Pages

Mungkinkah ini sebabnya ?

Bismillahirrahmanirrahiim,

" Assalamualaikum ..", saya mengetuk pintu, memberi salam untuk masuk ke rumah.
Waktu sudah melewati pukul 11.00 malam ketika itu. Patutlah seisi rumah sudah sunyi. Barangkali masing-masing sudah dibuai mimpi.

" Waalaikumussalam .. " emak menyambut dengan wajah yang sedikit  'mamai'.

Saya memaksakan diri untuk senyum. Paksa diri untuk senyum. Namun, wajah yang letih ini tidak dapat disembunyikan lagi. Topi keledar putih serta beg sandang T90 itu saya letakkan di atas kerusi. Biarkan sahaja, rasanya sudah tiada upaya.

Meeting di tempat kerja hari ini tamat jam 7.20 malam. Usai melepaskan lelah sebentar tadi, dan mengalas perut dengan seketul roti, terus bergegas ke liqa'. Alhamdulillah, bila bertemu akhawat dan berada di liqa' seerti hilang sudah segala lelah. Cuma entah kenapa, bila pulang ke rumah..rasa letih fizikal itu kembali.

Doa saya, moga tak terpamer wajah dan tubuh yang penat sekembalinya ke rumah nanti. Perlu 'buat-buat cergas', perlu 'wajah ceria'.

>> Ini situasi 1.

Pening juga melihat gelagat adik-adik yang sedang berkelahi. Iyalah, masih kanak-kanak kecil kan? Kadang kala benda yang remeh menjadi rebutan. Agak menganggu kosentrasi dan 'berbuih mulut' juga berdiplomasi dengan kata-kata yang lembut.

Itu baru berhadapan dengan adik-adik kecil.

Jika berada bersama ahli keluarga yang remaja, atau 'yang tua'?
Bukan tidak tahu itu ini tidak menepati syarie, bukan tidak tahu itu ini tidak sopan, bukan tidak tahu itu ini....
hmm.

Dan akhirnya...
Jahiliyyah diri mula meledak. Nampaknya sabar seolah-olah menaburkan kata dusta yang dia sudah melebihi tahap piawai. Terlepas juga amarah pada mereka.

Aduh, terduduk saya !

>> dan diatas ini situasi 2.

dan banyaaaak lagi situasi lain yang boleh antum tambah sendiri.

*******************************************************************************

Perkara ini sedang berlegar dalam kepala. Mad'u yang paling rapat, yang secara logiknya yang paling dekat jaraknya, yang paling kuat medan magnet dan tertarik kepada kita. Namun, alangkah malangnya, yang paling rapat inilah yang paling sukar mahu disentuh hatinya.

Benar bukan?

Masakan tidak, ketika kita amat bermujahadah menunjukkan akhlak mulia kepada mad'u-mad'u yang berada dalam 'target' mahupun dihadapan akhawat ( ikhwah), secara tidak sedar kita melampiaskan sisi negatif dan jahiliyyah kita kepada ahli keluarga ataupu orang yang berada hampir dengan kita.

Sehingga mereka tidak merasakan dakwah yang 'kononnya' sedang mujahadahkan ini suatu nikmat.
Bahkan hanya sebagai suatu perkara yang memenatkan.
Menjarakkan hubungan kekeluargaan.
Bersilat-silat ber'dakwah' diluar, namun terbongkang menyambung lena selepas subuh dirumah.
Kitalah yang paling sukar membantu dirumah..dan sebagainya.

Tidak mengapa, jika kita pernah berada dalam jahiliyyah apabila kita berada bersama orang yang terdekat ini suatu ketika dahulu.
Yang menjadi persoalannya, bila mana kita mengatakan dan menunjukkan kita ini sedang menyertai angkatan dakwah, jahiliyyah kita itu masih bersisa pada mata mereka. Tiada perubahan.

Apakah ertinya ini?
Adakah kita sudah senang hati jika kita ini enak meng-claim diri sebagai budak usrah, seorang daie.. namun, manusia sekeliling masih tidak merasai rahmat dah sejahtera dari kita?
Sedangkan kita mengerti yang Rasulullah SAW itu diturunkan sebagai rahmatan lil alamiin.

Bersihkan niat, tundukkan hati, dan tadahkan tangan mohon moga Allah bantu langkah-langkah kita semua, insyaAllah. Moga kita menjadi pengantara keindahan dan rahmat islam, serta membawa manusia mengingat Allah bila memandang sosok kita.

Amiin.

p/s:
1. suatu perkongsian buat antum. Moga jadi ibrah..khususnya untuk yang bakal bercuti nanti, mahupun yang merancang untuk duduk dengan family bila BFG nanti =)
2. Jika berkesempatan, mahu mengajak antum membaca kupasan SQ untuk 2;208-209 dalam Fi Zilal ayat pilihan.

No comments:

Post a Comment