Matahari sudah mula memancarkan sinar, aku
masih duduk berteleku disitu. Wajahku sengaja aku arahkan menghadap ke tasik. Asyik
rasanya melihat beberapa ekor angsa swan yang sedang bermain. Mengejar ke sana
ke mari, dan ada pula yang enak melayan perasaan terapung di permukaan air
sendirian.
Ah, begitu juga aku pada saat ini.
Sengaja aku memejamkan mata, sambil merasai
kehangatan cahaya matahari yang memancar. Tangan masih enak menggenggam kairo, dengan
jaket tebal dan mafla melawan kedinginan suhu serendah 10 darjah celsius di
musim haru ini. Angin yang sekali sekala berhembus, membuatkan aku semakin erat
memeluk tubuh. Mata, terus aku pejamkan . Ada sesuatu yang sedang bermain-main
dalam fikiran. Sehinggalah, tanpa aku sedari ada titisan hangat mengalir ke
pipi.
***
Aku manusia biasa-biasa. Belajar di sekolah
biasa, bukan berasrama penuh seperti teman-temanku yang lain. Alhamdulillah, keputusan
SPM ku menunjukkan prestasi yang cemerlang mendorong aku mencuba nasib mengisi
borang untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Tanpa sebab yang munasabah, hanya
kerana aku sukakan sebuah rancangan
kartun klasik –DORAEMON- ; maka aku memilih Jepun sebagai destinasi untukku
meneruskan pengajian menara gading.
Jantina sebagai seorang perempuan bukan
menghalang aku untuk berlagak gaya persis
seperti seorang lelaki. Berbaju kemeja corak kotak-kotak,
seluar jeans, berkasut but, tetapi bertudung. Itu personality aku sejak di awal
bangku sekolah menengah. Uniknya, aku begitu meminati motosikal. Barangkali
mewarisi minat dan gaya ayahku yang meminati motosikal berkuasa tinggi, tempiasnya
terkena kepada aku. Abah tidak menghalang, malah menggalakkan. Motosikal Yamaha
125z hadiah abah untuk ulangtahun ke 16, merupakan asset paling berharga dalam
hidup aku pada saat itu.
Cinta kepada makhluk beroda dua itu
mendorong aku untuk meneroka hal enjin, aksesori motosikal dan sebagainya. Oleh
kerana minatku kepada motosikal inilah mendorong aku untuk meminati pelajaran
Fizik, Matematik Tambahan dan seumpama dengannya. Malah aku merupakan antara pelajar terbaik
untuk subjek-subjek ini dan sering menjadi orang rujuk untuk teman-temanku di
bangku sekolah. Oleh sebab itulah aku pun memilih jurusan kejuruteraan
mekanikal untuk menyambung pengajianku di Jepun.
***
“Fiz, scolar bulan ni dah masuk. Kita gi
shopping nak? Aku dengar Fuji Grand ada buat less sampai 70 % untuk Haru ni. “,
Marlina teman serumah aku sejak di tahun satu. Sekarang sudah masuk penggal ke
4 untuk tahun kedua ku disini. Beerti, sudah dua tahun aku mendiam satu rumah
dengannya. Hubungan kami agak rapat,meskipun personality kami berbeza.
Tangan aku berhenti seketika menconteng sesuatu di sketch book.
Pemandangan seorang perempuan duduk di atas sebuah bangku, di bawah teduhan
pokok momiji yang sudah kemerah-merahan daunnya sedang aku lakarkan. Lakaranku
hampir siap, Cuma menunggu untuk diwarnakan.
“ Gomen Mar. Aku nak choukin ketat sikit
bulan ni. Lagi sikit je lagi duit target aku untuk beli si CBR tu. Penat dah
dia tunggu aku. Lagipun kau salah ajak orang la Mar. Aku bukan minat baju2
korang yang girlish tak hingat tu. Last-last nanti aku jugak yang jadi tukang
angkat barang korang je “ , aku menolak memberi alasan. Benar, sudah hampir
setahun aku mengikat perut demi si BCR merah yang diidam-idamkan. Ingin sekali
aku meredah angin 4 musim dengan memecut si merah. Tiada istilah bermewah-mewah
dan mahu berfesyen mengikut aliran. Masuk scholar bagiku hanya untuk menabung
memiliki si merah. Itu pun selepas aku tolak jumlah yang aku hantarkan setiap
bulan kepada emak dan abah di kampung.
“ Ye lah tu kau. Dah faham sangat dah. By
the way, lukisan kau dah sampai musim keberapa? Masih Natsu ke? “, Mar
menjeling sinis kepada ku.
“ Ade ke. Tu sangat meng’under estimate’
aku tuh. Dah masuk aki dah ! “ , aku memuncungkan bibir tanda protes.
“ Ye lah tu, bawaklah diri kau dengan cinta
4 musim tu “, balas Mar seakan-akan malas melayan.
Haru, Natsu, Aki, Fuyu.
Aku dan si merah!
***
“ Yatta ne! Dah siap untuk haru natsu aki
fuyu.” , lukisan yang aku usahakan untuk beberapa minggu kini sudah selesai.
Beberapa hari juga lukisan ini tertangguh akibat musim peperiksaan akhir
semester.
Mar di sebelahku yang sibuk menginstall
application ke iphone 5 barunya, sempat dia menyapaku.
“ Fiz, aku peliklah. Kenapa engkau ni suka
sangat ye dengan 4 musim kat sini? Kalau kau gaya macam minah rempit ni nak
beli moto sebesar mana pun aku takde la kisah sangat. Tapi,yang aku tak faham
gaya macho tapi hati jiwang dengan 4 musim ni . Apa cerita? “. Bantal kecil
empat segi yang ada pada Mar meluru kepada aku. Aku hanya diam jeda. Malas mahu
membalas.
“ Entah Mar. Aku pun tak tahu. Tapi aku
rasa, di celah-celah serabut dunia kat Nihon ni, bila aku hayati hidup dalam 4
musim yang berbeza ni buat aku rasa tenang. Kau cuba tengok. Langit waktu Natsu
dan Aki, beza tau. Bunga-bunga musim Haru dengan Natsu pun beza. Buah-buahan
pun beza. Malah, suasana manusianya pun berbeza. Memang something special
lah!...
….lepas tu kan Mar. Aku rasa takjub la
dengan 4 musim ni sebab dia buat aku sedar alam ni pun akan berubah dari semasa
ke semasa. Tapi kan Mar, yang hairannya kenapa kita static macam ni je ye. Tak
berubah-ubah macam alam ni pun? Nakal dan jahat aku dari dulu sampai sekarang
sama je.. Bila masa aku nak ubah baik sikit ni? “. Aku menggumam sebentar dan
nada suarku makin perlahan.
“ Hish kau ni. Mula lah tu. Sejak bila kau
ni mula fikir tentang nak ubah jadi baik ni? Aku rasa, asal kita solat cukup, puasa cukup, dan emmm walaupun
tutup aurat tu macam cukup-cukup makan je, aku rasa kita ok la kot. Dah cukup
baik dah berbanding orang lain. Bukan ke tagline hidup kau tu ‘aku bukan kisah’
ke? “, Mar mengangkat bahu mengajuk gayaku. Aku yang melihatnya, hanya mampu
tersenyum, tapi dalam hati penuh persoalan.
***
“ Arigatou gozaimashita!” , badanku sengaja
aku bongkokkan sedkit tanda terima kasih kepada Sakuragi-san yang menguruskan
hal pembelian motosikal idaman aku ini. Bertepatan dengan temu janji di emel,
Sakuragi-san menyatakan motorku akan tiba di Shimonoseki Port yang dihantar terus dari Akita menerusi jalan laut hari ini.
Sejurus selepas kelibat Marx X yang dipandu
oleh Sakuragi-san lenyap dari pandangan, tanpa berlengah aku segera menyarungkan
topi keledar . Ibu jari kananku menekan suis start, tangan kiriku menarik
clutch. Kaki kiri menekan gear 1 dan…
“ Bismillah..” tangan kananku memutar
perlahan sambil aku menyeimbangi clutch ditangan kiri.
Setelah hampir setahun aku menunggu, aku
kini dapat menunggangmu, si merah!
***
Hampir 6 bulan masa berlalu, dan boleh aku
katakan kitaran hidup aku masih sama. Setiap hari ulang alik ke sekolah, Cuma
mungkin sudah masuk tahun ketiga ini jadual pengajian agak ketat sedikit. Pada
masa inilah pelbagai subjek meliputi projek dan kerja-kerja bengkel sebagai
praktikal turut menempati jadual aku sehari-hari. Namun, yang nyata setiap kali
hujung minggu atau bila aku rasakan aku perlu menghirup udara ketenangan, memang
akan aku luangkan masa untuk membawa si merah sambil menikmati pemandangan di
sini yang bagiku cukup menenangkan. Maklumlah, aku bukan berada di kawasan
Bandar besar seperti Tokyo, tapi hanya di kawasan yang boleh aku panggil
kampung bernama, Yamaguchi.
No comments:
Post a Comment