Pages

al-Wafa

Bismillahirrahmanirrahiim,

rindukan al-wafa.

rindu.

Tapi kami jauh. Memang mungkin susah untuk menemukan 'ubat jumpa'.

InsyaAllah, cuba untuk gunakan 'ubat doa'.

Berkorban dan mengorbankan


Bismillahirrahmanirrahiim,

19/6/2012
Mr M bercerita tentang keadaan kesihatannya yang terjejas terutamanya di bahagian respirotori. Mukusnya mengandungi darah, dan rasa sakit semasa turun naik nafas.

Mmm.

Pekerjaan yang kita lakukan, kadang-kadang berisiko tinggi, bukan sekadar menjejaskan kesihatan, namun juga mengancam nyawa. Seperti Mr M, pada mulanya dia rasa baik-baik sahaja walaupun menghidu chlorine dan bermacam-macam lagi bahan kimia yang lain. Ternyata, semakin lama..dia merasakan kesan buruk pada kesihatan.

That is!
Bila mendengar cerita Mr M ini, saya merasakan bahawa tidak hairan atau tidak pelik jika manusia mati (sanggup mati) untuk tugas. Apatah lagi tugas yang disukai dan dicintai. Seperti jihad, bilamana suatu hari nanti ia membutuhkan kita mengorbankan nyawa di medan qital, kita akan serahkan. Mati syahid ini mati yang mulia. Kita boleh terima jika pekerjaan kita itu berisiko tinggi mengancam nyawa, mungkin kita rasa terjamin dengan adanya SOCSO, insurans kesihatan dan bermacam-macam lagi. Namun, adakah kita bersedia dan rela jika suatu hari nanti kita diminta berada di medan qital yang taruhannya adalah nyawa?

Mmm.

Suatu refleksi. Allah banyak menunjukkan saya, bahawa segala apa yang dituntut di jalan ini, bukanlah perkara yang bukan-bukan ataupun mustahil. Kerana, manusia itu sendiri sanggup mengorbankan dirinya. Cuma yang membezakan hanyalah matlamat untuk apa dia mengorbankan diri. 

The 3rd week

Bismillahirrahmanirrahiim..

baru 2 kali ulang alik bermotoran bawah panas matahari ke plant sana, balik rumah terus rasa longlai dan berat mulut?

voila!

Pagi tadi rasa semangat bukan main lepas diinject dengan mindset seorang "engineer" oleh senior.

Tengahari dah mula longlai bila perlu datakan semula file lama.

Petang dah rasa cuak bila bos besar dah mula tanyakan pasal saya kenapa tidak hadir meeting DPM.

Perjalanan baru sahaja nak bermula..!
Jibun, ganbare!!

I knew I love you

Bismilahirrahmanirrahiim,

Saya suka satu lagu ni.
" I knew I love you before I met you "  (tak perlu google-google pun takpe).

Entah berapa orang ... saya tidak pernah bersua dengannya.
Namun rasa cinta itu ada. Tulisannya, berchat dengannya sahaja begitu mententeramkan.

Dan untuk yang kali ini,
terima kasih Allah untuk rasa cinta buat dia yang tidak pernah saya jumpa.
Namun, moga cinta kami ini tertaut keranaMu.
Dann, walaupun kami tidak pernah bersua, insyaAllah .. mohon kami ditsabatkan di jalan ini.
Selagi itu perasaan cinta itu akan ada.
InsyaAllah.

Buat kamu,
Cik M.



Mungkinkah ini sebabnya ?

Bismillahirrahmanirrahiim,

" Assalamualaikum ..", saya mengetuk pintu, memberi salam untuk masuk ke rumah.
Waktu sudah melewati pukul 11.00 malam ketika itu. Patutlah seisi rumah sudah sunyi. Barangkali masing-masing sudah dibuai mimpi.

" Waalaikumussalam .. " emak menyambut dengan wajah yang sedikit  'mamai'.

Saya memaksakan diri untuk senyum. Paksa diri untuk senyum. Namun, wajah yang letih ini tidak dapat disembunyikan lagi. Topi keledar putih serta beg sandang T90 itu saya letakkan di atas kerusi. Biarkan sahaja, rasanya sudah tiada upaya.

Meeting di tempat kerja hari ini tamat jam 7.20 malam. Usai melepaskan lelah sebentar tadi, dan mengalas perut dengan seketul roti, terus bergegas ke liqa'. Alhamdulillah, bila bertemu akhawat dan berada di liqa' seerti hilang sudah segala lelah. Cuma entah kenapa, bila pulang ke rumah..rasa letih fizikal itu kembali.

Doa saya, moga tak terpamer wajah dan tubuh yang penat sekembalinya ke rumah nanti. Perlu 'buat-buat cergas', perlu 'wajah ceria'.

>> Ini situasi 1.

Pening juga melihat gelagat adik-adik yang sedang berkelahi. Iyalah, masih kanak-kanak kecil kan? Kadang kala benda yang remeh menjadi rebutan. Agak menganggu kosentrasi dan 'berbuih mulut' juga berdiplomasi dengan kata-kata yang lembut.

Itu baru berhadapan dengan adik-adik kecil.

Jika berada bersama ahli keluarga yang remaja, atau 'yang tua'?
Bukan tidak tahu itu ini tidak menepati syarie, bukan tidak tahu itu ini tidak sopan, bukan tidak tahu itu ini....
hmm.

Dan akhirnya...
Jahiliyyah diri mula meledak. Nampaknya sabar seolah-olah menaburkan kata dusta yang dia sudah melebihi tahap piawai. Terlepas juga amarah pada mereka.

Aduh, terduduk saya !

>> dan diatas ini situasi 2.

dan banyaaaak lagi situasi lain yang boleh antum tambah sendiri.

*******************************************************************************

Perkara ini sedang berlegar dalam kepala. Mad'u yang paling rapat, yang secara logiknya yang paling dekat jaraknya, yang paling kuat medan magnet dan tertarik kepada kita. Namun, alangkah malangnya, yang paling rapat inilah yang paling sukar mahu disentuh hatinya.

Benar bukan?

Masakan tidak, ketika kita amat bermujahadah menunjukkan akhlak mulia kepada mad'u-mad'u yang berada dalam 'target' mahupun dihadapan akhawat ( ikhwah), secara tidak sedar kita melampiaskan sisi negatif dan jahiliyyah kita kepada ahli keluarga ataupu orang yang berada hampir dengan kita.

Sehingga mereka tidak merasakan dakwah yang 'kononnya' sedang mujahadahkan ini suatu nikmat.
Bahkan hanya sebagai suatu perkara yang memenatkan.
Menjarakkan hubungan kekeluargaan.
Bersilat-silat ber'dakwah' diluar, namun terbongkang menyambung lena selepas subuh dirumah.
Kitalah yang paling sukar membantu dirumah..dan sebagainya.

Tidak mengapa, jika kita pernah berada dalam jahiliyyah apabila kita berada bersama orang yang terdekat ini suatu ketika dahulu.
Yang menjadi persoalannya, bila mana kita mengatakan dan menunjukkan kita ini sedang menyertai angkatan dakwah, jahiliyyah kita itu masih bersisa pada mata mereka. Tiada perubahan.

Apakah ertinya ini?
Adakah kita sudah senang hati jika kita ini enak meng-claim diri sebagai budak usrah, seorang daie.. namun, manusia sekeliling masih tidak merasai rahmat dah sejahtera dari kita?
Sedangkan kita mengerti yang Rasulullah SAW itu diturunkan sebagai rahmatan lil alamiin.

Bersihkan niat, tundukkan hati, dan tadahkan tangan mohon moga Allah bantu langkah-langkah kita semua, insyaAllah. Moga kita menjadi pengantara keindahan dan rahmat islam, serta membawa manusia mengingat Allah bila memandang sosok kita.

Amiin.

p/s:
1. suatu perkongsian buat antum. Moga jadi ibrah..khususnya untuk yang bakal bercuti nanti, mahupun yang merancang untuk duduk dengan family bila BFG nanti =)
2. Jika berkesempatan, mahu mengajak antum membaca kupasan SQ untuk 2;208-209 dalam Fi Zilal ayat pilihan.

Membina

Bismillahirrahmanirrahiim,

Tujuan aku bukan mahu membina cinta semata-mata.
Tapi mahu membina manusia.


Mereka yang bercahaya

Bismillahirrahmanirrahiim,

sebentar tadi, pertemuan kami di rumah Allah itu buat kesekian kali.
Aku yang tertanya-tanya siapakah mereka yang bakal ku temui malam ini?
Adakah sama seperti minggu lepas, mahupun berbeza?

Usai mengaminkan doa imam di rumah Allah itu,
ada tangan menepuk bahuku.

" Kak, saya solat dulu ye. Yang lain semua kat luar "

Wajah-wajah bercahaya itu menyambut dengan senyum yang menyenangkan.
Inilah jiwa-jiwa yang dipilih Allah !


usai pertemuan tadi..
kini aku mula rindu dengan mereka.

Pertemuan yang tidak pernah kami rancang,
namun terbina dengan satu tujuan.

Mereka ini satu anugerah, satu hadiah, satu tarbiyah, satu rahmat.

Tanpa sedar pertemuan tadi sedikit sebanyak menjahit koyak hati dan rasa yang semakin rabak.
Dijahitnya dengan benang rindu.

Rindu ;'(

Kuli 2.0

Bismillahirrahmanirrahiim,

saya benar-benar terasa.
Fitrah seorang manusia itu TIDAK SUKAKAN kelapangan.
Bila lapang, pasti akan mencari-cari kesibukan.

Sama ada bermanfaat, ataupun tidak.

Kuli 1.0

Bismillahirrahmanirrahiim,

alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari keempat saya "bekerja" di sini. Masih belum melakukan apa-apa tugas secara rasmi, hanya melakukan sedikit revisi syarikat ini melalui pembacaan fail-fail, strategi syarikat dan melawat kilang.

Sepanjang 4 hari ini, rasanya ada sahaja hati ditebak Allah dengan tercetusnya perasaan. Ya Allah, moga perasaan yang tertusuk ini membawanya kepada amal.

Saya tidak pernah bekerja, sama ada sepenuh masa ataupun bekerja part-time secara rasmi (ada bos, terima slip gaji). Jadi inilah yang pertama kali. Teringat kembali ketika saya menjalani temuduga di beberapa syarikat sebelum diterima bekerja disini, saya seupaya mungkin memancing kepercayaan kepada penemuduga agar menerima saya bekerja.

Alhamdulillah, rezeki saya diterima untuk ke sini.

Perasaan yang alami, bila namanya kita bekerja dibawah syarikat yang akan membayar kita gaji (rezeki dari Allah, syarikat ni sebagai ulul amri dan macam mesin ATM je) tanpa sedar kita akan cuba memberikan sepenuh tanggungjawab kita kepada syarikat semasa tempoh bekerja. Selama ini mungkin amat sukar sekali untuk saya faham, ataupun merasai betapa sebagai seorang hamba sangat perlu kita memberikan loyalitas dan perhambaan kita kepada Allah yang menciptakan, menjaga dan menentukan takdir hidup kita. Dan alhamdulillah, Allah memberi "rasa" ini dalam hati saya. Dan mungkin satu kejutan kepada diri saya sendiri bilamana selama ini sungguh bebas, dan tiba-tiba perlu memberikan masa, tenaga dan fikiran kepada pihak lain, saya jadi jeda seketika.

Konsepnya sama sahaja bagi kita seorang muslim.
Kontrak kita adalah syahadah.
Matlamat kita bukan gaji, sebaliknya keredhaan Allah.
dan komitmen kita adalah perhambaan kita kepada Allah.

Mmm.

Berbalik kepada cerita di atas, setiap engineer di syarikat ini akan dibekalkan dengan kelengkapan seperti alat tulis, komputer peribadi, sim-card dan sebagainya untuk urusan kerja. Alhamdulillah, hari ini setelah hari keempat, saya mendapat keperluan-keperluan ini. Jika di hari pertama hingga ketiga, kerja saya hanyalah membelek fail-fail dan strategi yang digunakan syarikat. Namun, selepas mendapat komputer riba ini, secara rasminya saya perlu bersedia dan tidak punya alasan lagi untuk tidak berperanan sebagai engineer.

Tanpa komputer, saya boleh beralasan untuk mengatakan saya masih tidak mempu melakukan tugas-tugas. Namun, apabila kemudahan ini sudah saya terima, apa lagi alasan saya untuk tidak melakukannya?
Maka sama lah sebagai peranan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi ini sebagai khalifah. Allah provide semua di bumi ini sebagai suatu kemudahan untuk kita melakukan tugas-tugas khalifah. Namun hanya berapa orang yang sedar dan benar-benar melakukannya?? (termasuklah diri saya sendiri..huhu)

Semakin banyak kelebihan yang kita punyai, hanya SATU perkara yang perlu kita sedar dan hadam dengan dalam. Iaitu, tanggungjawab kita semakin BESAR. Tugas khalifah tidak boleh diberikan kepada semut, mahupun tikus apatah lagi pokok. Namun, ianya berbalik berada di pundak kita.

Saya teringat kata-kata Ustaz Pahrol Juoi di IKIM beberapa minggu yang lepas. Katanya, pangkat dan kelebihan yang diberikan kepada kita, bukan untuk kita nikmati sebagai suatu kebanggaan atau suka-suka. Namun, semakin besar pangkat, mahupun semakin banyak nikmat yang diberikan, kita perlu menerimanya dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah. T T

Banyak lagi perkara lain yang menusuk hati. Namun, cukuplah untuk masa ini.
Tulisan ini moga-moga menjadi peringatan buat diri saya dan jika beruntung, moga yang membacanya juga beroleh sesuatu yang bermakna.

Allahu Allah, tsabbit quluubana a'la dinik. Berikan diri saya dan mereka ini hidayah dan taufiq.

p/s:
1. berdebar-debar dan tertanya-tanya, mampukah untuk menjadi seorang engineer? Melihat engineer-engineer di pejabat saya ini sibuk dengan data-data production, sibuk masuk line (kilang proses), dan mesyuarat-mesyuarat yang berkala dan sebagainya.
2. Pertama kali melihat peranan man-power yang sangat penting. Dan masing-masing sangat memberikan komitmen untuk mengejar SATU tujuan. Menghasilkan sarung tangan yang berkualiti, berproduktiviti tinggi dan berkos rendah.
3. Suasana dalam pejabat/kilang ini persis lab saya di tahun akhir semasa di Jepun dahulu. Saya wanita tunggal, mesin-mesin kilang yang besar, kilang yang panas macam oven..etc.
4. Jangan mengelak. Segala perkara yang mahu dielakkan pada masa lepas, bagai bersatu kembali dan sedang menemui saya disini.. T T
5. Perlu belajar banyak terms. Termasuklah terms walkie talkie.
6. Bergaul dengan rakan sekerja daripada operator berbangsa asing, kakak kerani, cleaner..sehinggalah bos besar.. gulp.
7. Sangat perlu meningkatkan stamina diri. T T