Bismillahirrahmanirrahiim.
Beberapa catatan.
1. Berperang. Mungkin itu situasi yang paling tepat untuk situasi saya sekarang.
Setelah dalam tulisan, berbuat ini insyaAllah kerana Allah. Kini dalam proses pembersihan , adakah betul-betul ini keranaNya?Ternyata, dalam tempoh masa yang semakin berlalu seleps niat itu saya tatahkan... terlalu banyak debu lain yang menutupi.
Terima kasih Allah untuk ujian ini.
Biar satu persatu diselongkar, biar saya malu bila niat itu tak lagi suci. Itu mungkin cara yang terbaik untuk mendidik hati sekeras logam ini.
2. Saya benci, tapi saya perlu buat. Maka bila berhadapan dengan perkara yang saya benci ini, akan membuatkan saya merenung kembali asal usul kenapa saya mengambil pilihan jalan yang ini.
Sehingga saya boleh keluarkan kenyataan. "Saya tak mahu anak perempuan saya nanti jadi Engineer". Ops, yeah..its all about my career.
Kerjanya tak susah. Tapi saya rasa perih sebagai jiwa seorang perempuan.
Bila saya di beri cadangan untuk tidak bekerja, saya rasa mahu menjerit katakan "Ya".
Tapi saya juga perlu faham, mungkin belum masanya. Dan hidup saya, bukan untuk saya seorang.
3. Saya perlu beri peluang untuk saya sendiri mengenali diri saya. Selami dia. Terlalu lama rasanya saya terbelenggu oleh perkara lain tanpa saya selami betul2.
dan kadang-kadang,
tenggelam di tengah lautan.
Dan kerana itulah; Usul 1 --> faham.
memang aku pun tak benarkan anak perempuan aku jadi engineer. hikhik
ReplyDeletemgkn belum tiba masanya lagi..kerna hidup bukan utk diri seorang...hny mmpu tsenyum...
ReplyDelete