Pages

Kafilah Ini

Bismillahirrahmanirrahiim,

Kafilah Ini.

Aku tidak tahu,
semasa aku menulis bait-bait ini,
adakah aku masih layak digelar ahli;
Kafilah Ini.

Kafilah Ini,
sungguh ia kafilah suci.
Kerana kesuciannya aku rasakan aku semakin tidak layak berada bersamanya.

Aku sungguh bermula dengan kebaikan,
dengan semangat,
dengan keazaman.
Namun, mungkin kefahaman dan keimanan yang tidak diasah,
dan dalam perjalanan yang makin penjang bersama kafilah ini aku melangkah.
Menjadikan aku semakin longlai,
semakin melemah,
dan kadang-kadang tak terarah.

Di mana silapnya?
Maaf, aku tidak sama sekali menyalahkan siapa-siapa.
Kerana setiap masing-masing dari kita Allah sudah berikan "ayat-ayatNya".

Mungkin dahulu kita enak bermain dengan ideologi,
bermain dengan istilah yang hebat-hebat.
Matlamat dan alat,
Jahiliah dan islam,
dan macam-macam.

Dan untuk aku yang semakin rasa tidak layak dalam kafilah ini,
mana letak duduknya ideologi-ideologi itu?
Aku cuba menyibak hati,
benarkah ada iman dan faham terhadapnya ?

Sungguh,
kafilah ini memilih untuk melalui jalan yang panjang.
Sedang nafas aku mungkin hanya tinggal sejengkal.
Saban masa penat ditarik tarikan wahyu dan tarikan nafsu.
Bisakah sampai akhir masa aku bersama denganmu?

Sungguh,
sungguh aku takut.
Apatah lagi medan kita berlegar dengan kalimah dan madah yang indah.
Mana letak duduk aksi sebagai bukti?
Dan benarkah iman itu sudah tertanam menjunam?
Atau hanya bermain dibibir-bibir,
dan lenyap bila sudah tersampai di celah-celah liqa'?

Maafkan aku kerana ini hanya tulisan picisan,
barangkali tiada kaitan,
bahkan mungkin akan melukakan.
Percayalah, aku hanya ingin mengkhabarkan perihal aku.
Agar bisa ada yang menyelamatkan.
Di saat tiada bisa yang memahami,
selain aku, Tuhanku, dan kamu.


alFaqiir ilAllah,
-hafizah muti'ah-

1 comment: