Pages

Hadithul Ifk

bismillahirrahmanirrahiim.

Air mata menitik-nitik sambil mulut masih berkumat kamit melantunkan ayat nan indah dari Surah An-Nur.

Mengenang betapa pedih dan perih hati Rasulullah SAW, Aishah sekeluarga apabila hadithul ifk ini tersebar pada waktu itu. Aishah ummul mu'minin itu dituduh mengadakan perbuatan yang terkutuk?! Apabila keadaan menjadi buntu, sedang fitnah terus berlarutan. Dan perkataan pun semakin hilang.. Rasulullah SAW cuma membalas ; "kita tunggu wahyu dari Allah".

Bukan tidak percaya, bila bukti tidak menyebelahi logik dan pemikiran manusia biasa. dan pada waktu inilah Allah menguji. Tawakkal sepenuhnya kepada Dia. Buat Aishah yang benar, bukan dia takut dengan tuduhan, dia memang benar-benar tidak melakukannya!

Dan Rasulullah SAW boleh sahaja menidakkan terus menerus mengatakan TIDAK. Tapi baginda tidak begitu. Tawakkal baginda tinggi melangit. Allah itu Maha Adil. Itu kepercayaannya yang tiada tara.


Allah ...

Biarlah, saat ini jadi saksi. Allah, tunjukkan yang benar itu benar dan kurniakan kami rezeki(mudah) untuk mengikutinya. Tunjukkanlah yang batil itu batil. Sehingga kami diberi rezeki untuk kuat menolaknya.

Allah,
ini benar tarbiyyah tentang cinta. Tarbiyah tentang syukur. Tarbiyyah tawakkal, tarbiyyah setia, dan tarbiyyah percaya.

Allah,
terima kasih ...
Kerana menjemputku ke jalan yang suci berbanding jalan-jalan mereka.




Amiin.

No comments:

Post a Comment