 3 tahun dinamai dengan makna yang baru. Dengan visi yang baru, dan matlamat baru. Hasil gelombang kesedaran yang mula ditiupkan dari sepasang suami isteri, Bro Solahuddin dan Kak Maryam. Suami isteri ini perintis ruhul jadid ( ruh baru ) dikalangan kami.

PAMY kini bukan sahaja menaungi rakyat yang bergelar warganegara Malaysia. Malah teman serumpun kami, Indonesia, Mesir, Bangladesh, Thailand dan seisi saudara muslim yang berada di sekitar Yamaguchi ini.

Malam ini, kami bermesyuarat tergempar. Akh Hamzah Asad mengetuai perbincangan. Hasil kaji selidik dan analisisnya tempoh hari dibentangkan. Di riak wajahnya, tergaris rasa risau yang amat walaupun disembunyikan disebalik senyuman ikhlas.

" Akh Khairul, minta enta setting pasokon dan projector. Ana akan bentangkan dengan slide.. ", ujar Akh Hamzah. Akh Khairul bergegas mengikut seperti yang disuruh.

Masing-masing sama ada ikhwah mahupun akhawat menanti dengan penuh debar. Usai kuliyah dan kenkyu, kami terus ke Tokiwa Kaigishutsu Kaikan untuk Meeting tergempar jam 6.00 petang. Kelihatan Akh Ikhwan masih dengan seragam kilang, dan Bro Solah yang kinj bekerja sebagai Pengurus Produktiviti di Ube Kousan juga turut serta. Ikhwah yang lain ada yang berkain pelekat, ciri kemelayuan yang masih pekat.

Dipisahkan dengan tabir tinggi dibelakang, kelihatan akhawat masih setia dalam saff. Ukht Suriana kelihatan bebisik-bisik membicangkan sesuatu dengan Ukht Anisa di sebelahnya, Ukht Faridatul juga tidak ketinggalan. Yang lain pun begitu, cuma Ukht Hafzan yang masih jeda sendiri dengan mushaf ditangan. Barangkali sedang tasmi' hafazan.

" Ikhwah akhawat yang ana kasihi sekalian, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. ", Akh Hamzah memulakan bicaranya. Suasana kini mula sunyi. Masing- masing menumpukan perhatian kepadanya. Yang kedengaran, cuma helaian nota atau bunyi ketukan papan kekunci.

" .. sebelum ana meneruskan perbincangan, mari kita ekspresikan rasa syukur kita kepada Allah yang memberi kita hidayah berada di jalan ini. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW dan para sahabat yang bersusah payah merentas jalan ini. Ana mohon maaf pada antum semua kerana kelihatan tergesa-gesa memanggil antum semua untuk bermesyuarat malam ini... ",

" Teruskan akhi, kami menunggu dengan penuh debar hasil analisamu untuk kawasan Kyusyu dan Okinawa...", Akh Adnin menyatakan rasa tidak sabar mahu mendengar. Ikhwah akhawat yang lain juga kelihatan mengangguk-angguk tanda setuju.

Akh Hamzah menggerakkan tetikusnya. Skrin putih dihadapan mula menayangkan slide yang tertera carta pai dengan beberapa pecahan.

" Antum cuba lihat ini. Ini adalah hasil pengamatan dan tinjauan ana kepada bilangan umat islam dan jumlah penduduk disitu. Ana fokuskan analisa ana ini kepada pelajar universiti dan umat islam sahaja. Setelah ana survey, hasil mendapati bahawa 65% umat islam disitu masih belum mendapat sentuhan tarbiyyah. Begitu juga dengan pelajar- pelajar universiti disana. Hampir 45% dikalangan mereka belum didedahkan dengan apa itu islam... Ana rasa ini satu perkara yang besar! Masakan bilangan kita yang mencapai ratusan orang ini masih belum dapat merentas pulau dan membaw risalah ke sana..? ", nada Akh Hamzah mula perlahan. Ada getar dihujungnya.

" Akhi, ana cadangkan untuk kita lantik wakil ke Kyusyu dan Okinawa. Dan ana, volunteer untuk menjadi wakil ke Okinawa !", Akh Baim membalas dengan kata-kata dengan penuh semangat.

" Ana dan Akh Zam mahu ke Kyusyu!", Akh Amir dan Zam tidak mahu ketinggalan.

" Mabruk antum, pantas sungguh untuk fastabiqul khoiraat ". Akh Hamzah memuji.

"Klik Klik", bunyi mikrofon mahu dihidupkan. Tanda akhawat ada yang mahu bersuara. Walaupun tabir menghadangi dan tidak nampak antara satu sama lain, ia bukan penghalang untuk pihak akhawat memberi pandangan.

" Bismillah. Ana rasa, wakil2 yang antum volunteer tadi mungkin sesuainya untuk cater tarbiyah di sana. Untuk penyebaran islam dikalangan pelajar universiti, ana akan cuba hubungi pihak universiti disana melalui Islamic Center Yamaguchi untuk mengadakan pameran dan talk mengenai Islam di university masing-masing.. organisasi AJK pelaksana pun nanti ana akan cuba bentuk selepas ini.. ", Ukh Izzah mengujarkan pandangan bernas.

" Jazakumullah khair antum untuk cadangan2nya, agak-agak bila ye antum semua boleh siap susun dan update di Yahoo Group dan Fb ..? "

" InsyaAllah kami cuba sebelum tengah malam ni..dan ana akan minta zaujah ana setkan website baru untuk pameran islam diuniversiti tu.." , balas Akh Adnin yang sedang setia menaip sesuatu di pasokonnya.

" Shimekiri untuk susunan organisasi dan plan, sehingga sabtu ini. Bole ke..? "

" Boleh!, insyaAllah", hampir bergema kaigishutsu dengan suara kami itu.



<< bersambung >>

Glosari:
Akh: Akhi bermaksud saudara dalam bahasa arab
Ukht: Ukhti bermaksud saudari dalam bahasa arab.
Ana: saya dalam bahasa arab.
Antum: Kamu semua dalam bahasa arab.
Ikhwah: Saudara lelaki
Akhwat: Saudara perempuan.
Pasokon: Singkatan "personal computer" dalam bahasa jepun.
Kenkyu: Makmal, lab
Fastabiqul Khairaat: Berebut mengejar kebaikan
Shimekiri: Tarikh tutup


No comments:

Post a Comment