Pages

ahlan wa sahlan ya ramadhan

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN...

" Fiza, camner persiapan ramadhan kat jepun " tanya rakanku di Mesir.
" mmm......sedang dalam usaha mencari dan membangkitkan suasana," jawabku padanya.

RAMADHAN YA RAMADHAN ~ kehadirannya di nanti. Itu pasti! Tapi sejauh mana untuk menghadapi bulan yang mulia ini, masih lagi menghantui. Selama ini hati rasa sunyi, mencari, bagaimana mungkin untuk menyambut ramadhan seperti di bumi Malaysia. Cari..terus mencari, memang hanya membuang masa! Memang makin buat aku sunyi kerna yang pasti suasana seperti Malaysia tidak akan ku jumpa di sini! Aku lupa suatu perkara..sepatutnya aku patut renung di mana aku berada. Silapnya mungkin ada di sini. Aku tidak merasakan keberadaanku di bumi sakura ini. Jasad disini, hati masih lagi Di Malaysia. Huhu...harus diperbetulkan..harus direnung kembali. Sepatutnya pada masa kini aku patut merancang bagaimana aku menguruskan ramadhanku di sini, amal ibadahku, berbuka dengan muslimin yang lain, dan mungkin sepatutnya merancang untuk bertarawikh di mana2 institusi masjid atau surau di sini. InsyaAllah, akan lebih bermakna..
PERSEDIAAN RAMADHAN
Sejauh mana kita sedar untuk masuk dan mendaftar sebagai pelajar ke Kolej Ramadhan? Membersihkan diri dan berazam untuk mengembalikan diri kepada fitrah yang suci. Mendekatkan diri dengan Al-Quran. .amat dituntut juga untuk membiasakan diri berpuasa sunat supaya tak de lah wujud sindrom "culture shock puasa" ataupun datangnya penyakit "gastrik pose". Dengan adanya kemudahan internet sekarang, bolehlah mencari artikel2 berkenaan ramadhan. Erm, dan boleh merancang perbelanjaan berapa banyak bahagian dalam kewangan yang akan dibelanjakan untuk bersedeqah.

InsyaAllah jalan untuk kebaikan dalam bulan Ramadhan ni cukup banyak. Moga kita tergolong dari hamba2 yang mendapat keampunan, rahmat dan terlepas azab siksa annar dalam ramadhan ini.
Ahlan wa sahlan ya ramadhan...

p/s: sebagai persediaan menjelang Ramadhan, jom lihat dan hayati ayat2 quran berkenaan ramadhan (surah al-baqarah: 183-185)

mencari semangat yang hilang..

beberapa hari lagi menjelang bulan ramadhan...Sepatutnya aku bergembira di saat ini..Akan tibanya bulan yang di tunggu2 umat islam.
Mungkin aku masih baru diperantauan.. Masih tak dapat menerima hakikat bahawa suasana ramadhan seperti diMalaysia semestinya tidak akan sama seperti di sini..
Jika dulu aku hanya menanti suasana Ramashan menjelma..Tapi yang pasti kini aku harus mencari sendiri..
Moga jangan hilang semangat Ramadhan.. Ramadhan itu tetap ada.. Cuma aku kini dalam kondisi berbeza.. Menghidupkan suasana Ramadhan kini tergalas di pundak sendiri.. Tiada lagi ke dengaran zikir di udara, menyiapkan sajian bersama keluarga dan beribadah bersama mereka..
Moga2 Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini..

berehat sebentar....!!!!!!!

alhamdulillah..
menapak juga aku di bumi Tsukuba..setelah seminggu berpenat berjalan merentasi bermacam2 tempat di sekitar Tokyo dan Chiba,aku mahu berehat sebentar di Tsukuba..
Serius untuk aku katakan, hidup di Tokyo memang melelahkan!
Aku rasa sangat sia2 jika perjalanan yang panjang ini tak ditujukan untuk mendekatkan diri dengan Tuhan..
InsyaAllah bila tiba saatnya aku akan sertakan pengalamanku dalam entry yang akan datang..

Berjalan ..berjalan..dan terus berjalan

SALAM NATSU YASUMI~

khamis 6 syaaban 1429h
hari ini hari bersiap siaga...begitulah yang dapat aku katakan. InsyaAllah, esok aku akan mula bergerak meninggalkan Yamaguchi untuk ke Gifu. Tidak hairanlah banyak yang perlu aku siapkan. Pagi tadi aku sedaya upaya menyiapkan report yang terakhir. Maklumlah, hari ni shimekiri. Shoganaina~
Dan mungkin aku antara yang paling awal dari yamadaians yang akan mula melangkah untuk menghabiskan natsu yasumi ni.
Sepanjang hidup aku mungkin ini kali pertama aku akan travel selama ini bersendirian. Bukan tak mahu @ tiada teman.. Tapi kau faham masing2 ada perancangan sendiri. Erm, aku harapkan moga2 percutian kali ini bukan untuk keseronokan yang sementara sahaja. Sama2 kita niatkan, moga2 pengembaraan kita ini makin mendekatkan diri kita pada Pencipta. Buka mata, buka telinga, buka hati dan buka minda..sama2 kita hayati kebesaranNya!
Oklah, aku nak ucapkan selamat bercuti kepada semua. Yang pulang ke Malaysia tu, sampaikan salamku pada ayah dan bonda dan keluarga tercinta...

# special untuk nas, zam, dena ngan senpai2 tersayang kat ube, doakan aku selamat mengembara berseorangan esok. Yang akan join trip ngan pesot ke hokkaidou, Selamat Berpuasa sambil mengembara! Omiyage katte kureruno wo wasuretewa ikenaine...hehe

SALAM KEMBARA..... =)

Dialah Al-Amin

khamis 6 syaaban 1429h

Ah..dah lama rasanya tak mencurah idea..berkongsi suka dan duka. Alhamdulillah, yang lesu kini makin bugar, yang beku kian mencair nampaknya. Harapannya agar aku dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk semua. Dalam waktu cuti ni aku cuba untuk menghadam sirah Rasullullah saw " Raheeq Makhtum". Mulanya agak bingung jugak memikirkan bagaimana untuk meladeni sirah ini dengan baik. Alhamdulillah dalam usrah semalam Kak Yati membentangkan sirah Rasullullah saw sehingga sebelum kenabian. Dan kini aku akan cuba kongsikan apa yang telah aku pelajari semalam..



KELAHIRAN JUNJUNGAN MULIA

Rasullullah SAW dilahirkan di Syuaib Bani Hashim, Makkah pada 9 Rabiulawal Tahun Gajah ( 20 @ 22 April 571m). Menurut Bani Sa"d dan sesetengah Riwayat lain ada meyatakan bahawa ibu Rasullullah SAW pernah menceritakan, " ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku, menerangi mahligai2 di negeri Syam". Selain itu, beberapa petanda kelahiran seorang rasul turut berlaku sebelum kelahiran Rasullullah SAW. Antaranya berlaku runtuhan anjung Dewan Istana Kirsa Parsi, terpadamnya api sembahan Majusi dan robohnya gereja2 di sekitar Tasik Sawah yang sebelum ini dipenuhi orang ramai. Selepas Aminah melahirkan Rasullullah SAW, baginda disusukan oleh Tsuwaibah (hamba Abu Lahab) bersama anaknya bernama Masruh dan Hamzah bin Abdul Mutallib ( Bapa Saudara Rasullullah SAW).

BERSAMA IBU SUSU KE2, HALIMAH..

Sudah menjadi resam kaum Arab Hadhar ( Arab dibandar) untuk meyerahkan bayi mereka kepada ibu susuan dari kawasan pedalaman. Ini bertujuan untuk mencegah penyakit2 yang ada di bandar, membina jasad anak2, mengemaskan otot dan membantu lisan Bahasa Arab ( disebabkan pengaruh bahasa2 yang buruk di bandar @ bahasa rojak @ wakamono kotoba) . Kisah hidup Rasullullah SAW bersama dengan Halimah bermula apabila Halimah keluar bersama-sama dengan anak kecilnya dan suami dari kampung dengan menunggang seekor keldai dan beberapa ekor unta yang amat kurus kering yang turut dibawa bersama. Perjalanan yang jauh ke Makkah ditambah pula dengan ketiadaan bekalan makanan dan unta2 yang tidak mengeluarkan susu melambatkan dan menyukarkan perjalanan Halimah sekeluarga. Disebabkan Halimah tiba lewat di Makkah berbanding dengan ibu2 susu yang lain, maka yang ada ketika itu hanyalah Muhammad SAW yang yatim kematian bapa. Pada ketika itu anak yatim kurang mendapat sambutan dikalangan ibu susu ditakuti akan memperoleh upah yang sedikit. Akan tetapi kerna tak sanggup menanggung malu gagal membawa pulang seorang bayi, maka dengan rasa berat hati, Halimah bersetuju juga untuk menyusukan Muhammad SAW. Sebaik sahaja Halimah memangku Rasullullah SAW, dia merasakan dadanya dipenuhi susu dan Muhammad SAW dapat menyusu sehingga puas. Sepanjang Muhammad SAW menjadi anak susuan Halimah, kambing2 yang ketika dulu kurus kering kini gemuk dan mengeluarkan susu yang banyak. Apabila mencapai usia 2 tahun, Muhammad SAW diserahkan kembali kepada keluarganya. Tetapi selepas itu, Halimah meminta semula untuk memelihara baginda lantaran keberkatan dan kasihnya kepada baginda. Disini dapat kita lihat betapa Rasullullah SAW ini terpelihara dari sebarang anasir luar yang buruk dan dididik dengan suasana yang baik.

PEMBELAHAN DADA NABI MUHAMMAD SAW

Pada ketika Nabi berusia 4 @ 5 tahun, dan pada waktu itu nabi SAW sedang bermain bersama kanak2 yang lain, baginda didatangi oleh Jibril. JIbril merebahkan baginda dan membelah dadanya, setelah itu dicucikan hatinya dengan air zam2. Kanak2 lain yang melihat kejadian itu bertempiaran lari ketakutan dan anak2 Halimah menceritakan perkara tersebut kepada Halimah. Nabi SAW pulang ke rumah dengan wajah yang pucat. Halimah yang berasa takut dengan kejadian tersebut menyerahkan kembali Rasullullah SAW kepada keluarganya.

KEMATIAN BONDA TERCINTA

Pada usia 6 tahun, ibunya Aminah membawa Rasullullah SAW bersama datuknya Abdul Mutallib dan khadamnya Ummu Aiman melawat kubur bapanya di Yathrib (sekarang madinah). Jarak antara Makkah & Madinah adalah lebih kurang 500km. Selepas sebulan disana akhirnya dengan kehendak Allah SWT, Aminah meninggal dunia dan di kuburkan di Abwa' ( terletak antara Makkah & Madinah).

KEMATIAN DATUK TERCINTA

Selepas kematian ibu, Rasullullah SAW dipelihara oleh Abdul Mutallib dan di curahkan dengan penuh kasih sayang. Datuknya melebihkan kasihnya kepada baginda berbanding cucu2 yang lain. Sehingga pada suatu ketika diceritakan, a dihamparkan zabuton 座布団 untuk Abdul Mutallib, dan zabuton itu hanya kayak bagi Abdul Mutallib. Akan tetapi dengan tidak semengena, Rasullullah SAW duduk diatas zabuton tersebut. Abdul Mutallib membiarkan sahaja malah mengusap2 belakang tubuh baginda.

Dunia yang cerah kini gelap semula apabila Abdul Mutallib menghembuskan nafas terakhir ketika Nbi Muhammad SAW berusia 8 tahun 2 bulan 10 hari.

DIPELIHARA BAPA SAUDARA, ABU THALIB

Setelah kematian datuknya tercinta, Rasullullah SAW dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Thalib. Walaupun Abu Thalib mempunyai anak yang lain, ini tidak menghalangnya daripada mencurahkan sepenuh kasihnya kepada Rasullullah SAW. Malahan dialah yang menyokong perjalanan dakwah baginda sehingga 40 tahun hidupnya.


#setakat ini sahaja untuk kali ini. Apa yang dapat kita fikirkan ialah bagaimana Rasullullah SAW ini dari lahirnya terdidik dengan suasana yang baik dan mendapat pentarbiyahan yang sempurna. Mungkin dapat kita aplikasikan dalam kehidupan seharian bagaimana untuk memdidik seorang anak persis pendidikan yang diterima Rasullullah SAW. Dugaan2 yang berlaku sejak kecil seperti kematian bapa, ibu dan datuknya mencambahkan lagi benih kesabaran dalam diri baginda SAW. Kelahiran Rasullullah SAW yang diiringi dengan pelbagai keajaiban menunjukkan betapa kuasanya Tuhan Yang Maha Esa...

to be continued..insyaAllah

lesu~

selasa 14 syaaban 1429h


hati membatu...

fikiran buntu...

badan lesu...

tangan kaku...

kenapa aku?