Pages

Kuli 1.0

Bismillahirrahmanirrahiim,

alhamdulillah, hari ini sudah masuk hari keempat saya "bekerja" di sini. Masih belum melakukan apa-apa tugas secara rasmi, hanya melakukan sedikit revisi syarikat ini melalui pembacaan fail-fail, strategi syarikat dan melawat kilang.

Sepanjang 4 hari ini, rasanya ada sahaja hati ditebak Allah dengan tercetusnya perasaan. Ya Allah, moga perasaan yang tertusuk ini membawanya kepada amal.

Saya tidak pernah bekerja, sama ada sepenuh masa ataupun bekerja part-time secara rasmi (ada bos, terima slip gaji). Jadi inilah yang pertama kali. Teringat kembali ketika saya menjalani temuduga di beberapa syarikat sebelum diterima bekerja disini, saya seupaya mungkin memancing kepercayaan kepada penemuduga agar menerima saya bekerja.

Alhamdulillah, rezeki saya diterima untuk ke sini.

Perasaan yang alami, bila namanya kita bekerja dibawah syarikat yang akan membayar kita gaji (rezeki dari Allah, syarikat ni sebagai ulul amri dan macam mesin ATM je) tanpa sedar kita akan cuba memberikan sepenuh tanggungjawab kita kepada syarikat semasa tempoh bekerja. Selama ini mungkin amat sukar sekali untuk saya faham, ataupun merasai betapa sebagai seorang hamba sangat perlu kita memberikan loyalitas dan perhambaan kita kepada Allah yang menciptakan, menjaga dan menentukan takdir hidup kita. Dan alhamdulillah, Allah memberi "rasa" ini dalam hati saya. Dan mungkin satu kejutan kepada diri saya sendiri bilamana selama ini sungguh bebas, dan tiba-tiba perlu memberikan masa, tenaga dan fikiran kepada pihak lain, saya jadi jeda seketika.

Konsepnya sama sahaja bagi kita seorang muslim.
Kontrak kita adalah syahadah.
Matlamat kita bukan gaji, sebaliknya keredhaan Allah.
dan komitmen kita adalah perhambaan kita kepada Allah.

Mmm.

Berbalik kepada cerita di atas, setiap engineer di syarikat ini akan dibekalkan dengan kelengkapan seperti alat tulis, komputer peribadi, sim-card dan sebagainya untuk urusan kerja. Alhamdulillah, hari ini setelah hari keempat, saya mendapat keperluan-keperluan ini. Jika di hari pertama hingga ketiga, kerja saya hanyalah membelek fail-fail dan strategi yang digunakan syarikat. Namun, selepas mendapat komputer riba ini, secara rasminya saya perlu bersedia dan tidak punya alasan lagi untuk tidak berperanan sebagai engineer.

Tanpa komputer, saya boleh beralasan untuk mengatakan saya masih tidak mempu melakukan tugas-tugas. Namun, apabila kemudahan ini sudah saya terima, apa lagi alasan saya untuk tidak melakukannya?
Maka sama lah sebagai peranan dan tanggungjawab kita di atas muka bumi ini sebagai khalifah. Allah provide semua di bumi ini sebagai suatu kemudahan untuk kita melakukan tugas-tugas khalifah. Namun hanya berapa orang yang sedar dan benar-benar melakukannya?? (termasuklah diri saya sendiri..huhu)

Semakin banyak kelebihan yang kita punyai, hanya SATU perkara yang perlu kita sedar dan hadam dengan dalam. Iaitu, tanggungjawab kita semakin BESAR. Tugas khalifah tidak boleh diberikan kepada semut, mahupun tikus apatah lagi pokok. Namun, ianya berbalik berada di pundak kita.

Saya teringat kata-kata Ustaz Pahrol Juoi di IKIM beberapa minggu yang lepas. Katanya, pangkat dan kelebihan yang diberikan kepada kita, bukan untuk kita nikmati sebagai suatu kebanggaan atau suka-suka. Namun, semakin besar pangkat, mahupun semakin banyak nikmat yang diberikan, kita perlu menerimanya dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah. T T

Banyak lagi perkara lain yang menusuk hati. Namun, cukuplah untuk masa ini.
Tulisan ini moga-moga menjadi peringatan buat diri saya dan jika beruntung, moga yang membacanya juga beroleh sesuatu yang bermakna.

Allahu Allah, tsabbit quluubana a'la dinik. Berikan diri saya dan mereka ini hidayah dan taufiq.

p/s:
1. berdebar-debar dan tertanya-tanya, mampukah untuk menjadi seorang engineer? Melihat engineer-engineer di pejabat saya ini sibuk dengan data-data production, sibuk masuk line (kilang proses), dan mesyuarat-mesyuarat yang berkala dan sebagainya.
2. Pertama kali melihat peranan man-power yang sangat penting. Dan masing-masing sangat memberikan komitmen untuk mengejar SATU tujuan. Menghasilkan sarung tangan yang berkualiti, berproduktiviti tinggi dan berkos rendah.
3. Suasana dalam pejabat/kilang ini persis lab saya di tahun akhir semasa di Jepun dahulu. Saya wanita tunggal, mesin-mesin kilang yang besar, kilang yang panas macam oven..etc.
4. Jangan mengelak. Segala perkara yang mahu dielakkan pada masa lepas, bagai bersatu kembali dan sedang menemui saya disini.. T T
5. Perlu belajar banyak terms. Termasuklah terms walkie talkie.
6. Bergaul dengan rakan sekerja daripada operator berbangsa asing, kakak kerani, cleaner..sehinggalah bos besar.. gulp.
7. Sangat perlu meningkatkan stamina diri. T T

1 comment:

  1. Hoho.

    Dah jd injiniyor.!

    Cabaran utk maintain mutabaah amal!

    ReplyDelete